Saturday, 10 March 2012

Ya Allah!!! Malunya Rafizi, Kantoi Jadi Penipu, Pembohong Dan Pemfitnah PKR Isu Pertunangan Anak @NajibRazak


Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri,

Itulah pantun nasihat dua kerat yang pernah diulang-ulang oleh arwah opah kepada gua ketika gua kecik dahulu. Rupa-rupanya segala nasihat orang-orang tua ini memang ada kebenarannya.

Buktinya adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang melemparkan fitnah terhadap PM, Najib Razak dan keluarga PM kononnya PM telah menyalahgunakan wang pembayar cukai rakyat untuk melangsungkan majlis pertunangan anak perempuan PM pada 17 Jun tahun lalu.

17 Jun 2011!!! Dah setengah tahun benda nie dok jadi kenapa la ni baru timbul. Kenapa sekarang? Kenapa tidak ketika itu? Kalo betul la Pejabat PM yang 'sponsor' majlis pertunangan anak PM guna duit kerajaan, takkan la pembangkang nak tunggu benda dah jadi sejuk suam-suam kuku baru nak kecoh-kecoh.

Friday, 9 March 2012

KSN Yang Buat Idea Giler, PM Plak Yang Kena Kasi Settle???... @NajibRazak


Semalam kecoh satu Putrajaya cerita PM mansuhkan SPBA. Bukan setakat kakitangan awam jer, kakitangan swasta, bekerja sendiri, meniaga sendiri, yang tak bekerja, surirumah dan yang tak boleh tahan 'neng cleaner' kat ofis pun dok sembang topik hangat ni. Entah si 'neng cleaner' ni tau hujung pangkal cerita aku pun tak pasti.

Dua tiga hari lepas pun dah bertiup kencang berita dan khabar angin dikalangan kakitangan awam terutama yang tinggal di Putrajaya bahawa PM bakal mengumumkan sesuatu yang mengembirakan kakitangan awam terutama kumpulan sokongan.

Bukan kerana pelarasan gaji 13% yang dinikmati oleh kumpulan sokongan tetapi suara hati mereka didengari oleh pihak atasan terutama PM. Sistem SPBA yang sebelum ini dilihat banyak menguntungkan kumpulan atasan terutama pegawai profesional, JUSA, Turus tak terkecuali KSN sendiri yang kononnya kenaikan gaji 130%.

KSN... KSN... Berapa kali dah Kulaan bagi tau sebelum ni tindakan dan dasar KSN banyak tidak menguntungkan dan menyebelahi kerajaan sekarang terutama dalam menjaga kebajikan kakitangan awan peringkat bawahan.

Thursday, 8 March 2012

Puaka Niring : Rumah Berhantu Misteri Villa Nabila Di Johor...



Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.

Baru-baru ini Kulaan ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.

Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.

Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.

Berpagar warna biru.

Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.

Konsert Cromok Selepas 20 Tahun... Datanglah Beramai-ramai...


Kumpulan thrash metal veteran tanah air, Cromok akan mengadakan konsert terbaru mereka Reunion Thrashing Kuala Lumpur selepas 20 tahun tidak beraksi di atas pentas berskala besar pada persembahan mereka di KL Live di sini pada 8 April ini pukul 4 petang.

Menurut gitaris Cromok, Khairul Anwar Shariff atau Karl, 45, kumpulannya tidak sabar untuk beraksi pada konsert berskala besar itu selepas kali terakhir mereka mengadakan persembahan di KL Live yang ketika itu dikenali sebagai Live Centre pada tahun 1992.

“Ketika konsert pertama Cromok itu diadakan di Live Centre kami baru sahaja habis belajar di Universiti Wollongong, Sydney, Australia. Malah, masa itu Cromok pun baru sahaja ada sebuah album bertajuk Image Of Purity yang kami rakamkan di Sydney."

“Sedangkan sekarang ini kami ada lebih lima album termasuklah album-album kompilasi. Selepas 20 tahun kami rasa teruja kerana dapat beraksi lagi pada konsert seperti ini. Ini kerana, selama ini kami lebih banyak menumpukan kepada kerjaya sendiri dan bukannya sebagai pemuzik."

Wednesday, 7 March 2012

Puaka Niring : Misteri Nasi Tomato Berhantu Di Batu Lancang, Pulau Pinang???...


Baru-baru ini Kulaan sempat berkunjung ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang atau biasa orang panggil Penang la atas jemputan sahabat-sahabat di sana. Setibanya di Pulau Pinang, Kulaan diberitahu bahawa kat Penang nie ada satu cerita yang memang terkenal dengan masyarakat dan penduduk Penang. Dan peristiwa tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini.

Kisah "Nasi Tomato Berhantu Batu Lancang"... Halamak! menarik nie. Kebetulan pun Kulaan memang meminati cerita berunsur misteri dan paranormal. Menurut cerita sahabat Kulaan, peristiwa ini hanya berlaku tengah malam sahaja sekitar jam 12 tengah malam berlarutan sehingga jam 2 pagi sahaja. 

Tanpa membuang masa Kulaan di bawa ke satu lokasi yang dikenali dengan nama Batu Lancang jam 2 pagi setelah urusan di Penang selesai sekitar tengah malam.

Panas!!! : Pengakuan Ikhlas Pengurus Besar Yayasan Selangor Lemah!!!...



"inilah antara kelemahan-kelemahan tatacara di Yayasan Selangor..."

"saya mengaku dan saya bersetuju saranan YB... ini adalah satu amalan kurang sihat..."

Tuesday, 6 March 2012

Puaka Niring : Nenek Mati 6 Hari Ditemui Memasak???...

sekadar gambar hiasan
Kejadian berlaku di Beijing, China bila seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

PapaGomo vs Double Y : The End of "Clash of The Titans"


Tepat jam 2 pagi tadi dan kira-kira sudah hampir 14 jam berlalu dari tempoh masa 3 hari yang diberikan oleh Double Y mencabar agar PapaGomo menjawab segala cabaran beliau. Sehingga kini nampaknya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan apa-apa artikel atau kenyataan sama ada menyahut cabaran atau terus dengan episod cabar mencabar.

Seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Cuma penyokong kedua belah pihak saja yang cuba menyampuk seperti wakil jurucakap pulak gayanya.

Banyak persoalan timbul di kepala hotak blogger-blogger lain termasuk pembaca setia blog-blog terpinga-pinga kenapa isu besar ini yang hangat dan panas di blogosfera sejak dua menjak terus jadi sejuk macam the ais.

Sah!!! Bukti Sahih Dato Sahol, VC UiTM Tidak Bersalah??? Blogger Bertaraf SPM Kena La Belajar Tinggi Lagi... @khalednordin @datosahol



ini adalah bukti paling sah dan sahih menyangkal pertuduhan oleh blogger tersohor "numuro uno" bertaraf SPM yang mengungkit cerita BASI yang dah SEJUK dengan tujuan jahat untuk menjatuhkan martabat tenaga kerja akademik dan mahasiswa UiTM...


cerita lanjut klik sini klik sini 

Monday, 5 March 2012

Gempar!!! NZ Garden "Jem" Dengan Peminat Teh Tarik Bersama Kelab Veteran MAYC Malaysia???... #ttyb @NajibRazak @uzaidi @zamielzukie





Biar betul citer nie???... Takkan Restoran NZ Garden yang besar dan luas tuh boleh "Jem" dengan manusia yang datang menyaksikan program "Teh Tarik Bersama Kelab Veteran MAYC Malaysia".

Puaka Niring : Mayat Wanita Dan Bayinya Minta Tolong....


Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak betah berlama-lama dalam  biliknya .

Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa, matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu. Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir.

Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya jugak berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap . Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran.

Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung menyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut dihati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Mazni masih berteleku di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi.

Dokumentari Scorpene Majalah 3 Ketika Pertembungan Blogger Isu Kapal Selam... Kebetulan Atau Dirancang???...


Malam minggu lalu Kulaan sempat menonton dokumentari Majalah 3 yang jarang-jarang diikuti rancangannya dek kerana kekangan masa di sebuah kedai makan berdekatan bandar Teluk Intan.

Seperti biasa rancangan terbitan TV3 ini memaparkan dokumentari yang amat menarik. Cuma kali ini yang menariknya Majalah 3 memaparkan dokumentari mengenai kapal selam angkatan laut negara yang menjadi isu hangat oleh pembangkang kononnya tidak boleh menyelam.

Bukan soal isu boleh menyelam atau tidak yang menarik di sini tetapi kemunculan dokumentari ini disaat dunia blogosfera bergegar dengan isu cabar-mencabar seorang "blogger meningkat naik" dengan seorang "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM".

Sunday, 4 March 2012

Lensa Niring 2 : @BNYouthMusic The Curve Damansara... @NajibRazak @HishammuddinH2O @Khairykj @razaliibrahim @tunfaisal


bukan main posing cik kak nie... 
pantang nampak kamera...





bukan main adik-adik nie beria nak 
bergambar dengan DS Hishammuddin

 

tertarik dengan tshirt brader nie... 
"T-shirt nie bapak aku punya"


barisan panel pengadil terdiri daripada 
Ning Baizura, Jihan Miskin, Zed Zaidi 
dan sapa entah sorang lagi tuh... 
tak kenal plak



manis sungguh anak gadis nie
 berbaju kebaya


yang nie aku tak faham pasai apa 
depa dok berbaris panjang




Lensa Niring 1 : @BNYouthMusic The Curve Damansara... @NajibRazak @HishammuddinH2O @Khairykj @razaliibrahim @tunfaisal


ketibaan DS Hishammuddin diiring 
Datuk Razali


DS Hishammuddin bersalaman dengan 
ramai dan pengunjung BNYouthMusic

Gempar!!! Anak Muda Mengamuk Kat BNYouthMusic???... @NajibRazak @Khairykj @razaliibrahim @jamawijaafar @tunfaisal


Gempar satu The Curve bila anak muda berkumpul beramai-ramai buka setakat 10 20 orang, bukan takat 100 200 orang, tapi beribu anak muda berkumpul dan berhimpun di The Curve, Mutiara Damansara hari ini.

Tanpa membuang masa Kulaan pun bergegas ke sana untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku bila Kulaan dimaklumkan anak-anak muda sekitar KL dan Lembah Kelang berkumpul di sana.

Setibanya di sana, Kulaan dapati beribu manusia katogeri muda belia berkumpul di depan McDonald. Mereka menjerit, berteriak dan menyanyi. Apa ke jadahnya budak-budak nie.

Lensa Niring 3 : Clock Tower Street Fiesta Teluk Intan, Perak... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal


awek urusetia yang cun melecun... 
Ipoh mali talak sombong


tarian singa dipersembangkan oleh 
komuniti cina Teluk Intan


barisan panel "Town Hall Meeting" 
anjuran Pemuda BN Perak


KP Perak, Khairul Azwan sedang 
mempengerusikan "Town Hall Meeting"