Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 24 January 2014

Siapa Sebenarnya Boss Kadir Jasin???? Tun M Or Tun Daim????







Wah! Makin menarik bila membicarakan pasal wartawan pencen merangkap "blogger beretika konon" yang kelihatan bersungguh-sungguh membalun PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sejak kebelakangan ini dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Timbul persoalan dalam kepala hotak gua ni kenapa sekarang Kadir Jasin membalun PM bertubi-tubi termasuk mengaitkan isteri PM Rosmah seolah-olah ada satu konspirasi atau tangan-tangan ghaib di sebalik kritikan ni. 

Dalam tulisan beliau di blog kadirjasin.blogspot.com KLIK SINI dengan jelas cuba mencemarkan imej Datin Seri Rosmah dengan pelbagai fitnah. Paling kurang ajar bila blogger tua ni menulis "Saya dah berbuih mulut cadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan PM jika mendapat kepercayaan rakyat..."

Kadir si wartawan pencen ni kena belajar skit walaupun dah berumur lebih separuh abad. Memang seronok bila balun pasal bini orang tapi kenapa plak nak melompat bila orang dok cerita pasal kedua isteri tersayang si Kadir ni. Tau pun marah bila orang dok cerita pasal bini-bini ko tapi masa ko dok balun pasal bini orang tak sedar diri plak.


Gua rasa macam ada yang tak kena jer bila Kadir Jasin mula start balun PM dan Rosmah. Ada yang mengatakan Kadir Jasin ni balun sebab Tun Daim Zainuddin sebagai orang kuat di belakang wartawan pencen ni bak kata sahabat blogger gua AkuPeduliApa KLIK SINI. Namun ramai yang beranggapan apa yang sedang dilakukan oleh Kadir ni adalah dipengaruhi oleh Tun Mahathir yang secara kebetulan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Daim. Memang gua tak nafikan bahawa Tun Daim dan Tun M mempunyai hubungan "istimewa" tetapi itu tidak bermakna apa yang dilakukan oleh wartawan pencen ini datang dari Tun M melalui Tun daim.

Disebabkan hubungan inilah ramai yang salah anggap bahawa Tun M mempunyai kaitan terus dengan Kadir seterusnya memberi tanggapan negatif kepada Mantan Perdana Menteri. Secara tidak langsung ini memberi kesan yang buruk kepada hubungan baik antara Tun M dengan Najib. Dan gua tak rasa ini yang berlaku sebenarnya.


Niat jahat sebenar Kadir si wartawan pencen ni semakin terserlah bila semakin ramai sudah mula nampak bagaimana beliau sebenarnya bersekongkol dengan Tun Daim sahaja tanpa ada keterlibatan Tun M sekali pun tidak dapat dinafikan hubungan sedia ada antara dua Tun ni. Situasi kebetulan yang ada ini diambil pula kesempatan oleh mereka-mereka yang sememangnya dengkikan hubungan baik antara Mantan PM ni dengan PM sedia ada. Ibarat kata orang putih "things happen at the right time at the right place with the right person".

Berat gerak hati gua yakin dengan "KETIDAKKETERLIBATAN" Tun M dalam hal Kadir Jasin membalun PM dan isterinya. Tapi berat hati gua mengatakan  bahawa Tun Daim mempunyai kaitan terus dengan Kadir Jasin dalam kes ini. Hal ini berlaku mungkin disebabkan kedua-dua mereka ini mempunyai agenda peribadi tetapi Najib menjadi "batu penghalang" kepada impian mereka. 

p/s : psssssssttt... uncle Kadir... frust tak dapat jawatan yang diimpikan ker.... balun orang lain boleh... sendiri kena balun jangan melompat ye... hehehehehehehehehe

1 comment:

  1. ape...najib tu tak bole di tegur ke? ..sampai bila nk mengampu..kalo da salah kena la tegur..abih tu ngko nak biar umno terlungkup psl dia..ah jib gor..konon.ngko dgn dia pon sama bodoh!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers