Saturday 29 March 2014

Gerakan Kadir Jasin Dan Daim Mahu Jatuhkan PM Tidak Mendapat Sambutan!!! @NajibRazak @KadirJasin @KhairyKJ @tunfaisal









Tak habis-habis lagi blogger cabuk reporter pencen Kadir Jasin ni meroyan pasal kepimpinan PM Najib Razak. Ingatkan dah bertaubat pi masjid buat amal ibadah memandangkan usia anda tu dah lanjut usia bak kata orang tua-tua "rumah kata pergi kubur kata mari". Kali ini Kadir cuba buat perbandingan kononnya zaman pentadbiran Najib lemah jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan Tun M. KLIK SINI. Mabuk ketum ka atuk Kadir. Cuba cerita skit berapa lama Tun M memerintah dan berapa lama Najib baru memegang tampuk pentadbiran. 20 tahun tahun Tun M jadi PM sama ka dengan baru 5 tahun Najib jadi PM. Matematik mana orang tua nyanyuk ni pakai.

Kalo nak dibuat perbandingan populariti antara dua individu ini biar la berasa. Kalo kita lihat ketika zaman Tun M menjadi PM dari tahun 1980 - 1998 semasa jangka waktu tersebut Tun M juga tidak popular dan beberapa dasar yang di bawa oleh Tun M juga tidak memberansangkan. Cuma selepas tahun 90an baru nampak kesan apa yang dilakukan oleh Tun M tapi itu pun selepas 15 tahun menjadi PM dan memerintah negara. Sudah tentu tidak adil jika dengan hanya 5 tahun (2009-2014) jangka masa pentadbiran Najib hendak dijadikan sandaran dan berbandingan bangang Kadir ini. Lainlah jika tempoh masa pentadbiran Najib sama seperti Tun M atau jika tidak pun jika sudah lebih 10 atau 15 tahun barulah adil jika Kadir mabuk ketum ni nak buat perbandingan.

Nampaknya gerakan yang cuba di bawa oleh blogger pencen mabuk ketum yang di biayai oleh Daim ini semakin tidak mendapat sambutan terutama dari kalangan blogger sendiri tidak seperti semasa suasana tahun 2008 seperti yang diakui oleh blogger-blogger otai sezaman dengan masa itu KLIK SINI. Kenapa gerakan yang cuba dibuat seperti tahun 2008 gagal mendapat sambutan kerana beberapa perkara. Namun jawapan paling tepat adalah kerana ramai yang melihat gerakan ini sudah tidak sama seperti apa yang berlaku pada tahun 2008 kerana tujuan utamanya sudah jauh menyimpang dari tujuan asal. Jika pada tahun 2008 gerakan ini bertujuan untuk menjatuhkan Tun Abdullah atau Pak Lah kerana melihat kegagalan dan kelemahan pentadbiran dan dasar kepimpinan Pak Lah ketika itu tapi kini ia sudah tidak relevan lagi sebab itu ia tidak mendapat sambutan. Lebih teruk lagi bila ramai blogger-blogger terutama blogger-blogger otai melihat gerakan ini tidak lebih kepada hanya akan menguntungkan sekelompok sahaja iaitu blogger-blogger Tun Daim sahaja. KLIK SINI

Gerakan lemah ini kini makin dijauhi oleh blogger-blogger terutama blogger otai kerana mereka melihat dalam gerakan ini mereka tidak ada tempat berbanding dengan blogger-blogger Tun Daim yang memperolehi pelbagai kepentingan sedangkan mereka tidaklah teruk berusaha dan bekerja KLIK SINI.  Ini jelas menampakkan KETIDAK-JUJURAN terutama apabila diperhalusi gerakan ini bukan bersifat untuk menjaga kepentingan parti, bangsa, agama dan negara tetapi sekadar memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi. Gerakan yang cuba di bawa oleh Kadir Jasin ini jelas dilihat tidak jujur untuk membantu Melayu dan Islam tetapi lebih jelas mempunyai kepentingan individu tertentu dan kroni-kroninya sahaja.

Suasana sudah berubah bila pengamal media sosial sudah melihat usaha baik yang sudah di buat dan akan di buat oleh PM Najib bila mana beberapa transformasi dalam pentadbiran Najib sama ada dalam pentadbiran kerajaan atau parti bila mula menyuntik orang muda menjawat jawatan tertinggi atau jawatan utama terutama apa yang Najib lakukan dalam parti UMNO bila beliau menremajakan parti itu KLIK SINI. Pemimpin muda seperti Khairy Jamaludin, Rahman Dahlan, Mukhriz Tun M serta beberapa pemimpin muda lain sudah diberi tempat dan diangkat dengan sewajarnya. Sebab itu pengamal media sodial dan pemimpin parti serta rakyat melihat usaha baik Najib ini lebih kepada menjaga masa depan dan survival UMNO, Melayu dan Islam berbanding dengan gerakan yang cuba di bawa oleh blogger-blogger Tun Daim seperti Kadir Jasin yang lebih kepada menjaga kepentingan dan survival kumpulan mereka sahaja. KLIK SINI

Jadi, sebagai kesimpulannya elok ler blogger pencen Kadir Jasin ini memikirkan kepada mengusahakan gerakan yang lebih berfaedah seperti gerakan membantu saudara seIslam kita di Timur Tengah semoga dapat mati syahid. Kalo tak pun elok ler buat gerakan ke Masjid atau ke Tanah Suci.

Buat atuk Kadir Jasin yang mabuk ketum, ini ada lagu khas buat atuk...


2 comments:

  1. melayu gini yang paling aku benci. buat sesuatu bukan kerana agama dan bangsa tp untuk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  2. Biasalah. Teguran Kadir Jasin betul. Melompatlah monyet2 yg dok jilat PM

    Dan aku dpt rasakan PM kita x harap pun monyet2 ni dok jilat

    Paling lucu. Ada blog dok ampu n jilat juboq x menteri KDN yg dok sibuk pasai MH370 skrg. Nak gelak pun rasa x lawak. Buat malu kt kaki juboq Anwar berahim

    Semua org tau.. kata2 hikmat zaman skrg

    MAHATHIR DAN BANGUN ELOK
    DATANG PAKLAH, BG RUNTUH
    DATANG NAJIB, HANCUR SEMUA

    ReplyDelete