Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 1 February 2013

Lensa Niring 2 : Gambar-gambar Sekitar #JelajahAnakMalaysia Di Teluk Intan... @HishammuddinH20 @saharabd @tunfaisal



Mahfuz ‘Kantoi’ Sebar Surat Palsu???...


Dekat-dekat pilihanraya ini apa ada main rembat saja. Janji dapat buat riuh kerajaan pembohong dan putar alam. Gara-gara ini juga Datuk Mahfuz Omar kantoi. Jawatannya dalam PAS bukan kecik anak… Naib Presiden.

Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena ini belajar dari pengalaman yang baru saja dilalui oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang kantoi akibat heboh kisah kononnya kerajaan Jepun ada bagi pampasan RM207 billion kepada mangsa Perang Jepun.

Nak kata tak ada akai… mereka pembesar PAS. Ia sekaligus mengambarkan mentaliti cacamarba mereka.

Lain kali tengok kiri kanan dan check dulu sebelum nak kaut publisiti murahan panggil wartawan ke sidang akhbar segala macam dengan niat nak buat pendedahan sensasi.

Thursday 31 January 2013

#JelajahAnakMalaysia Singgah Di Teluk Intan... @HishammuddinH2O @Saharabd @JTransformasi @tunfaisal


Setelah selesai acara flag-off dan majlis pelancaran di Putrajaya, konvoy jelajah memulakan pengembaraan ke Utara tanahair. Destinasi pertama adalah Kawasan Parlimen Teluk Intan, Perak.

Konvoy Jelajah Anak Malaysia dimaklumkan sudah tiba di Teluk Intan dan bersedia untuk aktiviti di sana bermula esok. Pelbagai aktiviti dan acara menanti penduduk di Teluk Intan.

Antara acara yang bakal berlangsung adalah Program Gotong Royong di Pusat Pembangunan Keluarga Kg. Padang Tembak jam 2.30 - 4.30 petang. Diikuti Perlawanan Bolasepak Persahabatan di Mini Stadium Teluk Intan, Padang Speady bermula jam 4.30 - 6.30 petang.

Diikuti program disebelah malamnya diadakan Muzikal Rakyat Puisi Keamanan & Kemanusiaan Tangisan GAZA bermula 9.00 - 11.00 malam bertempat di Dataran Condong Teluk Intan. Manakala aktiviti terakhir konvoy Jelajah Anak Malaysia adalah Senamrobik & Pelancaran Buku Menara Condong jam 7.30 -10.30 pagi bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Jadi, kepada semua penduduk di sekitar Teluk Intan dan rakyat Perak dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan program anak muda ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Peristiwa Memali Hanya Ciptaan Pas Untuk Mengaburi Mata Ahli???...


Pada 19 November 1985 berlaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.

Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.

Wednesday 30 January 2013

Selangor Ugut Bubar DUN Selepas Tahun Baru Cina???...


Kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Selangor selepas Chap Goh Meh jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Khalid Ibrahim kata kerajaan negeri kena berbincang dulu dengan majlis pimpinan tertinggi PR pasal ini.

"Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal iaitu selepas Chap Goh Meh " kata Khalid.

Khalid kata dulu dia enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tetapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat " kata Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid itu sendiri hairan dengan tindak tanduk MB Selangor itu.

Katanya, dulu tidak mahu cepat, sekarang hendak cepat pulak.

"Kerajaan negeri memang ada hak bubar DUN bila-bila masa dengan perkenan sultan, tetapi tarikh pilihanraya hanya SPR yang boleh tentukan" kata Abdul Aziz.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring 1 : Tahniah Kepada Majlis Belia Putrajaya Atas Kejayaan Majlis Pelancaran Jelajah Anak Malaysia... @gpms_putrajaya @mbkputrajaya #JTransformasi




Tuesday 29 January 2013

Pemecatan Nasharudin Ada Muslihat???...


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu sengaja diadakan oleh pemimpin pembangkang bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu yang lebih besar dan penting.

Hasan mendakwa, Nasharudin dipecat bagi mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat terhadap pembangkang mengenai isu kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluar oleh pakatan tersebut.

"Bagi saya pengumuman pemecatan itu mempunyai muslihat tersendiri. Ia kerana pertembungan antara keputusan pakatan pembangkang dengan Majlis Syura Ulama PAS mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan umat bukan Islam begitu merisaukan mereka.

"Sebagai langkah "damage control" pemecatan Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," kata Hasan Ali lagi.

Menurut Hasan, ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh pakatan pembangkang mengenai isu kalimah Allah dan kegagalan mengemukakan jawapan yang `decisive' akan mengakibatkan bencana terhadap pakatan itu dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS dan sering mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat  daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Nasharudin didakwa terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Ramai pihak bagaimanapun beranggapan pemecatan Nasharudin itu mempunyai kaitan dengan tindakan beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 28 January 2013

Ceramah Rafizi & Tian Chua Dibatalkan Sebab Tiada Sambutan???... #KL112


Sedang gua lepak2 depan tv tiba2 member gua hantar bbm kat gua. Mula-mula gua macam tak percaya jer bila baca mesej bbm drp member gua.

"Ceramah Umum PKR Batu oleh Tian Chua dan Rafizi Ramli di Ampat Tin, Parlimen Batu dibatalkan kerana tiada sambutan ! Harap maklum !.."

Tapi akhirnya gua percaya gak sebab akhir-akhir ni memang banyak ceramah-ceramah pemimpin kanan pembangkang mula kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia yang semakin cerdik pandai.

Rakyat dah semakin muak dan menyampah dengan tipu daya serta pembohongan pemimpin pembangkang.

Ini dibuktikan lagi dengan sambutan "Himpunan Sejuta Rakyat" pada 12hb Januari lepas yang sangat berjaya mengumpulkan 5% daripada target pembangkang.

Moral of the story : jangan la percaya pembangkang. Lebih elok jangan la pangkah pembangkang masa PRU13 nanti...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jawapan Ustaz Nasha Pasal Isu Beliau Dipecat Pas???...

Jawapan dari ustaz Nasha~

Terima kasih semua rakan rakan saya. Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.

Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GEMPAR!!! Pengarah Strategi Menipu PKR Mengaku Dia Menipu Dan Memfitnah DS Zahid Hamidi???!!! Betul Ker???...


Rafizi Ramli

After a lengthy discussion with my lawyer and our beloved party President Datin Seri Wan Azizah, I hereby would like to share my deepest remorse for accusing Dato' Seri Zahid Hamidi of abusing his power by using the funds amounting to RM130 million belonging to the military personel to buy the 200 acres land and to purchase 80% of Astacanggih shares in order to ensure that Deepak remains silent as alleged in the article in my blog dated 29/12/12 titled 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'.

With much regret for my actions, I would again like to apologise and retract the slander and false statement made in the said article. I would also like to apologise to all the military personel and my fellow comrades for the mistake. I will hold a press conference with regards to this matter tomorrow at PKR Headquarter at 2:30 pm -

RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27/01/2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 27 January 2013

Luahan Hati Blogger Anak Perak Dipinggirkan???? @ZambryAbdKadir


Ate semalam selepas program belia kawasan, teman belek-belek ler blog-blog sahabat senegeri teman. Terjumpa teman dengan beberapa artikel blogger anak kelahiran Perak. Bila teman bace setiap satu baru teman faham ghopernye banyok bebenor blogger-blogger anak kelahiran negeri Perak yang menyokong kerajaan UMNO dan BN berbanding dengan yang menyokong pembangkang. 

Rungutan dan luahan deme nie teman perhalusi, teman dapat simpulkan yang deme nie idok ler mendapat perhatian yang sewajarnya. Lantas teman cube menghubungi beberape sahabat handai teman di kampung negeri teman menanyekan ngaper udoh ghoper itu jadi nye. Lubang libu perut teman dengor. 

Ngaper ler pemimpin di negeri teman tengin bebenor sampei boleh ambik tentera luor sedangkan anak tempatan ghamei dan baguih-baguih belake bak kate pepatah orang tue "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan..." Gamaknye pemimpin tertinggi Perak suke gune khidmat oghang luor kononnya hebat bebenor deme nie. Tapi kalo pemimpin tertinggi Perak nie kene hentam tau pulak ngelejat deme mintak anak buat tolong.

Nie teman petik sikit artikel anak-anak Perak :

"Tapi agak mengecewakan bila kerajaan Perak hari ni seolah olah cukup selesa bahawa Barisan Nasional akan menang besar di negeri Maharajalela.

Mungkin Menteri Besar dan exco exco kerajaan rasa Pakatan Rakyat sudah hilang taring agaknya.

Walau apa pun peperangan tetap peperangan, memerlukan tentera yang cukup ampuh dari pelbagai kemahiran dan kepakaran.

Sangkakala nampak kerajaan Perak memang ada tentera yang cukup berkemahiran dalam semua aspek namun ada juga yang dipandang remeh dan seperti tidak diperlukan oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk sama sama membantu dalam perang pilihanraya.

Tentera maya Perak (blogger), kehadiran mereka ini seperti tidak diperlukan walaupun Sangkakala nampak mereka mereka ini cukup banyak membantu Barisan Nasional dalam mempertahankan serangan demi serangan yang dilemparkan oleh puak pembangkang.

Mungkin juga kerana mereka ini adalah blogger nyamuk yang hanya berdengung di tepi telinga namun tidak mendatangkan apa apa masalah."

ARTIKEL PENUH SILA KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers