Sehari dua ni negara panas dengan isu perletakan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan perlantikan MB baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang bikin dunia politik negara terkejut dengan huru-hara yang berlaku di Terengganu.
Dikhabarkan UMNO menghantar so-called "tok ketua kampung" Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agong UMNO bersama SUK UMNO Datuk Raof untuk turun ke Terengganu bagi membuat rundingan dengan semua ADUN Kerajaan Terengganu bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.
Tapi entah apa silapnya dua ekor utusan ni turun ke Terengganu menambahkan huru-hara kat sana. Mungkin kerana kelemahan "tok ketua kampung" hingga makin parah politik UMNO Terengganu. Pendapat ini juga disuarakan oleh pemimpin bahagian lain juga melihat akan kelemahan Ku Nan sebagai "tok ketua kampung Putrajaya" dan diminta memikul tanggungjawab atas perkara yang berlaku di Terengganu sehingga ada desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong UMNO.
Ini antara kenyataan berkaitan desakan perletakan jawatan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara terhadap "tok ketua kampung" Ku Nan :
"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.
Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?"
Persoalannya adakah "tok ketua kampung" Ku Nan sanggup melepaskan jawatannya dan memikul tanggungjawab atas kegagalan beliau sebagai delegasi kepada PM. Tak pasal-pasal rakyat marah kat PM atas kelemahan Ku Nan ni.
Sanggupkah Ku Nan melepaskan jawatan? Atau Ku Nan pun sama seperti politikus lain yang cintakan jawatan mengatasi kepentingan parti.
p/s : melompat la pulak orang kampung bila tok ketua depa kena tegur... dah tahap maksum kot tak boleh kena tegur... blogger tok ketua kampung sila jawab ye....
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
dua-dua nie tengok macam nak besarkan perut masing-masing aje
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt..
ReplyDeleteKalau jiwanya besar, dia bertanggung jawab,
aku percaya perut dia je yang besar, konek kecik..
Orang besar selalunya konek kecik..hahahaha
tersengih2 dua2 ekor kat TV...KPI tercapai lar katakan..
ReplyDeleteIni semua gara2 malaon2 dari UMNO yg nak gasak duit royalti yg akan turun ke T'ganu tak lama lagi. Sebelum Ahmad Said balas melalui kroni2nya, lanun2 UMNO telah mencantas utk mereka berleluasa menyapu bersih fulus.
ReplyDeleteTetapi Ahmad Said pun boleh tahan juga strategi dia. Dgn berapa juta agaknya dia dipujuk utk menyertai UMNO kembali?
Rakyat marhaen taklah bodoh sangat utk tidak dapat melihat mainan politik lanun2 UMNO ini.
Kan Melayu mudah lupa?
Di PRU14 nanti, kita lihatlah bagaimana nasib BN.
Tunggu dan lihat .........
ni baru la betul badut umno....
ReplyDeleteSi raof ni...pantang nampak kamera media sikit2 nak menyelit.. sikit2 nak menyelit. Bagi pelempang nak? Kau tu dah lah buruk perangai, makin bertambah buruklah imej umno di kaca tv. Buat malu imej orang melaka aje.
ReplyDelete