Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 10 December 2014

UMNO Selangor : Penyatuan "Warlords" Sahaja Dapat Kembalikan Selangor Kepada BN??? @NajibRazak


Selangor??? Sebuah negeri yang menarik untuk diperbincangkan dari segi politik terutama selepas kejatuhan kerajaan BN Selangor kepada pembangkang khususnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PKR sejak PRU12 lagi sehinggalah PR mengekalkan pemerintahan ke atas Selangor selepas PRU13. Isu Selangor lebih tertumpu nampaknya kepada pergolakan dalaman UMNO diantara "warlords" lama dalam parti berbanding membincangkan kelemahan parti komponen dalam meraih undi dari kaum masing-masing seolah-olah ada gelombang tersembunyi kaum lain selain melayu.

Jika kita khususkan dahulu terhadap politik UMNO dalam Selangor berbanding dengan polimik parti komponen kita dapat lihat "ingredients" atau ramuan utama kepada kegagalan UMNO khususnya dan BN amnya dalam menawan semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat adalah kerana masih wujudnya perasaan "kem" dan perebutan pengaruh "warlords" dikalangan pemimpin UMNO Selangor terutama kepimpinan di peringkat Bahagian. Suasana tidak harmoni ini sudah dihidu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib lantaran beliau telah melahirkan kekesalannya kita menyampaikan ucapan dalam Konvensyen UMNO yang lepas. Ini telah menjadi "peluru" bukan sahaja kepada pembangkang yang menghentam kepimpinan UMNO Selangor malah ditumpang sekaki oleh orang UMNO sendiri dan disambut dengan gegak gempita oleh cytro pro BN yang rata-rata menyalahkan Datuk Seri Noh Omar yang dipilih dan dilantik oleh Presiden UMNO sendiri.

Lantaran itu ramailah yang menyalahkan kepimpinan Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor hingga ada suara-suara sumbang yang mahukan beliau diganti dengan pemimpin lain. Soalnya siapa yang mampu mengawal "warlords" dalam Selangor agar keadaan tidak menjadi lebih parah. Melihat kepada senario ini beberapa orang UMNO dari pelbagai lapisan kepimpinan dirujuk bagi mendapatkan pendapat dan pandangan mengenai soal ini. Hasil pemerhatian didapati majoriti  mengakui bahawa kuasa "warlords" ini sukar ditumbangkan namun hanya boleh dikawal agar tidak menjadi lebih parah. Apabila ditanyakan siapa yang mampu mengawalnya, majoriti memberi jawapan adalah DATUK SERI NOH OMAR sajalah buat masa ini yang masih mampu mengawalnya. Majoriti mereka mengatakan jika selain Noh Omar yang menjadi Pengerusi UMNO Selangor pada ketika ini mungkin keadaan makin parah tambahan pula dalam suasana mahu menuju ke PRU14 yang tidak berapa lama lagi.


Artikel dari Utusan Malaysia ini boleh dijadikan sandaran kepada teori di atas.

ZULKEFLI HAMZAH  |  07 Disember 2014 / Utusan Malaysia

Selepas konvensyen pada 1 November lalu, se­ma­ngat dan daya juang UMNO Selangor sepatutnya meng­ge­le­gak semula. Sebulan berlalu dan mengikut cerita di sebalik tabir, UMNO negeri ini sebaliknya menggelegak dalam hal lain.

Mesyuarat pengurusan yang diadakan beberapa ha­ri sebelum Perhimpunan Agung UMNO dikhabarkan ber­lang­sung tegang sehingga ke tahap hilang hormat antara se­sa­ma ahli mesyuarat.

Mereka bukan sekadar berbeza pandangan tetapi secara terang memperlihatkan diri tidak lagi boleh bekerja dalam satu pasukan. Ada nada mengugut dan mengancam. Loceng amaran bahkan dianggap kematian oleh sesetengah pihak selepas kekalahan teruk dalam dua pilihan raya umum lalu seperti tidak memberi apa-apa kesan.

Sebab itu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar perlu melakukan langkah drastik. Beliau yang diberi mandat baharu dalam pertemuan dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 November lalu barangkali sudah memikirkan hal ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers