Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 7 December 2013

[18SX] Firma Insurans Beri Insentif Untuk Pekerjanya Yang Cemerlang… PELACUR!!!


Sesebuah perusahaan atau syarikat selalunya akan memberi pelbagai insentif untuk pekerja cemerlang mereka.

Selalunya ia berupa pemberian wang, cenderamata, pakej pelancongan dan sebagainya.

Tetapi tahukah ada, ada sebuah firma terkenal di Jerman telah menjadi tumpuan seluruh dunia dan menjadi bahan kutukan tidak lama dulu kerana bertindak menghadiahkan sesuatu yang tak dapat diterima akal untuk pekerjanya… PELACUR!

Syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.

Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman.

Pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti  itu.

Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan.

Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan "apa saja yang diminta" sepanjang pesta berkenaan berlangsung.

"Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas," katanya.

Memang gila!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 6 December 2013

[18SX] Perangai Budak Perempuan Zaman Sekarang… Bangga Tayang Gambar Air Mani Di Media Sosial...

Hai, tak tahulah macam mana nak cakap dengan budak-budak sekarang.

Semakin 'advanced' dalam segala hal.

Terbaru, seorang pelajar perempuan dengan bangganya berkongsi gambar air maninya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Gadis itu menulis, "Basah, papa buat. Hee".

Sepatutnya, gadis di kala usianya hanya perlu sibuk bergelumang dengan pembelajaran, ini dah terlebih 'maju' ke hadapan dalam hal-hal yang tidak senonoh.

Bila terjadi perkara sebegini, siapa yang harus dipersalahkan, sama ada ibu bapa atau pun pelajar itu sendiri yang tidak tahu menilai mana satu perkara yang baik atau pun tidak?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NKP @AzwanBro Pun Bayar Jentera Blogger Buat Promosi La @ibdil??? @NajibRazak @KhairyKJ #Lifestyle #tanyaibdil #wanberuk


Geli ketiak gua bila Pengerusi MBM baru, Ibdil Insta kata satu perbuatan sia-sia memberi bayaran kepada blogger-blogger untuk membuat sesuatu tugasan atau nak defend kerajaan. Beliau lebih menitik beratkan kepada blogger sukarelawan berbanding membayar kepada blogger-blogger ini.

Cuba la Ibdil ni bukak mata skit dan tanya kepada orang lain ada tak pemimpin yang bayar kepada blogger atas perkhidmatan yang mereka berikan. Kalo la dah bengap dan bangang sangat tak ada contoh, gua bagi satu contoh. Cuba tanya kat 2nd bos dia Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, si wanbro tu ada tak dia pernah bayar mana-mana blogger untuk berkhidmat menjadi jentera.

Gua takkan bagi jawapan biar dia si ibdil obbese ni pi tanya sendiri kat si wanberuk ni sama ada gua memfitnah beliau atau ini satu fakta. Gua ada banyak bukti dan saksi yang dia pun menggunakan khidmat blogger sebagai jentera maya semasa pemilihan tak kisah la sama ada untuk mempertahankan beliau dari dibalun ataupun mempromosikan beliau sampai nak bayar hutang pun tak mampu.

Yang pasti blogger juga seperti tenaga kerja yang lain yang mengeluarkan peluh dan menggunakan tulang empat kerat untuk memberi perkhidmatan kepada "pay master" dan seharusnya selesai tugas harus dibayar. Adakah ini juga salah jika itu yang dimaksudkan oleh Ibdil the obesse.

Jika NKP UMNO sendiri pun membayar kepada blogger-blogger atas kerja dan tugasan mereka, ini sudah tentu sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang disarankan oleh Pengerusi BMB yang "so called" datang dari "urban area" dan tidak mustahil mungkin jua jika pernah ada kata "she's from rural area and she's not familiar with urban food" ye tak.

p/s : kepada wanberuk lu ada team blogger lu sendiri kan... suruh la depa defend lu bro... tapi tak payah bayar macam saranan ibdil the obesse... SUKARELA... agak-agak berapa ramai nak bantu ye...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biar Betul!!! Pengikut Tuhan Harun Rancang Bunuh Lebih Ramai Penguatkuasa Agama???


Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Pengarah Penguatkuasa Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.

"Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain," katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.

"Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki…masih mencari lapan lagi."

Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang pergerakan mereka. – The STar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 5 December 2013

HashTag #LifeStyle Menjadi Trending Gara-gara Kenyataan Pengerusi BMB @ibdil??? @NajibRazak @KhairyKJ


Pelbagai cerita mewarnai corat-coret Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang sedang berlangsung sekarang sehingga sabtu ini. Pelbagai isu diperbualkan oleh perwakilan dari cerita isu-isu yang dibawa pembahas, cerita banjir di Pantai Timur, cerita pemimpin UMNO yang menghadiri persidangan tetapi terpaksa pulang awal kerana kawasan masing-masing ditenggelami banjir.

Tetapi bagi pengamal media sosial terutama dikalangan blogger-blogger Pro UMNO dan Pro BN isu yang paling panas sehari dua ini adalah HashTag #LifeStyle. Ini adalah gara-gara kenyataan Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdillah yang lebih mesra dikenali sebagai Ibdil LifeStyle Insta.

Beberapa kenyataan beliau sewaktu ditemuramah blogger sukarelawan ini dikatakan kurang disenangi oleh beberapa blogger Pro BN kerana keolah-olah menghina sumbangan dan hasil usaha mereka memerangi tohmahan dan serangan cytro pembangkang. Ini antara intipati wawancara tersebut :

"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"

"Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"

Mesti Baca!!! Tiga Alasan Kazim Tolak Tawaran MT!!!


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

Wednesday, 4 December 2013

[18SX] Kes Rogol Kambing: ‘Mangsa’ Diheret Ke Mahkamah Hadiri Perbicaraan...


NAIROBI (Kenya) – Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.

Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.

Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.

Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. – Agensi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenyataan Pengerusi BMB Bakal Bikin Pengamal Media Panas Hati??? @NajibRazak @KhairyKJ @Ibdil



Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB

Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB

Kita akan buat applikasi untuk telefon pintar. Kita lihat rakyat perlu aplikasi untuk mudahkan mereka berinteraksi dengan kerajaan - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB

Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB

Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB

Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja - Ibdillah Ishak

Dia akan mula jawatankuasa sukarelawan BMB January nanti

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 3 December 2013

Biar Betul??? Baru Jadi NKPUM @AzwanBro Dah Sound2 Blogger??? @KhairyKJ


Macam-macam hal la Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru dilantik ni. Baru jer pegang jawatan nombor dua Pemuda UMNO Malaysia dah mula "sound-sound" blogger. Pada mulanya gua malas nak ulas panjang artikel sahabat gua Sangkakalajari9 (Baca Di Sini) tapi bila ada cerita dalam tu pasal "dah maki dia (AzwanBro) kena la salam sebab kita orang Islam..." gua nak syer skit apa ayat beliau yang sebenarnya, "kalo ya pun ko maki aku takkan salam pun tak boleh... kita orang Islam kena salam..." Mungkin ada yang kata gua mereka-reka cerita bukan tengok depan mata. Kalo macai PR dah tentu nak suruh bawak empat orang saksi. 

Kenapa gua berani cakap pasal benda ni. Pasal individu yang kena sound tu gua ngan seorang lagi rakan gua. Peristiwa ini berlaku pagi tadi di PWTC ketika gua terserempak dengan beliau ketika mahu keluar dari Laman Media. Kalo nak mintak saksi bersama gua ada dua orang lagi sahabat dan beberapa individu yang gua tak kenal geng NKPUM ni la kot. Mula-mula gua terkejut jugak bila gua dengar dia sound gua macam tu. Lantas gua jawab "ini antara kita berdua bro..."

Mungkin kata-kata beliau menuduh gua maki dia berdasarkan tweet-tweet gua kepada beliau kebelakangan ini tapi sepanjang gua tweet dia belum pernah sekali pun gua maki beliau menggunakan ayat-ayat kesat. Boleh rujuk ler tweet-tweet gua dengan beliau. Sekali lagi gua tegaskan TIDAK ADA SEKALI pun yang gua maki dia guna kata-kata kesat atau perkataan yang tidak sepatutnya. Mungkin beliau hilang sabar dan berang dengan gua pasal tweet-tweet gua seolah-olah dia ada berhutang dengan gua. Soal hutang tu biarkanlah dulu walaupun ada blogger Sangkakalajari9 turut membangkitkan soal hutang dengan beliau.

Juga gua nak jelaskan kepada beliau berkaitan HashTag #WanBeruk bukanlah gua orang yang memperkenalkan HT tersebut. Kalo beliau seorang yang mesra media sosial terutama twitter mesti beliau boleh lihat siapa dulu yang dok main HT tu. Bukan gua seorang saja bahkan ramai lagi hingga beliau naik angin lantas menuduh seorang sahabat gua yang mahu mengambil gambar beliau bersama exco Pemuda lain sebagai "musuh" beliau. Betul-betul nak cari musuh ka bro.

p/s : untuk nak tau cerita detail pasal asal polemik ni SILA BACA DI SINI

Kerana @razaliibrahim Mahasiswa Mampu Bersuara Di #PAU2013!!! @NajibRazak @tunfaisal #MahasiswaNasional


Tahniah kepada Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, YB Razali kerana atas usaha beliaulah maka mahasiswa yang waras akalnya tidak seperti MAHASEWEL mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan perwakilan dan pembahas apabila diberi peluang untuk membahaskan usul di Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan bermula hari ini.

Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.
Bagaimanapun semalam, sejarah baru tercipta. Melalui Persidangan Mahasiswa Nasional PEMANAS, UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan. Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil.

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR).

Baca sepenuhnya di TunFaisalDotCom

Monday, 2 December 2013

Kagum!!! Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Kawal Lalulintas???


Gambar di atas menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Penulis begitu kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Sunday, 1 December 2013

Ustaz Kazim : MT Umno: “Saya Masih Belum Buat Keputusan” @UstazKazim @_UstazKazim


Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

Pelik Tapi Benar!!! Akibat Tiada Makanan, Penduduk Syria Makan Singa???


Krisis yang melanda Syria semakin buruk dengan penduduknya kini berdepan dengan kebuluran. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja bagi mencari makanan.

Ia termasuk menyembelih singa untuk dimakan dagingnya.

Singa tersebut dipercayai  diperolehi dari zoo Al Qarya Al Shama.

Imej penduduk Syria melapah binatang tersebut kini tersebar di media massa.

Ia menunjukkan seorang lelaki memegang kepala singa berkenaan manakala dua yang lain melapah kulit dan memotong daging binatang tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers