Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 3 March 2015

Mubarak Tolak Usul Dendam Bukti Tetap Sokong @nohomar Sebagai Pemimpin Selangor!!! #DSNO



Usul Syok Sendiri dan memalukan Mubarak.

Mesyuarat Agung Mubarak Selangor baru selesai dijalankan. Lebih menarik bila usul di bawa oleh Mat Yasir ditolak oleh perwakilan. Boleh kita katakan bahawa usul tersebut boleh dikategorikan sebagai usul syok sendiri yang berpaksikan sentimen peribadi.

Usul beliau supaya menggantikan Dato Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor sememangnya memalukan Mubarak Selangor. Umum sudah sedia maklum perlantikan Pengerusi Perhubungan dibawah kuasa Presiden UMNO. Sebagai ahli yang setia, sebarang keputusan Presiden perlu dipatuhi dan sokongan harus diberikan.


Ini adalah gambar usul yang Mat Yasir cuba bawakan. Ini kerja gila Mat Yasir. Ini satu tindakan yang tidak menghormati keputusan mesyuarat dan memalukan Mubarak Selangor. Sebaran gambar usul ini tidak sepatunya berlaku kerana majoriti perwakilan menolak usul tersebut daripada dibahaskan dan jelas menunjukkan sokongan kuat terhadap perlantikan Presiden dan Dato Seri Noh Omar.

Beberapa ahli Mubarak seperti Dato Fahmi Ibrahim, Dato Aini Taib, Dato Rahman Palil, Dato Mahalingam, Dato Chen Tong Eng dan Dato Ahmad Bahri telah membantah usul syok sendiri Mat Yasir. Akhirnya mesyuarat menolak usul syok sendiri tersebut. Tahniah Ahli Mubarak!

Mat Yasir selaku pemipin lama perlu pandai menggunakan otak bukannya melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik Mubarak Selangor. Mungkin Mat Yasir masih berdendam dengan Dato Seri Noh Omar apabila dia dinasihatkan supaya tidak bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian menentang Ahli Parlimen Sabak Bernam YB Fasiah dalam menentukan peneraju UMNO Sabak Bernam. Ini contoh pemimpin yang tak faham bahasa apa kehendak akar umbi yang mahukan muka baru sebagai peneraju dan bukannya pemimpin recycle.

Mat Yasir jangan lupa bila bersikap talam dua muka dengan memohon bantuan kewangan daripada Dato Seri Noh Omar sebanyak RM20 ribu untuk NGO beliau tapi hanya diberikan RM10 ribu sahaja. Ini menambahkan lagi rasa marah dan dendam pada Dato Seri Noh Omar. Tak perlu tanya Dato Seri Noh Omar. Ramai antara kita yang tau.


Inilah contoh pemimpin lapuk tetapi mabuk kuasa yang boleh merosakkan UMNO. Sanggup mengenepikan ketetapan mesyuarat dalam melunaskan dendam yang tak pernah padam. Sebagai ahli Mubarak kita tidak perlukan ahli yang berperangai seperti ini. Hilang Mat Yasir dalam Mubarak tidak sedikit pun akan melemahkan Mubarak Selangor. Mat Yasir perlu dipecat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers