Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 6 April 2013

Panas!!! Laaa… Anwar Nak Bertanding Di Permatang Pauh Pulak Dah…


Anwar malam tadi akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu di buat di Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Friday, 5 April 2013

[18SX!!!] "Permainan’ Licik Alvin Dan Vivian Berbogel Sambil Pegang Bendera BN…"


Baru-baru ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.

Jika ditafsir secara 'direct', ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.

Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian!

Tetapi sebenarnya bukan payah untuk 'menafsir' tindakan mereka berdua.

Apa yang kita lihat itu hanya 'yang tersurat' tetapi sebaliknya ada maksud 'yang tersirat'.

Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.


Kita tahu betapa marahnya Alvin dan Vivian kepada kerajaan kerana telah mengutuk perbuatan mereka melakonkan adegan seks sebelum memuatnaik ke dalam akaun You Tube tidak lama dulu

KJ Tak Bertanding #PRU13? Hampir Meroyan…? @KhairyKJ


Berikut adalah kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yang dibuat di Facebook beliau. Lain macam aje bro… kalau tak terpilih pun apa salahnya, dah nama pun perjuangan kan.

"Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB.

Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Thursday, 4 April 2013

Video @TunFaisal Dengan @Armand_PJU Tunggang PKR Bikin Cai2 Pakatan Meroyan???...



mau meroyan geng-geng cai PR terutama budak-budak PKR bile tengok video nie... 

PKR ditunggang Pemuda UMNO...

kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! 

Sumber : Hak Malaysia

Tun M : Lim Kit Siang Patut Tidak Tanding PRU13???...


Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang.

"Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon.

"Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.

Wednesday, 3 April 2013

Panas!!! Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak... @ZambryAbdKadir @AzwanBro


Anwar mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.

Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.

Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.

"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.

"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," kata Anwar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gempar!!!] Mengapa Parlimen Dibubarkan Hari Ini Rabu 3hb April 2013???...


Apa yang boleh dirumuskan ini adalah bahan yang hampir sama dengan apa yang disiarkan sebelum ini.

Selain sesi gambar terakhir Kabinet, beberapa sebab mengapa hari ini berlakunya pembubaran adalah berdasarkan fakta bahawa;

1. Rabu 3hb April 2013 cukup 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri (dilantik pada 3 April 2009).

2. Tempoh perayaan Chin Beng (masyarakat Cina melawat dan membersihkan pusara nenek moyang) akan tamat.

3. Perdana Menteri seperti biasa akan mengadap Yang Dipertuan Agong pukul 8 pagi Rabu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mungkin beliau akan mendapatkan perkenan untuk pembubaran.

-Ramai menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen selepas mesyuarat Kabinet.

4. Satu program besar akan berlangsung hujung minggu ini (yang selalunya hanya akan diadakan selepas pembubaran Parlimen)

**Namun semua itu hanya bersandarkan jangkaan semata-mata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penduduk Lahad Datu Lega Bila "Zabri" Dok Meronda-ronda Di Kawasan Perang???...


Kereta perisai polis Zabri terus melakukan rondaan ke kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu bagi memberi keyakinan terhadap keselamatan kepada penduduk-penduduk kampung yang kini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan sementara.

Tahukah anda mengapa Ferret Scout Car milik PDRM ini diberi nama Zabri?

Perkataan 'Zabri' pada kenderaan perisai tersebut adalah sebagai memperingati jasa dan perjuangan ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid , pakar taktikal dan antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando.

Beliau merupakan ketua yang sangat disenangi dan dihormati oleh anak-anak buahnya dan pada masa yang sama digeruni oleh pihak musuh sehinggakan setiap kali operasi yang disertai olehnya, pasti akan ada pengganas komunis yang tewas di tangan beliau.

Tuesday, 2 April 2013

Biar Betul???? PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Esok???...


KOTA BAHARU – PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Senarai calon, kita kira sudah selesai…tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkanberkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima tahun DUN berkenaan ialah pada 28 April ini.- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangkang dari Longkang Part III : 4 Tahun Sudah Berlalu Tapi Masalah Masih Belum Diselesaikan...

[Eksklusif!!!] Sesi Bergambar Terakhir Kabinet Rabu Ini Sebelum PM Bubar Parlimen???...


Adalah menjadi amalan setiap kali Parlimen hendak dibubarkan, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan.

Dalam erti kata lain, sesi bergambar kabinet menjadi petanda paling jelas bahawa Kabinet hampir pasti dibubarkan dalam masa terdekat.

Maklumat yang diterima bahawa sesi bergambar terakhir Kabinet akan diadakan sebelah pagi pada Rabu ini yakni sebelum mesyuarat Kabinet bermula di Putrajaya.

Mungkin Kabinet tidak akan dibubarkan dalam hari yang sama, tetapi ia sudah terlalu hampir.

Apakah hari Jumaat?

Justeru, semakin nyata gendang perang untuk pilihan raya hanya menanti masa untuk dipalu secara rasmi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 April 2013

[Gempar!!!] Betul Ker Ahli Majlis Lancap Mengamuk Bila Dipecat PKR???...


Ketua Penerangan PKR Merbok Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani kesal dengan pucuk pimpinan parti PKR yang mengambil tindakan memecat beliau dari parti tanpa diberikan peluang untuk membela diri.

"Apa salah saya sehingga dipecat dari parti tanpa memberikan saya peluang untuk mempertahankan diri? Adakah salah saya melancap didalam pejabat saya sehingga menyebabkan pihak parti PKR memecat saya?"

Beliau yang ditemubual melalui panggilan talifon agak kecewa dengan pemecatan yang dilakukan tanpa asas ekoran penyebaran gambar gambar beliau yang sedang melakukan onani didalam pejabat PKR negeri Kedah.

"Saya hanya melancap dan bukan saya melakukan kesalahan merogol ataupun meliwat. Ada pucuk pimpinan parti lebih teruk dari saya dengan melakukan seks luar tabii beserta bukti video adengan seks tetapi tidak dikenakan apa apa tindakan dari pihak parti PKR."

Apabila dirujuk oleh wartawan siapa yang dimaksudkan oleh beliau tentang pucuk pimpinan itu beliau menjawap,

"Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Yb Elizebeth Wong semuanya terbukti jelas melakukan kesalahan dengan bukti video dan gambar namun tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak parti PKR. Apakah melancap merupakan satu kesalahan jenayah?" Ujar beliau.

Muahahahahahahha.. Lawak beb !!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gempar!!!] Siapakah Datuk Seri Yang Serah Diri, Mengaku Salur Kewangan Pada Sultan Muedzul, Bukannya Jamalul Kiram???...


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

 Ridzwan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Eksklusif!!!] Pengakuan Penduduk Lahad Datu Yang Nyaris Disembelih Jeneral Musa Sebab...


Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

Sunday, 31 March 2013

Puaka Niring : Bayi Tersenyum Dalam Rahim!!!...


Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka.

Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.

Perisian itu menjalankan pengimbasan ultra bunyi 3D konvensional dan menambah warna, tekstur kulit, pencahayaan dan bayangan. Teknologi itu menghasilkan imej yang sungguh jelas dan membenarkan ibu bapa melihat wajah anak mereka sebelum ia dilahirkan.

Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.

Perisian itu membenarkan doktor mengesan masalah pada janin lebih pantas daripada sebelum ini.

Perisian itu dihasilkan oleh Dr Bernard Benoit dari Hospital Princes Grace, Monaco yang terkenal di seluruh dunia kerana komitmennya memperkenalkan teknologi imbasan ultra bunyi yang inovatif.

Beliau juga pakar dalam mengesan kecacatan pada janin pada peringkat awal kehamilan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Kantoi!!!] Temberang Penganjur Konvoi TOLAK Pecah???...



Beberapa penyokong pembangkang termasuk daripada golongan mahasiswa menyertai Konvoi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK).

Konvoi yang bermula di Dataran Shah Alam, Selangor itu dilaporkan bergerak ke Dengkil bagi mengedar risalah berbaur hasutan supaya menolak BN dan khususnya UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Lebih membimbangkan apabila peserta kovoi itu akan turut bergerak ke kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum.

Penganjur TOLAK melalui satu kenyataan media mendakwa memorandum itu bertujuan mengesa Perdana Menteri membubarkan Parlimen dengan segera bagi memberi laluan kepada PRU13 diadakan.

"Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

"Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baharu," dakwa Pengerusi TOLAK, Muhamad Azan Safar melalui kenyataan sama.

Dakwaan Muhamad Azan mengenai jumlah peserta yang menyertai konvoi itu bagaimanapun menimbulkan keraguan kerana gambar pelancaran konvoi yang turut disiarkan menerusi kenyataan sama memberi gambaran sebaliknya.

Pemerhatian terhadap gambar berkenaan mendapati hanya kira-kira 50 orang menyertai konvoi tersebut sedangkan Muhamad Azan mendakwa 500 menyertainya.

Difahamkan juga konvoi itu akan mengadakan siri jelajah ke semua negeri bermula 6 hingga 14 April ini.

p/s : mana satu betul nie???? 500 ler 50...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Eksklusif!!! Rakyat Edar “Report Card” Menteri Besar Selangor Pasal Air???... @khalidibrahim


Mentang-mentanglah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan, tiba-tiba saja rakyat Selangor menghadiahkan "report card air" (kad laporan) kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tua bangka pun dapat "report card" lagi?

Mungkin kad laporan itu diedarkan oleh rakyat yang majoritinya kini sedar dan tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar itu berhubung sikapnya yang dilihat gagal menyelesaikan masalah gangguan air sejak lima tahun memerintah negeri tersebut.

Kami turut menerima "report card air" untuk Menteri Besar itu dan ia membuat kami tercengang-cengang sebelum berderai ketawa. Nampaknya rakyat Selangor "baru kenal" siapa Khalid yang sebenar…

Menariknya,"report card" tersebut telah diedarkan secara meluas di sekitar Cheras, Ampang, Gombak, Petaling Jaya, Klang dan bandar-bandar utama di seluruh negeri berkenaan khususnya di kawasan yang sering menhadapi masalah gangguan bekalan air.

Sebagai sebahagian dari rakyat yang tinggal di sekitar Selangor, kami yakin ramai warga Lembah Klang lain seperti kami yang telah menerima salinan "report card" untuk Menteri Besar itu, bukan?

Terpampang di helaian "report card" itu tentang janji, tarikh janji, bukti kenyataan yang dibuat melalui media massa dan tindakan sama ada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengotakan janji yang ditabur atau tidak.

Sejurus selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Khalid berjanji untuk mengotakan manifesto Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu untuk memberikan "air percuma" kepada seluruh rakyat di negeri itu.


Bagaimanapun, tidak semua rakyat dapat menikmati "janji" tersebut apabila dianggarkan lebih 170,000 unit kediaman dan premis perniagaan di Selangor tidak mendapat hak bekalan air percuma sebagaimana yang diwar-warkan.

Beribu-ribu rakyat yang dinafikan hak mereka itu telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kes masih lagi diteruskan di mahkamah.

Berdasarkan "report card" tersebut, sudah hampir lima tahun berlalu, Khalid masih lagi belum menunaikan segala yang disarankan – penstrukturan semula industri air, pemindahan air dari Terengganu, penggunaan air lombong, pembersihan air Sungai Kelang, penggunaan Teknologi Membran, kaedah 'portable treatment' plant.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers