Saturday, 8 March 2014

Gempar!!! Berita Terkini Pasal Flight Mas Yang Hilang Di Vietnam???


Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilang

The Malaysian Insider – 1 hour 27 minutes ago

Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini.

Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini.
Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.

"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya.

Sementara itu, Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika ia di ruang udara dikawal Vietnam awal pagi hari ini.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

MAS berkata pihaknya akan memberitahu perkembangan terkini tentang situasi tersebut. Orang awam boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.

Dalam kenyataannya, MAS berkata ahli keluarga penumpang boleh hadir ke Bangunan Sokongan Fasiliti di Zon Selatan Sokongan KLIA.

Untuk petunjuk jalan sila hubungi 03 8787 1269. – 8 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI
RELATED CONTENT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 7 March 2014

PM Lebih Sayangkan Ekonomi Negara Daripada Populariti Macam Pemimpin Pakatan!!! @NajibRazak


"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," itu penjelasan berterus-terang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah yang sedang PM lakukan ibarat "menjadi lilin membakar diri agar terang sekeliling". Melakukan keputusan yang paling pedih dan tidak popular tapi tetap beliau lakukan demi sayang beliau kepada ekonomi negara. Sekalipun tindakan Najib bukanlah berbentuk tindakan yang popular seperti perlaksaan menghapuskan subsidi beberapa barangan, memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Apa yang dilakukan oleh PM adalah semata-mata menjaga kepentingan negara dan bukannya semata-mata melakukan sesuatu keputusan sekadar untuk meraih populariti sahaja seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang dan bukan populariti jangka pendek sahaja.
"kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia." 
"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya,"

Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing. 
"Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan." 
"GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan,"
Sumber : SILA KLIK SINI

Najib bagaimanapun berkata kemajuan perlu dibayar pada harga yang tinggi iaitu dalam bentuk perbelanjaan subsidi kerajaan yang meningkat, dengan kerajaan membelanjakan kira-kira 15 peratus bajet 2010 ke atas subsidi dan insentif, meningkat kepada 21.4 peratus atau RM44 bilion pada 2012.
Pada 2009, defisit bajet negara - jurang antara jumlah yang diperoleh dan jumlah yang dibelanjakan - sebanyak enam peratus, dengan kos subsidi antara faktor yang meningkatkan defisit, kata Najib.Untuk terus membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup, Najib berkata RM40 bilion akan dibelanjakan tahun ini untuk subsidi makanan, bahan api dan pendidikan, untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.
Beliau juga berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,200 bagi membantu menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Kerajaan pula mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak lima peratus, menurunkan kos pengangkutan, selain mengurangkan bajet keraian untuk menteri.
Najib juga berkata kerajaan juga mempergiat usaha memerangi rasuah dengan berkata memerangi punca merupakan antara keutamaannya.
"Namun kita mesti jujur. Kita tidak boleh petik jari dan rasuah akan terhapus dalam masa sehari. Dan oleh itu kita mesti tangani rasuah, menyusun semula subsidi dan memperkenal GST untuk menjadikan bajet seimbang," katanya.
GST ialah cukai enam peratus ke atas barang dan perkhidmatan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada sebanyak 16 peratus.
Sumber : SILA KLIK SINI

Tapi apa yang dilakukan oleh PM mesti akan dipandang negatif dan buruk di mata pemimpin pembangkang dan macai-macainya walaupun hakikat sebenar perkara tersebut merupakan benda yang betul dan baik. Pasti tindakan PM yang lebih mengambil berat soal ekonomi berbanding membuat keputusan yang boleh memberi populariti lebih seperti apa yang suka dilakukan oleh pemimpin pembangkang. Buat betul pun salah, bulat salah lagi la puak-puak takda otak ni balun.

Jom layan jawapan PM pasal GST seperti yang difitnah pembangkang :


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, bukanlah cukai tambahan baru, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang bakal dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang.

Gempar!!! Video Siti Zabedah Yang Boleh Bikin Umat Islam Panas Hati???


Ini ada sorang pompuan melayu yang mengaku dia beragama Islam bernama Siti Zabedah tapi kata-kata beliau langsung tidak melambangkan macam orang yang beragama Islam sambil menggelarkan orang 'Melayu bodoh' dan mendakwa tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka. 


Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia....... "Lihat kepada baju-T saya hari ini, menunjukkan Allah adalah Tuhan sekalian alam dan bukan eksklusif kepada umat Islam sahaja," katanya.

Siti Zabedah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menghadiahkan kuntuman bunga kepada penganut Kristian di sebuah gereja di Klang awal tahun ini. Aktivis itu juga berkata bangga mengaku beliau adalah seorang muslim.


"Masyarakat Melayu kena berani untuk berdepan dan bercakap. Saya tahu mereka takut digelar murtad atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau dituduh bukan-bukan. Seperti saya katakan, jika mereka berani bercakap, ini negara kita. Tidak ada sesiapa patut takut, terutamanya orang Melayu. Jika kita bersuara kerana benar, jadi jangan takut. Dan jangan fikir Islam yang mereka pamerkan adalah Islam yang sebenarnya. Kalau nak tahu apa itu Islam, kita baca Al-Quran dan cari apa yang kita tak puas hati. Jangan dengar apa yang mereka cakap. Jangan seperti lembu dicucuk hidung, mana ditarik kita ikut. Ini masalah orang Melayu. Siapa yang nak hakimi kita sudah terkeluar Islam atau akidah? Itu terpulang kepada Tuhan. Tuhan sahaja yang boleh menghakimi," katanya lagi.

Astagfirullahalazim... mengucap kak bedah ooooiiii... cakap tu dah macam orang tak beriman jer...

Thursday, 6 March 2014

Puaka Niring : Misteri Pokok Tercabut Akar, Tegak Semula


Kent – Misteri menyelubunyi penduduk di Chiddingstone selepas sebatang pokok yang telah tumbang dan tercabut dari tanah akibat ribut, kembali berdiri tegak.

Namun dengan kuasa Allah, pokok setinggi 40 kaki dan seberat 10 tan itu kini hidup subur.

Ia tumbang pada 23 Disember lalu dan banjir yang melanda menyebabkan bahagian akarnya juga tercabut dari tanah

Keadaan itu disedari oleh pemilik ladang, Donna Bruxner-Randall, yang menyedari pokok itu hidup semula selepas dia melakukan beberapa pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Seluruh bahagian akarnya telah tercabut namun selepas bulan Februari lalu, saya lihat ia kembali tegak. Keadaan ini adalah pelik namun ia adalah benar,’’ katanya.

Pada mulanya Donna dan keluarganya mahu memotong pokok berkenaan kerana ia terletak berhampiran dengan pintu ladangnya.

“Selepas ribut melanda, pokok itu tumbang.

“Ribut kali kedua pula menyaksikan pokok itu berdiri tegak semula.

Tiada tanda menunjukkan ia ditanam semula,” katanya.

Wednesday, 5 March 2014

Tun Faisal Ker Yang Kena Saman Fitnah Atau Blogger GreenBoc Yang Bakal Kena Saman Fitnah??? @tunfaisal @tun_faisal @greenboc


kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! 
kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! kantoooooiiiii!!!!! 

Mana nak letak muka beb bila blogger kesayangan penyokong pembangkang Grenboc KLIK SINI kantoi memfitnah individu yang kebetulan mempunyai nama yang hampir sama dan keduanya blogger. Seorang bernama Tun Faisal dengan blog beliau tunfaisal.blogspot.com KLIK SINI dan seorang lagi pengendali blog Ruang Bicafa Faisal atau RBF dengan blognya rbfonlin.net KLIK SINI. Kedua-dua individu ini memang berbeza dari segi fizikal tetapi memakai nama yang sama iaitu "FAISAL". Mungkin disebabkan nama yang sama dan memang perangai blogger pembangkang yang dah terbiasa dengan fitnah dulu bila dah sedar "terkantoi" cepat-cepat cover walaupun dah tak "tercover". 


Entri pertama (SEBELUM): "Tun Faisal Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000" 
Entri kedua (SELEPAS): "Faisal Rohban Ahmad Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000"
Entri pertama secara 'direct' menfitnah Tun Faisal Ismail Aziz dengan menuduh bahawa Tun Faisal disahkan mahkamah bahawa dia adalah penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com dan diperintah mahkamah untuk membayar wang kos sebanyak RM50,000 kepada Husam Musa kerana telah menfitnahnya.

Ini yang dinyatakan oleh sahabat blogger Tentera Maya yang berjaya mengantoikan blogger pefitnah pembangkang Greenboc KLIK SINI. Mula-Mula kantoi tajuk, bila sedar terus tukar tajuk tanpa tukar gambar pun. Bila dah kantoi gambar plak terus tukar gambar pulak macam kat bawah ni.

Anwar Kutuk Daim Manusia Paling Korup, Anwar Plak Jenis Apa????


Anwar.... Anwar... Daim... Daim... korang berdua nie macam pepatah orang tua "bila keladi kata biras tu gatal... biras plak kata keladi yang gatal... sebenarnya dua-dua pun sama gatal..." Benda ni timbul semalam bila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan mungkin membalas kenyataan Daim sebelum ini yang mengecam Anwar sebagai ketua dan pemimpin yang tak boleh pakai terutama dalam hal ehwal kewangan semasa Anwar pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan yang hanya berlatarbelakangkan pendidikan dengan hanya berkelulusan pengajian Melayu seperti kenyataan Daim di bawah : 

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau. 
Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. 
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

Mungkin terasa hati dengan kenyataan dari Daim ini maka Anwar membuat kenyataan balas dalam KeadilanDaily yang melondehkan segala kekayaan yang dimiliki oleh Daim hasil dari rompakan beliau semasa memegang jawatan dalam kabinet dan kerajaan. Bagaimana Daim menggunakan kedudukan beliau dalam kerajaan bagi mengaut kekayaan negara dan menyimpannya di luar negara seperti apa yang didakwa oleh Anwar di bawah :

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya. 
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar

Nampaknya "Clash of the Titans" makin berlarutan dan makin parah. Entah apa yang Daim dah buat hingga Anwar marah sangat sebab kalau dilihat kedua-duanya pun bukan betul sangat. Sorang gila harta kekayaan sorang lagi gila jawatan mengalahkan orang gila isim plak....

Tuesday, 4 March 2014

Bukti MalaysiaKini "Portal Terbaik" Yang Berat Sebelah Kepada Pembangkang??? @NajibRazak


Portal MalaysiaKini yang baru-baru ini dinobatkan sebagai "Portal Terbaik" tidaklah segah sebagaimana yang ditabalkan. Sepatutnya sebagai "Portal Terbaik" mestilah laporan berita yang disampaikan bersifat neutral dan berita yang dilaporkan adalah cerita benar sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan.

Namun, inilah belang sebenar apakah MalaysiaKini ini layak diberikan penghargaan setinggi itu. Ambil contoh bila video Rosmah 40 saat yang ambil oleh MalaysiaKini diputar-belitkan dan disebarkan dengan begitu pantas dan secara meluas. Baca di sini SILA KLIK SINI. Tetapi bila kenyataan Rosmah memaafkan doa Hew Kuan Yew kita dapat lihat sifat buruk sebenar MalaysiaKini yang langsung tidak ambik endah. Wah! Kalo masa bab balun Rosmah walaupun sekadar video 40 saat cepat jer MalaysiaKini muatnaik, tapi bila cerita Rosmah maafkan penyokong pembangkang dari DAP buat-buat tak tau jer senyap macam tu. Baca di sini SILA KLIK SINI. Inikah contoh teladan dari sebuah portal yang diberikan anugerah "Portal Terbaik". Puuuuuuuuuuiiiiiiii.....

Inilah antara contoh kecil bagaimana "diskriminasi" oleh portal "so-called" "The Best Portal" yang secara terang-terangan jelas berat sebelah dan memihak kepada pembangkang dalam melaporkan berita atau cerita. Jelas MalaysiaKini hanya lebih banyak melaporkan cerita yang menghentam kerajaan dan secara tidak langsung ia dilihat sebagai alat kepada pembangkang. Seharusnya anugerah "Portal Terbaik" diberikan kepada mereka yang melaporkan berita dan cerita secara adil tanpa memihak kepada pembangkang mahu pun kerajaan.

Kalo kita lihat "content" berita dalam portal "MalaysiaKini" boleh dikatakan 90% melaporkan berita yang mengkritik dan menghentam kerajaan. Bahkan MalaysiaKini dilihat sebagai sebuah platform bagi pemimpin pembangkang menghentam dan memfitnah kerajaan atau pemimpin kerajaan.

Seharusnya pihak yang memberi anugerah "Portal Terbaik" ini menyemak semula keputusan mereka kerana seharusnya yang terbaik itu hendaklah bersifat adil dan neutral dalam melaporkan berita dan isu.

p/s : takkan penganjur yang memberi anugerah tak tau kepada siapa mereka berikan anugerah "Portal Terbaik"... Ada kira-kira kat belakang kot... Hehehehehehehehehe



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Gempar!!! Gambar Wanita Bertudung Di Gereja Jadi Viral, Gambar Dari Mana???


Difahamkan baru-baru ini, sekeping gambar yang penuh dicalit kontroversi tersebar di laman media sosial dan ia mencetuskan perdebatan hangat.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang wanita yang lengkap berpakaian tudung umpama seorang Muslimah tetapi keadaan sekitar dan suasana gambar itu tidak begitu sesuai.

Wanita itu digambarkan dalam keadaan melutut dan seolah-olah sedang ‘berdoa’ mengikut cara penganut agama Kristian di dalam sebuah gereja.

Pemeriksan lanjut mendapati asal permulaan gambar berkenaan tidak dapat ditentukan namun ia jelas menerima kritikan daripada umat Islam lain melihatkan cara wanita di dalam gambar itu.

Gambar itu difahamkan disebarkan melalui aplikasi bual di telefon pintar Whatsapp dan kini sudah tersebar meluas di internet.

Dari manakah punca sebenarnya gambar yang tersebar ini dan apakah yang berlaku di dalamnya kini hangat dibualkan di internet.

Pada ketika banyak pihak mengharapkan agar umat Islam bersatu, banyak pihak tertentu pula cuba melakukan provokasi ke atas Islam dengan pelbagai cara dan mungkin termasuk cara begini.

Monday, 3 March 2014

Doa Rosmah Buat Hew Kuan Yew Bikin Macai PR Menitiskan Airmata!!! @NajibRazak


"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west"). Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam - Rosmah Mansor"

Ini cerita baru yang masih panas mengalahkan "pisang goreng panas" di pasaran. Bagaimana isteri seorang pemimpin kerajaan yang redha dan masih mendoakan orang yang mendoakan "kecelakaan" dan "menghina" beliau. Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosmah bila Hew Kuan Yew mendoakan agar Rosmah kena sakit jantung dan cepat mati. Astagfirrullahalazim... Sungguh kurang ajar... Sungguh biadap sekali perbuatan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Rosmah ini selari dengan sunnah nabi kita Rasullullah swt Muhammad bin Abdullah yang ketika hayat Nabi sering memaafkan orang lain walaupun orang itu bukan beragama Islam seperti sirah Nabi di mana pernah suatu ketika, seorang musyrik telah menghunuskan pedangnya kepada Rasulullah seraya bertanya, 'siapakah yang dapat melindungi engkau daripada aku membunuhmu sekarang?'. Lalu jawab Rasulullah, 'Allah yang melindungi aku daripada sebarang tindakan jahat engkau'. Setelah mendengar jawapan Rasulullah itu, pedang yang berada pada tangan lelaki tersebut tiba-tiba terjatuh menyebabkan lelaki tersebut tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa. Lantas Rasulullah mengambil pedang itu, seraya bertanya: 'siapakah pula yang akan melindungi engkau?'. Lelaki itu sambil terketar-ketar menjawab, 'kemaafanmulah sahaja yang dapat melindungiku'. Setelah Rasulullah memaafkan perbuatan lelaki itu dan melayannya dengan baik, maka lelaki tersebut begitu tertarik dengan dengan sikap pemaaf dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah, lantas memeluk Islam.

Itulah sifat baik yang ditonjolkan oleh isteri Perdana Menteri kita sekarang yang pastinya jika kita tunjuk 1001 contoh pun sukar bagi macai-macai pembangkang ni nak terima. Buatlah baik macam mana sekali pun mesti puak-puak ni kata salah. Tapi kalau pemimpin pembangkang buat salah pun mesti depa takkan mengaku bahawa itu adalah salah. Bahkan puak-puak haramjadah ni mesti tuduh orang lain pulak yang salah. Ini satu lagi contoh sifat Nabi yang memaafkan orang lain walaupun Nabi mahu dibunuh.

"Rasulullah saw selalu memaafkan kesalahan yang dilakukan terhadap baginda. Nabi Muhammad saw tidak pernah menyimpan perasaan dendam kepada orang lain walaupun terhadap musuh yang sentiasa menghalang dakwah baginda. Sebaliknya, baginda sentiasa berdoa agar mereka dikurniakan hidayah untuk menerima ajaran Islam yang suci murni. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 199, bermaksud: 'Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.' Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril. ''Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?'' Jibril menjawab, ''Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu".

Adakah sifat ini mampu pulak dilakukan oleh pemimpin-peminpin pembangkang atau isteri-isteri mereka. Kepada Hew Kuan Yew hati-hatilah dengan ucapan anda kerana takut nanti kena kat diri sendiri. Kalo rasa tak suka duduk Tanah Melayu ni elok la balik ke Tongsan tanah tumpah datuk nenek moyang anda. Anda tu pun kalo bukan kerana datuk nenek gua berperikamanusiaan bagi kewarganegaraan sebelum merdeka gua rasa lu pun dah merempat entah kat mana.


p/s : ingat ye Hew Kuan Yew pepetah melayu nie... "terlajak perahu boleh diundur... terlajak mulut buruk padahnya"... "kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa" 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Panas!!! Gelagat Penyokong PAS Totok Tapi Rembat Gak BR1M 3.0!!!


Sesetengah ketua isi rumah pada ketika ini sudah pun menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka melalui akaun bank masing-masing selepas ia dikreditkan ke akaun mereka 22 Februari lepas.

Tidak mengira latar belakang politik atau ideologi, jika mereka mendapat pendapatan RM3,000 ke bawah mereka menerima bantuan berjumlah RM700 berupa RM650 wang tunai dan RM50 diberikan dalam bentuk perlindungan insurans Takaful i-BR1M.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 mereka akan menerima RM500 berupa RM450 wang tunai dan juga RM50 berbentuk perlindungan insurans Takaful melalui i-BR1M.

Namun bagi sesetengah individu yang agak melampau ketaksuban sokongan mereka ke atas parti politik tertentu, mereka mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan rasa selepas menerima wang BR1M.

Ada yang mengucapkan terima kasih seperti ‘Imam Selipar’ baru-baru ini yang bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu biarpun dia pernah membuat perbuatan yang memalukan iaitu membaling selipar ke arah hakim di mahkamah.

Baca SINI (Luahan Imam ‘Baling Selipar’ Ketika Ambil BR1M)

Tidak kurang juga ada penyokong parti Pakatan Pembangkang yang senyap-senyap menerima BR1M tetapi meneruskan kritikan kepada kerajaan.

Mereka tetap membelanjakan duit BR1M untuk kegunaan keluarga hasil pemberian kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Ada segelintir golongan itu secara terbuka menyuarakan rasa tersendiri mereka berkenaan BR1M.

Di BlogSerius, dipaparkan cara seorang daripada mereka menyuarakan perasaan menerima wang BR1M melalui pelekat kereta yang ditampal di cermin belakang kenderaanya.

0103PelekaKereta02
“Terima kasih Dato’ Seri Mohd Najib kerana BR1M masuk akaun, PAS tetap pilihan kami,” bunyi kata-kata ditulis di pelekat itu.

Selain pelekat itu, turut ada di cermin belakang pemilik kereta itu ialah pelekar yang memaparkan wajah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber