Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 14 April 2012

Puaka Niring : Hantu Tali Gantung Mengganggu Penduduk Kampung...


Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu.

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya.

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian – panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya.

Betul Ker 10 Ribu Orang Muda Datang???... #BNpilihanorangmuda @HishammuddinH2O @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal






Pelancaran Jentera Pemuda & Puteri BN Perak... #BNpilihanorangmuda @HishammuddinH2O @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal


Pelancaran jentera Pemuda dan Puteri BN di Kediamanan Menteri Besar Perak di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Program ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Kadir juga sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak.

Program ini bakal mengumpulkan lebih 10 ribu pemuda dan puteri BN dari seluruh negeri Perak.

Senarai Mereka Yang Terbuka Mata, Hati Dan Minda Serta Keluar Dari PKR..


SENARAI MEREKA YANG TERBUKA MATA,HATI DAN MINDA DAN KELUAR DARI PKR......

Reformis

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu


PUAK PUAK PAKATAN HARAM YANG LAIN BILA NAK SEDAR........!!!!

Friday, 13 April 2012

Puaka Niring : Misteri Gunung Hitam???...


Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri.

Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.

Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini. Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.

Geng Adam Adli Datang Ke Forum Perdana Islam Anjuran #AmanKampus???... @NajibRazak @khalednordin @razaliibrahim @AmanKampus @shaharabd


inilah sebenarnya yang elok dilakukan oleh 
mahasiswa hadir ke program ilmu dan keislaman...


Selepas solat isyak tadi, telah berlangsung Program Siswa Taqwa bertempat di Dewan Teknologi Abdul Aziz, Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang. Siswa Taqwa ialah program majlis ilmu yang berunsur dakwah islamiah. Dua orang panelis telah dijemput, iaitu Ustaz Hj Badlishah Alauddin daripada JAIP dan Ustaz Mahmud Mat, seorang penceramah bebas. Majlis ini disambut meriah oleh warga IKM !! Terbaikk !!

Biar Miskin Harta Tetapi Kaya Akhlak...


Miskin Harta tetapi kaya akhlak...
Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhlukNya.


hayatilah luahan ikhlas dari hati seorang yang tidak memandang dunia...

Anak-anak Pas Juga Tak Manutup Aurat???...


PAS ASYIK PERSENDA DAN PERTIKAI ROSMAH TAK PAKAI TUTUP KEPALA...........

Kadang-kadang bila asyik menjaga tepi kain orang mereka lupa yang kain mereka banyak yang koyak dan terselak. Mereka asyik mempersenda Rosmah yang tak tutup kepala. Tapi hakikatnya mereka sendiri gagal mentarbiah anak isteri mereka. 

Mereka asyik bercerita tentang dosa orang lain tetapi dosa anak bini mereka mereka abaikan. Mereka asyik berkata orang lain tidak betul sedangkan anak bini mereka sendiri melakukan perkara-perkara yang tak betul. 

Thursday, 12 April 2012

Geng-geng Adam Adli Tak Berani Jumpa Geng #AmanKampus Kat Parlimen @NajibRazak???... @khalednordin @razaliibrahim @AmanKampus @shaharabd


Hari ini geng konvoi Aman Kampus Fasa II sedang bergerak menuju ke Pekan, Pahang iaitu ke kawasan parlimen Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia...

ada desas-desus geng Mahasewel nak turun ke sana jugak tapi sejauh mana kebenaran berita ini gua belum dapat kepastian lagi.... nama pun khabar angin...

Tobat Pemimpin Pembangkang Takkan Mengaku Punya???...


Ini antara bukti yang ada depan mata sekalipun penyokong dan puak-puak Pembangkang takkan percaya punya...

Mesti depa puak-puak nie meroyan bila tengok gambar nie...

3 Gadis Bakal Jadi Mangsa 4 Pemuda Bersih???...


lain macam jer muka budak-budak lelaki nih... macam nak "makan"budak pompuan nie jer... jaga-jaga cik adik ooooi!!!... takut jadi mangsa plak...

Dirgahayu Duli Yang di-Pertuan Agong Ke-14... Daulat Tuanku!!!... @NajibRazak


Dirgahayu Duli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Baginda merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Wednesday, 11 April 2012

Khalipah Masa Depan Malaya... Ditaja Oleh PAS...


Daulat Tuanku!!! Selamat Hari Pertabalan DYMM YDPA... @NajibRazak


Ampun Tuanku!!! Sembah Patik Harap Diampun....

Patik bersama seluruh rakyat pastinya teruja serta bangga apabila sekali lagi dapat menyaksikan upacara gilang-gemilang menyambut keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Al- Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah binti Hamidun di atas pertabalan hari ini.


Tuesday, 10 April 2012

Re: Pelik Tapi Benar : Biar Betul Pasangan Kembar Hitam Putih???...

------Original Message------
To: Blog Kulaan Niring
Subject: Pelik Tapi Benar : Biar Betul Pasangan Kembar Hitam Putih???...
Sent: Apr 10, 2012 1:34 PM

Seorang berkulit hitam dan bermata coklat manakala pasangan kembarnya berambut perang dengan kulit putih pasti orang ramai tidak menyangka mereka adalah pasangan kembar.

Namun itulah realitinya, Kian dan Remee adalah pasangan kembar perempuan berbeza paras rupa dan warna kulit yang hanya lahir sepasang bagi sejuta kelahiran dengan mengambil kira kombinasi genetik ibubapa.

Ini adalah anak-anak pasangan Remi Horder yang berkulit hitam dan isterinya Kylee Hodgson yang berkulit putih yang melahir pasangan kembar unik ini 7 tahun lalu. Pasangan kembar ini mencuri tumpuan akhbar Daily Mail UK yang memaparkan kelahiran pasangan unik ini 7 tahun lalu ketika pasangan kembar ini berumur setahun.

Kejadian unik ini belum pernah lagi berlaku di negara kita meski pun ada pasangan berkahwin yang berbeza warna kulit seperti cina berkahwin dengan india yang banyak berlaku di Malaysia.

Nampak gayanya kena tunggu sejuta kelahiran pasangan berbeza warna kulit baru kot boleh jumpa kelahiran unik kembar tak sewarna kulit.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 9 April 2012

Puaka Niring : Misteri Bilionair Suka Hidup Secara Nomad???...


LONDON: Seperti nomad lain Nicolas Berggruen juga sering berpindah-randah. Dia tidak mempunyai kediaman, kereta atau, malah jam tangan dan beberapa barangan yang dia miliki dibawa dalam beg kertas.

“Barang tidak bererti dalam penampilan anda. Tindakan kita yang mempunyai nilai sebenar,” katanya.

Namun, apa yang membuatkan lelaki berusia 50 tahun itu berbeza dengan golongan merempat ialah hartanya yang bernilai 1.5 bilion pound (RM7.5 bilion).

Pembangkang Nak Hapuskan PTPTN Tapi Lain Yang Ditulis Dalam Buku Jinggay???...


Mana dia klausa atau ayat yang menyatakan dengan JELAS
Pakatan akan menghapuskan PTPTN???

Mana dia perkataan PAKATAN AKAN MENGHAPUSKAN PTPTN dan 
diubah kepada sistem BIASISWA????

PTPTN takkan dimansuhkan.

Ini kata buku jinggay.

Airmata Anak-anak Yatim Menitis Takkala #AmanKampus Datang Melawat Kerana Orang Kaya Hanya Ingat Ketika Ramadhan Sahaja... @NajibRazak @khalednordin @razaliibrahim @AmanKampus @shaharabd



Kata-kata ini diluahkan kepada saya oleh salah seorang penghuni asrama anak-anak yatim Rumah Harapan Putera & Puteri yang terletak di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa Kelantan.

Jawapan yang jujur ini diluahkan apabila saya sempat bertanyakan kepada mereka ketika melawat anak-anak yatim di rumah berkenaan bersama mahasiswa Jelajah Aman Kampus.

Mendengar kata-kata ini membuatkan saya terkedu serta sebak dan terfikir sejenak tentang apa yang dinyatakan oleh adik perempuan yang telah menetap di asrama tersebut selama 4 tahun. 

Kerana Nama "Mat Harun" Dalam IC, Aaron Aziz Dinobatkan Bintang Paling Popular 2011???...


Sejak dua menjak nie kalo korang perasan, nama Aaron Aziz nie banyak kuar blog-blog sensasi atau blog politik pasal isu nama dia kat dalam IC yang dikatakan bernama "Mat Harun" bukan Aaron... tapi isu nama Aaron dalam IC yang kecoh nie tak menghalang beliau daripada menjadi Bintang Paling Popular dan tak mustahil sebab isu nama dalam IC beliau nie la yang sedikit sebanyak membantu menjulang nama dan melayakkan beliau menang... apa pun tahniah ler daripada gua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers