Monday, 16 June 2014

Antara Soalan Hudud Atau Usul Hudud, Kerajaan Selangor Keliru Atau Buat-buat Keliru??? #dunselangor


Satu persoalan yang menarik jika kita mahu kupas dan tanyakan kepada kerajaan negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri Selangor yang diwakili ADUN dari Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas faham perbezaan antara keduanya. Kekeliruan ini timbul apabila yang dikatakan sebagai "SOALAN" atau "PERTANYAAN" kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dianggap "USUL" yang cuba di bawa oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mewakili ADUN BN "menarik balik" "SOALAN" atau "PERTANYAAN" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD di Selangor. 

Maka bergempak-gempitalah pencacai dan penyokong PR terutama melalui blog dan portal milik Pakatan Rakyat seperti Harakahdaily dan Malaysiakini menuduh wakil pembangkang dari BN terpaksa menarik balik "USUL" berkaitan perlaksanaan hukum HUDUD kerana kononnya menerima desakan dan tekanan dari parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam. Nampaknya mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham tentang perkara yang berlaku sebenarnya beza antara membawa "SOALAN' atau "PERTANYAAN" dengan istilah membawa "USUL". Penjelasan yang boleh dikatakan agak jelas dan "clear" mengenai hal ini telah dikupas oleh Sangkakalajari9 dalam tulisannya seperti kenyataan di bawah :

Sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mengatakan bahawa ianya boleh dibuat dalam soalan atau dalam sesi perbahasan dewan dan dengan itu ternyata bahawa apa yang disebut sebagai USUL itu sebenarnya lebih kepada soalan.
"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Itu namanya persoalan bukannya USUL dan kalau usul ianya akan berbunyi begini,

"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kajian tentang hukum hudud seperti mana yang akan dibawa oleh kerajaan Kelantan ke Dewan Parlimen selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu islam sebagai agama Persekutuan".
Dan jika seperti itu barulah boleh dikatakan usul, takkan itu pun tak boleh faham, maksud perkataan dan ayat yang dikeluarkan dan jelas dalam apa yang dikatakan USUL oleh macai PR termasuklah Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ada menyebut 'mengkaji KEBARANGKALIAN diulangi KEBARANGKALIAN atau dalam maksud lainnya KEMUNGKINAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor.

Dan Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ni pulak mengatakan UMNO jangan kelirukan rakyat, apa yang kelirunya? Yang menjadi kekeliruan apabila kerajaan PR seolah olah menunjukkan bahawa mereka telus dalam apa yang dibincangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Sepertimana yang kita ketahui, usul hanya dapat diluluskan sekiranya majoriti ADUN memberikan undi menyatakan sokongan terhadap satu satu usul yang dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara.
Tapi jika tiada yang menyokong maka usul tersebut tidak ada nilai untuk dibawa dan dalam kes yang berlaku di Selangor ini, adakah semua ADUN Melayu dan beragama Islam akan menyokong usul tersebut? Jika digabungkan PAS dengan UMNO/BN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor cuma ada 28 orang ADUN dan untuk mendapatkan undi bagi meluluskan usul tersebut Dewan memerlukan undi sebanyak 29 orang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Persoalannya di sini, berapa orang ADUN dari PAS yang berani untuk tampil memberikan sokongan kepada USUL ini?
Apa yang Sangkakala nampak, takkan ada yang berani untuk menyatakan sokongan malah dalam usul menyokong penolakan COMANGO dalam sidang lepas sahaja jelas menunjukkan bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri tidak berani untuk menyanggah malah mereka (PAS) mengatakan bahawa usul tersebut tidak perlu dibawa kerana undang undang syariah dinegara ini kuat dan tidak perlu risau dengan kehadiran COMANGO yang cuba membawa budaya songsang ke Malaysia.
Jadi disini, jika UMNO Selangor membawa usul hudud bagi kajian atau pelaksaan, adakah ianya akan dipersetujui dan diberi sokongan?
Sumber : Sangkakalajari9



ADA PEPATAH BELANDA YANG MENYATAKAN :-
"KESOMBUNGAN ITU BERERTI KEJATUHAN SUDAH SEMAKIN DEKAT."

JIKA KITA MENDENGAR DAN MENONTON CERAMAH PEMIMPIN PEMIMPIN PAS, KITA AKAN DAPATI BETAPA SOMBONG, BONGKAK DAN RIAKNYA MEREKA MENGHENTAM PIMPINAN UMNO KHASNYA DAN BN AMNYA.

MEREKA LUPA, YANG DIMAKI HAMUN DAN DIHENTAM ITU IALAH INSAN INSAN YANG SEDARAH, SEDAGING DAN SEAGAMA DENGAN MEREKA.


PAS JUGA ALPA BAHAWA PIMPINAN DAP, RAKAN PERKONGSIAN POLITIK MEREKA,YANG BERSIFAT CAUVANIS HANYA BERTUJUAN MEMPERKUDAKAN PAS DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN KEMAJUAN KAUM MEREKA SAHAJA.

WASPADALAH KITA !!!!!

AGAR JANGAN TERJEBAK SAMA DENGAN KESOMBONGAN, KECELUPARAN DAN KEBODOHAN PIMPINAN PAS YANG KONONNYA DINAMIK TETAPI SEBENARNYA LANGSUNG TIDAK ISLAMIK.

No comments:

Post a Comment