Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 14 November 2017

Lawak!!!!! Menteri Besar Selangor Cuma Berani Haram Akhbar, Tapi Pesta Arak Dihalalkan???? @AzminAli #JRKN


Lawak!!!!! Memang lawak!!!!! Sama ada ini cuba balas dendam kerana politik, tiada bajet atau sekat kebebasan media, Kerajaan Selangor kini mulai ‘kongkong’ penjawat awam negeri itu termasuk hak baca akhbar harian. Terbaru, pentadbiraan negeri termaju itu mula arah semua jabatan, agensi, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Selangor untuk berhenti langgan atau iklan menerusi akhbar terbitan Kumpulan Utusan dan NSTP Group. Arahan pelik itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya selepas pihaknya mendapati larangan dikuatkuasakan sejak 12 Jun 2008 tidak pernah dipatuhi kakitangan awam Selangor selama ini.

Menerusi pekeliling terkini bertarikh 9 November 2017, beliau sekali lagi mengingatkan agar tidak membeli akhbar keluaran Kumpulan Utusan dan dengan tambahan baharu iaitu Berita Harian pula. Ironi, dalam memo tersebut memaklumkan penjawat awam terbabit hanya boleh melanggan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri selain Sinar Harian keluaran Karangkraf dan The Star milik parti MCA. Ini bermakna kakitangan kerajaan negeri itu tidak boleh lagi membaca akhbar Harian Metro, Metro Ahad, New Straits Times dan New Sunday Times yang sama penerbitan dengan Berita Harian dan BH Ahad sejak sekian lama. Umum sedia maklum enam surat khabar itu adalah keluaran NSTP Group di bawah Media Prima Berhad, manakala Kumpulan Utusan menerbitkan akhbar popular Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Dua syarikat persuratkhabaran terkemuka tanah air ini diketahui pro-Barisan Nasional diterajui UMNO yang sering mengkritik kepimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (sebelum itu Pakatan Rakyat) sejak 2008 lagi.



Anehnya, arahan langganan The Star mencetuskan tanda tanya kerana akhbar berbahasa Inggeris No.1 itu diketahui lebih cenderung kepada kepentingan masyarakat Cina termasuk isu kontroversi pesta arak Oktoberfest bulan lepas. The Star juga pernah dikutuk umat Islam kerana laporan biadab muka depan pada 1 Ramadan lalu menerusi tajuk ‘Malaysia pemimpin pengganas’ dengan gambar jemaah bersolat sunat tarawih di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Akhbar ini turut dikritik pelbagai badan hal ehwal Islam ekoran laporannya didakwa agak ‘bias’ termasuk isu RUU 355 mengenai pemerkasaan kuasa mahkamah syariah dan kemelut anak tidak sah taraf dinasabkan kepada bapa. Begitu juga Sinar Harian yang diketahui ‘condong’ laporan pemberitaan terhadap blok pembangkang serta tidak pernah diketahui tahap edaran bersihnya kerana bukan anggota firma bertauliah Audit Bureau of Circulations. Terdahulu, kerajaan Selangor konon mendakwa amal kebebasan bersuara, pernah bertindak ‘lucu’ usir stesen Selangor FM milik Jabatan Penyiaran Malaysia dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2008. Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau komen dua syarikat media cetak terbabit berhubung isu larangan agak ‘berat sebelah’ itu.

Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas memaparkan sifat tidak matang dan kebudak-budakan kepimpinan negeri itu dan keputusan itu sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP. Parti cauvinis itu terkenal anti-Melayu dan anti-Islam. Justeru Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi ‘menikus’ dalam kes pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Dua akhbar itu merupakan media arus perdana yang sejak sebelum merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu begitu gigih dalam konteks negara majmuk berbilang kaum dan agama. Namun kini dilihat sebagai musuh kepada dasar pentadbiran kerajaan Selangor sejak 2008 yang nyata sudah dikuasai oleh DAP manakala parti-parti lain dalam blok pakatan terpaksa akur demi mengekalkan kuasa sendiri. Tindakan ini pasti tidak direstui oleh rakyat Selangor sendiri dan ia akan meningkatkan lagi penolakan majoriti rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Kerajaan Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Utusan dan BH terdapat ramai anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan malah mereka tidak pernah didiskriminasikan.

Pentadbiran kerajaan Selangor juga meminta setiap jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada akhbar Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja.

Monday, 13 November 2017

Dana Banjir: DAP Terima RM6 Juta Tapi Agih RM5 Juta??? #JRKN


Tragedi banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan pusat begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia tanpa kira apa jua fahaman politik. Menurut laporan media, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan semula keadaan negeri itu pasca bencana di samping bina 13 beting penahan banjir di seluruh negeri berkenaan. Pada masa sama, DAP Pulau Pinang turut melancarkan tabung derma kilat buat kerajaan negeri berkenaan sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sendiri kerana diragui dari segi ketelusannya!

Ini terbukti apabila Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dengan bangga mengumumkan sebanyak RM6.185 juta berjaya dipungut hasil daripada sumbangan orang ramai dan beberapa buah syarikat pro-parti itu. Namun begitu, daripada jumlah ini, menurut laporan portal berita propembangkang tersebut semalam, hanya RM5 juta sahaja kemudian diagihkan DAP kepada seluruh rakyat yang terjejas akibat banjir terburuk berkenaan. Mengikut pecahan, cuma RM500 diberikan kepada lebih 3,000 orang mangsa yang terjejas, setelah mereka dikecualikan daripada bayar bil air untuk dua bulan dan dikecualikan beberapa jenis cukai juga untuk dua bulan. Menariknya, daripada jumlah diumumkan oleh Kon Yeow ini jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri sendiri, baki sebanyak RM1.185 juta itu pula tidak diserahkan kepada rakyat Pulau Pinang. Sedangkan, jika menurut pemahaman sebelum ini, kerajaan DAP negeri itu mengumumkan, setiap hasil derma yang berjaya dipungut, akan diserah balik seratus peratus kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terjejas sebagai mangsa.

Timbul persoalan, ke manakah hilang wang RM1.185 juta yang dikutip itu telah dibelanjakan? Kenapa pula masih terdapat baki wang sebanyak itu dan ia disimpan begitu sahaja oleh DAP? Walhal ia dikutip untuk bantu mangsa! Jika menurut perkiraan kasar, sekiranya RM6.185 juta berkenaan dibahagikan sama rata kepada 3,000 mangsa banjir, setiap seorang mendapat RM2,266 manakala jika cuma RM5 juta, setiap seorang memperoleh RM1,666. Bukankah agak pelik jika diperhatikan kepada jumlah yang diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Mudah cakapnya kutip banyak tapi agih sikit sahaja… Mana keadilannya? Benarlah seperti yang disarankan oleh salah seorang pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang berkata, sepatutnya, setiap seorang rakyat Pulau Pinang terjejas akibat banjir dahsyat ini wajar menerima RM2,000 setiap seorang.

Malah, amaun ini mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya kediaman mereka terjejas teruk dan tidak lagi boleh didiami. Kini, terserah kepada Guan Eng untuk menerangkan misteri ke mana hilangnya RM1,185 juta lagi. Ia kini telah tular dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak khususnya di Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu konon bangga melaungkan konsep ketelusan dan akauntabiliti. – Mynewshub.cc



Sunday, 12 November 2017

Restoren Jamuan Rakyat Beri Makan Percuma Mula Diterima Baik Warga KL!!!!! #JRKN



Disaat pembangkang lebih selesa ‘bising-bising’ kononnya orang Malaysia melarat lapar akibat harga makanan di restoran mahal, tidak ada satu pun usaha pembangkang apatah lagi pemimpin mereka untuk berbuat apa-apa pun demi membantu meringankan beban rakyat terutama penduduk miskin bandar.

Sebaliknya, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengambil inisiatif menolong warga kota yang tiada wang membeli makanan tengah hari ketika waktu rehat kerja dengan membuka Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang mula dibuka sejak bulan lalu khas hanya untuk warga Malaysia itu menghidangkan pelbagai menu menarik termasuk nasi putih dan nasi minyak. Tidak ketinggalan lauk ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng dan aneka sayur. Ramai pekerja pejabat sekitar kawasan berhampiran dilihat tidak lepaskan peluang berbaris antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk menikmati juada percuma yang dihadiri dari pelbagai lapisan kaum seperti  melayu, cin dan india. Malah ada penduduk termasuk pelajar sekolah dan gelandangan mula mengerumuni restoran itu sejak pukul 11 pagi lagi bagi menikmati makanan percuma yang diberikan hasil usaha kerjasama beberapa ahli korporat tempatan.

Satu perkara yang jarang kita lihat berlaku di premis-premis perniagaan lain adalah orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok atau merungut apabila selepas makan mereka ‘diwajibkan’ untuk membasuh sendiri segala pinggan, sudu, garpu dan cawan masing-masing. Lebih menarik lagi, suasana restoran itu pula ibarat majlis kenduri kendara dengan alunan muzik berkumandang dalam suasana hiruk pikuk kenderaan di sepanjang Jalan Pahang sementara menunggu beratur mengambil hidangan. 

“Menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 orang pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Ada hari-hari tertentu, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada makanan sudah habis. Kita pernah terpaksa sekat sikit makanan bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat dapat juga menikmati makanan itu secara percuma,” kata Datuk Seri Jamal yang turut sibuk memasak di bahagian dapur pada sebelah pagi."

Meskipun pada awal perancangan pembukaan kedai makan percuma ini mendapat pelbagai reaksi dan cemuhan serta kutukan terutama dari pihak pembangkang akhirnya sedikit demi sedikit konsep ini mula diterima oleh warga KL dan masyarakat di negara ini. Semoga usaha DS Jamal ini menjadi pelopor kepada pemnukaan kedai makan percuma oleh pihak-pihak lain yang ingin bersedekah kepada masyarakat.


Sunday, 5 November 2017

Panas!!!! Video Lim Guan Eng Tersipu Malu Minta Bantuan Banjir Dari TPM!!!! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng #KN


Hari ini 5 November 2017 viral sebuah video yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya akur meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda bencana alam banjir besar yang melibatkan kawasan yang agak luas di pulau dan tanah besar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dalam nada sedih, Guan Eng meminta semua penduduk di negeri itu khususnya yang terjejas banjir agar terus bersabar sementara Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menyampaikan bantuan secepat mungkin.
"Keadaan kini bertambah genting air masih naik, angin ribut masih kuat, air sampai 10 kaki 12 kaki melepasi bumbung, di Pulau Pinang pusat pemindahan tak ada bekalan elektrik. Pulau Pinang minta bantuan dariada Angkatan Tentera Malaysia, saya telah berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan saya minta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."
"Terima kasih terima panggilan saya pada hampir jam 3.30 pagi dan beliau berjanji akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia untuk selamatkan Pulau Pinang,"
Inilah wajah sebenar pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan yang apabila tersepit sanggup tebal muka minta bantuan dengan orang selama ini mereka balun dan tibai tak berhenti-henti. Dikala mereka tidak ditimpa musibah pemimpin pembangkang terutam dari DAP tidak habis-habis memfitnah dan menghasut rakyat agar membenci kerajaan pimpinan DS Najib tapi apabila susah dan ditimpa malapetaka tau pulak merayu bantuan kerajaan BN. Tidak mustahil selepas banjir selesai mereka akan menggunakan apa saja yang boleh dengan menggunakan isu banjir ini memfitnah dan menghasut rakyat agar terus membenci Perdana Menteri dan BN.



Tuesday, 31 October 2017

Pembangkang Terdiam Lepas Tahu Nilai Rizab Negara!!!! #Bajet2018 #JRKN @tankengliang


Selama ini pihak pembangkang sering merungut dan mendakwa bahawa kononnya ekonomi Malaysia amat nazak dan negara kita sudah muflis.

Ini termasuk menuduh konon rizab antarabangsa Malaysia hanya di bawah AS$50 bilion menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup.

Bagaimanapun, selepas Pembentangan Bajet 2018 mereka terdiam apabila PM Najib mengumumkan rizab antarabangsa ketika ini adalah sebanyak AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

Ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menerusi laman Twitter miliknya.

“Terdiam pembangkang apabila Perdana Menteri @NajibRazak mengumumkan perkara ini dalam #Bajet2018. Satu lagi penipuan didedahkan apabila mereka berkata negara ini akan muflis,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam posting yang turut mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri ekoran keupayaan negara memiliki rizab antarabangsa yang agak banyak di luar jangkaan.

Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 petang Jumaat lepas, Najib Razak selaku Menteri Kewangan mengumumkan kepada Parlimen bahawa negara ini disahkan ada rizab antarabangsa berjumlah AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

“Rizab antarabangsa terkini adalah AS$101.4 bilion, pada 1997 hanya AS$21.7 bilion. Kalau rizab serendah AS$21.7 billion pun tidak muflis, apatah lagi sekarang AS$101.4 bilion,” kata Najib.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa prestasi sebenar ekonomi Malaysia sebenarnya masih lagi dalam keadaan yang baik dan stabil.

Sementara itu, pembentangan bajet kali ini dilihat telah menciptakan sejarah manis buat negara apabila wakil Bank Dunia turut sama hadir mendengar ucapan Perdana Menteri.

Monday, 30 October 2017

PM Najib Kata Zahid Hamidi Sahabat Susah Senang Beliau!!!! @Najib Razak @Zahid_Hamidi #JRKN


Sejurus selepas mengumumkan pelbagai khabar gembira semasa pembentangan Bajet 2018, PM Najib Tun Razak mengakhiri ucapan dengan memberi kata pujian buat Timbalannya, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Kata PM, semua kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama secara berpasukan dan Zahid Hamidi bukan sekadar timbalan tetapi juga seorang sahabat yang setia.

“Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang Timbalan Perdana Menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Dalam pada itu, PM Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menghargai di atas walak (kesetiaan) tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ahli jemaah menteri dan pimpinan parti komponen dalam usaha membangunkan negara.

“Bersumpah dan berjanjilah bahawa kalau pun terpenggal putus tangan dari badan, sekali pun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan. Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing sampai ke titisan darah terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, InsyaAllah,” kata PM.






Sunday, 29 October 2017

Pemimpin Pakatan Harapan Terutama DAP Mahu Islam Yang Liberal Dan Sekular???? #JRKN


Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T

“Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati."

“Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” petikan kata Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik.

Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya sealiran dengan zaman kini walaupun ia sebenarnya kembali ke ‘zaman jakun’

“Demikianlah hanggapannya terhadap Islam. Media massa (sosial) yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka."

“Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar lalu membaca dan mengkaji. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal,” katanya lagi. – MYNESHUB.CC


Thursday, 19 October 2017

Video : Bukti Kegagalan "Himpunan Kleptokrasi"!!!!! #KN



"Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" yang sepatutnya menghimpunkan lebih 100 ribu peserta akhirnya yang hadir kurang dari 10 ribu sahaja, kebanyakannya ialah penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam yang kebetulan lalu di situ untuk sekadar melihat apa berlaku.

Suasana himpunan tanpa permit polis bertema "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi " anjuran Pakatan Harapan itu ternyata seumpama fun-fair atau pesta sukaria meskipun gah dihadiri ramai pemimpin utama pembangkang.

Antara pemimpin hebat pembangkang yang hadir termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang di pentas utama.

Sebahagian hadirin dilihat mengambil kesempatan membeli snek daripada puluhan trak makanan serta pakaian dan buku politik antikerajaan di khemah peniaga yang dibuka penganjur hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Kawasan persekitaran padang juga diawasi oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), selain membuat kawalan terhadap pergerakan orang ramai di setiap laluan masuk ke padang awam rekreasi tersebut.

MBPJ juga terpaksa menutup laluan dari arah Stesen LRT Taman Jaya, menuju ke arah padang itu manakala laluan bertentangan di hadapan pusat beli-belah Amcorp Mall masih dibuka seperti biasa kepada urusan orang ramai.

Selain itu, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Kontinjen Selangor, turut mengawasi keselamatan di kawasan sama. Himpunan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir lewat malam.

Siapa Kata 'Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" Gagal???? #KN


Siapa kata ''Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" ni gagal???? Berjaya tau... Jumlah sasaran awal menjangkakan 100 ribu peserta yang datang tercapai tau seperti yang dilaporkan oleh media pembangkang "PH Sasar 100,000 Orang Sertai Himpunan Anti-Kleptokrasi (Sila Klik Sini). Pandai-pandai buat fitnah kata 10 ribu jer datang. 10 ribu pun ramai tau 10% dari jumlah asal. Himpunan kali ini paling berjaya jika mahu dibandingkan dengan himpunan-himpunan  atau demonstrasi sebelum ini seperti Bersih, Hapuskan GST, Himpinan yang dirancang pada 14 Oktober lepas adalah himpunan paling teruk dan paling gagal antara semua himpunan atau demonstrasi yang dilakukan oleh pembangkang. Jika kita ikuti secara terperinci kita akan dapat lihat jelas penurunan jumlah peserta yang mengikuti himpunan atau demostrasi yang dianjurkan oleh pemimpin pembangkang.


Ini diakui sendiri oleh rakan dalam pakatan pembangkang seperti PAS :
Jumlah kehadiran dalam himpunan yang dianjurkan oleh parti politik secara tidak langsung mencerminkan kekuatan organisasi, jentera mobilisasi serta komitmen ahli sesebuah parti berkenaan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata demikian ketika mengulas himpunan Kleptokrasi anjuran sebuah parti politik baru-baru ini yang didapati tidak mencapai sasaran.
"Tidak perlu membandingkan himpunan berkenaan dengan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, baru-baru ini kerana kehadiran peserta dari Kedah pun mencapai 15,000 dari 200,000 yang hadir," ujarnya.
Menurutnya, pengamal politik tempatan juga menyifatkan himpunan Kleptrorasi berkenaan mencerminkan tahap sokongan dan komitmen ahli-ahli politik dalam koalisi Pakatan Harapan berkedudukan kabur.
Bahkan jelasnya lagi, kandungan ucapan para pemimpin Pakatan Harapan dalam himpunan berkenaan lebih kepada pernyataan emosi, tidak fokus dan longlai untuk memperlihatkan kesungguhan parti berkenaan membina negara sejahtera.
Sumber : HarakahDaily


Nak tahu siapa lagi yang cakap himpunan ni gagal boleh KLIK SINI KLIK SINI 











Wednesday, 18 October 2017

Benarkah Dakwaan Pembangkang Kononnya Individu Duduk Atas Bendera Malaysia Dibayar UMNO???? @NajibRazak #KN


Dah nama pembangkang sampai bila-bila pun akan berperangai pembangkang. Bila gagal merata cuba pusing keliling mencari sasaran untuk menuding jari menyalahkan pihak lain. Bila dah kantoi mula cari jalan salahkan pihak lain untuk dipertanggungjawabkan. Inilah yang berlaku ketika "Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" yang berlaku baru-baru ini di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya apabila mula tular di media-media sosial berkaitan beberapa keping gambar peserta himpunan yang bertindak kurang ajar duduk di atas bendera kebangsaan. 



Beberapa keping gambar jelas menunjukkan beberapa individu yang diyakini adalah peserta "Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" duduk di atas padang rumput berlapikkan bendera Malaysia. Sepatutnya perkara sebegini tidak akan berlaku jika penganjur perhimpunan mengambil berat soal maruah negara. Kita sedia maklum sejak kebelakangan ini pihak pembangkanglah yang mengajar rakyat menjadi kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negara. Bila dah kantoi apa lagi pembangkang menggunakan macai-macainya untuk menutup kelemahan mereka.

Ini antara contoh bagaimana macai-macai pembangkang cuba mengalihkan kelemahan dan kesilapan mereka dengan menuduh individu yang duduk atas bendera Malaysia ini "DIBAYAR" oleh UMNO. Pembangkang menuduh kononnya perbuatan ini adalah sabotaj dari UMNO dengan membayar individu tertentu untuk berbuat demikian. Bila depa dah kantoi cara untuk menutup malu adalah dengan menyalahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan mereka. Maka berdondong-dondonglah macai-macai dan jentera cytro pembangkang menggunakan modal bahawa UMNO yang membayar kepada individu-individu terlibat untuk berbuat demikian. Mereka menuduh UMNO adalah dalang disebalik insiden ini dengan niat jahat agar rakyat membenci UMNO dan kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Jelas kita dapat lihat himpunan kali ini GAGAL apetah lagi gagal menarik minat rakyat kerana rakyat sudah jelak dengan penipuan demi penipuan oleh pemimpin pembangkang yang mempergunakan rakyat kononnya demi sebuah perjuangan menuntut keadilan. Rakyat kini mula sedar bahawa selama ini mereka dipergunakan oleh pemimpin pembangkang demi kepuasan politik peribadi mereka dan bukannya ikhlas dengan niat mahu membantu rakyat. Mungkin juga rakyat kini sudah sedar dan celik serta mula lihat apa yang pihak kerajaan lakukan untuk rakyat Malaysia.



Boleh rujuk disini beberapa artikel lain berkaitan isu "duduk atas bendera Malaysia".

Thursday, 28 September 2017

Pelik Tapi Benar!!! Azmin Ali Menteri Besar Selangor Masih Belum Saman Utusan Malaysia??? @UMonline @AzminAli


Pelik Tapi Benar!!!!!!! Tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Sehingga artikel ini dikeluarkan Menteri Besar Selangor masih belum mengotakan kata-katanya mahu menyaman syarikat akhbar Utusan Malaysia yang menerbitkan cerita berkaitan dengan isu beliau sebagai Menteri Besar Selangor seolah-olah membenarkan pesta arak Better Beer Festival 2017 berlaku di bumi Selangor Oktober depan. 

Bukan sahaja Menteri Besar Selangor dan Kerajaan pakatan mendapat tekanan dan bantahan dari umat Islam dalam Selangor sendiri tetapi bantahan juga kedengaran di seluruh negara yang menentang aktiviti tidak bermoral ini. Bahkan Kerajaan Selangor ini juga menerima bantahan dari sekutu mereka Pas yang terang-terangan menentang pesta arak ini dari berlangsung.
KLANG 24 Sept. - Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017 mahu diadakan di negeri ini selepas pesta itu tidak dibenarkan diadakan di Kuala Lumpur.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu menghormati hak kaum dan agama lain.
Beliau bagaimanapun berkata, penganjur pesta arak itu perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Sebagai sebuah ke­rajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita kena hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang lain.
“Namun, pada masa sama peraturan mestilah dipatuhi, itu pendekatan yang kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Selangor Bio Bay di Pulau Indah di sini hari ini.
Pada Isnin lalu, Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan per­mit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.
Pesta berkenaan sepatutnya diadakan dari 6 hingga 7 Oktober di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur de­ngan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza dari 43 kilang arak seluruh dunia.
Mohamed Azmin dalam pada itu memberitahu, beli­au ti­­dak mengetahui sama ada pe­nganjur Better Beer Festival 2017 telah membuat permohonan untuk mengadakan pesta arak itu di Selangor atau tidak.
“Saya tidak pasti ada permohonan dah dibuat atau tidak ke­rana itu berlaku di peringkat PBT, tidak sampai ke peringkat ne­geri,” ujarnya.
Sumber : Utusan Online

Persoalannya di sini???? Bilakah kita dapat menyaksikan Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang ini akan menyaman Utusan Malaysia?????



Wednesday, 20 September 2017

Puaka Niring : Misteri Kemunculan Kembali Mike Tyson Menggerunkan Pembangkang Di Selangor???? @NajibRazak #KN


17 September 2017 baru-baru ini merupakan antara tarikh yang mendebarkan rasanya buat hampir seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik tanahair bila mana sejak beberapa hari sebelum tarikh tersebut bertebaran wassap mengenai tanda-tanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO memanggil kesemua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ke satu mesyuarat khas yang secara tiba-tiba. Ramai yang cuba mengagak Perdana Menteri bakal mengumumkan pembubaran Parlimen seterusnya PRU 14 bakal diadakan. Ini dikuatkan lagi dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang memendekkan lawatan serta program di luar kawasan. Tambahan pula dengan tindakan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut memberikan keutamaan untuk hadir ke mesyuarat tergempar ini.

Namun segalanya sudah terjawab, misteri sudah terungkai. Bukanlah pembubaran Parlimen yang diumumkan tapi kemasukkan kembali Muhammad Taib bekas Menteri BEsar Selangor yang dulunya dari UMNO masuk Pas dan kini kembali semula ke pangkuan UMNO. Apa yang nyata tindakan PM Najib selaku Presidern UMNO menerima beliau kembali dibuat secara mesyuarah persetujuan sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO bukan tindakan secara peribadi. Ini jelas menunjukkan Presiden UMNO membuat tindakan bersama dengan kepimpinan tertinggi parti dan menerima keputusan sebagai satu "team" bukan secara individu atau diktator.

Maka melompat la pemimpin pembangkang yang turut menari sama ahli dan akar umbi dalam UMNO sendiri dengan barita yang mengejutkan itu. Pelbagai "feedback" dapat dilihat. Pelbagai persepsi timbul. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh ahli UMNO ada yang pro dan ada yang kontra ada yang setuju tak kurang juga yang mengutuk dan tidak menyenangi dengan tindakan Presiden UMNO ini. 

Apa yang mungkin kita tidak ketahui dengan kemasukkan kembali "Mike Tyson" ke dalam gelanggang politik pasti akan memberi satu deminsi baru kepada warna-warni politik tanahair terutama Selangor selaras dengan janji beliau untuk membantu mengembalikan Selangor ke tangan BN berdasarkan pengaruh beliau yang masih ada dan pengalaman luas beliau sewaktu mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar. Sudah tentu beliau amat masak dengan seluk belok konar baring politik Selangor tambahan pula dengan pengalaman beliau berada dalam "circle" pembangkang terutama Pakatan Baru. Dan ini sebenarnya yang menggusarkan dan menakutkan pemimpin Pembangkang sebenarnya.

Info Lanjut Sila KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI




Friday, 31 March 2017

#DinarDirham Pemangkin Antara Emas Dan #BlockChain



Kehebatan Emas dan Perak sejak berabad silam lamanya, emas dan perak telah menjadi logam mulia yang diagungkan oleh banyak manusia. Bahkan emas dan perak serta batu permata, telah dipergunakan oleh raja-raja, para sultan, para diktator, dan sebagainya sebagai bahan dasar pembuatan mahkota mereka.

Tuhan menciptakan dua logam mulia itu bukan sekadar sebagai alat pengukur nilai, atau untuk menyimpan kekayaan, tetapi juga sebagai alat tukar (medium of exchange). ”Kerana tingginya kedudukan emas dan perak inilah maka dianggap kedua-dua logam mulia tersebut sebagai Heaven’s Currency (Matawang Syurga).
“Masyarakat kuno sudah menggunakan emas, perak, dan tembaga untuk transaksi ekonomi. Emas dan perak dipilih kerana keunikannya (rare) dan warnanya yang indah. Dalam sejarah manusia, tak lebih dari 90,000 tan emas yang dilombong dari perut bumi. Sementara perak dan tembaga pula untuk memenuhi transaksi dengan nilai yang lebih rendah dari emas. ”
Uniknya, dunia moden mengklasifikasikan logam-logam tersebut dalam kolum yang sama. Berbeza dengan kebanyakan logam lainnya, emas memiliki sifat yang sangat istimewa. SILA KLIK SINI Sejarah Emas SILA KLIK SINI


Emas dan Perak mempunyai nilai yang paling stabil di dunia pernah kita lihat. Dari zaman wujudnya Islam, hingga kehari ini nilai yang dipanggil Islamic Bimetallic Currency masih stabil berbanding dengan barangan lain yang mudah lupus. Seekor ayam pada zaman Rasulullah SAW, bernilai 1 Dirham. Hari ini setelah 1,400 tahun berlalu seekor ayam masih bernilai 1 Dirham. Dalam jangka 1,400 tahun yang akan datang bolehlah kita buat pengiraan bahawa inflasi untuk Emas dan Perak adalah 0 (Sifar zero).

Kini, di zaman serba canggih dan penuh teknologi peranan emas masih kuat pengaruhnya. DinarDirham dibangunkan dengan menggunakan teknologi ‘blockchain’ yang terkini dan menjadi platform untuk penukaran dan pembayaran dengan menggunakan emas. Ini adalah pelantar atau platform yang berlandaskan ‘blockchain’ dan ‘crypto wallet’ yang boleh digunakan untuk membeli, menukar, dan membuat pembayaran menggunakan emas ke mana-mana ‘address’ di dalam senarai ‘blockchain’.

DinarDirham ialah syarikat FinTech global dengan ibu pejabat di Hong Kong, Kuala Lumpur dan tidak lama lagi di Dubai, menyediakan emas digital dan fizikal, dan penyelesaian pelaburan logam di seluruh dunia. Dengan lebih 10 tahun pembangunan platform perdagangan blockchain, DinarDirham dibina sebagai emas tidak berpusat dan platform pelaburan blockchain, dengan menggunakan teknologi terkini untuk menyediakan ketelusan, kebolehpercayaan dan keselamatan.

DinarDirham adalah revolusi WALLET berpusat dan platform PERDAGANGAN EMAS. Dengan DinarDirham, sesiapa sahaja boleh menyimpan dan dimiliki secara peribadi dan Aset Emas dalam bentuk mata wang digital (cryptocurrency) selamat pada “Ethereum dan Bitcoin Blockchain”. SILA KLIK SINI


"spektrum DinarDirham bagi perkhidmatan melampaui perdagangan yang mudah dan pertukaran digital (BTC, ETH) dan fiat (USD, EUR) wang; selain daripada itu, setiap pelanggan mempunyai pilihan untuk melabur wang mereka dengan membeli emas fizikal. Data harga emas terkini dikesan oleh DinarDirham dalam masa sebenar, yang membolehkan pengguna untuk membuat keputusan pelaburan yang paling sedar dan bermaklumat.
Buat masa ini sebahagian besar daripada penyelesaian syarikat itu dibina berdasarkan Bitcoin 2.0 dan struktur utama - Bitcoin Blockchain dan Ethereum. Tetapi syarikat DinarDirham tetap menganggap sistem berasaskan blockchain adalah untuk pembangunan masa hadapan dan pada masa kini ia sedang dikaji oleh DinarDirham." Maklumat Lanjut SILA KLIK SINI

“If you have an asset that follows real-time gold price, which can be redeemed or claimed for physical gold and if you combine the benefits of digital currencies with benefits of gold as a store of value, in a transparent way, you get a match made in heaven. This is a cheap way to store, trade and use gold globally. Our unique and innovative trading technology based on blockchain makes this possible.”

– Arai Ezzra, CTO and co-founder of DinarDirham





Sunday, 26 March 2017

Panas!!!!! #DinarDirham Bakal Lancarkan Aplikasi "blockchains.my" @AraiEzzra


Berita baik buat pemain BlockChain dan DinarDirham apabila dalam bulan April 2017 DinarDirham bakal melancarkan aplikasi Android/iOS "blockchains.my" bagi memudahkan urusan kewangan baru ini. Aplikasi ini nanti diharap akan memudahkan pemain BlockChain dan juga pemain DinarDirham memperolehi maklumat di hujung jari sahaja.

Dalam masa yang sama pada Julai 2017 yang akan datang, DinarDirham bakal membuka cawangan di Dubai hasil bekerjasama dengan kerajaan dan penyedia emas terbesar di Dubai untuk menubuhkan Fintech Company dan Galeri Digital serta Physical Gold. Langkah ini dilihat bakal memberi peluang kepada DinarDirham melebarkan sayap ke rantau Timur Tengah dan kawasan sekitarnya





Arai Ezzra juga salah seorang panel 4th MFPC INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC WEALTH MANAGEMENT & FINANCIAL PLANNING pada 15 April 2017 nanti.

Tuesday, 21 March 2017

Bagaimana #DinarDirham Dikatakan Penipu Atau Scammer Jika Jadi Panel Jemputan Malaysian Financial Planning Council????


Skeptikal di luar sana mengenai DinarDirham sama ada BlockChain atau BitCoin yang sebelum ini sering melabelkan "DinarDirham" dan CTO, Co-Faunder DinarDirham Arai Ezzra sebagai penipu, pembohong, scammers, rembat duit orang atau apa saja gelaran negatif kini bolehlah simpan segala tohmahan tersebut dan telan bulat-bulat apabila sekali lagi DinarDirham membuktikan kepada mereka-mereka di luar sana terutama skeptikal sistem kewangan konsep baru ini bahawa Arai Ezzra bukanlah seperti yang didakwa. Ini jelas terbukti apabila beliau dijemput dan diberikan peluang oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC) sebagai panel jemputan pada 4th MFPC International Conference on Islamic Wealth Management & Financial Planning 2017 pada 15 April 2017 nanti di PWTC Kuala Lumpur. SILA KLIK SINI



Arai akan membentangkan "Introduction BlockChain" dan Round Table untuk topik "Islamic Wealth Management And Fintech Issues, Challenges And The Way Foward" sebaris dengan pakar-pakar dan pemain sistem kewangan lain seperti Emeritus Prof Dr, Rodney Wilson, Ms. Wessam Soliman, Shah Mohammad Ali serta ramai lagi seperti yang tertera pada senarai panel jemputan di atas. Ini jelas menunjukkan DinarDirham bukanlah seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang kerana mana mungkin penipu, pembohong, scammers atau seangkatan dengannya jika dijemput oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi ucapan atau ceramah mengenai BlockChain seperti Malaysian Financial Planning Council (MFPC) yang tinggi kredibilitinya. Jemputan  kepada DinarDirham sebagai panel yang akan memberi ucapan mengenai BlockChain jelas memberi gambaran bahawa konsep yang dibawa oleh DinarDirham bukanlah seperti yang difitnah oleh sesetengah pihak bahkan jelas memberi gambaran bahawa ia adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada DinarDirham. 








Saturday, 18 March 2017

Lensa Niring 5 : Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 Lokasi Kota Marudu Sabah... @NajibRazak @IsmailSabri60 #JPB2017 #InilahPeluangKu #DAA


Destinasi JPB2017 ke-5 adalah Parlimen Kota Marudu, Sabah bertempat di SMK Tandek Kota Marudu yang akan memberi peluang kedua kepada anak2 bumiputera yang tercicir untuk menyambung pengajian di IPTA dan IPTS di bawah MARA..... Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom bin Bahanda @Mohd Fitri.... nantikan lokasi seterusnya di Sabah :

Kota Belud - 18/03/2017 (Sabtu)
Keningau - 19/03/2017 (Ahad)
Batu Sapi - 21/03/2017 (Selasa)
Silam - 22/03/2017 (Rabu)

semua anak2 Sabah dan kawasan berdekatan yang ingin menyambung pengajian dijemput hadir bermula jam 9.00 pagi hingg 2.00 petang.....









Wednesday, 15 March 2017

Lensa Niring 4 : Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 Lokasi Raub... @NajibRazak @IsmailSabri60 #JPB2017 #InilahPeluangKu #DAA


YB DATO’ SRI HAJI SHAHIRUDDIN BIN AB MOIN selaku Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Raub disambut oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Dewan Jubli Perak, Raub untuk merasmikan program pada hari ini.
" Kita tidak mahu bangsa kita di pandang rendah. Program JPB2017 yang dibawa adalah sebuah usaha murni kerajaan demi kehebatan bangsa kita. " - YB Dato' Sri Haji Shahiruddin.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers