CHINA – Pakar sejarah di China terkejut selepas mendapati mumia berusia 300 tahun, telah bertukar menjadi hitam dan mengeluarkan bau busuk selepas hanya beberapa jam kerandanya dibuka.
Mumia berkenaan dipercayai seorang pegawai kanan era dinasti Qing.
Susulan itu, mumia tersebut telah dibawa ke universiti tempatan bagi kajian untuk mengenalpasti punca ia bertukar menjadi hitam.
Ia ditemui pada 10 Oktober lalu di sebuah tapak pembinaan dan tertanam kira-kira dua meter dalam tanah di wilayah Henan.
Menurut pakar sejarah, Prof. Dong Hsiung, apa yang menakjubkan ialah bagaimana mumia itu terpelihara selama beratus tahun, namun berubah keadaan selepas kerandanya dibuka.
Beliau bagaimanapun percaya kemungkinan keluarga mumia itu menggunakan bahan khas untuk memelihara mayat berkenaan dan apabila keranda dibuka, maka proses detoks pun bermula.
"Kita kini berusaha keras untuk menyelamatkan mumia itu,'' katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment