Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 15 September 2012

Puaka Niring : Video Penampakan Hantu Aneh Di Atas Pohon

Berjumpa Dengan Kate, Datuk Siti Dikutuk – ‘Pandai Ke Speaking?’

Ketika ini, orang ramai teruja dengan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia kerana dapat menyaksikan kerabat diraja ini dengan lebih dekat.

Tujuan hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Malah, rasa keterujaan masyarakat Malaysia semakin dirasai apabila Putera William dan Kate mengadakan kunjungan ke Masjid Assyakirin di Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Ketibaan pasangan itu disambut meriah dan dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu di perkarangan masjid itu.

Turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Kate adalah penyanyi terkenal tanah air kita, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti telah memuat naik gambarnya bersama Kate untuk tatapan peminat-peminatnya di profil Instagramnya.

Kiranya, beruntunglah Siti dapat berjumpa dengan orang kenamaan seperti Kate.

Namun, dalam keseronokkan Siti menikmati momen indah bersama peminat-peminat, ada juga yang tidak berapa suka dan mengutuk diri Siti.

Secara terang-terang, ada peminat yang memerli Siti sama ada pandai atau tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika bertemu dengan isteri Putera William itu.

Malah, ada juga yang mengutuk Siti yang gembira berjumpa dengan Kate seolah-olah bertemu dengan 'Nabi'.

Macam-macam yang diperkatakan oleh peminat-peminat Siti di Instagram milik penyanyi itu.

Apa-apa pun, tidak kiralah kita bertemu dengan sesiapa pun, walau setinggi mana darjat diri kita, dan setinggi mana akal fikiran kita, setiap tutur kata itu haruslah dijaga.

Tidak semua manusia itu sempurna. Muhasabah dirikan lebih elok? Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Media Britain Sifatkan Imej Bertudung Kate Di M’sia Imbas Memori Diana




Umum mengetahui yang ketika ini, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.

Mereka hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Hari ini, Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu.

Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.

Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Jadi, tidak hairanlah media-media Britain seperti Dailymail.co.uk mengatakan, Kate mempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu mengenakan tudung di Masjid Assyakirin itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 14 September 2012

Puaka Niring : Aneh, Ikan Keluar Dari Badan Orang Mati!!

SUARAM Dibiaya Dana Asing?


Wang disalur melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd sejak 2008
Kuala Lumpur: Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Siasatan juga mendedahkan SISB yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 menyalurkan dana kepada SUARAM, yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). SISB pula mendapat pembiayaan daripada dana asing sejak 2008.

“Siasatan SSM mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Open Society Institute (NGO di New York), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SSM mengesyaki SISB melakukan kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana ada aktivitinya tidak mengikut peraturan berkaitan objektif penubuhan syarikat.

SISB terima, salur dana Sebagai contoh, katanya, ada ketika hanya 0.06 peratus pendapatan keseluruhan SISB datang daripada aktiviti perniagaannya, bakinya sumbangan dana luar.

Kalau Anwar Yakin Boleh Menang PRU13 Kenapa Buat...


Kalau Anwar yakin boleh menang PRU13 akan datang, kenapa anwar and the geng perlu buat rusuhan itu meraih sokongan rakyat ???

Kalau dah rasa kuat kenapa perlu buat propaganda yang akan menjadikan negara huru-hara ???

Sejarah membuktikan bahawa segala janji anwar sebelum PRU12 terhadap permintaan rakyat semuanya belum ditunaikan.

Mana air free??? Mana bantuan kebajikan kepada ibu tunggal??? Mana geran tanah yg dijanjikan??? Mana pelaburan yang dari Arab yang bernilai berbilion-berbillion tu??? Mana bukti yang menunjukkan bahawa sistem kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN???

Cuba kita banding antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri Selangor lebih baik cara perlaksanaannya??? Ada Unisel rugi, ada dana negeri, disapu utk projek yg tak beri manfaat kepada rakyat. Bila ada pemimpin bawahan yg tersilap dipecat.  Golongan gay diangkat utk jadi pemimpin. Hudud Pas tak dilaksanakan. Jadi, kat mana yang kata PKR lagi bagus daripada UMNO???

Thursday 13 September 2012

Puaka Niring : Misteri Manusia Pelik dan Aneh Di Dunia...

7 Kejadian Tak Terduga Artis Dunia...

Siapa Kata Kakitangan DBKL Pilih Kasih Saman Orang...

Apa pun gua ingin mengucapkan tahniah kepada dua penguatkuasa DBKL yang amanah, telus dan adil dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Gambar ini gua rakamkan di hadapan Bangunan Menara DBKL Kampung Baru sebentar tadi ketika gua kebetulan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UniKL yang terletak di bangunan bersebelahan.

Memang keadaan trafik agak sesak bila ada tetamu yang hadir ke jamuan Rumah Terbuka UniKL meletakkan kenderaan mereka sesuka hati hingga mengganggu lalu-lintas.

Sudah tentu ini akan mengakibatkan kesukaran dan kesusahan kepada pengguna jalanraya yang lain. Lalu, tindakan pantas diambil penguatkuasa DBKL menyaman kenderaan terbabit.

Syabas dan tahniah serta 'respek' gua kat dua orang penguatkuasa wanita DBKL yang begitu tegas mengeluarkan saman termasuk kenderaan DBKL sendiri yang meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Mesti Tengok] GANGNAM - Super Kampung Style...



dah macam-macam jenis GANGNAM keluar kat youtube... 

have fun for the rest of the day...

Oppa Kampung Style...

Wednesday 12 September 2012

Puaka Niring : Misteri Makhluk Aneh Berenang

Sketsa : Tekong Takraw Pelik Tapi Mantap beb...



Gua tak pernah tengok takong takraw buat servis macam nie...

Pelik oooo tekong stail "backstrok"

Sketsa : Pecah Perut Tengok Mat Bangla Welkang...



Memang terbaik lah mat rempit dari Bangla ni...  Lepas tengok video dia buat aksi, sakit perut aku dari tadi dok gelakkan dia... wakakaka.. Cer korang tengok ada ke patot mamat tu buat macam tu... hahaha...

Wahhabi = Salafi = Ahlus Sunnah wal Jamaah??? @realDrMAZA


Jawapannya biar kupetik dari fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang dibukukan dan diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam untuk renungan kita semua, buat pedoman dalam mengharungi kehidupan agama yang kian bercelaru, terpulanglah pada kalian untuk menerima atau menolaknya. Tapi bagiku, aku ada ikutan bertali-temali sehingga ke atas. Sekarang biar kupetik beberapa butiran fatwa tersebut yang terkandung pada mukasurat 155-156 di mana Pehin Mufti menulis:- Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat.

Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk. Fikiran Ibnu Taimiyah dan mazhab as-Salafiyah yang dibawanya itu dan yang diamalkan sekarang oleh al-Wahhabiyah di tanah Arab, telah diperangi oleh ulama Islam pada kurun keempat Hijriah, dan dilawan oleh ulama Islam sepanjang kurun Islam

Membodohkan orang-orang Islam dan ulama Islam serta umat Islam seluruhnya adalah perbuatan dan kelakuan orang-orang Khawarij yang sesat dalam iktikad itu. Ia diikuti oleh agensi-agensi Wahhabiyah dan orang-orang pak turut yang dikelirukan oleh fahaman Wahhabiyah daripada pelajar-pelajar dan orang-orang yang suka mengikut fikiran baru dan apa saja yang baru dengan tiada memikir apa tujuan diadakan dan dari mana sember perkara baharu tersebut

Pada mukasurat 161, Pehin Mufti berpesan:-.......Dari itu sayugia orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaga-jaga dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan pengikut-pengikutnya daripada Ibnu Qaiyeem dan lain-lain anak muridnya, sebagaimana telah dibentangkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah zaman ini dan sebelumnya, dari penyeru-penyeru Wahhabiyah dan orang-orang yang terpengaruh dengan fahaman dan kelakuan Wahhabiyah daripada setengah-setengah ahli ilmu dan daripada penuntut-penuntut keluaran sekolah-sekolah dan universiti Wahhabiyah itu memburuk-burukkan amal ibadat yang dibuat oleh orang-orang Islam di sebelah sini di dalam masjid-masjid, surau-surau dan majlis agama dan ilmu Islam.

APA ITU WAHABI?

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

“Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.[1]

Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab.[rujuk Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission oleh Jalal Abualrub]

Monday 10 September 2012

Puaka Niring : Lelaki Pelik Dan Ajaib...

Kenali Kenapa PAP Berminat Dengan Malaysia...


Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain.

Puaka Niring : Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu 12 Jun 2012 Jam 7.40 am

Sunday 9 September 2012

Puaka Niring : Awan Aneh Yang Pelik Sebelum Hujan

Sketsa Niring : Batman Dah Tukar Bidang???


Batman tukar bidang?? siapa punye angkara la ni..

Muka-muka Rakyat Malaysia Yang Kurang Ajar Pijak Gambar PM... @NajibRazak




Dua Sultan Di Selangor??? Biar Betul....


1. Banyak rakyat jelata bertanyakan mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.

2. Jawapannya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri. Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

3. Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam 30 Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

4. Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar.

5. Kita difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam 30 Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers