Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 24 December 2011

Seram Giler!!! : Hantu Orang Tua Dalam Lif !!!...




Kulaan : cuba korang perhatikan masa 00:28:41:42... masa mamat tuh nak kuar lif... sapa ada kat belakang dia 'follow'... aduh!!!! nak gugur jantung nie tengok... nak caya tak boleh... tak percaya pun tak boleh... lu pikir ler sendiri...

Ibu Kawin Dengan Anak Sendiri Tanda Dunia Nak Kiamat... MasyaAllah...




Kulaan : apa nak jadi dengan dunia sekarang nie... takut Kulaan bila tengok tanda-tanda dunia hampir Kiamat semakin banyak... ini salah satunya... Nauzubillahiminzaliq...

Soalan Buat Ulama' Pas : Apa Hukum Muzik Bertali???...

Sham Kamikaze Beraksi Setelah Bertaubat Katanya...


Friday, 23 December 2011

Student UUM Kena Rasuk!!! Kalo Lemah Semangat Jangan Tengok...




Kulaan : inilah perubatan Islam yang betul... 
pakai ayat Al Quran bukannya jampi 
serapah yang ntah hapa-hapa tuh...

Ini Bukti Sahih Pas Tidak Memperjuangkan "Negara Islam" Dalam Perjuangan Pas...




Kulaan : ini adalah kenyataan daripada mulut 
orang Pas sendiri yang mengatakan 
Pas "TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM"... 
jadi, mana mungkin Pas sekarang ini boleh 
menjamin agama 'Islam' jika memerintah... 

Qasidah Khas Buat Wanita Islam Yang Bertudung Dan Tidak Bertudung Sebagai Renungan... Wallahualam...



Kulaan : bukan niat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar berkongsi renungan di hari Jumaat ini buat perkongsian ilmu Allah yang luas terbentang di muka bumi ini... Wallahualam...

Hudud : Bukan Hanya Itu Hukum Jenayah Islam...




HUKUM JENAYAH ISLAM
 
 1.     Pengertian Jenayah.
        Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu  perkara yang disuruh olehNya.

 2.   Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas
(c)  Hukum Ta’zir

 A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(b) Qazaf (menuduh zina);
      Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
      Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak;
      Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
      Hukuman : sebat 40 kali

(d) Mencuri;
      Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
      Hukuman : potong tangan


(e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan 
      ancaman.
      Hukuman :
      sekiranya membunuh hendaklah dibunuh

sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.


sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
     Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  

Pendapat Afdlin Shauki Mengenai Adam Adli Turunkan Bendera...



Sumber : The Teh Tarik Bersama YB

Kulaan : nie la yang dikatakan bekas pelajar "U" yang berfikir pakai 'otak' bukan pakai 'kepala lutut'... belajar pun tak habis lagi... belajar dulu sampai 'grad'... pastu nak berpolitik sampai tua pun tak pa la...

Lensa Niring : Gambar 'Candid' Mahasiswa Yang Datang Berhimpun Depan KPT...

pemimpin GPMS turut lantang memberi ucapan... 
jangan tertelan mic sudah ler bro... kes naya nanti...

apa direnung tuh cik adik oooiii!!!...

ini 'Ninja Sasuka' mana plak nie...

eh! malu plak cik adik nie... dia perasan 
yang lensa kamera menghala ke arah 
dia... dah pakai hijab sapa nampak 
muka cik adik...

ini geng 'Power Rangers' mana plak nie...

Thursday, 22 December 2011

Akhirnya DAP Berjaya Ubah Imej Pas, Perjuangan Menegakkan 'Negara Islam' Dikorban...


Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.

Katanya sebab itu kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.

"Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila Pas berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur Pas adalah DAP."

Benarkah Madrasah Salihiah Premis Terakhir Diroboh Pas Kedah???... Apakah Jaminannya???...

MADRASAH Salihiah yang berusia 100 tahun dibina 
di tanah wakaf di Jalan Tambang badak dan akan 
dirobohkan untuk pembinaan pusat komersial.

Akhirnya Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang badak yang menjadi 'isu hangat' di Kedah sejak kebelakangan ini bakal tewas di tangan kerajaan negari Kedah yang dipimpin Pas. Pusat pengajian Islam ini bakal di 'transformer' kan menjadi pusat komersial yang bakal dikenali sebagai "Aman Sentral".

Berita sedih ini disahkan oleh kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan bahawa bangunan ini tetap akan dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan. Bangunan ini terpaksa dirobohkan kerana kedah sudah tidak mempunyai tanah lagi. Tanah sawah atau 'bendang' tidak sesuai untuk mendirikan bangunan?. 


Tapi kenapa Tesco boleh pula didirikan di atas tanah bendang? Bukan itu saja, banyak lagi bangunan yang masih boleh dibina di atas tanah bendang. Mesti ada 'udang disebalik batu' kenapa tanah itu juga yang mahu dibangunkan. Adakah kerana 'value' tanah itu menarik minat orang bukan Bumiputera yang menjadi idaman mereka. Adakah DAP yang ramai 'businessmen' di dalamnya mempunyai kepentingan peribadi terhadap projek ini?

Eksklusif : Aspirasi Akhirnya Dapat Terjah Saifuddin Di UPM Untuk Sampaikan Memorandum...

 geng-geng Aspirasi sampai ke 
Dewan Besar UPM sebelum Saifuddin tiba...

 kelihatan kenderaan Saifuddin memasuki 
perkarangan Dewan Besar UPM...

 dah sampai pun Timbalan Menteri KPT 
yang dicari-cari...

 baru nak pakai kot Datuk???...

 ketibaan geng Aspirasi secara 
tiba-tiba mengejutkan Saifuddin... 
Halamak! dah tak boleh lari...

geng Aspirasi tiba bersama 
memorandum yang mahu diserahkan...

 dah tak boleh mengelak dah Datuk... 
nak tak nak kena la jumpa...

 memorandum yang petang tadi hanya 
mampu diserahkan kepada SUSK (YBTM II), 
En. Mohd Nazri bin Noh akhirnya dapat diserahkan 
sendiri ke tangan Saifuddin...

 nampak kan memorandum tuh dah ada kat 
tangan Saifuddin... Datuk! jangan 
kata tak terima tau...

 walaupun malu alah dah kantoi dengan 
geng Aspirasi, Saifuddin masih 
boleh berbicarakan sesuatu dengan 
ketua deligasi Mohd Shahar, 
Presiden Alumni Aspirasi...

 Saifuddin sempat menyindir geng 
Aspirasi... "jadi dewasa ler skit..."

senyum kambing nampak... dah kantoi 
tak boleh lari mana Datuk...

"mahasiswa dah letih Tok, tunggu datuk sampai berhujan... tapi datuk tak datang jugak... mustahil datuk tak tau kami nak datang???..." 
ikhlas ker gelak tuh datuk... 
macam dibuat-buat jer...

 geng Aspirasi beredar setelah 
menyerahkan memorandum... aman kan... 
takda pun turunkan apa-apa bendera...

 suasana aman dan damai berlaku ketika 
penyerahan memorandum... takda 
kecoh-kecoh pun... takda bising-bising pun...

 Saifuddin menuju ke kenderaannya bagi 
menyimpan sendiri memorandum yang diterima...

 bukti Saifuddin sendiri yang simpan 
memorandum tuh... xda orang lain tau...

 Saifuddin beredar setelah 
segalanya selesai...

terima kasih Datuk Saifuddin...


Tunggu Punya Tunggu Saifuddin Tak Muncul-muncul... Kat Mana Saifuddin???...

 wakil mahasiswa Pro Aspirasi mula berkumpul di hadapan KPT sejak jam 1.30 petang lagi...

 wakil mahasiswi daripada perlbagai IPT 
hadir untuk memberi sokongan kepada PM...

 walaupun bertudung labuh, ini bukan 
penyokong pembangkang tau... ini mahasiswa
 yang menentang 'kekurang ajaran' si Adam Adli...

 sekitar 1000 mahasiswa daripada pelbagai 
IPT hadir memberi sokongan kepada 
PM dan menyerahkan memorandum...

 aman kan... takda huru-hara pun... takda 
turun kan bendera pun... siap bawak
 bendera sendiri lagi...

Wednesday, 21 December 2011

Misteri Istana Kellie Di Batu Gajah, Perak???...


Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.

Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.

Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.

Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.

Sketsa Niring : Cerita 3 Sekawan Berlainan Impian...


Kulaan : cerita 3 sekawan yang mempunyai impian berbeza tapi bersatu tidak padu... bak kata pepatah... "tidur bersama tetapi mimpi yang berbeza..."

Inilah Yang Bakal Berlaku Jika Seksualiti Merdeka Diteruskan DiMalaysia....

Ariff Alfian di hari bahagia bersama pasangannya semasa majlis resepsi... bahagiakah dia di akhirat kelak????... Nauzubillah...

masih mengaku beragama Islam tetapi berkahwin dengan kaum sejenis... apa jenis manusia nie... Astagfirrullah...

inilah anak Melayu yang mengaku masih beragama Islam tapi hakikatnya sudah jauh tersesat... kembalilah ke pangkal jalan selagi masih berpeluang dan masih diberikan ruang oleh Allah...

inilah yang bakal berlaku jika "Seksualiti Merdeka" berjaya di Malaysia... hancur anak Melayu kita...

Wajah-wajah Mahasewel Yang Menyerang PWTC Dikenal Pasti???...







Sumber : APA

Kulaan : berdasarkan sumber dari sahabat Kulaan, bro APA... nie la antara muka-muka 'MahaSewel' yang dok datang dengan beraninya menyerang PWTC tempoh hari... siapa 'dalang' dibelakang budak-budak nie mesti korang dah boleh agak kan... tak payah Kulaan nak 'eksplain' lagi... kalo korang ada jumpa 'wajah-wajah' nie... korang tau apa nak buat kan...

Pas Sudah Berantakan Bila Anak Nik Aziz Sudah Berani Selar Harakah Dan SU Agung PAS...

kartun menghina Nasharuddin disiarkan Harakah baru-baru ini...

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

“Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa."

“Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh,” kata Nik Abduh.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers