Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 15 August 2014

Lensa Niring : Umat Islam Membanjiri Dataran Merdeka #DoaUntukMalaysia





Panas!!! Selangor Bakal Dapat MB Baru Tapi Bukan Wan Azizah???? Ini Orangnya????


Maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Anwar Ibrahim akan mengumumkan PKR dan DAP telah membuat persetujuan untuk melantik ADUN Ijok sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datin Seri Wan Azizah diketepikan dari menjadi MB Selangor bagi menarik semula PAS ke dalam Pakatan Rakyat dengan perlantikan Dr Idris (ADUN Ijok). 

Anwar Ibrahim dilaporkan cukup risau apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan jentera PAS yang ramai pasti melemahkan PKR jika PAS keluar dari Pakatan. 

Dr Idris DUN Ijok sebelum ini telah menjadi pilihan PAS dan dengan berita terbaru ini Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat bakal tersingkir dalam perebutan kuasa di Selangor. Pengumuman calon MB baru ini akan dibuat dalam masa terdekat oleh Anwar Ibrahim. 

Sumber : - Sir Azri -

Tuesday, 12 August 2014

Pemimpin PR Yang Nepotisme Kronisme Tapi Pemimpin BN Yang Disalahkan???


"Depa buat boleh, kita buat tak boleh semua salah". Itulah skrip yang paling tepat ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat serta pengikut PR yang sebelum ini bukan main rancak mencanang dalam setiap ceramah PR menuduh pemimpin BN mengamalkan nepotisme dan kronisme serta menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN dan UMNO.

Tapi hari ini Allah telah menunjukkan kepada kita apa yang dituduh pemimpin PR terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan BN adalah "TIDAK BENAR" sama sekali bahkan mereka di pihak Pakatan Rakyat yang galak tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat terus mengamalkan NEPOTISME dan KRONISME. Paling teruk adalah pasangan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Tak terfikir dalam kepala hotak ni si suami sanggup memperKUDAkan si isteri demi kemaruk jawatan dan kuasa. Bermula dengan menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh membawa ke tahap menjadi Presiden parti hingga bertanding pula jawatan ADUN demi impian mahu menjadi Menteri Besar pulak.

Yang menghairankan kenapa la penyokong, pengikut dan macai Pakatan Rakyat masih boleh menerima tindakan pemimpin mereka mengamalkan nepotisme dan kronisme ni. Bukalah mata wahai penyokong dan macai PR dengan pilihan hati korang yang dok menyokong sesuatu dengan hati tertutup. Sudah-sudah la sokong benda yang tak betul tu. Berfikirlah menggunakan akal yang waras.

Agak-agak korang kalo PM kita buat macam nie kena kutuk rapat tak setiap hari setiap masa????

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, 11 August 2014

PKR Yang Bermasalah UMNO Selangor Plak Jadi Mangsa??? @NajibRazak #LangkahKajang


Hairan bin ajaib???? Yang berantakan di Selangor pasal Menteri Besar Selangor dan Pakatan Rakyat tapi tetiba keluar cerita UMNO Selangor plak. Tak ker hairan bin ajaib tu???? Yang huru-hara adalah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dengan geng PKR dan Pakatan Rakyat tapi apa kaitan plak ngan UMNO Selangor????

Oooooooooooooooooooooo ini tentu pasal kot-kot kerajaan Selangor dibubarkan bagi memberi jalan kepada Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor yang bakal diadakan jika ADUN-ADUN Pakatan Rakyat daripada PKR, DAP dan Pas mengemukakan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar Selangor sekarang yang masih disandang oleh Khalid Ibrahim setelah diperkenankan Sultan Selangor hari ini.

Tapi bukan itu isunya di sini, isunya yang cuba diketengahkan adalah adakah UMNO Selangor sudah bersedia sekiranya Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor diadakan dalam masa terdekat. Sudah ada suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan kemampuan UMNO Selangor menghadapi PRN terutama "War Room" UMNO Selangor yang dipimpin oleh Datuk Seri Noh Omar. Lain macam jer bunyinya. Belum apa-apa kredibiliti Noh Omar dipertikai plak oleh orang luar Selangor. Agak-agak kenapa ye???? Ada udang di sebalik mee kot????

Apa pun kita tunggu dah lihat la apa reaksi orang luar selangor yang melompat dulu sebelum orang Selangor ni. Orang Selangor rileks jer tapi orang luar plak yang lebih-lebih melompat macam beruk "makye".

Tuuuuuuuuuuuuuuuuungguuuuuuuu!!!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Gempar!!! Ceramah PKR Sekarang Tak Hentam BN, Najib Tapi Belasah Balun Khalid Ibrahim Plak???


Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu Menteri Besar Selangor ini dilihat seperti mahu melenyapkan terus karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim biarpun beliau sudah pun memimpin masuk penggal kedua.

Ini dilihat daripada kesungguhan para pemimpin parti itu, yang mengadakan sesi ceramah hanya beberapa jam selepas memecat Abdul Khalid dan dalam ceramah itu menghentamnya terus menerus.

Tiada satu pun unsur dalam ceramah itu yang mengkritik parti Barisan Nasional (BN) dan Umno mahu pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, mereka berceramah mengenai satu persatu kesalahan Abdul Khalid sepanjang pentadbiran Menteri Besar itu pada 2008 di hadapan kira-kira 400 orang hadirin di Seksyen 19, Shah Alam.

Para hadirin yang hadir kebanyakannya menunjukkan reaksi terkejut dengan masalah yang didedahkan dari masalah jalan berlubang dan sampah sehinggalah dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan UMNO untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

Ceramah yang dibaratkan ‘peluru’ untuk Abdul Khalid itu dihangatkan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dengan menyatakan Abdul Khalid gagal menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau.

Zuraida yang dijangka mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan parti itu yang belum pun selesai menyindir Abdul Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai jenis isu.

“Kita bukan pilih “acong” atau “ane” mana jadi presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan,” kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers