Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 1 June 2013

Puaka Niring : Pontianak Mengamuk Kerana Kain...


Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Selamat Hari Keputeraan Yg Di Pertuan Agong 2013...


Ampun tuanku sembah patik harap diampun...

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Pembaca Berita Tak Perasan Citer Lucah Kat Skrin Belakangnya!!!


Greece – Stesen televisyen ET3 di sini telah melakukan kesilapan besar dan memalukan ketika menyiarkan siaran berita yang ketika itu ditonton oleh ramai penduduk di negara berkenaan.

Ketika penyampai berita itu menyampaikan laporan semasa, skrin di belakangnya telah secara tidak sengaja menyiarkan visual filem lucah.

Ia melibatkan aksi hubungan seks.

Penyampai berita tersebut ternyata tidak menyedarinya dan terus membacakan berita.

Ironinya, berita yang disampaikan adalah mengenai kemungkinan stesen penyiaran awam terpaksa ditutup untuk sementara waktu susulan langkah memotong perbelanjaan.

Aksi berkenaan kemudiannya menjadi popular di rangkaian sosial media dan telah ditonton beribu-ribu kali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 31 May 2013

UMNO Tak Relevean??? Pemimpin Dan Ahli UMNO Tolong Jawab Skit???


UMNO parti keramat orang Melayu dan bukannya parti hak milik individu.

Pemimpin UMNO harus sedar harapan orang Melayu sejak dulu adalah pada UMNO.

Kewujudan UMNO sebelum Merdeka membuatkan ramai orang Melayu berpusu pusu mahu menyertai parti keramat ini.

Tapi sekarang? Orang Melayu sendiri meluat dengan gelagat pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat yang sudah lupa diri apa itu UMNO.

Adalah wajib UMNO perlu melakukan Transformasi dalam pekara ini agar orang Melayu dan Bumiputera yang ada hari ini sayang dan suka UMNO sepertimana waktu penubuhannya lalu.

Buang sifat ego dan elitis serta bongkak segelintir pemimpin UMNO.

p/s : tolong jawab skit boleh... macai-macai PR jangan plak dok menyebok... masalah dalaman korang pun tak settle...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 30 May 2013

Panas!!! Kantoi Webcam Dengan Bapa Sendiri!!!





kantoi!!! hahahahahahahahahahahahahahaha

Jangan Baca!!! Surat Rasmi Permohonan Suami Nak Kawin Lain Kepada Isterinya...


Contoh surat rasmi utk tambah kuota / poligami...


Suami bin Lelaki
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor


Isteri binti Perempuan
Lot 1279, Jln Gajah,
Kg Kubu Gajah, 47000
Sg.Buloh, Selangor 

21.5.2013


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan- , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,



Suamimu... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














Betul Ker @ZambryAbdKadir Bawak Staff Melancong Ke Singapura????...


Betul ker citer yang KN dengar ni pasal MB Perak yang baru dilantik semula selepas PRU13, DS Zambry Abd Kadir membawa staff Pejabat Menteri Besar Perak pegi melancong ke Singapura????

KN tak berani nak mengesahkan kesahihan dan kebenaran khabar-khabar angin yang mula bertiup kencang di facebook-facebook cybertrooper so-called Pro-BN berkaitan dengan isu melancong kat Singapura nie.

Dan KN pun ada terbaca dari sumber blog Sangkakalajari9 yang juga mempersoalkan dan menjelaskan kebenaran isu ini.


Jadi kepada mereka yang berada di luar sana yang tahu cerita sebenar berkenaan isu melancong ke Singapura ni agar boleh berkongsi dengan pembaca lain.

p/s : gua nak kata betul pun tak... Nak kata salah pun tak... selagi gua tak dapat citer yang sebenarnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 29 May 2013

Panas!!! Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Perkahwinan Ketiganya...



Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

Malah ada yang melontarkan pelbagai 'persoalan' berhubung tindakannya itu.

Dan sekarang ini tengah 'viral' dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.

Di atas ini adalah jawapan beliau;

Apa kata anda?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Puntianak Tenggek Atas Atap Rumah...


KULIM – Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

"Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

Pakatan Bergaduh Lagi!!! Selangor Sepatutnya Negeri Pas???


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi `tamparan hebat' daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang apabila PAS Selangor hari ini menggesa ahli dan pimpinan PAS diseluruh negara menganggap Selangor sebagai `negeri PAS'.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" seperti mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu serta melebihi kerusi PAS di Kedah.

Tuesday, 28 May 2013

Panas!!! Peminat Kritik Ustaz Azhar Idrus Kahwin Tiga Cakap Tak Serupa Bikin???






Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung Ahad lalu telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

(Baca – Soalan Yang Ditanya Kepada Azhar Idrus)

Antara komen negatif yang diterima ialah seperti berikut:

Buat semua, perkahwinan UAI itu tidak salah kerana dalam Islam sendiri membenarkan lelaki untuk berkahwin empat sekiranya si suami mampu berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

Yang penting, kita doakan saja kebahagiaan UAI bersama ketiga-tiga isterinya kekal sehingga ke akhir hayat.

Oleh: AUDREY LEE

Sumber rujukan: blog hotlips
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemuda PAS Mahu Anwar Perjelas Mengapa Perjanjian Dirahsiakan!!!


Perselisihan yang berlaku antara Pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini.

Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

"DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?," desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.

Monday, 27 May 2013

Pengkid Jadi Kacak Lepas Buat Pembedahan???...


Kebiasaannya, golongan lelaki transgender yang lebih gemar mengambil risiko untuk mengubah segala aset yang terdapat di tubuh badan mereka untuk tampil cantik seperti wanita yang lain.


Namun lain pula buat Yvonne Buschbaum, seorang atlet lompat bergalah wanita yang berasal dari Jerman.

Padan Muka!!! Sokongan himpunan Blackout 505 makin merosot!!!...


Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.

Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.

"Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.

"Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya," katanya.

Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.

"Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu.

"Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu," katanya.

Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelik Tapi Benar!!! Pemimpin DAP Dilihat Merayau-rayau Di Festival Belia Putrajaya??? #FBP13 @PortalSGB




Pelik tapi benar!!!

Korang kenal tak sapa mamat pakai spec ni. Orang cina panggil "si bak kia". Kalo korang tak kenal, teruk sangat ler korang ni.

KN takkan bagi tau sapa dia mamat nie yang memang dikenali sebagai pemimpin kanan DAP di Selangor. Yang menjadi persoalan di sini,

"Apa yang dibuat mamat ni kelihatan mundar-mandir di Festival Belia Putrajaya?".

"Apa tujuan dia datang ke Festival Belia ni?".

Agak sukar kalau kita nak tengok pemimpin Pakatan Rakyat saja-saja datang ke majlis atau program anjuran kerajaan BN kecuali kalau atas jemputan dan majlis atau program itu mendatangkan kebaikkan kepada Pakatan.

Kebetulan gambar-gambar ini dirakamkan oleh sahabat KN yang membuat liputan semasa Festival Belia. Lantas menimbulkan banyak tanda-tanya apa tujuan dengan kehadiran mamat DAP ni.

p/s : kalo korang ada maklumat atau idea kenapa mamat DAP nie ke hulu ke hilir macam orang gila takda tujuan, plez syer ler kat ruangan komen ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU13???


Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

Sunday, 26 May 2013

Lensa Niring 2 : Festival Belia Putrajaya 2013 Tak Dapat Sambutan Belia????... #FBP13 @PortalSGB @KhairyKJ @TengkuAdnanReal







Koleksi gambar-gambar yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat KN yang berada di sekitar kawasan Presint 2 dan 3 di mana berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2013.

Festival yang mengumpulkan belia-belia dan pemuda pemudi dari seluruh pelusuk tanahair juga diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairy yang menjadi ikon anak muda sekarang.

Turut hadir menyerikan festival ini adalah Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan turut memberi sokongan terhadap festival ini yang kebetulan diadakan dalam kawasan parlimen beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers