Malam minggu lalu Kulaan sempat menonton dokumentari Majalah 3 yang jarang-jarang diikuti rancangannya dek kerana kekangan masa di sebuah kedai makan berdekatan bandar Teluk Intan.
Seperti biasa rancangan terbitan TV3 ini memaparkan dokumentari yang amat menarik. Cuma kali ini yang menariknya Majalah 3 memaparkan dokumentari mengenai kapal selam angkatan laut negara yang menjadi isu hangat oleh pembangkang kononnya tidak boleh menyelam.
Bukan soal isu boleh menyelam atau tidak yang menarik di sini tetapi kemunculan dokumentari ini disaat dunia blogosfera bergegar dengan isu cabar-mencabar seorang "blogger meningkat naik" dengan seorang "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM".
"Blogger meningkat naik" mengeluarkan artikel Panglima Armada Laut tidak lagi berminat menyambung perkhidmatan kerana kesan daripada 'tekanan' dan menjadi 'kambing hitam' dan dikaitkan kepada isu seorang "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM" yang menaiki kapal selam tanpa kebenaran Menteri Pertahanan.
Dalam kenyataan "blogger meningkat naik", gambar dan video yang dikeluarkan dalam blog oleh "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM" secara terang-terangan memaparkan wajah krew kapal selam tanpa dikaburkan wajahnya dan alasan keselamatan negara tidak dijaga.
"Blogger meningkat naik" juga memberi cabaran kepada "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM" supaya mendedahkan siapakah yang memberi beliau kebenaran menaiki kapal selam jika Menteri Pertahanan sendiri menafikannya.
Persoalannya, adakah "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM" akan menyahut cabaran yang dilontarkan "blogger baru naik" yang dipanggil "BUDAK" oleh "blogger 'numuro uno' bertaraf SPM" sedangkan mereka berdua seumur dan sebaya jer.
Dan persolan kedua, adakah siaran dokumentari mengenai kapal selam dalam Majalah 3 tersiar secara kebetulan atau ada kena mengena dan kait mengait dengan "Battle Clash of The Titans" antara dua blogger nie.
Hanya masa dan waktu saja akan menentukan.... to be continue...
Blogger meningkat naik tu bertaraf apa pulak? Dari upsr nak ke PMR ke pulak?
ReplyDeletekempen pilihanraya daa,, orang bijak menyusun.. bukan hentam keromo
ReplyDeleteTahukah anda berapa ramai bloggers yang bertaraf SPM tapi dapat menghasilkan artikel yang baik dan mempunyai taktik yang jauh lebih berkesan dalam menghentam pembangkang. Tak payahlah diungkit-ungkit taraf pendidikan seseorang. Disebabkan nak menghentam seseorang, yang lain yang mempunyai taraf SPM juga akan terasa.
ReplyDeleteYang meningkat naik tu bertaraf apa? UPSR ke PMR?
ReplyDelete