Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 8 December 2012

Kopi Tahi Gajah Jadi Idaman... Korang Sanggup...


BANGKOK – Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).

Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi.

Sketsa : Lawak Pak Haji Dan Air Asia...


Pak Haji mengahwinkan ketiga 3 anaknya, iaitu Minah, Mimin dan Mumun. Mereka berbulan madu ke Bali dan Pak Haji berpesan, "nanti kalian kirim khabar ya ke bapak tentang prestasi suami kalian. Guna sms singkatan aje, ... pakai motto iklan". 

Hari kedua berbulan madu, Mimin sms ke Pak Haji..... sms Mimin cukup singkat : "STANDARD CHARTERED ". Pak Haji langsung mencari iklan Standard Chartered di akhbar dan terbacalah tulisan : " BESAR, KUAT DAN BERSAHABAT ". Pak Hj langsung tersenyum...

Hari keempat Mumun sms ke Pak Haji , isi smsnya : " NESCAFE ". Pak Haji terus cari iklan Nescafe di akhbar & terbaca moto Nescafe : " NIKMATNYA SAMPAI TITIS TERAKHIR ". Sekali lagi Pak Haij tersenyum lebar.

Friday, 7 December 2012

Cerita Sebenar Di Balik Nama ‘HARIMAU MALAYA’????....

Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia.

Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.

Pemain tersebut bermain di posisi 'striker' dan beliau adalah Dollah Don.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4.

Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.

Di zaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis.
Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya.


Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangsaan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

Thursday, 6 December 2012

Panas!!! : Tiket Air Asia PALING MURAH Ke Bangkok Tengok Harimau Malaya!!!



KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia menawarkan tiket pergi-balik ke Bangkok dengan harga paling murah kepada penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.

"Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.

"Kita akan menyediakan penerbangan 'charter' dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana," katanya pada sidang media Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Redtone KL 2012, di sini hari ini.

BACA JUGA ASAL USUL NAMA HARIMAU MALAYA

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu akan beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad ini.

Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Dis.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata jika mendapat sokongan menggalakkan, perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.

"(Bagaimanapun) Pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan," katanya – Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Video] : Anak Kampung versi Tasya Manshahar... Bakal Ganti Yuna...@CloraStudio



Original : Jimmy Palikat - Anak Kampung
Cover Version by Tasha Manshahar

Memang kita ini,
Anak orang miskin,
Tiada apa-apa yang dapat berikan,
Aku memang cantik,
Kau memang tampan,
Kita memang sepadan.

Kita anak kampung,
Tiada pelajaran,
Anak kuli sahaja,
Memanglah sepadan,
Handsome bah kau itu,
Banyak yang tergoda,
Ramai orang yang suka.

[Video] : Senarai Barangan Boikot Israel....

Wednesday, 5 December 2012

[Jangan Tonton] Pencuri Motor Dibunuh Kejam...



Hukum manusia... Memanglah mencuri itu salah tapi benarkah tindakan kita menghukum menggunakan tangan sendiri... 

Lembik budak ni kena bunuh kejam sebab curik motor... Kejadiaan ini berlaku di negara jiran kita,semoga tuhan ampunkan dosa dia... 

Anda tonton sendiri video tersebut kat bawah ni. Itupun kalau sanggup nak tonton lah...

Pas Nak Ke Putrajaya Dengan Mendoakan Kemusnahan Kerajaan Islam


Manusia yang di katakan seorang ulamak, ulamak pulak adalah pewaris nabi. tapi perangai macam setan gondol. orang macam ini berserban sebakul telah menjemar imej islam. bila melihat VIDEO INI memang aku juga terkejut. mereka ini tak ubah seperti perumpamaan binatang paling hina di sisi Allah. dalam cerita p.ramlee IBU MERTUAKU " aku hairan kenapa Allah jadi kan kau manusia, kan lebih baik Allah jadi kan kau haiwan."

kalau orang yang ada agama, seorang ulamak sudah pasti tidak tergamak untuk mendoakan kehancuran kepada orang islam lain macam dalam video itu, seorang ulamak wajib mengajak manusia supaya berkasih sesama manusia.

memang setan dan bapak segala setan ulamak macam nie. bilamana tok guru ini jatuh sakit satu ketika dahulu, orang yang di sumpah pecah perut telah mengarahkan di bawa ke hospital IJN dari kelantan ke kuala lumpur dan di berikan perubatan kelas pertama. perdana menteri dato najib pergi melawat dia lagi dan mendoakan supaya dia cepat sembuh. tetapi apa balasanya selepas sihat ini lah perangai macam firaun.

kisah firaun telah kembali di malaysia. apabila kaum firaun di timpa musibah, nabi musa telah mendoakan supaya Allah menurunkan hujan. selepas hujan turun, raja firaun berkata kepada rakyat nya kerana dia lah yang menurunkan hujan. persamaan ini sudah jelas dan selayaknya tok guru nie di panggil raja firaun pas.

Tuesday, 4 December 2012

Lokasi Sepatutnya #AES Dipacak Di Putrajaya... @NajibRazak @KhairyKJ






Sebelum nie gua ada berbunyi pasal AES nie tapi banyak plak yang serang gua kata gua tak patriotik sebagai penyokong kerajaan menyerang kerajaan kembali. Gua hanya menyokong suara Pergerakan Pemuda UMNO yang mahukan sistem AES ditangguhkan buat sementara dan lokasinya disemak kembali.

Gua setuju sebab ini la yang sebenarnya berlaku di Putrajaya tempat gua tinggal dah bertahun. Korang agak-agak pemandu kenderaan nie mati tak. Kejadian nie baru saja berlaku kira-kira setengah jam tadi kebetulan gua lalu tempat tu hendak ke Presint 15.

Mula-mula gua pun hairan bin ajaib macam mana kereta tu "baek" punya parking kat tengah-tengah pokok bunga tu. Kejadian berlaku di selekoh Jalan Timur nak ke Alamanda. Gua dah cakap sebelum ni selekoh kat Putrajaya ni memang bahaya.

Kalo korang tak caya korang boleh tanya orang Putrajaya. Kalo x caya gak pi IPD Putrajaya check statistik berapa banyak kemalangan kat selekoh sekitar Putrajaya berbanding kat tempat depa pacak kamera AES sekarang. Gua rasa sepanjang gua tinggal kat Putrajaya belum pernah gua nampak satu kemalangan pun kat situ.

Yang gua nak 'highlight'kan adalah lokasi tempat depa pacak kamera AES ni adalah lokasi yang strategik sebab jumlah kemalangan tinggi. Pecah perut gua. Gua cadangkan ada had laju sebelum masuk selekoh-selekoh di Putrajaya supaya kenderaan x la drift kat konar. Kat situ pacak la AES untuk pemandu yang degil.

Jawapan kepada soalan gua tadi, adakah pemandu kereta tu dah mati or masih hidup lagi? Jawapannya MASIH HIDUP. Siap boleh jalan-jalan lagi takda satu tulang pun yang patah tapi kereta korang tengok la sendiri.

Hairan Bin Ajaib kan......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tun M & Tun Siti Hasmah Buat Kejutan Di #TeaterTunSitiHasmah????... @Erma_Fatima @UmieAida @lisasurihani @tunfaisal






Semalam bertempat di Istana Budaya KL telah berlangsungnya persembahan hari terakhir pementasan teater Tun Siti Hasmah.

Teater yang dibarisi pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Eja, Lisa Surihani, Esma Daniel, Nazim Othman, Azizah Mahzan, Syanie, Mahmud, Ali Basha, Radhi Khalid dan dibantu oleh krew-krew yang berpengalaman menjadikan teater ini antara teater mesti tengok serta amat bermakna buat rakyat Malaysia.

Teater ini diarahkan oleh pengarah terkenal tanahair, Erma Fatima yang amat mengagumi ketabahan dan kekuatan seorang insan bergelar isteri Perdana Menteri ke-4 Malaysia.

Melalui pementasan teater ini kita dapat mengenali siapa Tun Siti Hasmah sebenarnya. Bermula dari saat mereka berjumpa, bercinta, menempuh saat suka duku ketika Tun M dipecat daripada UMNO, masuk semula UMNO, menjadi Menteri seterusnya menjadi Perdana Menteri. Betapa tabahnya hati seorang isteri mengharungi hidup sebagai ibu dan isteri kepada seorang pemimpin utama negara.

Bagaimana 'struggle' dan komitednya beliau terhadap usaha-usaha kemanusiaan terutama scene beliau pergi ke Iraq yang selama ini tidak semua ketahui. Scene yang amat mengejutkan ketika beliau diminta berjumpa Presiden Iraq, Saddam Hussein ketika beliau menjalankan misi kemanusiaan di Iraq.

Benarlah kata pepatah inggeris "in every mans back is a women". Jika sebelum ini kita mengagumi Tun M sebagai 'Bapa Pemodenan Malaysia', tapi kini Tun Siti Hasmah layak digelar Srikandi Malaya.

Amatlah diharapkan agar pementasan teater ini dapat diperluaskan lagi keseluruh negara agar mesej dan tauladan baik ini dapat diambil seterusnya dikutip oleh orang lain sebagai pedoman hidup.

Kak Erma Fatima selaku pengarah teater ini harus membawa mesej teater ini ke seluruh negara agar rakyat Malaysia mengetahui siapa sebenarnya TUN SITI HASMAH...

Selamat ulang tahun ke-57 perkahwinan Tun Mahathir (Che Deq) dan Tun Siti Hasmah (Mah) daripada Kulaan Niring...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 3 December 2012

Gadis Mengaku Hilang Dara Di Twitter????...





Beberapa minggu lalu, Mynewshub.my ada menyiarkan kisah seorang gadis yang 'menggila' di laman sosial Twitter dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.

Ini ada lagi satu kisah, seorang gadis muncul di laman yang sama dengan cara 'menggila' juga.

Tetapi, tindakan si gadis itu boleh dikatakan di tahap 'meroyan' di mana dia telah mengaku sesuatu yang tidak sepatutnya kepada umum.

Pada 29 November lalu, seorang gadis telah memuat naik status di Twitternya mengatakan dia sudah tidak ada dara!

Astaghfirullah!

(BACA: Fesyen Bertudung Kategori Sewel?)

(MENARIK – KLIK – BACA – GAMBAR: Jennifer Lopez..Sebelum Dan Ketika Konsert Di Kuala Lumpur )

Kenyataannya itu memang diakui dirinya sendiri.

Gadis itu merasa terlalu kecewa dan sakit hati kerana teman lelaki yang bernama 'Haziq' telah meninggalkan dirinya selepas 'daranya' hilang.

Agaknya, selepas 'daranya' hilang, si gadis itu cuba untuk menghubungi kekasihnya namun tidak berjawab.

Dan mungkin juga tiada cara lain untuk dia meluahkan rasa kecewa dan sedih melainkan menggunakan Twitter sebagai tempat utama misi 'meroyannya'.

Secara tiba-tiba juga, gadis itu yang tidak begitu ramai pengikut atau 'follower', jumlah followersnya telah meningkat dalam masa yang singkat.

Ramai yang cuba untuk memberi nasihat dan tidak kurang juga yang telah mengutuk dirinya.

Namun, gadis itu tidak peduli dengan kata-kata dan pandangan orang ramai kepada dirinya.

'Kisah' dia yang hilang dara itu telah ditweet hinggakan menjadi trending, #AkuTiadaDara dan memenuhi Timeline Twitter pada malam itu.

Nampaknya, kemudahan teknologi yang ada disalah gunakan lagi oleh masyarakat di Malaysia.

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Memali





[Panas] @KhairyKJ Tidak Mengiktiraf UMB Masa #PAU2012????... @tunfaisal @razlanrafii



YB Khairy Jamaluddin meluangkan masa untuk melawat booth UMB di Laman Media semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU2012) di PWTC serta memberi ulasan mengenai prestasi UMB dalam menerajui media sosial serta berperanan menyampaikan maklumat yang terkini, betul serta menyerang kembali persepsi salah dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang...

Sunday, 2 December 2012

#PAU2012 : Ahli UMNO Hanya Layak Ke Neraka...


RAMAI mengeluh dengan kelantangan Pengerusi Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya 'membelasah' kepimpinan Pakatan Rakyat, terutama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam persidangan UMNO 2012 lepas.

KN tidaklah menyaksikan secara langsung ucapan tersebut tapi dimaklumkan, Fathul Bari tidak setakat 'membahasakan' pemimpin agama yang jauh lebih tua melalui ucapannya, malah dia juga pergi lebih jauh dari itu dengan menayangkan kembali rakaman TV3 temuramah wartawan dengan Nik Aziz berhubung kenyataannya yang membawa maksud ahli-ahli UMNO sebagai kafir dan murtad.

Pada pandangan KN, tidak salah kalau Fathul Bari nak menyebutkan perkara tersebut sebab memang itulah kenyataannya (UMNO parti murtad dan kafir).

Ia jelas bertujuan menjatuhkan maruah dan imej Nik Aziz sebagai pemimpin ulung dalam PAS.

Adakah ini contoh yang cuba diberikan ilmuwan agama muda dalam UMNO?…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers