Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 6 October 2012

Tango Ghairah - Izara Aisyah Akui Dirinya Dalam Klip Video Ini


Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

“Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.

[Video] : Betapa Mahkamah Persekutuan Tidak Adil Menyokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan????...

Bukti Pas Memperguna Kanak-Kanak Ketika Demo ROYALTI???...


Sudah berpuluh tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan, namun kadar kemiskinan masih berada pada tahap yang tinggi. Nasib keluarga ini pula diperjudikan untuk kepentingan poket dan mengekalkan kekayaan legasi keluarga pemimpin mereka.

Mungkin kalangan yang hadir dalam demonstrasi "R Untuk Royalti" di Putrajaya pagi ini, lahir dalam keluarga kurang berkemampuan. Mereka dijanjikan wang royalti yang akan dituntut merupakan "hak" mereka. Atas kapasiti ingin menuntut hak mereka, mereka hadir pagi ini demi mengubah nasib keluarga dengan wang berkenaan.

Namun tanpa mereka sedar, mereka bakal ditipu hidup-hidup. Pemimpin mereka hadir dan menanti dalam kereta mewah. Sedangkan mereka pula terpaksa menahan panas, mengelap peluh dan berpenat-lelah semata-mata untuk memastikan wang royalti tersebut dikembalikan kepada kerajaan PAS Kelantan.

Seandainya tuntutan ini berjaya, percayalah "hak" ini tidak akan kembali kepada mereka, sebaliknya pimpinan negeri akan sibuk mencanang untuk melaksanakan projek mega itu dan ini. Projek itu dan ini kemudian akan diserahkan kepada anak, menantu dan saudara-mara untuk diuruskan. Kesudahannya wang royalti akan menjadi milik legasi keluarga pemimpin PAS.

Bagaimana pula nasib adik-adik ini? Adik-adik ini sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk turut serta bersama-sama ibu dan ayah menuntut wang royalti. Bagaimana kalau tuntutan royalti itu gagal? Adakah PAS Kelantan akan membela nasib keluarga kurang berkemampuan yang hadir pagi ini?

Mereka sanggup menyuruh anak mereka ponteng sekolah semata-mata untuk hadir dalam demonstrasi ini. Kemudian andai tuntutan ini gagal, dan anak mereka kurang berjaya dalam pelajaran (disebabkan selalu ponteng sekolah dan menyertai demonstrasi), mereka akan mewarisi dan meneruskan kemiskinan keluarga mereka. Akhirnya, kerajaan BN juga akan dipersalahkan sedangkan kerajaan PAS Kelantan akan mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan.

Thursday 4 October 2012

Puaka Niring : Misteri Tentera Jepun Berperang Walaupun Perang Dunia Telah Tamat...


Kisah misteri Onoda yang berjuang selama 30 tahun di hutan Selama 30 tahun dia berjuang TANPA MENGETAHUI perang berakhir.

Leftenan Onoda ni adalah komando elit tentera Jepun masa perang dunia kedua dulu. Pada december 1944, Onoda telah dihantar ke Filipina untuk conduct misi gerila lawan Amerika. Jadi serangan terus berlaku dan sampai satu tahap pasukan Onoda terputus terus hubungan dgn markas tentera Jepun dan dia pun terus berada dalam hutan.

Disebabkan terputus hubungan dengan tentera Jepun, Onoda tidak tahu bahawa perang sudah tamat dan dia berada di dalam hutan selama 30 tahun dengan team-team mereka.

Kerajaan Filipina pernah bagi tau mereka dgn loud speaker kat tepi hutan, taburkan risalah tamat perang dari udara, tapi kedegilan dan semangat kental Onoda dan teman2nya tetap tak percaya, mereka percaya itu hanyalah propaganda Amerika dan mustahil Jepun kalah perang. bayangkan 30 tahun..

Onoda hanya akan menerima perintah daripada komander dia sahaja, dan nasib baik ada yang masih hidup dan menjelaskan apa yang berlaku. Dalam 30 tahun Onoda berada di dalam hutan dan tidak tahu bahawa perang tamat, dalam masa itu dia banyak kali bertempur dengan polis dan total orang awam yang terbunuh selepas perang adalah 10 orang. Teman2 dia turut terkorban kerana bertempur dengan polis dan hanya tinggal onoda seorang.

Koleksi Video Khairul Fahmi a.k.a Apek Penjaga Gol No.1 Malaysia...



Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik baru baru ini. Beliau berumur 23 tahun ketika ini. Beliau menunjuk kan prestasi yang baik semasa AFF Suzuki Cup pada tahun 2010. Ini menyebabkan beliau menjadi penjaga gol utama untuk malaysia. Khairul Fahmi berasal dari Kelantan dan bermain untuk pasukan kelantan. Selepas memenangi acara bola sepak dlm sukan SEA baru baru ini, beliau dinobatkan sebagai penjaga gol no 1 di Malaysia.

Nama: Khairul Fahmi bin Che Mat

Tarikh Lahir: January 7, 1989 (age 23)

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Kelab : Kelantan FA

Pencapaian : Juara Piala Sumbangsih 2011 bersama Kelantan, Juara Liga Super 2011 dan 2012 bersama Kelantan, Juara Piala FA 2012 bersama Kelantan, Juara Piala Malaysia 2010 bersama Kelantan, Juara Sukan Sea 2011 dan Juara Piala AFF Suzuki 2012.

Anugerah : Pemain Muda terbaik, Penjaga Gol terbaik Malaysia dan diiktiraf oleh Goal.com sebagai salah seorang Penjaga Gol Terbaik Asia.

Leman Raja Lawak Hina Perempuan Yang Tak Cantik Dalam Facebooknya???... @LemanRLawak


Leman... Leman... Lu yang penakut block twitter gua, la nie lu plak cakap awek nie takut kat lu... kalo lu berani mai la sembang ngan gua Leman RajaTak Lawak oooi... Kat sini gua kongsikan apa kata awek yang lu Leman berani usik...

Airiesya Sweet :

Ish3...cuba u all baca komen leman.. icon belia PAS... macam ni ka contoh belia yg ada wawasan.. cara ayat dan pemikiran nampak sgt jauh ketinggalan.. bagi sayala.. xda icon belia dlm umno yg berperangai mcm ni.. nk tergelak pun ada.. u all bacala sendiri.. pemikiran icon belia PAS... lagi satu khas utk leman.. comey ka tak.. cantik.atau tak.. itu semua urusan Allah.. sapa kita utk mlawan qada dan qadar allah.. dan bg saya.. mentaliti puak PAS ni.. klu syaitan tu blh dilihat.. dan menyokong PAS.. darjat syaitan tu pasti diangkat mengalahkn malaikat... so renung renungknlah.. so leman.. lama i x gaduh bab comey x comey ni.. last rasa waktu tabika dlu.. bila kawan amik barang i.. dan2 i kata dia x comey.. padahal sebenaqnya dia comey gila... ahaks...


Sumber : Airiesya Sweet

Ini Bukti Suaram Terima Dana Yahudi Zionis???...


Sokongan Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan.

Ini kerana sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, 'birds of a feather flock together' atau burung yang sebulu akan berkelompok sama.

Ini kerana TI-M merupakan satu cawangan atau 'chapter' daripada TI yang berpusat di Berlin, Jerman sementara Suaram pula di dakwa menerima dana daripada Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Jadi kedua-dua pertubuhan mempunyai persamaan dari segi sumber dana yang diperolehi untuk membiayai aktiviti mereka.

Sudah tentunya Suaram dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang lain juga menerima daripada pelbagai sumber asing seperti yayasan antarangsa seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Selain itu Suaram juga didokong oleh dana daripada National Endowment for Democracy yang berpusat di Washington) serta Southeast Asian Centre for e-Media.

Semua dana yang diterima Suaram adalah melalui sebuah entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) dan berfungsi sebagai sebuah syarikat perniagaan.

Umpamanya rekod SSM mendedahkan SISB menerima RM558,000 (AS$188,775.65) daripada OSI antara 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dan dana tersebut kemudiannnya di salurkan kepada Suaram bagi menjalankan aktivitinya.

Selain itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering kali menerima bantuan kewangan daripada Konrad-Adenauer-Stiftung yang merupakan satu yayasan politik di Jerman bagi menjalankan aktiviti latihan dan program pengrekrutan ahli-ahli parti samada di dalam atau di luar negara.

Malah OSI juga turut di dakwa membiayai kegiatan politik PKR serta portal berita Malaysiakini dan Institut kajian Dasar (IKD).

Wednesday 3 October 2012

Puaka Niring : Hantu Telekom Banting...



Kalo korang ada asma or sakit jantung... Gua nasihatkan agar jangan menonton video ini...

Kalo korang degil gak... Korang tanggung la sendiri... Gua tak campur... Padan muka korang...

Quikie : Penyamaran Banduan Paling Bodoh Di Dunia...


Mengikut sumber yang admin terima, Ronaldo Silva, 39 tahun ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita.


Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi,pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara.

Lensa Niring : Tahniah @PDRMsia Dan Penguatkuasa PPJ Mengawal Demo Royalti Dengan Baik... @NajibRazak @HishammuddinH2O @AliHamsa55


Datuk Ghani, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Bandar dan En. Tamjis Dasim Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya
juga turun padang memantau pergerakan anggota Penguatkuasa PPJ

Suasana tenang di hadapan pintu masuk
 Mahkamah Putrajaya (POJ)

Anggota Polis dengan penuh tenang dan
dedikasi sedang bertugas di pintu masuk
Mahkamah Putrajaya

Pose istimewa abang-abang Penguatkuasa
 PPj yang penuh dedikasi menjalankan
tugas mengawal keadaan demo Royalti

Gempar [Video] Anwar Ibrahim Menari Shuffle...

Tuesday 2 October 2012

Puaka Niring : Kelibat Ular Raksaksa di Iceland...



Inilah rakaman video ular raksasa di Iceland. Kelibat ular raksasa yang dirakam sedang meluncur di perairan bersalji di Iceland minggu lepas kini menjadi bualan dan perdebatan hangat dikalangan penduduk setempat.

Kantoi : Oliver Stone Sengaja Pegang Payudara Salma Hayek...







Ini berlaku semalam semasa pelancaran filem Savages di London.

Gempar!!! Betul Ker Abby Abadi Masuk UMNO???... @abby_abadi112


Sedang gua syok-syok merewang dalam dunia maya membaca berita-berita terkini dan sensasi, tiba-tiba mata gua tertumpu kepada sebuah blog nie. Tajuk pun dah gempar : "Gempar : Abby Masuk UMNO???"

Ish Ish Ish! Macam tak caya jer cerita nie. Gua pun baca sampai habis. Kat sini gua syerkan sikit kenyataan blog berkenaan.

Rakaman perbualan Wartawan HARAKAH dengan Abby.
Wartawan HARAKAH: Benarkah berita yang Abby telah masuk UMNO dan mengapa? Apakah yang menyebabkan Abby meninggalkan perjuangan Islam? Boleh Abby terangkan mengapa? dan kenapa?
Abby: BENAR!!! Abby sekarang baru tahu apakah perjuangan PAS. Siapakah Mat Sabu sebenarnya. Siapakah ADUN Selising. Abby tersedar setelah Abby tengok ini...
1. http://www.youtube.com/watch?v=8wS2mftc8IA
2. http://www.youtube.com/watch?v=2nNMinaI240&feature=youtu.be
3. http://www.youtube.com/watch?v=WmpEyQkyVDI
Wartawan HARAKAH: Jap ye nak on brokband.
Abby: U dah brokband cap ayam per? Kikiki
Ok lah Abby tak nak cakap panjang nak masuk UMNO sekejap... Opss nak masuk bangunan UMNO PWTC... lepak-lepak situ jap... babai...
Pengaut PAS: @#$#@$%&^*@*&^$@%$#
Pengikut Imam Mahadi PKR: http://www.youtube.com/watch?v=T9SwUDLOAgA

Sumber : papagege 

Monday 1 October 2012

Puaka Niring : Toyol Terakam Di Indonesia...



asal budak-budak yang dok main gitar tu buat tak tau jer...

ker yang dok ambik gambar jer yang nampak...

Quikie : Bila Pencuri Amatur Nak Rembat Motor Ducati...



Sekumpulan enam pemuda yang menaiki tiga buah skuter dikesan CCTV cuba melarikan dua buah motorsikal mewah jenis Ducati 1199 di sebuah premis di Croydon, London baru-baru ini.

Namun cubaan itu gagal apabila salah seorang pekerja kedai motorsikal berkenaan dan rakannya yang berada di luar premis itu berjaya mematahkan percubaan tersebut.

Para pencuri amatur itu kemudiannya berjaya melarikan diri setelah cubaan mereka gagal seperti yang dirancang sebelumnya.

Layan.....

Mansor Kantoi Memang Dia Ada Kata Guan Eng "Angkuh" Dan "Sombong"????...





"Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang,"

Gua petik pandangan Pisau.Net mengenai isu ini :

Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR negeri telah mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut.

Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR negeri telah mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut.

Read more: http://www.pisau.net/2012/09/mansor-lebih-takut-tokong-guan-eng.html#ixzz280oeThxp

Pemimpin Pas Buat Tak Tau Jer Dengan Filem "Innocence of Muslims"...


Apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims disiarkan, semua umat Islam mengambil reaksi tegang dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula menerbitkan filem berkenaan.

Namun apabila seorang "ulama parti" dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan tentang Nabi Muhammad SAW seolah-olah merendah-rendahkan martabat baginda, tiada kecaman dan kritikan diberikan oleh penyokong dan pemimpin parti itu terhadap "ulama parti" ini.

Persoalan yang timbul, adakah kita cuma akan mempertahankan martabat baginda Rasullullah SAW apabila dihina oleh orang bukan Islam namun bersikap berdiam diri apabila martabat nabi kita direndah-rendahkan oleh pemimin parti politik yang kita sokong?

Kalau beginilah senarionya, gua ucapkan TAHNIAH kerana nampaknya pemimpin parti politik sedang cuba "dimaksumkan" oleh para pengikutnya.

Sunday 30 September 2012

Puaka Niring : Lagenda Tasik Chini Mitos, Lagenda Atau Benar???...


Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera iaitu Tasik Chini. Beratus tahun telah berlalu, namun lagenda ini masih terus melingkari penduduk setempat.

Cerita Satu

” Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. “Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

“Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. “Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,” katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lengkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.”Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. “Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat,” katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

“Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir.”Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit,” katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

“Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu.”Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampurkan dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. “Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh juga tetapi kenangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ,” katanya.”

Cerita 2

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di pinggir kawasan yang dibersihkan.

Rugi Tak Tengok SRK : Chammak Challo - Ra One - (Full Video Song) - ft. Akon "Shahrukh Khan" Kareena Kapoor



Chammak Challo [behind the scenes] - RA.One



"Chammak Challo Song Making" Feat. Akon, Vishal & Shekhar. You have already seen various versions of "chammak challo" but now its time to see how that song actually came into existence. Watch the full video of "Ra One Chammak Challo song" featuring music duo vishal shekhar & international artist Akon. We salute the indomitable spirit of these musicians to make such commendable song.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers