Sempena bulan Ramadan yang telah menyelusuri separuh bulan dan semakin hampir pula dengan kehadiran Syawal bererti semakin hampir dengan hari raya Aidilfitri. Sudah tentu saat ini menjadi satu masa yang sangat sibuk buat kaum hawa terutama surirumah yang akan mengisi masa di bulan puasa dengan membuat kuih raya sama ada untuk keluarga sendiri atau untuk jualan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Syawal. Kulaan ingin berkongsi dengan kaum wanita sama ada ibi-ibu, kakak-kakak atau adik-adik mengenai pengHARAMan satu produk tenusu iaitu "Mentega Pure Creamery Butter Golden Churn" yang mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) BABI.
Harian Metro, Selasa 16 Ogos 2011 |
Sebelum status pengharamannya dibuat oleh JAKIM, ia dijual bersama dengan produk tenusu halal yang lain. Pada 15 Ogos 2011, JAKIM sekali lagi mengesahkan bahawa mentega jenama ini yang di import dari New Zealand adalah TIDAK HALAL kerana mengandungi DNA babi. Namun, maklumat yang diterima oleh Kulaan daripada kalangan rakan-rakan yang prihatin dengan isu ini mendakwa mentega ini masih dijual bersama barangan tenusu halal yang lain di beberapa pasaraya terkenal. Persoalannya, kenapa produk ini tidak diasingkan dan diletakkan dengan produk tidak halal lain serta dilabelkan sebagai TIDAK HALAL. Kulaan tidak menghalang penjualannya kerana ada rakan Kulaan yang tidak beragama Islam boleh membeli dan makan produk ini tetapi tidak kepada pengguna Islam.
Sekali lagi Kulaan berharap agar pasaraya-pasaraya besar (Hypermarket) dan kedai-kedai runcit mengambil sensiviti berkenaan dengan isu ini. Jangan nanti masuk TV3 Aduan Rakyat pasal benda ni sudah la. Apa pun yang paling penting adalah kesedaran daripada pengguna Islam itu sendiri tentang isu semasa produk halal.
No comments:
Post a Comment