Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 14 June 2013

Sketsa : Tak Lawak Langsung... Jangan Baca Nanti Menyesal...


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Padan Muka!!! @HairieOthman Kini Dilayan Umpama Sampah Oleh PR???


Umpama Sampah… atau habis madu sepah dibuang… itulah pepatah terbaik bagi memperlihatkan nasib pelakon Hairie Othman apabila kini tidak lagi dipandang oleh Pakatan Rakyat (PR).

Jika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Hairie diusung ke serata negara terutama oleh parti pejuang Islam PAS, kini nasibnya umpama… "ah, pandai -pandai kaulah nak hidup…".


Tulah… dulu bukan main semangat mengutuk kerajaan yang selama ini duk bantu dia sekeluarga dari banyak segi.

Baru faham mainan politik bang…

Dalam laporan Mingguan Warta Perdana, Hairie mengaku sejak PRU13 tamat, dia umpama tidak wujud lagi di mata PR.

Thursday, 13 June 2013

[Video] : Aksi Budak Curi Smart Pphone 1Malaysia

Panas!!! Betul Ker Khairun Aseh Takda Niat Pun Nak Bertanding KP Putrajaya???... @TengkuAdnanReal



Gua baru dengar-dengar perkhabaran yang di bawa angin pasal isu yang sedang hangat dan panas di blogesfera pasal si Khairun ni. Macam-macam isu dan skandal yang timbul di banyak blog-blog selepas sekeping foto menunjukkan Khairun bergambar dengan Ketua-ketua Pemuda Cawangan Baru Bahagian Putrajaya.

Kenapa KPC baru jer yang bertuah menjejakkan kaki ke pejabat baru beliau meskipun belum mengangkat sumpah.

Kenapa tidak dijemput KPC lama dahulu sebagai menghormati senioriti sebagai KPC. Paling tidak pun buat jemputan kepada semua KPC bukan sekadar kepada yang terpilih dan tertentu sahaja. Macam ada udang disebalik batu jer.

Biar Betul??? Gadis Fitnah Azhar Idrus Ajak Dia Berzina???



Asalnya penulis tidak berminat untuk mengulas mengenai dakwaan seorang gadis bernama Maryam Mazlieynna Mazlee  bahawa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengajaknya check in ke hotel.

Semalam, hanya satu blog yang penulis jumpa menulis mengenai perkara itu.

Namun, hari ini penulis jumpa blog lain dan link di Facebook ke blog berkenaan yang meletakan print screen mengenai dakwaan gadis itu.

Jadi sekarang isu ni memperlihatkan ia semakin berkembang dan mendapat perhatian.

Secara peribadi, penulis tidak percaya UAI berbuat demikian kerana tidak ada bukti selain dakwaan remaja berkenaan.

Ramai aje budak-budak zaman sekarang yang boleh gebang apa sahaja demi mendapatkan perhatian rakan-rakan yang lain.

Pada hemat penulis, UAI sendiri harus membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan secara rasmi kerana dakwaan ini semakin tersebar di media sosial dan melibatkan imej serta serta maruah beliau.

Jika remaja wanita itu rasa dirinya benar, maka mungkin dia harus tampil membuat aduan.

Membuat dakwaan secara membabi buta yang mana kemudian hal itu tersebar, maka perlu ada tindakan lanjut untuk memperbetulkan keadaan.

-MyNewsHub-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 11 June 2013

Panas!!! Sultan Sulu, Jamalul Kiram Bakal Berdepan Hukuman Gantung Di Malaysia???


Kesultanan Sulu semalam mendedahkan rancangan Istana Malacanang agar Jamalul Kiram III, keluarganya di bandar raya Taguig dan penyokong diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Mereka juga bakal berdepan pertuduhan cuba menawan Lahad Datu di Sabah oleh kira-kira 200 anggota Pasukan Keselamatan Diraja kesultanan itu (RSF) Mac lalu.

Bercakap kepada wartawan di kediaman Jamalul Kiram III, jurucakap kesultanan itu, Abraham Idjirani berkata, dia menerima maklumat daripada sumber "yang boleh dipercayai" dalam Malacanang bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino berhasrat untuk menyerahkan Jamalul, keluarga dan penyokongnya kepada Malaysia walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu.

"Kami mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Malacanang mahu menyerahkan Kiram dan penyokongnya di Taguig kepada Malaysia," katanya.

Sementara itu, anak perempuan Jamalul, Jacel menambah bahawa tindakan Malacanang itu dibuat ekoran penemuan mengejutkan daripada siasatan dilakukan Biro Penyiasatan Nasional (NBI) mengenai pendaratan RSF di Sabah.

"NBI pada mulanya berkata, mereka ke Sabah atas inisiatif sendiri. Kemudian NBI menyarankan agar dakwaan difailkan terhadap Jamalul kerana berkonspirasi agar penyokongnya ke Malaysia," katanya.

Jacel turut menyuarakan kemusykilan bagaimana dia, bapanya, saudara-mara, dan penyokong mereka hendak diekstradisi ke Malaysia berdasarkan penemuan NBI yang menyatakan keluarga dan penyokongnya berkonspirasi mencetuskan peperangan dengan Malaysia.

"Jika kamu mahu diekstradisi ke Malaysia kamu perlu melakukan jenayah di negara itu. Tetapi kami membuat tuntutan secara sah dari segi sejarah," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Padan Muka!!! DBKL Tolak Permohonan Adakan Himpunan “Black 505” Di Padang Merbok...


PETALING JAYA – Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan daripada penganjur perhimpunan "Black 505" untuk mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib pada Isnin bagaimanapun berkata, beliau terbuka untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kemungkinan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan yang lebih tertutup, di mana katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.

"Terdapat beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menolak permohonan terbaru mereka selepas mengadakan pertemuan dengan polis.

"Pertamanya ialah Padang Merbok sudah pun disewakan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk mengadakan Larian Olimpik pada 23 Jun.

"Mereka memerlukan padang itu sehari sebelumnya untuk persediaan logistik untuk majlis mereka. Dan mereka telah memohon lokasi itu pada akhir tahun lepas," katanya kepada para pemberita pada Isnin.

Monday, 10 June 2013

Panas!!! Mula-mula DAP Pas Nak Boikot Sidang Parlimen Pastu Tak Jadi Plak???


DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pakatan pembangkang memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal ke-13.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada 24 Jun ini.

"Pendirian kami (DAP) sama dengan pandangan (penasihat parti) Lim Kit Siang," kata Loke.

Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.

Sementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen.

"Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat," kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu.

Dr Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah.

p/s : cakap macam k****g la pemimpin Pakatan ni. Dah tak caya dengan keputusan PRU13 takyah ler nak angkat sumpah jadi Ahli Parlimen. Jawatan nak tapi kutuk tu buat jugak...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 9 June 2013

Kantoi!!! Gadis Cantik Kantoi Kencing Dalam Lif!!!...


Jika sebelum ini, kita dihidangkan dengan video seorang perempuan tua di China yang tidak segan-silu membuang air besar di dalam lif, di negara kita pun rupanya ada juga yang sama spesis seperti nyonya tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah lif di pangsapuri Sri Saujana, Pulau Pinang di mana kelihatan seorang gadis tidak menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam lif tersebut asalkan dia dapat melepaskan hajatnya untuk membuang air pada ketika itu.

Hmm, semakin parah nampaknya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.

Kot iya pun, apalah salahnya tahan sehingga sampai ke rumah awak dulu cik adik manis oi..

Kan, tak pasal-pasal gambar awak buang air kecil dah kantoi di laman-laman sosial.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers