Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 24 July 2013

Gempar??? Harakah Dijadikan Alat Husam Musa Bantu Che Long???


Gambar-gambar ini tersebar meluas di email-email oleh individu yang tidak dikenali mengenai arahan Husam Musa agar Harakah yang juga lidah rasmi Pas mengeluarkan cerita mengenai Che Long di muka depa akhbar tersebut. Arahan ini dihantar melalui email seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah. 


Jelas email tersebut menyatakan bahawa Che Long ini perlu dibantu kerana Che Long telah banyak berjasa kepada Husam Musa semasa PRU13 lalu ketika Husan bertanding di Parlimen Putrajaya menentang calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan. Jasa Che Long yang paling besar adalah bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Husam untuk berkempen semasa PRU13 tersebut. Persoalannya berapa banyakkah bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Che Long sampai Husam berasa begitu terhutang budi hingga tergadai "body" dan maruah beliau sebagai Naib Presiden Pas. Sudah pasti "figure" atau jumlah bantuan tersebut agak besar kerana umum mengetahui perbelanjaan untuk bertanding dan berkempen dalam PRU adalah sangat besar. Bukan ratus, bukan ribu, dan bukan juga puluhan ribu tetapi sudah pasti mencecah ratusan malahan juga tidak mustahil hingga jutaan ringgit. 

"Che Long adalah seorang usahawan yang terbukti berjaya. Banyak membantu saya di Kelantan. malah ketika saya bertanding di Putrajaya, Che Long memberi bantuan KEWANGAN dan moral kepada saya sepanjang waktu kempen pilihan raya."


Email ini dicetak secara besar-besaran dan diedarkan dengan cara menyelit dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta diedarkan di seluruh Kuala Besut. Ia merupakan tindakan terdesak Husam untuk meraih undi semata-mata mahukan Che Long menang dalam PRK Kuala Besut dengan harapan Che Long masih boleh membantu beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas kelak terutama bantuan kewangan.

"Saya amat percaya Che Long mampu menjadi gandingan yang baik sekiranya saya menawarkan diri untuk menjadi Presiden Pas dalam Muktamar Agung Pas pada penghujung tahun ini. Saya juga percaya Che Long mampu menjadi sebahagian barisan saf baru kepimpinan Pas di Terengganu dan di peringkat kebangsaan."



p/s : kepada pengundi Kuala Besut dan kepada penyokong tegar Pas agar jangan terpengaruh dan terpedaya dengan taktik serta helah licik Husam Musa ini yang bersekongkol dengan calon Pas di PRK DUN Kuala Besut kerana mereka menginginkan serta mengidamkan kemenangan bukanlah untuk kebajikan dan kebaikan pengundi dan rakyat Kuala Besut. Tetapi mereka berdua mempunyai agenda yang lebih besar dengan menjadikan PRK Kuala Besut sebagai "stepping stone" sahaja.

TOLAK CALON PAS... 
TOLAK CHE LONG...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers