Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 21 December 2013

Puaka Niring : Sifat-sifat Hantu Yang Boleh Dicontohi...


SIFAT-SIFAT HANTU YANG PERLU DI CONTOHI

1. Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri

2. Pontianak
Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis.

3. Pocong
Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4. Hantu air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.

6. Bunian
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis...

p/s : jangan mare aaaaaaaaaa

Friday, 20 December 2013

Mesti Dengar Beb!!! Petikan Gitar Lagu Firman Yang Sungguh Syahdu!!!



Kehilangan (Firman) - Instrumental - Acoustic Guitar - Fingerstyle - Cool man...

Wednesday, 18 December 2013

Puaka Niring : Misteri Bongkar Kubur Nak Jadi ‘Superman’!!!


Misteri pembongkaran beberapa kubur di daerah di Jawa Timur ini akhirnya terjawab apabila polis Cilacap menahan seorang pemuda yang mengaku ingin belajar terbang seperti Superman dan menjadi halimunan.

Resi Rookiswana @ Pamungkas mengaku memerlukan kain kafan dari sejumlah kubur atas arahan seseorang bernama 'ratu' untuk menguasai ilmu itu.

"Ini untuk dibuat ilmu terbang. Saya sendirian mengambil kain kafan di kubur atas arahan ratu di Srandil," katanya.

Antara mangsa Resi ialah Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Resi didakwa memenggal kepala mayat Endah selepas membongkar kubur anak dara itu. Lelaki itu semalam berdegar-degar mengakui mampu menghilangkan diri, namun apabila diminta polis menunjukkan bakatnya itu dia sekadar ketawa dan memberi alasan cuma boleh melakukannya di tempat sunyi.

"Saya mampu menghilangkan diri, tahu-tahu sudah berada di tempat lain.

Gempar!!! Salji Turun Di Mesir Bukan Petanda Kiamat Jelas Dr. Maza!!!


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda:  "

" Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai".

"…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

"Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

"Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 17 December 2013

Singapore Pun Tak Selamat Seh… Tiga Awek Model Kena Belasah Tepi Jalan!!!



Selama ini, Malaysia selalu dikatakan negara yang kurang selamat berbanding Singapura.

Tapi selepas insiden rusuhan di Little India baru-baru ini, tiga wanita pula mengalami kecederaan di negara jiran kita ini selepas diserang di jalanan.

Kejadian sekitar jam 3 pagi Khamis lalu, berlaku ketika tiga model iaitu Ziyi Kuek, Esther Lee dan Anna Huang menaiki kereta menuju Circular Road untuk makan-makan selepas pulang dari kelab hiburan.

Bagaimanapun kira-kira 100 meter untuk sampai ke destinasi, seorang lelaki mabuk muncul di tengah jalan.

Kuek yang memandu segera membunyikan hon namun ia menimbulkan kemarahan lelaki tersebut yang mula mengetuk cermin tingkap dan menyepak kereta hingga bumper depan terkopak.


Lelaki itu kemudian membuka pintu kereta penumpang hadapan lalu menarik keluar Huang dan mula membelasahnya.

Monday, 16 December 2013

Jangan Baca!!! Vietnam Saji Kebab Daging Tikus!!!


Sajian daging tikus kini dianggap menu istimewa bukan sahaja bagi penduduk di Dan Phoung, Vietnam malah sajian itu kini amat digilai oleh sebahagian besar penduduk di negara selatan Asia.

Menurut laporan, daging tikus ini biasanya panggang atau dibuat kebab untuk dimakan dengan roti.

Hidangan daging tikus ini merupakan makanan tradisi penduduk di Red River dan Sungai Mekong.

Pada bulan ini, selain daripada sibuk menuai padi, golongan petani dikatakan mula beralih kepada kegiatan memburu tikus untuk dijual di pasaran.

Kawasan paling ramai melakukan aktiviti ini adalah di Sungai Mekong di mana ribuan tikus dikatakan melarikan diri ketika musim banjir.

Difahamkan, daging tikus dijual pada harga 100,000 dong (RM15) sekilo. – Daily Mail

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap-Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!!!



Sudah menjadi pengetahuan umum heboh di laman sosial apabila banyak luahan tidak berpuas hati pengguna P1 Wimax yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax yang dikatakan sering menipu pelanggan.

Ramai pengguna yang dikatakan tertipu dengan "janji manis" yang disebut oleh jurujual mereka.

Salah satu kemuncak rasa tidak puas hati ini apabila salah seorang pelanggan telah mengamuk di kaunter P1 Wimax di Selayang Mall baru-baru ini.

Pihak SKMM perlu masuk campur dan ambil tindakan sewajarnya jika apa yang diluahkan ini benar.

Untuk rakyat yang rasa tidak puas hati cara begini bukanlah diizinkan oleh undang-undang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers