Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 20 August 2011

Keruntuhan Akhlak Pemimpin Tidak Penting Buat Pas... Yang Penting Undi...

Kenyataan jumud Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi yang sanggup menolak faktor latarbelakang baik seseorang dan masalah kejatuhan kredibilti akhlak seseorang pemimpin Islam asalkan Pas dan Pakatan Rakyat dapat meraih undi semata-mata untuk mendapatkan kuasa bukan demi menegakkan Islam seperti yang diwar-warkan oleh mereka setelah berkahwin dengan DAP dan PKR. Jika sebelum ikatan tidak murni ini berlaku, Pas mengatakan bahawa soal akhlak yang baik mestilah ada pada calon Pas atau rakan dalam Pakatan Rakyat.



Kulaan malas nak tulis panjang lebar, video di atas jelas menerangkan apa maksud Kulaan.

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya

Rabu lepas kerajaan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini. Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas (Klik Sini).

Namun penubuhan PSC ini mendapat sambutan suam-suam kuku oleh pihak pembangkang dengan alasan ahlinya tidak menyebelahi pembangkang kerana dilihat lebih kepada kerajaan. Ini disokong oleh kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (laporan lanjut Klik Sini) yang mahu PSC ini diganti dengan satu lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Pilihanraya mencadangkan agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam.

Sekali lagi kita lihat perangai hodoh dan niat busuk pembangkang bila sesuatu perkara itu tidak menyebelahi mereka maka mereka akan mencari jalan agar perkara tersebut memberi keuntungan kepada Pakatan Pembangkang. Jika dilihat kepada cadangan pembangkang ini secara tidak langsung senarai ahli jawatankuasa ini juga akan memberi kelebihan kepada pembangkang. Persoalannya apakah tindakan mereka ini juga sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan. Jika pihak kerajaan mereka katakan tidak adil dan berat sebelah, apa yang mereka lakukan juga tidak ada bezanya.

Persoalan Kulaan yang kedua pula ialah apa kaitan dengan kehadiran wakil daripada Bersih  2.0 dalam jawatankuasa ini sedangkan kita tahu niat buruk sebenar Bersih yang bertopengkan NGO tetapi disebaliknya adalah atas pengaruh pembangkang. Kononnya tujuan Bersih mengadakan perhimpunan adalah untuk menyampaikan memorundum kepada DYMM Agong tetapi bila DYMM Agong menitahkan mereka mengadap tidak pula diserahkan memo tersebut. Hakikatnya niat busuk Bersih adalah untuk membuat huru-hara semata-mata seperti yang diakui sendiri oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga yang tetap mengadakan perhimpunan meski pun ditegah oleh DYMM Agong. Pengakuan beliau boleh dirujuk Klik Sini.

Sebenarnya pembangkang mengakui kredibiliti yang masih ada pada SPR kerana atas dasar kredibilti SPR inilah pembangkang berjaya membentuk 4 buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan berjaya mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen. Sememangnya itu perangai hodoh pembangkang apabila tidak menguntung mereka maka benda tersebut ada saja yang tidak betul.

Fikir-fikirkanlah, jika SPR tidak telus dalam tugasnya masakan pembangkang berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan membentuk 3 kerajaan negari yang lain (Kedah, Pulau Pinang dan Selangor).



Aku bin Abdullah...

Semenjak dua menjak ni Kulaan perhatikan JPN dan SPR tak habis-habis dihentam, dilondeh dan dibogelkan oleh PR dengan pelbagai isu berkenaan dengan kewarganegaraan. Bermula dengan isu taraf kewarganegaraan ekspress Mismah sehingga memaksa individu terlibat tampil membuat pendedahan, cerita bohong Rashid, isu Jamil yang belum terbukti kesahihan faktanya, kini timbul pula isu pemuda mualaf dari Pahang. Macam cerita tajuk "Aku Bin Abdullah" la pulak yang ditayangkan di Astro baru-baru ini. Jalan cerita hampir-hampir sama la pulak. Kebetulan Kulaan sempat menonton cerita tersebut sewaktu ditayangkan baru-baru ni.



Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seorang pemuda mualaf yang minta bantuan saya memaparkan masalah yang dialami oleh beliau yang mana melibatkan agensi kerajaan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada awalnya saya keberatan untuk membawa isu pemuda mualaf ini dalam alam internet iaitu blog, namun selepas mendengar kisah hidup pemuda mualaf ini yang melalui pelbagai kesulitan dan beliau memaklumkan bahawa pihak pembangkang akan mempergunakan dia untuk memburuk-burukkan JPN dan kerajaan. Saya rasa saya perlu membantu saudara baru kita ini. Saya tidak mahu pemuda mualaf ini diheret dan dipergunakan serta dijaja atas pentas ceramah pembangkang demi kepentingan politik sempit mereka.


Saudara baru ini menceritakan kepada saya bahawa pembangkang menawarkan wang ringgit untuk beliau mengadakan satu sidang media pada 25 Ogos ini di mana dalam sidang media berkenaan pemuda ini dikehendaki menukar kenyataan dengan memburuk-burukkan JPN.


Apa masalah yang dihadapi oleh saudara baru kita ini?


Secara ringkasnya pemuda ini dilahirkan pada 31 Januari 1987, beliau merupakan anak buangan dari kecil dimana beliau dijumpai dalam tong sampah oleh seorang yang berbangsa cina yang mana insan mulia ini menamakan anak kecil itu dengan nama Leong Swee Hsin.


Namun nasib pemuda mualaf ini memang cukup menyentap emosi, selepas kematian penjaga yang menemui beliau ketika masih bayi di tong sampah, beliau diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mentakab Pahang selepas itu pihak JKM mendaftarkan anak kecil ini di JPN pada 13 Mac 1991 ketika umurnya lebih kurang 4 tahun selepas didaftarkan oleh penjaga dari JKM, pihak JPN mengeluarkan sijil kelahiran yang tidak sah taraf memandangkan gagal mengesan ibu bapa kandung beliau. 

Artikel penuh boleh Klik Di Sini sumber daripada Double-Y

SPR : Hanya 0.0001% Kesilapan Daftar Pemilih

SPR melalui kenyataan rasmi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. Satu jumlah kesalahan yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah data keseluruhan tugas mengemaskini daftar nama pemilih yang dilakukan secara rutin harian. Kulaan faham dan Kulaan berharap orang lain juga faham terutama pembangkang yang tak habis-habis menghentam SPR semenjak berakhirnya perhimpunan Bersih dengan pelbagai isu yang tak benar dan tepat pun. Isu Mismah contohnya, dimanupulasi dengan meluas terutama di alam siber oleh Malaysiakini dan pembangkang. Setelah fakta sebenar kita ketahui dan diberi penjelasan oleh pihak JPN dan SPR sendiri, pembangkang dengan tebal mukanya cuba mengalih pandangan umum dengan isu baru pulak antaranya ada 54 orang lagi yang berlaku seperti Mismah. Kemudian timbul pula isu "Kampung Baru" pun menjadi daftar pemilih.


"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Ini antara statement pada pandangan Kulaan sesuatu yang berani dilakukan oleh seseorang yang menjadi "Target Market" pembangkang. Bukan senang untuk mengakui sesuatu kesilapan lebih-lebih lagi kesilapan yang bakal membuka ruang kepada pihak pembangkang.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)? 
Malaysiakini yang dilihat sejak kebelakangan ini banyak menampilkan isu-isu yang tidak berasas dan tidak tepat hingga boleh mengurangkan kredibiliti portal tersebut kesan berita yang disampaikan jauh menyimpang dari etika kewartawanan. Sanggupkah Malaysiakini dengan beraninya mengakui kesilapan yang dilakukannnya dalam menyampaikan berita. Contoh paling mudah, isu kewarganegaraan Mismah. Dengan jelas dan terang Malaysiakini telah melakukan kesalahan yang serius dan jauh menyimpang daripada etika kewartawanannya.

Wednesday, 17 August 2011

Isu Pengguna : Mentega Jenama "Pure Creamery Butter Golden Churn" SAH Tidak Halal

Sempena bulan Ramadan yang telah menyelusuri separuh bulan dan semakin hampir pula dengan kehadiran Syawal bererti semakin hampir dengan hari raya Aidilfitri. Sudah tentu saat ini menjadi satu masa yang sangat sibuk buat kaum hawa terutama surirumah yang akan mengisi masa di bulan puasa dengan membuat kuih raya sama ada untuk keluarga sendiri atau untuk jualan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Syawal. Kulaan ingin berkongsi dengan kaum wanita sama ada ibi-ibu, kakak-kakak atau adik-adik mengenai pengHARAMan satu produk tenusu iaitu "Mentega Pure Creamery Butter Golden Churn" yang mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) BABI. 
Harian Metro, Selasa 16 Ogos 2011
Sebelum status pengharamannya dibuat oleh JAKIM, ia dijual bersama dengan produk tenusu halal yang lain. Pada 15 Ogos 2011, JAKIM sekali lagi mengesahkan bahawa mentega jenama ini yang di import dari New Zealand adalah TIDAK HALAL kerana mengandungi DNA babi. Namun, maklumat yang diterima oleh Kulaan daripada kalangan rakan-rakan yang prihatin dengan isu ini mendakwa mentega ini masih dijual bersama barangan tenusu halal yang lain di beberapa pasaraya terkenal. Persoalannya, kenapa produk ini tidak diasingkan dan diletakkan dengan produk tidak halal lain serta dilabelkan sebagai TIDAK HALAL. Kulaan tidak menghalang penjualannya kerana ada rakan Kulaan yang tidak beragama Islam boleh membeli dan makan produk ini tetapi tidak kepada pengguna Islam.

Sekali lagi Kulaan berharap agar pasaraya-pasaraya besar (Hypermarket) dan kedai-kedai runcit mengambil sensiviti berkenaan dengan isu ini. Jangan nanti masuk TV3 Aduan Rakyat pasal benda ni sudah la. Apa pun yang paling penting adalah kesedaran daripada pengguna Islam itu sendiri tentang isu semasa produk halal.

Kebenaran Disebalik Serbuan JAIS di DUMC

Kulaan rasa pembaca semua orang yang bijak pandai dalam menilai sesuatu perkara sama ada ia baik atau buruk. Pihak pembangkang terutama pemimpin Pas yang dah tentu konon kuat Islamnya dan pemimpin PKR yang beragama Islam bermatian menyatakan bahawa JAIS telah melanggari prosedur dalam kes DUMC dengan membuat serbuan. Kalau istilah "Serbu" pada fahaman Kulaan adalah memasuki sesuatu tempat dengan cara paksaan termasuk memecah masuk dengan kekasaran. Tapi pembaca lihatlah sendiri betapa berhemahnya pegawai JAIS yang beragama Islam menggunakan kaedah "hikmah" apabila menjalankan tugas. Bahasa yang digunakan masih lagi baik tanpa memaki hamun dan menggunakan perkataan lucah seperti yang dilakukan pemimpin pembangkang walaupun mengaku dirinya beragama Islam dengan berpuasa dan menyambut lebaran hari raya (lebih baik sambut Hari Natal @ Krismas saja). TAHNIAH daripada Kulaan kepada pegawai JAIS yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut. 

Mamat yang pakai spec dan berkacamata berdiri di atas pentas kata beliau berasal daripada keluarga Muslim dan dibesarkan dengan cara Islam tetapi tidak tahu apa yang ada dalam Al Quran. Kalau perhatikan dengan teliti muka mamat tu sebijik macam muka orang cina dengan mata sepetnya berkulit cerah. Kalo mata bulat dan kulit bersawo matang tu lojik jugak. takkan la orang melayu yang datang tu tak boleh bezakan. Dah buta hati, mata pun buta.

Kulaan bukanlah nak bersikap rasis sangat sebab Kulaan pun ada kawan-kawan berbangsa cina tapi inilah yang akan berlaku nanti bila cina sudah mempunyai kuasa. Ini yang mereka cari kerana mereka sudah ada kuasa ekonomi tapi bercita-cita untuk mendapatkan kuasa memerintah. Sedarlah bangsaku yang Melayu dan beragama Islam agar sedar dengan permainan kotor mereka ini. Jika dulu Pas bersungguh dengan dasar untuk membentuk "Negara Islam" melalui amanat Hadi Awang Rusila 1984 Klik Sini, tapi sekarang demi kemaruk undi dan kuasa mereka menukar kepada "Negara Berkebajikan"

Masuk Pas belum tentu syurga jaminannya dan masuk UMNO belum tentu neraka tempatnya. Soal syurga dan neraka ini biarlah diadili oleh Allah s.w.t di akhirat nanti. Tugas kita sebagai Muslim jika malu untuk mengaku sebagai bangsa melayu kerana ada yang sensitif soal bangsa adalah mempertahankan agama Islam demi kesinambungan Islam di Tanah Melayu yang diterima datuk nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi.

Perang Siber : Peranan Blogger Pro Kerajaan Diiktiraf....

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hasil usaha, keringat dan titik peluh sahabat blogger-blogger pro kerajaan yang selama ini membantu kerajaan dalam menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang dan juak-juaknya di alam siber mutahir ini mula disedari walaupun sebahagian besar mereka ini melakukannya dengan niat Lillahita'ala tanpa mengharapkan imbuhan (semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian). Walaupun tanpa bayaran sesen pun daripada sesiapa, namun atas dasar perjuangan blogger-blogger semua teruskan usaha anda. Kulaan teringat kata-kata seseorang semalam ketika pekena teh tarik di kedai mamak "jika kita berjuang kerana wang ringgit yang dikejar, bila gagal mendapatkannya maka kita akan kecewa. Tapi jika kita berjuang atas dasar perjuangan, tanpa wang ringgit dan rasa kecewa kita masih mampu meneruskan perjuangan...".



Harian Metro, Selasa, 16 Ogos 2011

Perang siber

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mengambil tindakan lebih agresif dalam peperangan siber menjadi antara cadangan yang dikemukakan dalam majlis Wacana Politik bertajuk Pembentukan Persepsi Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun perkara itu sudah dibangkitkan sebelum ini, namun ia diingatkan kembali kerana Umno masih perlu memperbaiki media baru bagi menangani persepsi negatif yang disebarkan di alam maya.

“Kita sedar kebanyakan orang muda sekarang lebih banyak membaca laporan yang disiarkan menerusi Internet, jadi kita perlu memperkuatkan media baru agar lebih agresif dalam peperangan siber,” katanya dalam sidang media selepas majlis itu di sini, semalam.

Kertas kerja wacana itu dibentangkan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar. Ahmad berkata, wacana kali kedua itu bertujuan menambah ilmu dan mencari penyelesaian terhadap isu parti terutama persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Umno dan kerajaan di sebalik kemajuan serta kebaikan dilaksanakan.

“Dalam wacana ini kita tidak memburukkan sesiapa, tetapi lebih kepada percambahan ilmu, ia akan diteruskan dengan pelbagai tajuk dan menjemput pembentang kertas kerja lain. Kertas kerja ini turut akan dibentangkan ke Majlis Tertinggi Umno untuk diteliti,” katanya.

Sementara itu, Chandra ketika ditanya mengenai tahap kebersihan pilihan raya umum di negara ini berkata, berdasarkan 12 Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, prosesnya diterima pakai di peringkat antarabangsa.

“Cuma wujud kelemahan dari segi persempadanan kawasan, cara parti pemerintah menggunakan prasarana dan peranan media arus perdana yang berpihak.

“Namun jika kita perhatikan, parti pembangkang yang menguasai negeri tertentu turut menggunakan prasarana dalam pilihan raya seperti 2008 dan jika kita mahu media arus perdana berlaku seimbang, media baru juga perlu memainkan peranan sama,” katanya.

Isu Murtad : Anwar Ibrahim Menyokong Penuh Orang Islam Tukar Agama

Inilah realiti sebenar siapa Anwar Ibrahim... jika beliau berkuasa, apatah lagi kalau menjadi PM sudah tentu dibiarkan saja Islam ini terkontang kanting tanpa dilindung dan dipelihara demi mengekalkan "Kekuasaan"...









Fikir-fikirkanlah siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya...

Alamak !!! Blogger Tersohor Papagomo Nak Di Saman Khalid Samad....

Kalau sebelum ini ada blogger yang pernah disaman sehingga RM400K dan pihak plaintif menang kes sehingga mengejutkan satu malaya... Semua maklum bahawa kes ini sudah tentu melibatkan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman penulis blog Amizudin Ahmat yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat pada Julai lalu Klik Sini.. Kini blogger tersohor pro kerajaan Papagomo pula bakal disaman yang jumlah saman masih belum pasti lagi... Kulaan pasti jumlahnya pasti cecah ratusan ribu kalau tidak jutaan ringgit... Dan jika ini berlaku terpaksalah Papagomo bergolok bergadai demi untuk menyelesaikan hutang saman jika Khalid Ibrahim menang la... Kalo Khalid Ibrahim kalah, papagomo ada chance saman balas... Jika benar Papagomo kalah dan disaman, agak-agak ada tak sahabat blogger pro kerajaan yang lain ingin membantu... adakah akan wujudnya tabung bantuan Papagomo... masa inilah Papagomo boleh melihat dan menilai siapa sahabat siapa kawan siapa lawan... "kawan masa ketawa mudah dicari tetapi kawan ketika menangis sukar sekali"...



Sumber maklumat : tun faisal dot com

Tuesday, 16 August 2011

Panas! : Koleksi Orang Islam Murtad Secara Terang-terangan Menghina Islam...

Hasnah... Betul ker dia nie orang Islam yang lahir dan membesar di Malaysia... Muka takda rupa orang melayu pun... Macam orang putih ada la... Macam nie la kalo kita tak pertahankan Islam... Mahukah anak cucu kita jadi macam nie... mahukah negara ini penuh dengan manusia sebegini...

This video is true.
Here is some data on Hasnah bt. Abu Bakar (or Hasnah Burdges). She was a Malaysian student at  Kansas State University. She left Malaysia in August 1980 with 29 other Malaysian students to study in USA. Hasnah is of Indian-Muslim descent who hails from Taiping, Perak.
During her studies, when some Malaysian students found out she had converted to Christianity, they approached her & asked her to repent. She refused but blamed Islam & her family's situation.

Astagfirrullah!!!! Anak Melayu Islam Bertudung Mempermainkan Zikir Munajad...

Saksikanlah sendiri... adakah ini anak melayu Islam yang kita yang mahu kita lahirkan menjadi bakal pemimpin di masa hadapan... ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku di dunia sebenar di luar sana...

Antara masuk gereja, masuk masjid

Sumber maklumat : Utusan Malaysia

Majlis penyampaian sumbangan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching
yang didakwa dilakukan di ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang pada tahun lalu.
MANUSIA tidak bijak dalam semua hal. Boleh jadi kita bijak dalam beberapa hal dan bodoh dalam beberapa hal lain. Sebab itu dalam Islam, kita disuruh bertanya kepada orang yang tahu, "Tanyalah kepada pakar, jika kamu tidak tahu."

Orang yang bijak, tahu apa yang mereka tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu. Salah satu tanda orang yang bijak ialah mengatakan tidak tahu untuk perkara-perkara yang mereka tidak kuasai. Atau dijawab dengan "Wallahua'lam".

Kita selalu dengar kisah seorang lelaki datang dari jauh membawakan 40 soalan untuk ditanyakan kepada Imam Malik bin Anas.

Imam Malik diberi jolokan Imam Darul Hijrah membawa makna beliau antara orang alim dan bijak dari kalangan pendudukan Madinah yang dihuni orang ramai ilmuwan dan sarjana lain. Namun Imam Malik menjawab hanya beberapa soalan sahaja, dan menjawab "saya tidak tahu" dalam banyak soalan lain. Ini satu tanda orang yang bijak dan pintar, "tahu apa yang mereka tidak tahu."

Setelah usia dunia bertambah dan zaman batu berganti logam, manusia mula memberi ukuran kepada bijak dan pintar. Adanya sekolah dan universiti. Orang bijak menurut sistem sekolah dan universiti dipakaikan 'jubah' dan ada gelaran. Ada doktor dan profesor. Lebih tinggi lagi, ada profesor emeritus dan beberapa lagi.
Setinggi mana pun gelaran yang mereka peroleh, itu bukanlah lesen mutlak buat orang pintar untuk mengulas apa sahaja isu, apa sahaja kes. Setiap bidang punya pakar dan ahlinya masing-masing.

Justeru menjadi kekeliruan bagi orang awam apabila menelan bulat-bulat pendapat atau fatwa dari orang yang bergelar doktor atau profesor. Disangka semuanya benar-benar belaka. Walhal mungkin profesor itu dari jurusan perubatan, mengulas struktur jalan raya dan persimpangan bertingkat.

Baru-baru ini seorang ahli agama yang baru mendapat gelar profesor madya membuat satu kesimpulan mudah terhadap isu serbuan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja.

Katanya, "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?"

Penat-penat menyelidik, menulis tesis dan mengembara seluruh benua mengaji, namun masih juga Allah mahu menunjukkan bahawa ilmu yang Allah titiskan di dunia ini sangatlah luas.

Kalau boleh kita letak tepi dahulu soal hukum. Kerana yang pasti perbahasannya panjang. Ia tidak semudah satu campur satu. Hatta daging babi pun yang jelas haram dalam al-Quran, tetap diberi kelonggaran dalam kes-kes tertentu untuk di makan. Inikan pula perbahasan Islam-masuk-gereja dan kafir-masuk-masjid.

(Baca soal jawab Jais: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option>com_content&task>view&id>291&Itemid>91)

Yang ingin dilontarkan ialah salah satu logik yang berlaku dalam hujah sang doktor ini. Ia jelas ketara bukan pertama kali. Bahkan sudah beberapa kali dalam beberapa kes yang lain. Seperti ada sesuatu yang menghalang beliau untuk berfikir dengan jernih dan jelas.

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih dari kedua kem penentang dan penyokong memasuki rumah ibadah, menunjukkan bahawa Islam tidak melarang secara mutlak orang kafir untuk masuk ke dalam masjid, begitu juga orang Islam memasuki gereja.

Namun yang diberi perhatian ialah situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi terlarang dan dalam keadaan lain ia boleh jadi dibenarkan.

Salah Faham dalam Logik

Dalam kes orang kafir masuk masjid, yang menjadi masalahnya ialah mereka dimuliakan. Bukan sahaja dimuliakan kerana berminat mendekati masjid atau menjadi tetamu. Bahkan mereka diberi kesempatan untuk berucap di dalam rumah ibadah dan menyampaikan sumbangan.

Sedangkan dalam hadis Thumamah yang dijadikan dalil bolehnya orang kafir masuk masjid, orang kafir itu diikat di tiang masjid dalam keadaan yang hina. Maka, wajiblah perhatikan situasi bukan sekadar boleh atau tidaknya.
 
Bimbang-bimbang kalau kaedah berfikir ini silap, esok-esok kalau ada orang tersesat dalam hutan tiada makanan, mereka akan sembelih babi untuk makan dan membawa balik lebihan daging itu untuk kaum-kerabatnya merasa. Alasannya, kerana darurat membenarkan.

Manakala dalam kes orang Islam masuk gereja ini, kita percaya sebelum ini sudah banyak kali orang Islam yang sudah masuk gereja namun JAIS tidak tangkap pun. Mungkin tukang kebun, atau boleh jadi tukang cuci, tukang sapu memasuki gereja untuk kerja-kerja mereka. Atau mana-mana ahli yang berhormat melawat kawasan dan singgah ke gereja untuk melawat orang Kristian di dalamnya.

Namun berbeza dengan kes ini, (walaupun masih dalam siasatan) tentu sahaja JAIS punya maklumat dan motif lain untuk membuat serbuan. Bukan sekadar kerana orang Islam memasuki gereja. Di sana ada dakwaan bahawa ada usaha-usaha untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam.
Usaha Menyebarkan Agama Lain kepada Umat Islam

Dan hal ini sama sekali tidak boleh disangkal. Agama Kristian dari satu hal berkongsi ciri yang sama dengan agama Islam. Iaitu sifatnya menyebar. Penganut kedua-dua agama ini menyakini akan tanggungjawab untuk menyebarkan agama mereka.

Seorang pendakyah Kristian Amerika menulis sebuah buku menjelaskan misi dakyahnya, dalam buku, "Mission work has been carried on among the people of the Dutch possessions in Malaysia since 1603. The results have not been very gratifying, owing partly to the methods adopted and partly to the opposition of the government to the use of aggressive measures in evangelization. Dr. Callenbach, a Dutch authority, says that in 1900 there were " some 41 European clergymen and evangelists, aided by 355 ordained natives, native preachers and teachers, working among 234,073 natives of the undenominational Protestant Church of the East Indies."
(The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church: The rev. John Russell Denyes, Missionary, Singapore Malaysia, 1869)

Sedangkan anak gadis di tepi jalan pun ada yang didakwahi, ibarat 'ikan dihidang kepada kucing' apabila ada orang Islam yang sanggup hadir ke gereja pada acara rasminya. Ini yang kabur pada mata tuan doktor. Semoga Allah melapangkan dadanya dan mencerahkan matanya untuk melihat.

Sekali lagi isunya bukan semudah masuk masjid atau masuk gereja. Ia lebih 'mendalam' daripada itu.

Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI
PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa Biro Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)

Jais Periksa Gereja Pun Angkara Umno Jugak...

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa kes JAIS memeriksa gereja DUMC tempoh hari adalah didalangi oleh UMNO. Ini bersandarkan dakwaan beliau mempunyai maklumat “dalaman” yang boleh dipercayai. Maknanya di sini terdapat pembari maklumat atau informer dalam JAIS itu sendiri yang bertindak menyalurkan maklumat rahsia kepada pembangkang. Hal ini tidak jauh bezanya dengan isu Mismah dan JPN dengan dakwaan Malaysiakini bahawa pendaftaran mengundi Mismah dalam 4 jam dan kes ini menggegar alam siber dalam sebulan yang lalu. Persoalan Kulaan adalah siapa dia “mole” atau “musang berbulu ayam” ini yang bertindak menjadi pengkhianat kepada tempat beliau bertugas iaitu JAIS. Seharusnya jika perkara ini terbukti benar dan terdapatnya “spy” dalam JAIS maka JAIS haruslah bertindak mencari “musuh dalam selimut” dan mengenakan tindakan tatatertib dengan segera kerana setiap kakitangan awam telah menandatangani “Aku Janji” semasa berkhidmat.



Khairul Azlam Mohamad  

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali. 

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.     

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

Ini satu lagi cara pembangkang cuba untuk memberikan persepsi yang buruk dan negatif kepada UMNO. Jika berlakunya sesuatu perkara maka UMNO akan menjadi kambing hitamnya. Pembangkang hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain bila mereka sudah kehabisan idea.

Monday, 15 August 2011

Jahatnya Malaysiakini : Fatwa Pasal Larangan Bacaan Al Quran Sebelum Azan Bukan Larangan laungan Azan

Lihatlah betapa jahatnya Malaysiakini cuba mengelirukan pembacanya antara tajuk berita dengan isinya. Tajuk berita "Larangan Azan Bukan Keputusan Pulau Pinang" sedangkan isu didalamnya hanyalah membincangkan isu larangan bacaan Al Quran sebelum azan  oleh Mesyuarat Majlis Fatwa dan Mufti Pulau Pinang bukan melarang laungan azan tersebut (Klik Sini) :-

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara bahawa Mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.,”

Sepatutnya Malaysiakini menggunakan tajuk "Larangan Bacaan Al Quran Sebelum Azan Bukan Keputusan Pulau Pinang". Jika pembaca tidak melihat ini dengan teliti maka secara tidak sedar akan dimanupulasi dan dipengaruhi oleh tajuk berkenaan isu bacaan Al Quran sebelum azan menggunakan speaker buka larangan azan. Inilah niat busuk portal Malaysiakini. Malaysiakini sering mendakwa kerajaan sering menggunakan pendapat dan kenyataan daripada mereka yang condong ke arah kerajaan. Tetapi jikalau kita meneliti dan lihat, Malaysiakini seringkali merujuk Dr. Maza bila datang isu berkaitan Islam dan kenyataan Maza adalah menyokong Malaysiakini. Jika kenyataan itu tidak mendatangkan manfaat kepada mereka, maka kenyataan Maza akan disimpan kemas oleh Malaysiakini.

Potong A** : Namewee Bikin Panas Lagi Dengan Bikin "Potong Saga"

Sedang Kulaan melayari alam siber di youtube, tiba-tiba Kulaan jumpa klip video yang tak ler sepanas klip video A***R... tapi ini yang buat hati Kulaan panas hati... memang patut ler kerajaan tak bagi geran kat si Namewee nie buat filem... kalo bagi pun buat perabih boreh jo... klip ni dah disaksikan oleh 299, 972 viewer seluruh dunia... apa persepsi orang bukan Islam kalo tengok klip nie... ingat nak bukak akaun kat Bank Islam pun kena "potong" a** ka... tu la kalo tak tau pasal agama orang lain... dah la jahil, bodoh sombong pulak... kalo kata nak dekati dan belajar Islam tentu jauh sekali... korang tengok ler sendiri dan nilaikan... mamat nie tak habis-habis buat onar jer kat alam siber nie... kalo jumpa h****k jer kepala dia...




Kenyataan MAZA Yang Memperlihatkan Sifat "Wahabi"nya.

Kalau benar seperti apa yang dinyatakan oleh Ustaz Asri Zainal Abidin dalam hal berkenaan isu azan ini atas alasan ia mungkin mengganggu hak orang lain, Kulaan mencadangkan beliau memberi pandangan yang sama berkenaan orang cina yang bermain mercun dan membuat bising ketika "Pesta Menghalau Hantu" dan "Sambutan Tahun Baru Cina" kerana ia juga mengganggu ketenteraan orang lain terutama orang Islam.

Kebiasaannya ketika sambutan perayaan ini, pembakaran mercun dan bunga api dibuat saban malam tanpa mengira sensitiviti masyarakat keliling. Tanyalah kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang majoritinya bangsa cina pasti mereka mengatakan hal yang sama. Kulaan sendiri pernah tinggal di kawasan Kepong, itulah yang berlaku ketika perayaan tersebut tiba. Bolehkah kerajaan Kelantan, Kedah terutama kerajaan Pulau Pinang laksanakan dahulu dasar tidak membenarkan perayaan tersebut dijalankan atas alasan ia mengganggu kah asasi orang lain terutama orang Islam yang juga tinggal dalam kawasan komuniti tersebut.

Apa yang cuba diperbesarkan di sini adalah isu laungan azan ini kerana ia hanyalah isu furu' atau cabang dan umum mengetahuinya hukum azan adalah sunat muakkad.

Asal usul azan dan qamat.

Dari Abdillah bin Zaid bin Abdi Rabbihi al-Ansari r.a., katanya; Ketika Rasulallah memerintahkan orang memperbuatkan loceng untuk dibunyikan bagi memanggil orang sembahyang tiba-tiba ketika aku sedang tidur datang seorang lelaki ( dalam mimpi ) membawa sebuah loceng dengan tangannya. Aku pun berkata kepadanya , “ Hai Abdullah, juallah loceng ini.” Orang tersebut berkata, “ Untuk kegunaan apa ? “ Aku pun menjawab, Kami hendak memanggil orang sembahyang dengannya.” Kata orang tersebut, “ Mahukah engkau aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu ? “ “ Ya, baik.” Lalu kata orang itu” Ucapkanlah Allahu Akbar….sampai habis.” Kemudian dia mengundur sedikit, lalu berkata lagi,” Kemudian apabila engkau hendak mendirikan sembahyang, ucapkan pula ; Allahu Akabr….sampai habis qamat.” Setelah pagi, aku pun pergi kepada Rasulallah SAW mengkhabarkan mimpi tersebut. Lalu baginda SAW bersabda; “ Itu mimpi yang benar, insya Allah. Pergilah kepada Bilal. Ajarkannya apa yang telah engkau terima supaya diazankannya dengan itu kerana suaranya lebih nyaring daripada engkau.” Aku pun berangkat bersama Bilal dan mengajarkannya kepada Bilal, lalu Bilal pun meneriakkan azan tersebut. Hal itu terdengar oleh Umar bin al-Khattab ketika beliau di rumahnya. Beliau pun keluar sambil menarik-narik kain rida’nya seraya berkata,” Demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran ya Rasulallah, aku telah melihat seperti apa yang dilihatnya ( dalam mimpi ). Sabda Rasulallah SAW.” Maka segala puji bagi Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu daud dengan sanad yang sahih. Demikian Tirmizi juga meriwayatkan setengahnya dengan jalan Abu daud dan mengatakan hadis ini hasan lagi sahih.

Hukum Azan dan qamat.

 Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.

Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya.

Rujukan berkenaan hukum azan ini secara terperinci boleh dilihat Di Sini.

Ini jauh berbeza dengan pendapat dan pandangan orang dalaman Pas itu sendiri iaitu Nasrudin Hj Hasan At-tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana pandangan beliau agak terbuka dan tepat Rujuk Sini dengan 14 isi @ "point" bagi menyokong pendapat dan pandangannya. "Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina."

Pemimpin pembangkang seringkali mempertahankan jika ada orang bukan Islam bercakap atau menggunakan ayat suci Al Quran atau Hadith dalam ucapan mereka dengan alasan kononnya adalah sebagai salah satu cara untuk berdakwah dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Malas rasanya Kulaan nak memberikan contoh yang berlaku sebab banyak sangat yang contoh pemimpin pembangkang bukan beragama Islam yang menghina kesucian ayat Al Quran dan Hadith Rasullullah demi kepentingan politik sempit mereka. Kenapa pemimpin pembangkang yang beragama Islam dan bertaraf Ulama' tidak menganggap isu bacaan Al Quran sebelum azan dan laungan Azan itu sekali sebagai salah satu bentuk dakwah kita kepada mereka yang tidak beragama Islam. Berapa ramai pemimpin dan mengikut pembangkang terutama daripada DAP dan PKR yang memeluk agama Islam setelah membaca ayat suci Al Quran dan hadith. Jawapannya "Kosong" "Sifar" "Zero" "Yellek" .

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar alunan Azan :

1. Tasya anak bungsu lapan beradik beragama asal Buddha Klik Sini.
2. Amir Hawkins Rapper USA terkenal Klik Sini.
3.Aisha Canlas penganut katolik Klik Sini.

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar bacaan Al Quran :

1. Saidina Umar Al Khattab Klik Sini Klik Sini.
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah Klik Sini.

Berdasarkan kepada fakta ini Kulaan rasa jika sesuatu perkara berkaitan agama itu memberi keuntungan dan kepentingan kepada pembangkang maka mereka akan terus menerus menyokong membabi buta tanpa melihat kesannya. Dan jika isu berkenaan agama itu tidak memihak mereka, mereka akan menggunakan kononnya Alim Ulama untuk mempertahan kenyataan tersebut.

Kulaan : "Qulli Haq Walau Kana Marra"... Berkatalah benar sekalipun ianya pahit...

Kenyataan Dr. Ridhuan Tee Yang Jauh Bercanggah Dengan Dr. Asri

Dr. Mohd Redhuan Tee Abdullah
Kenyataan penuh Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam blog beliau Klik Sini

(Sinar Harian 15 Ogos 2011) Klik Sini

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya, sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu. 
 
Kulaan : ayuh anak muda yang mengaku dirinya Melayu Islam, kongsikanlah ilmu dan maklumat ini dengan orang lain agar mereka yang mudah terkeliru dan meraba-raba dalam terang akan faham apa sebenarnya yang berlaku disekeliling mereka. Sedarkanlah anak muda kita yang tengah hanyut tanpa mempedulikan masa depan mereka demi untuk kebebasan yang dicari...
 
 

Santai Kopi O bersama Bro Minaq Jinggo

Malam minggu lalu Kulaan berkesempatan berjumpa empat mata dengan bro Minaq Jinggo (bukan Bro Jinggo, ada beza tu) sewaktu majlis berbuka puasa anjuran Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia di ibukota. Selama ini Kulaan hanya mendengar dari kawan-kawan sahaja dan mengikuti di alam siber ruangan beliau Klik Sini. Banyak maklumat terutama ilmu yang Kulaan dapat kutip dan titipkan daripada seorang insan yang Kulaan boleh klasifikasikan sebagai otai di alam siber.
Minaq Jinggo The Otai
Bila dapat peluang berbicara dengan tuan punya nama terasa jauh berbeza ilmu yang dimiliki bro Minaq Jinggo dengan Kulaan ibarat langit dan bumi. Namun insan yang punya banyak ilmu dan pengetahuan rupa-rupanya tidak kedekut dalam berkongsi ilmu.

Kulaan dapatlah sikit tip dalam ilmu di alam siber antaranya :

1. Etika dalam penulisan blog haruslah mempunyai penulisan berhemah dan bertanggungjawab ke atas penulisannya.

2. Jangan melepasi sempadan etika ketika berblog di alam siber.

3. Ikhlas dan jujur dalam berkarya.
banyak ilmu tapi tak kedekut... salute...
Apa pun Kulaan ucapkan jutaan terima kasih kepada bro Minaq Jinggo atas ilmu yang dikongsikan. Banyak lagi yang dikongsi bersama bro Minaq Jinggo tapi kalo sapa nak ilmu tu kenalah berguru dengan beliau sendiri terutama dalam bidang fotografi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers