Saturday, 16 November 2013

Wanita Minta Maaf Sebar Fitnah Kat Nasi Ganja Vanggey!!!


Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, setelah didakwa menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown.

Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut.

Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

"Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu.

"Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah 'print screen' status saya itu lalu menyebar luaskan," katanya.

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam.

Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka.

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Joemar Rakan Pembunuh Ambank Selamba ‘Update’ Status Facebook??? @PDRMsia




Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis.

Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar.

Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini.

Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar.

Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.

Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba memuatnaik satu status pagi semalam!

Apakah ini ada kena mengena dengan tindakannya menghentikan akaun lagi satu? Maklumlah orang kalau dah biasa ber-Facebook memang susah untuk meninggalkannya.

Sama ada Joemar atau siapa pun namanya, diharapkan dia akan segera diberkas bagi mendapatkan keadilan atas jenayah yang telah dilakukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biar Betul!!! Penduduk PPR Di Kencing Kerajaan Negeri Selangor???


Biar betul cerita ni pasal harga sewa rumah PPR yang dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apa yang selama ini umum sudah mengetahui tujuan pembinaannya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah mampu untuk menyewa tempat kediaman dengar kadar mampu bayar terutama bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang dan Selangor. 

Bila jer Pakatan dapat terus memerintah Selangor buat penggal yang kedua selepas PRU13, kerajaan negeri Selangor diketuai oleh PKR terus menekan golongan rendah dan bawahan dengan menaikkan sewa dari hanya RM124 sebulan kepada RM250 sebulan kepada pemohon baru yang berpendapatan rendah. Sewa RM124 hanya diberikan keistimewaan kepada penghuni yang terlibat dengan proses perpindahan dari kawasan setinggan.

Jika penyewa enggan membayar dengan kadar RM250 sebulan, pihak anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang diberi amanah menguruskan perumahan PRR seluruh Selangor ini akan menampalkan nama-nama mereka ini di papan noris untuk ditunjukkan kepada penghuni lain. Apa tujuan sebenarnya tindakan ini dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Asal pembinaan rumah PPR adalah untuk membantu golongan rendah dan miskin terutama kepada orang-orang melayu. Tetapi kerajaan Selangor cuba menekan orang-orang melayu yang susah dengan cara halus supaya mereka ini tidak mampu membayar lantas keluar dari PPR. Inikah balasan kepada pengundi Selangor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Selangor.

Inilah watak sebenar Pakatan Rakyat yang menaburkan pelbagai janji-janji manis kepada pengundi Selangor sebelum PRU13 tetapi berbeza dengan segala bentuk tindakan yang dibuat selepas kembali memerintah Selangor. Adalah diharapkan agar rakyat Selangor kembali sedar dengan perangai buruk pemimpin PR yang hanya gilakan kuasa pemerintahan.

Friday, 15 November 2013

Puaka Niring : Benda-Benda Aneh Ditemui Dalam Bra Wanita???









Hampir setiap wanita memaki coli atau bra untuk menjaga bentuk buah dada masing-masing.

Bahagian itu adalah sensitif dengan maruah dan harga diri wanita menyebabkan bukan sebarang orang atau pihak boleh menyentuhnya.

Disebabkan itu, sebahagian wanita terutama yang menceburkan diri dalam dunia penyeludupan mengambil kesempatan menggunakan bra mereka sebagai tempat untuk menyembunyikan pelbagai macam benda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taukeh Nasi Ganja Vanggey Ipoh Berang Isu Najis Dalam Peti Sejuk Dijadikan Pelaris!!!


Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak dua hari lepas sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.

Thursday, 14 November 2013

Puaka Niring : "Daging Orang Utan Lebih Sedap Dari Daging Lembu Dan Babi"


PENDUDUK di sebuah  perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.

Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

"Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi," ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

NKPUM @AzwanBro Bakal Jadi Kambing Hitam Pemuda UMNO??? @NajibRazak @KhairyKJ


Sejak Khairul Azwan a.k.a WanBro menang tipis jawatan NKPUM dengan Jamawi Jaafar setelah undian dari 3 Bahagian di buat dan selepas PRK Sg. Limau tamat, gua tengok sudah banyak blog-blog Pro BN mula menyalahkan WanBro atas kelemahan beliau menjadi Ketua Jentera Pemuda pada PRK Sg. Limau lalu.

Blog-blog ini mula menyenaraikan kelemahan-kelemahan beliau menjadi Ketua Jentera Pemuda terutama janji membawa dua ribu petugas luar Pemuda yang akhirnya habuk pun tarak. Itu belum lagi cerita bagaimana lemahnya peranan exco pemuda angkat di beberapa PDM. Semua datangnya dari arahan dan pimpinan ketua. Jikalau kuat dan bagusnya arahan serta perlaksanaan maka hasilnya pasti "A".

Adakah ini permulaan kepada mimpi hitam WanBro yang bakal menjadi "Kambing Hitam" yang akan menjadi bahan jika ada kelemahan Pemuda UMNO di masa akan datang. Secara tidak langsung akan menenggelami kelemahan Ketua Pemuda, KJ yang akhirnya kelihatan seperti hampir sempurna dan tiada kelemahan.

Itu belum lagi citer pasal gambar kiri kanan WanBro yang sudah pasti akan tenggelam timbul di alam maya ni untuk tempoh beberapa lama sama ada akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai modal bahkan juga dari kalangan pro kerajaan juga.

Nasib baik la menang jawatan NKPUM, kalo tak tak tau nak ke mana hala. Dah jawatan di Bahagian takda takat jadi Ketua Cawangan jer la. Bak kata Ketua Bahagian P**** ****k macam mana takat terkenal kat dalam negeri jer boleh menang jawatan besar kalo tak kerana d**t.

Apa la malangnya WanBro selama 3 tahun akan datang ni. Kah kah kah kah kah kah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@RazlanRafii Templak Pemilihan Ketua Dewan Pemuda Pas Amat Jijik??? @NajibRazak @KhairyKJ


Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Wednesday, 13 November 2013

Puaka Niring : Filem Seram "Highland Tower" Timbulkan Masalah Pada Penduduk Setempat...


Filem Melayu berunsur seram Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.

Penduduk berdekatan pangsapuri itu, Datuk Siti Hendon Chik, berkata filem berkenaan yang menggunakan pangsapuri yang ditinggalkan itu sebagai lokasi penggambaran memberi kesan negatif kepada mereka.

Katanya, filem itu menggambarkan seolah-olah kawasan berkenaan benar-benar berhantu.

Gambaran karut.

"Itu semua karut, kami yang tinggal di sini sejak 1982 hingga sekarang masih belum mengalami kejadian aneh seperti digambarkan dalam filem itu.

Jangan Baca!!! Gadis Hilang Dara Di Hotel Bajet!!!


Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Panas!!! "Rahsia" Mengapa "Anu" Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar…


Heboh satu Malaya mengenai majlis berkhatan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berlangsung di Rumah Bakti Ulu Klang.

Izzue Islam baru nak berkhatan? Biar betul?! Tapi memang itulah yang berlaku. Majlis berkhatan tersebut dijalankan secara tradisional bersama anak-anak yatim Rumah Bakti.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi merestui bakal-bakal 'pemuda'  dan lebih menarik lagi mereka turut diarak seperti pengantin sebelum dimandikan secara beramai-ramai.

Seterusnya Izzue dan 'rakan-rakannya' dipersiapkan dengan baju melayu segak sebelum bertemu Tok Mudim.

Haaa… percaya atau tidak? Majlis berkhatan Izzue Islam memang betul-betul berlaku!

Tuesday, 12 November 2013

PANAS!!! Siti Nurhaliza Nasihat KJ ‘Jangan Biadap’??? @CTNurhaliza11 @KhairyKJ


Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.


Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.

Apa itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN???


Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.

Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.

Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD.

Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.

Monday, 11 November 2013

Nama Sebenar Suspek Rompak AmBank Bukan Ardi… Tapi…


Nama sebenar suspek tembak pegawai Ambank bukanlah seperti yang tertera di Facebooknya iaitu Ardi Ode Putra Katela tetapi nama sebenarnya ialah Laode Ardina Laode Rasila.

Bermakna di laman sosial Facebook lagi suspek utama ini sudah mahu menyembunyikan identiti sebenarnya.

Nama sebenar suspek utama itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Khalid, kini polis sedang memburu rakan suspek utama kes itu yang dikenali sebagai Joemar disyaki turut bersubahat merancang kejadian rompak berkenaan.

Sementara itu, suspek turut menjadikan bangunan dan rumah kosong sebagai tempat dia bersembunyi selama kira-kira 19 hari ketika dalam buruan polis.

DAP Kata Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah??? @NajibRazak



Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.

“Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.

“Persoalan sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu. Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas kerana mengamalkan `double standard’,” dakwanya.

Wajah 5 Penggodam "Hackers" Paling Dikehendaki FBI!!!


Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) telah menawarkan sebanyak USD100,000 (RM317,750) kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan maklumat mengenai lima penggodam yang paling dikehendaki oleh lembaga penyiasatan tersebut.

Senarai nama lima penggodam tersebut juga telah diedarkan oleh FBI dalam usaha mereka untuk menjejaki penjenayah siber  berkenaan.

Dua daripada mereka yang paling dikehendaki itu berasal dari Pakistan, dikenali sebagai Farhan Arshad dan Noor Aziz Uddin.

Mereka dipercayai terlibat dalam sistem penggodaman telekomunikasi antarabangsa di antara tahun 2008 sehingga 2012.

Farhan dan Noor Aziz dikatakan mendapat capaian ke dalam sistem komunikasi perniagaan, sekali gus berjaya memperoleh USD50 juta hasil aktiviti haram itu.

Sunday, 10 November 2013

Sejauh Mana Pemuda Putrajaya Mampu Bertahan???


Bulan ni gua ingat bulan Pemuda kot sebab banyak sangat cerita Pemuda dari Wanita atau Puteri. Kalo cerita yang positif takpa la jugak. Ini banyak yang negatif dari yang baik-baik dari Pemuda. Aku rasa Pemuda Putrajaya pun tak terlepas sangat kot.

Bahang pemilihan sudah berlalu. Jawatan KP Bahagian akhirnya tiada pertandingan namun jawatan NKP Bahagian yang diharapkan tidak bertanding akhirnya ada pertandingan. Tapi takdir masih menyebelahi kem KP tapi adakah ia benar-benar takdir atau.....

Kini barisan kepimpinan Pemuda Bahagian Putrajaya sudah diketahui. Mereka-mereka inilah yang bakal menggalas halatuju dan bentuk kepimpinan dalam masa sepenggal ini yang dijangkakan hayatnya sekitar 3 tahun sahaja.

Malam ini dengarnya KP dan barisan AJK Pemuda Bahagian akan bermesyuarat bagi membincangkan apakah plan atau perancangan untuk masa depan. Mungkin juga akan dibentuk biro-biro dengan ketuanya yang baru. Adakah biro ini bakal berfungsi atau sekadar di atas kertas sahaja, hanya masa mampu menentukannya.

Nik Amar Cabar Mat Sabu Dalam Pemilihan Pas???

Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.

Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pak Guard Bunuh Pegawai Ambank Confirm Dah Kena Tahan!!! @PDRMsia


KENYATAAN MEDIA
PENGARAH JSJ

Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai saspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Okt 2023 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Pihak Polis percaya dengan penangkapan saspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini.

PENGARAH
JABATAN SIASATAN JENAYAH
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.