Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 12 July 2014

Panas!!! Gambar Rosmah "KANTOI" Dengan Handphone Canggih???? @NajibRazak


Biar betul citer ni??? Kalo tak betul boleh timbul fitnah. Mana bukti kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah pakai tepon cap ayam. Mana bukti??? Ada gambar tak??? Kalo ada gambar buktikan la jangan main cakap kosong jer. Paling tidak bawak la keluar sekeping gambar sebagai bukti sandaran apa yang dikatakan. 
Semalam dalam satu majlis Ramadan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Selangor, kemesraan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan YAB Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim menjadi viral di media siber.
Malahan, rakan media saya di Jakarta menghantar pesanan ringkas kepada saya, apakah TS Khalid Ibrahim akan menyertai UMNO kerana tekanan kuat dalam PKR yang mahukan beliau turun takhta. Saya berkata, jika pak Jusuf Kalla dari parti Golkar bisa bekerjasama dengan Partai PDI-P, masakan di Malaysia tidak bisa. Dia menjawab, "he he he...".

Apa pun, di sebalik mata merasa seronok melihat kemesraan-kemesraan perbuatan dan ucapan-ucapan di antara dua tokoh ini, ada sesuatu yang tidak disedari oleh khalayak. Namun, sahabat saya berjaya mengambil gambar eksklusif Datin Seri Rosmah Mansur.
Mesej sahabat saya itu kepada saya, "DS Rosmah pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone". Saya terkejut, lalu saya katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya.
DS Rosmah Mansur adalah seorang ibu yang sederhana, seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sederhana, kesederhanaannya tidak dilihat mungkin kerana beliau tidak menunjuk-nunjuk kesederhanaan itu. Beliau boleh sahaja memakai handphone jenama terkini jika beliau mahu.
Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S jenama baharu atau Samsung jenama terkini. Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!
Selama ini, beliau akan menerima baik sesiapa sahaja yang memerlukan kehadirannya, walaupun kadang-kadang majlis itu akan membawa impak negatif kepadanya, tetapi kerana menghormati jemputan penganjur, beliau menghadirkan diri juga. Itu adalah kesederhanaan dalam sikap dan cara membuat keputusan.
Beliau hadir semalam dalam majlis Yayasan Pendidikan Cheras, malah kenyataan beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari membayangkan pengorbanan beliau kepada rakyat dan negara.
Beliau tidak kekok mendekatkan dirinya dalam majlis-majlis agama, majlis bersalawat ke atas Rasulullah SAW, majlis membaca yasin dan tidak lupa menunaikan umrah di Mekkah. Semua ini adalah kasihsayang Allah SWT kepada hambaNYA.
Saya yakin Allah SWT akan melindunginya dan memberi hidayah-hidayah yang berterusan kepadanya.
Sumber : JentayuBaka 

14 comments:

  1. kalau tak tau apa tu vertu phone, sila google :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know what vertu phone looks like bro I've seen one being used. That is way far in terms of design for a vertu. Kau yang kena start google.

      Delete
  2. Phone hny utk call dan sms. Nk tgkp photo beli kamera, nk main tenet beli labtop atau tab. Gadget skrg bateri cepat habis. Sy pun pakai lagi basic phone utk recerived call dan sms. Gadget menyusahkan sbb mesti ada teman dia powerbank

    ReplyDelete
  3. Story spt ini menggmbarkan dimna tahap kecerdikan blogger umnoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam blogger pakatan asik2 amik gambar nik ajis makan pakai tangan atau makan bersila?

      Delete
  4. Cuba tunggu petang ni depan kediaman beliau...kenderaan apa yg datang menhantar pakaian2 untuk dipilih..brapa set yg dihantar dan brapa kompeni yg mai hantar..Bab hset mgkin beliau tak mahir guna, so kekal yg mana ada..

    ReplyDelete
  5. Untuk bukti pencairan W / A: +6281617538564
    Nama ******* Neni Syahir
    kota: ******** Bandung
    jumlah pinjaman: ****** Rp5,5 miliar
    suku bunga: ******* 1%
    @Twitter ikuti sekarang: *********** @AasimahaLoan

    Saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. Saya tidak tahan lagi. 4 November 2019, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI PERUSAHAAN PINJAMAN, yang akhirnya membantu saya dengan pinjaman besar untuk membayar hutang bank saya. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu-ibu Muslim yang memberikan perusahaan pinjaman besar milik sendiri, pemilik pabrik dan individu pribadi untuk meningkatkan kehidupan dan bisnis mereka. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia. Jika Anda menginginkan pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka. Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammer di blog ini yang tidak memiliki situs web di peta Google,. perusahaan pinjaman resmi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN memberi saya pinjaman Rp5,5 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah untuk 1% seiring dengan pinjaman berjangka dengan persetujuan cepat dan pencairan mendesak. Jika Anda menginginkan kapita investasi yang besar dan Anda ingin membayar hutang Anda, segera terapkan dan berbahagia seperti banyak orang di sini.
                                          Batas aplikasi di bawah ini

    E-mail: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers