Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 4 February 2012

Ceramah Nik Aziz Esok Malam Di Langkawi, Hari Ni Kerajaan Negeri Kedah Hantar "Pendengar Ceramah Hantu"... #savekedah @MukhrizMahathir




gambar ini tiada kaitan dengan artikel...
Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.

Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.

Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".

"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.


Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.

Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.

Nantikan laporan Kulaan mengenai ceramah Nik Aziz di Langkawi esok...

3 comments:

  1. Petang ni dah ramai mula ke Langkawi dari KLIA. Ramai yg datang dari Kelantan pun. Sepatutnya, Hassan Ali bagi ceramah bertentangan jalan tgk siapa yg sokong siapa...

    ReplyDelete
  2. patut pun... pendengar ceramah hantu kot... macam pengundi hantu ler...

    ReplyDelete
  3. Tu belum lagi hantu dan jin yang betul punya tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers