Sunday, 15 June 2014

Gempar!!! Juruterbang Dakwa Insiden #MH370 Dirancang???


Teori berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu kini semakin bertambah dengan pelbagai versi dan cerita apabila hari ini sudah genap 100 hari kehilangannya.

Terbaru, seorang juruterbang telah menulis secara bersama menulis sebuah buku mendakwa kehilangan pesawat itu telah disengajakan dan dirancang dengan teliti, menurut laporan The Independent.

Buku itu bertajuk “Good Night Malaysia 370 : The Truth Behing The Loss of Flight 370” ditulis oleh juruterbang Ewan Wilson dan wartawan dari New Zealand Geoff Taylor.

Menurut laporan itu, pasangan itu juga menulis bahawa pesawat MH370 secara faktanya memang berakhir di Lautan Hindi dan ia adalah untuk menghapuskan sebarang bukti salah laku dan penyelewengan.

Menurut Wilson, ia adalah kali pertama satu analisis lengkap berkaitan kehilangan pesawat itu dihasilkan termasuk laluannya juga siapa yang dipercayai mereka bertanggungjawab apabila peswat itu memasuki Lautan Hindi.

“Kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian dunia dan juga telah mengejutkan semua orang termasuk jalan ceritanya,” katanya.

Bagi Taylor, kehilangan pesawat MH370 bukanlah suatu nahas kerana ia telah benar-benar dirancang secara teliti dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Pada 15 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman bahawa sistem mengesan pesawat berkenaan iaitu transponder telah secara sengaja dimatikan. – MYNEWSHUB.MY

2 comments:

  1. Bodoh! Ni apa punya laporan Dah.... Buang masa Aku je!!

    ReplyDelete
  2. Haram tak gempar pun. Tak yah buat posting lah kalau takat cerita cenggini....mmg betul buang masa membaca ja...

    ReplyDelete