Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 26 July 2013

Bangkang Dari Longkang IV : Semua Salah Kerajaan...

Dialog Yang Menyentuh Hati Seorang Anak Derhaka...


anak : mak nak duit.

mak : maaf nak, mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak : kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak : bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak : arghhh alasan semua tu... kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la...  pemalas... tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak : jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

Wednesday, 24 July 2013

[Video] Giler La!!! Belum Keputusan Rasmi Abe Ku Dah Celebrate Kemenangan!!! @ahmadmaslan @tunfaisal





PRK Kuala Besut - Tengku Zaihan Meraikan Kemenangan Lebih Awal!!!

Terkini!!! Keputusan BN Menang Besar di PRK #KualaBesut!!!

Alhamdullilah... BN berjaya memenangi PRK kuala besut dgn majoriti 2608 undi (undi tak rasmi). Terbukti PAS terus terusan ditolak orang Melayu kerana orang Melayu sedar PAS hanyalah barua kepada DAP! UMNO terus menjadi pengerak utama orang Melayu di Malaysia ini.

Sedarlah wahai ahlol ahlol PAS barua Cina Couvenis DAP!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong Pas Mula Menyerang Penyokong BN Di Pusat Mengundi #KualaBesut???





Seperti yang dijanjikan dalam artikel sebelum ini mengenai penyokong Pas provok penyokong BN di hadapan Pusat Pengundian (SILA KLIK SINI), video ini jelas menunjukkan tindakan terdesak Pas dengan mengupah orang tua yang dikatakan kurang siuman untuk mengganggu perjalanan pengundian. Keadaan ini memaksa campurtangan pihak Polis bagi meredakan ketegangan. Entah apa akan berlaku jika tiada pihak Polis bertugas menjaga keamanan perjalanan pengundian.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota keselamatan terutama anggota polis yang terlibat serta bertugas dalam PRK Kuala Besut kali ini.

Panas!!! Gambar Peraih Undi Pas Provok BN!!! @ahmadmaslan @tunfaisal

ini la individu yang membuat provokasi kepada peraih undi BN...
rasanya dia ni pesakit mental kot... apa punya standard la Pas ni...
halamak! cun ler plak awek Pas nie...
 jelingan manja tu yang tak taha
n

Pagi ini merupakan hari membuang undi bagi pengundi DUN Kuala Besut dalam pilihanraya kecil yang pertama selepas PRU13. Seperti biasa di setiap pusat pembuangan undi, peranan peraih undi amat penting dalam cuba untuk mempengaruhi pengundi yang datang untuk mengundi terutama pengundi atas pagar. Manakala parti yang bertanding akan menghantar seberapa ramai peraih undi ini sebagai cara untuk mempengaruhi pengundi yang datang.

Malangnya peraih undi Pas sudah melampaui batas dengan cuba membuat provokasi kepada peraih undi BN dengan tujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang dan cuba menimbulkan kekecohan. Insiden ini berlaku di Pusat Pengundian SK Alor Peroi untuk PDM Tok Saboh. Beberapa peraih undi Pas dari kalangan lelaki cuba mengejek dan memaki sambil menjerit-jerit seperti orang sudah hilang akal kepada peraih undi Wanita BN di seberang jalan. 

Menurut maklumat dari temubual yang dibuat kepada perain undi di kawasan sekitar, pakcik yang membuat provokasi itu (seperti gambar pertama di atas) rupanya mengalami SAKIT MENTAL atau bahasa kasarnya KURANG SIUMAN @ GILA. Apa la bangangnya puak Pas ni dok pakai orang kurang siuman jadi peraih undi. Patut la dok merapu merepek cakap ntah hapa-hapa. Kadangkala keluar ayat yang kurang sopan. Bodoh punya PasPisPus.


Gempar??? Harakah Dijadikan Alat Husam Musa Bantu Che Long???


Gambar-gambar ini tersebar meluas di email-email oleh individu yang tidak dikenali mengenai arahan Husam Musa agar Harakah yang juga lidah rasmi Pas mengeluarkan cerita mengenai Che Long di muka depa akhbar tersebut. Arahan ini dihantar melalui email seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah. 


Jelas email tersebut menyatakan bahawa Che Long ini perlu dibantu kerana Che Long telah banyak berjasa kepada Husam Musa semasa PRU13 lalu ketika Husan bertanding di Parlimen Putrajaya menentang calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan. Jasa Che Long yang paling besar adalah bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Husam untuk berkempen semasa PRU13 tersebut. Persoalannya berapa banyakkah bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Che Long sampai Husam berasa begitu terhutang budi hingga tergadai "body" dan maruah beliau sebagai Naib Presiden Pas. Sudah pasti "figure" atau jumlah bantuan tersebut agak besar kerana umum mengetahui perbelanjaan untuk bertanding dan berkempen dalam PRU adalah sangat besar. Bukan ratus, bukan ribu, dan bukan juga puluhan ribu tetapi sudah pasti mencecah ratusan malahan juga tidak mustahil hingga jutaan ringgit. 

"Che Long adalah seorang usahawan yang terbukti berjaya. Banyak membantu saya di Kelantan. malah ketika saya bertanding di Putrajaya, Che Long memberi bantuan KEWANGAN dan moral kepada saya sepanjang waktu kempen pilihan raya."


Email ini dicetak secara besar-besaran dan diedarkan dengan cara menyelit dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta diedarkan di seluruh Kuala Besut. Ia merupakan tindakan terdesak Husam untuk meraih undi semata-mata mahukan Che Long menang dalam PRK Kuala Besut dengan harapan Che Long masih boleh membantu beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas kelak terutama bantuan kewangan.

"Saya amat percaya Che Long mampu menjadi gandingan yang baik sekiranya saya menawarkan diri untuk menjadi Presiden Pas dalam Muktamar Agung Pas pada penghujung tahun ini. Saya juga percaya Che Long mampu menjadi sebahagian barisan saf baru kepimpinan Pas di Terengganu dan di peringkat kebangsaan."



p/s : kepada pengundi Kuala Besut dan kepada penyokong tegar Pas agar jangan terpengaruh dan terpedaya dengan taktik serta helah licik Husam Musa ini yang bersekongkol dengan calon Pas di PRK DUN Kuala Besut kerana mereka menginginkan serta mengidamkan kemenangan bukanlah untuk kebajikan dan kebaikan pengundi dan rakyat Kuala Besut. Tetapi mereka berdua mempunyai agenda yang lebih besar dengan menjadikan PRK Kuala Besut sebagai "stepping stone" sahaja.

TOLAK CALON PAS... 
TOLAK CHE LONG...

Tuesday, 23 July 2013

Mesti Tengok!!! Gambar Pembangunan Antara Dua Darjat Terengganu Dan Kelantan!!! #N01KualaBesut



Sempadan jalanraya antara Terengganu dan Kelantan cukup menceritakan kerajaan parti mana yang menjaga kebajikan rakyat.

Lihatlah perbezaan yang begitu ketara pembangunan antara dua buah negeri. Jalanraya sebelah Kuala Besut, Terengganu yang diperintah oleh kerajaan BN begitu baik dengan jalanrayanya dengan turapan dan garis jalur pemisah jalan dan jalur tepi jalan yang mengikut spesifikasi keselamatan jalanraya. Manakala jalanraya dalam kawasan Pasir Putih, Kelantan begitu teruk dengan permukaan jalan yang tidak rata, bertampal-tampal dan berlopak-lopak serta tidak mempunyai garisan pemisah yang sudah tentu mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya.

Ini jelas menunjukkan kerajaan Kelantan pimpinan Pas tidak menitikberatkan kepentingan dan keselamatan rakyat dengan mengabaikan perkara asas kepada rakyat seperti jalanraya. Ini jauh berbeza dengan kerajaan Terengganu yang dipimpin BN yang begitu mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya. Jika penduduk terutama pengundi DUN Kuala Besut memilih calon Pas sebagai wakil rakyat esok maka amatlah dikuatiri beliau akan membiarkan Kuala Besut seperti jiran sebelah daerah seperti Pasir Puteh kerana terlalu sibuk menumpukan perhatian dengan perniagaan beliau di Kelantan. Akhirnya penduduk Kuala Besut juga yang rugi dan tercicir daripembangunan.

Maka, pengundi DUN Kuala Besut mestilah memilih calon BN, Tengku Zaihan kerana yakinlah beliau pasti akan menyambung legasi wakil rakyat sebelum ini. Tambahan pula latarbelakang beliau dari bidang profesional kerana beliau bekas jurutera, sudah tentu beliau tahu apa yang terbaik untuk penduduk Kuala Besut dari segi pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat.

p/s : pesanan buat pengundi DUN Kuala Besut yang bakal keluar mengundi esok hari agar memilih calon wakil rakyat yang tepat yang kemudian harinya tidak akan disesali seperti kata pepatah "menyesal dulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya".

Syed Mehdar Meroyan Dengan Azeez Rahim Buat Apa??? @NajibRazak @ahmadmaslan


Siapa Syed Mehdar nie? Doktor? Lawyer? Majestrat? ooooooooo Ketua Pemuda yang meroyan rupanya. Tapi apasal dia meroyan menyalak tak tentu hujung pangkal. Inilah persoalan yang timbul di kepala hotak ni. Kenapa takda ribut takda angin tetiba menyalak melalak pasal perlantikkan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Rahim. Siapa Syed Mehdar ni nak mempertikai perlantikan jawatan seseorang apatah lagi jika individu tersebut di dalam satu bahtera Pergerakan Pemuda. Apa la sangat kehebatan beliau jika mahu dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Apa sumbangan beliau kepada parti jika dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Apa jasa beliau kepada rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan Datuk Azeez Rahim. Jawapannya : "Yillek" "Takda"

Jika dibuat kajian dan survey kepada ahli UMNO terutama dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pasti 95% memberi jawapan tidak mengenali siapa Syed Mehdar yang juga Ketua Pemuda Cheras merangkap Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Namun, dengan suasana pemilihan parti UMNO yang semakin hampir, maka individu ini yang setiap kali tiba waktu pemilihan akan muncul (KLIK SINI BUKTI). Ini jelas memberi signal kepada UMNO yang makhluk spesis ini pasti akan muncul setiap kali pemilihan parti. Bukannya tidak boleh dibaca rentak dan gaya makhluk ni yang mendambakan dan mengintai jawatan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan yang sekarang ini disandang oleh Datuk Rizalman Mokhtar.

Namun, jika ditanya apakah jasa dan sumbangan Syed Mehdar ini kepada Bahagian Cheras semasa PRU13, kepada Wilayah terutama kepada Pemuda Wilayah, kepada negara seterusnya kepada UMNO. Jawapannya : "Yillek" "Takda"

Siapa yang mengenali Syed Mehdar ini pasti mengatakan makhluk ni sama spesis dengan Khairun Aseh, spesis aristokrat dan elitis (SILA KLIK SINI). Sudah pasti spesis ini naik dalam UMNO tanpa perlu bersusah payah dan bekerja keras seperti orang lain dengan hanya menggunakan darjat beliau serta hubungan pertalian   kekeluargaan Syed Ali, Ketua Bahagian Cheras. Inilah antara penyakit dalam Bahagian Cheras apabila kronisme dan nepotisme menjadi teras.  

Jadi, sudah-sudah la UMNO memelihara makhluk spesis ni dalam parti. Eloknya spesis ini dicampak jauh-jauh dari muka bumi ni. Parti keramat UMNO pasti akan aman jika makhluk spesis ni sudah tiada lagi dalam parti. Sudah pasti parti akan bertambah kuat jika mereka ini tiada lagi dalam parti.

Gempar??? SMS Palsu - Che Long Beri Zakat Dan Duit Raya #N01KualaBesut??


Ini satu "Black Ops" yang dibuat oleh pihak Pas yang sudah terdesak bila melihatkan sokongan penduduk dan pengundi DUN Kuala Besut yang kurang memberikan sokongan kepada Pas. Pas yang sudah terdesak terpaksa mendakwa kononnya sms palsu itu dilakukan oleh UMNO dan BN.

Dalam video ini juga mencabar calon dan pemimpin Pas untuk membuktikan dakwaan mereka itu benar.

Sila lihat video itu untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya secara eksklusif dan SILA KLIK SINI untuk cerita selanjutnya.



Smsnya berbunyi -

Adik kakak, pengundi UPU Kampung Baru yang nok undi atau doa untuk Che Long, diminta mari rumah Che Long malam ini. Che Long nak beri zakat sempena Ramadhan dan Hari Raya.

Daripada : Ustaz Wan Azhar

Gempar!!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? @AhmadMaslan @tunfaisal #KualaBesut


Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.

KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.
(SILA KLIK SINI). 

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd


2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 
9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.
13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Heppi 60th Besday Datuk Seri @NajibRazak From People Of Malaysia... @tunfaisal



Big Birthday shout out from all of us people of Malaysia to our beloved PM Najib Razak

Thank you for being an inspiration to youths nationwide!

Heppi 60th besday Datuk Seri...

*sorry Datuk Seri... kalo dapat jumpa Datuk Seri baru boleh bagi besday gift... :)

Monday, 22 July 2013

VIDEO : Bila Pemuda Cina Belajar Berpuasa… Selamat Berpuasa Bro...





JIKA pasangan Alvin dan Vivian memilih untuk memuatnaikkan poster kontroversi berbuka dengan “Bak Kut Teh”, gambar aksi seks dan juga mempromosikan parti seks… ada seorang pemuda berketurunan Cina yang mungkin boleh kita berikan pujian.

Kita bangga dengan adanya orang muda seperti Jo yang sanggup menyelami tuntutan Islam untuk berpuasa dan merakamkan setiap detik istimewa berpuasa sehari yang dia lakukan.

Jo memulakan dokumentarinya pada pukul 1 pagi namun dia terlepas untuk bersahur pada keesokan harinya.

Panas!!! Penyokong Pas Sendiri Mengakui Kezaliman Pas Semasa Memerintah Terengganu!!!



Video: Besarnya Kilang Kayu Che Long???? #N01KualaBesut





Sebelum ini timbul video kontroversi calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Kuala Besut Azlan Yusof yang berkata bahawa dia akan lebih mengutamakan peniagaannya di Kelantan berbanding rakyat di Kuala Besut.

Azlan Yusof atau dipanggil Che Long memiliki beberapa peniagaan dan syarikat berdaftar dan antaranya ialah Azlan bin Yusof (Che Long Stor) yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai.

Syabas Che Long. Kilang kayu anda luar biasa besarnya!

Jika benar Che Long ingin membantu penduduk tempatan, kenapa kilang kayu yang luar biasa besarnya itu tidak dibuka di Kuala Besut?

Ustaz Fathul Bari Bidas Kenyataan Nik Aziz Tentang Pembinaan Masjid????





Penjelasan Ustaz Fathul Bari mengenai isu orang yang membina masjid tetapi tidak solat seperti mana yang difitnah oleh Nik Aziz. Nik Aziz seolah-olah berlagak seperti tuhan menjatuhkan hukum orang UMNO dan BN siapa yang solat dan siapa yang tidak solat. Sedangkan ada juga ahli PKR dan Pas yang tidak bersolat pun. Solat itu adalah menjadi tanggungjawab individu masing-masing untuk melaksanakannya.

Sunday, 21 July 2013

Kantoi!!! Nik Amar Cuba Sabotaj Imej Husam Di #N01KualaBesut????


Semua sudah sedia maklum mengenai mengenai pergeseran politik dalaman negeri Kelantan yang berlaku di antara Nik Amar selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa yang semakin meruncing dan kritikal selepas PRU13. 

Antara sebab musabbab pergeseran ini berlaku adalah disebabkan pertembungan ideologi antara Pro Ulama' dan kumpulan Erdogan yang Pro Anwar.

Ini antara pendedahan yang dibuat oleh Nik Amar mengenai mengapa negeri Kelantan semakin mundur.




Gempar!!! Keluarga Sendiri Tidak Merestui Che Long Menjadi Calon #N01KualaBesut????





Pendedahan ahli keluarga, sepupu kepada calon Pas Besut, Azlan @ Endut atau dikenali sebagai Che Long. Ahli Keluarga tidak bersetuju beliau menjadi calon pas, tetapi atas desakan Pas dan pergolakan dalaman Pas Besut, beliau menjadi alat politik Husam Musa yang sekian tenggelam dalam arena politik PAS sendiri.

Panas!!! Video Penduduk #N01KualaBesut Bencikan Calon BN!!!





Rakaman di buat ke atas penduduk Kampung Layout, Presint 3, Tok Saboh, Kuala Besut...

Kerana Mulut Che Long, Harapan Pas Menang Binasa!!! #N01KualaBesut



disebabkan keterlanjuran calon Pas Che Long terlepas cakap... kepimpinan Pas telah melarang Che Long cakap banyak takut tersilap lagi... ini parti yang dok perjuangkan demokrasi konon...

Lensa Niring : Majlis Santai BBQ Penduduk PDM Tok Saboh Bersama Shabery Cheek... @Shaberyc @tunfaisal #N01KualaBesut





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers