Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 9 March 2013

[Gempar!!!] Ini Bukti Fan Page Misuari Promosi Kisah Bapa Saiful?


Sayang betul Nur Misuari kepada Anwar sehingga sanggup mempromosikan pengakuan bapa Saiful Bukhari di fanpage beliau.

Agak pelik kerana fanpage beliau itu selama ini hanya berkaitan perjuangan MNLF dan kisah-kiah politik Filipina.

Entah kenapa hari ini tiba-tiba ada pulak cerita pasal bapa Saiful. Menyimpang betul… atau tidak?

Kalau dibuat oleh admin page pun, sudah tentu dengan kebenaran Misuari kan… takkan nak memandai letak aje!

Misuari adalah pemimpin MNLF dan kumpulanya bersama Jamalul Kiram dikatakan terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu sehingga menyebabkan ramai wira kita yang gugur dan keamanan negara tercalar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara kawan rapat beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Korang Caya Tak Cakap Sultan Sulu "Saya Sultan Paling Miskin Dalam Dunia, Dakwa Jamalul Kiram III???"


Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

"Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Pengikut Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu.

Mereka mencetuskan konflik di Malaysia kerana mahu menuntut semula kononnya kawasan itu merupakan hak milik mereka.

Operasi yang dikenali sebagai Op Daulat itu berlarutan lebih seminggu tetapi sehingga kini pengikut Jamalul masih berdegil dan enggan berundur.

Jamalul mendakwa yang Sabah ialah milik Kesultanan Sulu satu masa dahulu dan ia hanya dipajak kepada Malaysia dan mereka membayar sewa tahunan sebanyak AS$1,708 atau lebih RM5,000.

Jamalul yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung juga dengan bangganya menceritakan empayarnya berpangkalan di kepulauan Sulu, selatan Filipina.

"Filipina kemudian dipajak Sabah kepada syarikat British dan pada tahun 1963, Sabah mengambil keputusan untuk menyertai Malaysia," katanya.

Beliau menambah ketika waktu muda, Jamalul sering mengembara ke Sabah.

"Negeri itu sangat kaya dan setiap kali saya ke sana, saya berasa seperti berada di kampung halaman saya sendiri," ujarnya.

Sehingga kini, lebih 800,00 rakyat Filipina menetap di Sabah untuk bekerja sejak bertahun-tahun dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 8 March 2013

[Gempar!!!] Ada 700 Pengganas Lagi Nak Masuk Sabah??? Giler Ker!!!...


Polis Diraja Malaysia menafikan bahawa 700 orang pengganas dari Sulu hendak menceroboh masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau untuk membuat kacau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, apa yang tersebar di media sosial Facebook dan Twitter adalah khabar angin.

Beliau membuat penafian itu dalam sidang media harian di Lahad Datu, Sabah.

Khabar kemasukan pengganas baru dari Selatan Filipina telah tersebar sejak minggu lalu termasuk seperti yang dilaporkan oleh media Filipina.

Philippine Daily Inquirer pada minggu lalu memberitahu 10,000 pejuang Tausug sedang belayar untuk menyertai kumpulan Jamalul Kiram bagi berperang dengan tentera Malaysia.

Khabar itu bagaimanapun dinafikan pasukan keselamatan negara ini.

P/S : nak mampos berani datang Malaysia... Ingat nie negara mak bapak korang ker sesuke hati keluar masuk...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sultan Kiram Marah Tentera Sulu Digelar Pemberontak!!! Habis Tu Nak Panggil Patriot!!!...


Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

P/S : korang yang datang Lahad Datu IC pun xda lagi nak mengaku Malaysia tanahair korang... F**k la...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 7 March 2013

[Panas!!!] Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu???...


Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.

[Wajib Baca!!!] Sajak Komando : Ini Bumi, Tanah Pendekar...


Sajak Komando::: Ini bumi, tanah Pendekar!!!

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 6 March 2013

[Gempar!!!] Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh???!!!...



Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram.

Siapakah Kiram?

Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Tentera Beruk Kini Bersembunyi Di Kampung Tanduo Takutkan ATM???...

**Sebelum ini masa berminggu-minggu dipujuk supaya balik, taknak.. tunjuk taiko…. sekarang menyorok pulak… keluarlah melawan kalau berani, dah jadi tentera beruk pulak ke sekarang… main sorok-sorok.

LAHAD DATU — Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 5 March 2013

[Video] Pemberontak Sulu Tetap Berdegil Mahu Berperang Walaupun Dilarang Presiden Filipina...



Presiden Aquino beri amaran - Berita utama Tv3 26 Febuari 2013

Bangsat Kau Misuari! 8 Pahlawan Kami Dibunuh, Hantar CUCU SAUDARA Untuk Berunding???


Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.

"Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan," kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.

Dipetik Rappler.com dan Star Online, Misuari berkata, beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu.

Katanya, Malaysia belum memberi respons ke atas tawaran beliau.

Cukuplah Misuari. Kami cukup kenal siapa kamu.

Misuari memang diketahui sangat kecewa dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan MILF yang mewakili Bangsamoro kerana terasa dia diketepikan.

[Panas!!!] Perkembangan Terkini Serangan Tentera Malaysia Ke Atas Pemberontak Di Kampung Tanduo!!!...


Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.

Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikutidengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dangerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 4 March 2013

[Gempar] Jawapan Lokman Adam Buat Pemberontak Sulu Letak Senjata???? @NajibRazak @LokmanAdam @tunfaisal


Penasihat Sultan Sulu :

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

[Panas!!!] Video Dikatakan Diambil Oleh Tentera Pemberontak Sulu Bertempur Dengan Tentera Malaysia Menggunakan Nama Lahad Datu????...



Gunfire in Lahad Datu, 12 dead - nagpaputok sa Lahad Datu sa Sabah

KN kurang pasti sama ada video ini sah video pertempuran tentera pemberontak Sulu dengan Tentera Malaysia...

Sebak Bila Membaca SMS Terakhir Anggota Vat69 Yang Terkorban Di Lahad Datu...


KN mendapat sms nie malam tadi dan KN rasa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi sms yang sederhana panjang tapi padat dengan maksud dan maknanya.

[sms terakhir seorang Vat69]

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan.. jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna...

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah...

[Eksklusif] Gambar Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna...


Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.

Sunday 3 March 2013

Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, adik kepada 'mantan sultan' Jamalul Kiram III dan 'sultan' Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.



2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

(BACA: Pencerobohan Tersebar Ke Seluruh Sabah?)

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram.



3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

'Mantan sultan' Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai 'rumah' mereka:

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami".

[Gempar!!!] Lori Jelajah Pas Hijack Pulak Karnival WOW Malam Nie... @NajibRazak @TengkuAdnanReal @TanSeriAseh @tunfaisal





[Panas!!!] Lori Jelajah Pas Hijack Crowd Pesta Buku Di Bangunan Perbadanan Putrajaya... @NajibRazak @TengkuAdnanreal @TanSeriAseh @tunfaisal





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers