Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Mynewshub. Show all posts
Showing posts with label Mynewshub. Show all posts

Saturday, 25 February 2017

Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal Menafikan UMNO Tawar Geran Atau Dana Untung Berlipat Ganda!!!!!!


Menteri Wilayah menafikan desas-desus dan khabar angin mengenai berita terdapatnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi menggunakan nama dan jawatan beliau serta nama parti UMNO kononnya menawarkan geran dan dana kepada syarikat-syarikat dengan dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh tertentu dengan menggunakan dana atau geran tersebut.
KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat UMNO menerima aduan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengunakan nama parti itu bagi menawarkan geran atau dana kepada syarikat sdn. bhd. dan enterprise. 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, syarikat sdn. bhd. dan enterprise dijanjikan dengan pulang berlipat kali ganda dalam tempoh tertentu melalui geran atau dana tersebut. 
“Modus operandi skim tersebut menyasarkan peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai modal kecil. 
“Sehubungan itu, saya ingin menafikan UMNO dalam pemberian geran atau dana kepada mana-mana pihak. 
“UMNO juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak menjadi ejen dalam skim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Justeru, Tengku Adnan menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang menggunakan nama UMNO seperti itu. 
“Orang ramai diminta membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu jika didatangi atau mahu melibatkan dalam perkara yang membabitkan nama UMNO agar tidak tertipu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Monday, 27 April 2015

Puaka Niring : Misteri Wira Ksatria Baja Hitam Muncul Semula Di Jepun????


Kamen Rider yang pernah popular menerusi stesen TV negara kita awal 1980-an lalu dengan nama ‘Ksatria Baja Hitam‘ ternyata tidak hanya sekadar watak wira yang muncul di kaca televisyen atau layar filem.

Di Jepun, susuk lelaki gagah pembela kebenaran menjadi sensasi apabila pengguna media sosial tempatan kecoh mendakwa berjaya merakamkan aksi hero ini menunggang motosikal seolah-olah karakter ini benar-benar wujud.

Malah dilaporkan kerja lelaki ini menyerupai watak wira berkepala belalang, Taksehi Hongo dalam siri fiksyen adaptasi manga popular Jepun tersebut iaitu membanteras kejahatan dan mengejar pemandu mabuk di jalanan.



Namun akhbar-akhbar tempatan melaporkan, satria misteri tersebut sebenarnya ialah seorang sami agama Shinto bernama Shinjiro Kumagai yang setiap hari sang pahlawan bertopeng itu mencari pesalah di kota Kitakyushu.

Dia hanya melakukan kerja amal tersebut setelah selesai tugas rutin hariannya membuat patung daripada bahan aluminium selain menyelia kuil Shinto Gokurakuji di kota utara wilayah Fukuoka di Pulau Kyushu itu.

Ini bermakna kelibat Kamen Rider hanya muncul dari lewat petang sehingga subuh keesokan hari kerana selepas waktu itu, Kumagai akan sibuk semula dengan pekerjaan hakikinya di rumah ibadat penganut Shinto tersebut.



“Saya sangat fanatik dengan watak Hongo sebagai Kamen Rider 1 yang menjadi idola saya,” ujarnya dengan turut dibantu beberapa anggota pasukan polis peronda trafik bandar raya Kitakyushu memburu pesalah lalu lintas.

Jangan bimbang, berbeza dalam siri Ksatria Baja Hitam apabila si penjahat dimusnahkan, sebaliknya pemandu kenderaan yang ditangkap Kumagai tidak akan dibunuh kejam, sebaliknya diserahkan kepada pihak polis.

“Dia sangat berdedikasi. Anak-anak kami bahkan suka melihatnya keliling kota waktu malam. Bayangkan jumlah pesalah trafik di sini pun turun kerana aksinya,” kata seorang penduduk tempatan bernama Kageki Umeta.

Kos pembuatan kostum Kamen Rider 1 dan mengubah suai motosikal menjadi mirip sang pahlawan fiksyen itu memang mahal, namun Kumagai mengaku secara jujur, dia tidak banyak mengeluarkan wang poket sendiri.

Mujur, pengelola kuil membantu dirinya membiayai kos operasi supaya dia boleh memberi fokus dalam menjalankan tugas sukarelawan sebagai satria baja hitam tersebut dengan lebih efektif dan optimum.

“Ketua pendeta kuil, tuan guru Fukumitsu, secara kebetulan juga menjadikan Kamen Rider 1 dan 2 sebagai idola. Tetapi kerana faktor usia, dia ingin saya sendiri menjalankan tugas ini bagi pihak dirinya,” kata Kumagai.

Kamen Rider sebanyak 98 episod pernah menjadi fenomena kanak-kanak di seluruh dunia apabila disiarkan stesen televisyen selain lapan sekuel filem tersebut ditayangkan di pawagam.

Friday, 30 January 2015

RM980,000 Diperuntukkan Untuk Baiki Jeriji Besi Yang Rosak Di Flat Kanak-kanak Jatuh??? #DSNO @NohOmar


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak RM1.8 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih segala kerosakan serta penambaikan di kawasan perumahan Flat PPR, Seksyen 8, Kota Damansara.

Berita peruntukkan itu disusuli selepas kematian mengejut adik Muhammad Zulhazriq Danish Alden yang terjatuh dari tingkat enam kawasan perumahan tersebut disebabkan kerosakan pada kerosakan jeriji besi.

“Walaupun ini (perumahan PPR tersebut) di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tapi sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, ada peruntukkan dan untuk ini, saya luluskan RM980,000 untuk baiki railing (jeriji), peruntukan sudah ada dan saya harap projek ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Saya luluskan RM1.8 juta untuk tujuan pendawaian dan baik pulih railing (jeriji) di kawasan ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang media, di Kota Damansara, hari ini.

Dalam kunjungannya itu, Noh menyerahkan sumbangan peribadi kepada ibu adik Zulhazriq, Nor Sahura Sahara Muhammad, 35 di kediaman mangsa yang terletak di tingkat enam, Blok B.

Turut hadir pada majlis sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan.

Adik Zulhazriq, 5, anak bongsu daripada lima beradik meninggal dunia jam 4 petang semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara. – MYNEWSHUB.CC

Baca lagi DI SINI dan DI SINI

Monday, 12 January 2015

Puaka Niring : Misteri Ikan Keli Emas Terperangkap Dalam Bubu???




SARATOK – Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.

Katanya, sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna keemas-emasan malah penemuan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.

“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.

Cerita Apai Rickey lagi, paya itu dipanggil Sungai Rarong oleh penduduk setempat memang jadi lokasinya untuk meletak bubu ikan yang dipanggil bubu duduk.

“Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil.

“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,” kata Apai Rickey ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding keli biasa.

Didorong perasaan ingin tahu, dia memberani diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang untuk dikongsi bersama penghuni rumah panjang mereka.

“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas.

Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.

Menurut Apai Rickey, ikan keli itu bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter.

Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, dia memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka.

“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.

Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik tersebut, beberapa penduduk Cina dari Sarikei datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak.

“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan. – UB

Wednesday, 17 September 2014

Puaka Niring : Misteri Penduduk Kuantan Terkejut Lihat ‘Puting Beliung’???


Penduduk Kuantan yang berada di Pantai Teluk Cempedak dikejutkan apabila melihat air laut kelihatan bergulung dan berpusar bersama angin kencang.

Hal ini menimbulkan ketakutan kerana ia seakan-akan puting beliung yang sedang melanda.

Bagaimanapun, fenomena ini sebenarnya digelar ‘waterspout’ atau belalai air yang biasa berlaku di lautan.

Penghujung tahun lalu, fenomena waterspout turut dirakamkan berlaku di Pantai Lido, Johor dan menimbulkan ketakutan orang ramai kerana menyangka ia puting beliung.

Belalai air tidak perlu dibimbangi kerana ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap begitu sahaja tidak seperti puting beliung.

Friday, 29 August 2014

Impak #MH370: Murid Gelar Najib "Bapa Kapal Terbang"??? @NajibRazak


Tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlaku pada tahun ini membawa impak yang amat besar terhadap negara.

Sudah pasti, insiden mengejutkan lagi luar biasa ini telah terpahat dalam sejarah sebagai peristiwa pahit untuk dikenang.

Begitu pun sepanjang proses menangani kedua-dua insiden tak terjangka ini terutama MH370 yang masih belum selesai sampai sekarang, individu paling terkesan tentulah Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan hakikat ini dimaklumi semua rakyat.


Selain itu, insiden pesawat ini nampaknya turut mempengaruhi pemikiran seorang murid sekolah rendah.

Bayangkan ketika menjawab soalan diberikan guru dalam buku latihannya berkaitan gelaran PM Malaysia; murid tersebut menjawab dengan betul bahawa Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan).

Namun bila sampai part PM sekarang, dia menjawab Najib adalah Bapa Kapal Terbang / Bapa MH 370!

Terang-terangan jawapan murid ini salah tapi jelaslah, insiden ‘kapal terbang’ adalah satu peristiwa besar yang akan sentiasa dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib apabila bercakap tentang sumbangannya ketika bergelar PM Malaysia baik sekarang mahu pun pada masa depan.

Thursday, 28 August 2014

Puaka Niring : Misteri Pancaran Hijau Di Perairan Thailand Jadi Tanda Tanya???


BANGKOK – Pancaran cahaya hijau yang kelihatan dari perairan Bangkok telah membingungkan seorang angkasawan, Reid Wiseman, yang merakamkan gambar berkenaan semalam.

Beliau kemudian telah memuat naik dalam twitter dengan tajuk ` Bangkok adalah bandar yang bercahaya. Cahaya hijau di luar bandar? Tiada idea.

Wiseman berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISIS) merakamkan imej berkenaan lebih 320 kilometer dari bumi dengan pancaran cahaya hijau itu kelihatan dengan jelas dari angkasa lepas.

Pelbagai teori dikemuakan termasuk makhluk asing, sisa buangan nuklear dan rumpai laut namun NASA mendakwa ia lebih kepada bot nelayan.

Cahaya hijau dari lampu LED itu digunakan untuk menarik perhatian sotong dan hidupan laut lain ke darat.

Berdasarkan artikel Pemantauan Bumi NASA pada Oktober 2013 oleh Michael Carlowicz, nelayan dari Amerika Selatan dan Asia Tenggara menggunakan cahaya untuk menarik plakton, ikan dan sotong ke permukaan air.

“Bot mencandat sotong ini mempunyai beratus-ratus lampu yang menghasilkan 300 kilowatt bagi setiap bot,’’ kata Carlowicz.

Saintis mula mengesan cahaya berkenaan di laut pada penghujung 1970-an dan 1980-an ketika menggabungkan peta bumi pada waktu malam.

Panas!!! Surat Sulit Tersebar Wan Azizah Ditawar Jadi MB Melaka???


Di saat rakyat Selangor kian pening berdepan kemelut Menteri Besar, ‘Sultan Melaka’ didapati sempat masuk daun dalam isu ini.

Menerusi satu surat rasmi yang kini tersebar individu mendakwa dirinya Sultan Melaka menggunakan nama DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah (Tuanku Raja Noor Jan Shah) mengumumkan bahawa keluarga Dato’ Seri Anwar akan ditawarkan jawatan di negerinya.

Jawatan tersebut adalah Menteri Besar untuk Dr Wan Azizah, Pengerusi Persatuan Wanita kepada Anwar manakala Nurul Izzah pula dilamar menjadi permaisuri.

Dalam surat rasmi berkepala ‘Sultan Melaka Darul Islam’ itu, turut diluahkan adalah simpati ke atas nasib Wan Azizah yang disifatkan menjadi bahan ketawa puak UMNO kerana tidak mendapat sokongan PAS.


Sedangkan menurut ‘Sultan Melaka’ yang kemarukkan Nurul Izzah ini, mereka tidak mengetahui kelebihan Wan Azizah.

Kepada Anwar pula beliau dipesan usah bimbang kerana jika Nurul Izzah menjadi permaisuri Melaka maka impiannya untuk menawan Putrajaya akan semakin cerah.

Apa pun satu je gua nak komen tentang surat di atas, tak kira siapa pun yang melakukannya anda adalah pelaku parodi paling gigih, sinikal dan kelakar di negara ini – terima kasih kerana menghiburkan kami....

hahahahahahahahahahahahaha.............

Tuesday, 26 August 2014

Nak Majlis Solat Hajat Sederhana Jer Tapi Dihadiri Lebih 5,000 Orang!!! @NohOmar


Satu program solat hajat yang diadakan untuk menyelamatkan negeri Selangor disasarkan untuk diadakan secara sederhana tetapi tiba-tiba dibanjiri ribuan rakyat Selangor yang masih sayangkan negeri mereka.

Negeri itu yang disifatkan yang paling kaya di Malaysia pada ketika ini sedang dirundung kemelut politik berkaitan kedudukan Menteri Besar yang kini cuba dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR mahu menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diletakkan sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Program berkenaan dihadiri lebih 5,000 jemaah dalam majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dan Menjunjung Titah Duli Tuanku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis itu dianjurkan oleh Ikatan Kebajikan Dakwah Selangor (IKDAS) yang turut mendapat kerjasama UMNO Selangor, bertujuan mendoakan negeri itu terus kekal aman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh rakyat Selangor.

“Walaupun ada sedikit kesulitan untuk mengadakan program yang berunsurkan keagamaan ini tetapi ia tetap berjalan dengan lancar.

“Dengan apa yang berlaku ini, kita semua perlu mengambil iktibar, bila berlakunya pecah belah disebabkan politik, nak adakan program keagamaan pun susah serta ada pihak yang membantah,” katanya.


Thursday, 21 August 2014

[18SX] Kurang Ajar! Pakai Telekung Tapi Bergambar Lucah!


Kegilaan selfie budak-budak zaman sekarang memang kadang-kadang boleh buat kita geleng kepala.

Tapi bagi gambar lucah sambil memakai telekung di atas, ia bukan lagi tahap melampau tapi dah dikira mempermainkan agama Islam.

Tak tahulah apa motif perempuan yang mengambil gambar ini tapi kalau dia seorang muslimah semoga Allah berikan hidayah kepadanya supaya simpan sikit kebodohan itu di rumah.

Kot ye pun nak bergurau bila dah babitkan agama macam ini memang sengaja nak menempah tiket ke neraka namanya!

Sumber : MYNEWSHUB.MY

Wednesday, 20 August 2014

Gambar Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah??? @MukhrizMahathir


Pelik juga, takkanlah penganjur Muay Thai Piala Menteri Besar di Kedah tak memikirkan sensitiviti masyarakat apabila menggunakan gambar perempuan seksi untuk mempromosi acara tersebut.

Dan secara logiknya, bagaimana pula bahan promosi yang digantung untuk tatapan umum itu mendapat kebenaran PBT?

Sudahnya kerajaan negeri terutama MB Kedah, Mukhriz Mahathir juga yang tercalar namanya apabila dikaitkan dengan eksploitasi wanita pada banting dan kain rentang yang dipacak di sekitar jalan utama di Alor Setar ini.


Mengikut keterangan pada banting, acara yang melibatkan tujuh perlawanan muay thai ini bakal berlangsung pada 5 dan 6 September depan jam 8.30 malam di Stadium Sultan Abdul Halim.

Bagaimana pun jika tujuan penganjur meletak gambar perempuan seksi adalah untuk mencipta kontroversi supaya umum lebih maklum tentang acara kelolaannya, nyata dia berjaya kerana isu ini telah mendapat liputan sebuah akhbar tempatan.

Tuesday, 19 August 2014

Puaka Niring : Gambar Didakwa Bukti Duyung Benar-Benar Wujud Tersebar


Apabila disebut duyung, ia merujuk kepada perempuan berwajah cantik namun berbadan ikan.

Oleh sebab tidak ada bukti sahih duyung benar-benar wujud meski pun ia diceritakan dalam banyak kisah penglipur lara di banyak negara, duyung dianggap cuma mitos dan watak rekaan semata-mata.

Bagaimana pun sejak awal bulan ini, beberapa keping gambar didakwa menjadi bukti kewujudan duyung telah tersebar di laman-laman siber dan giat dikongsikan di Twitter seluruh dunia.


Di Malaysia, gambar-gambar ini juga sudah mula beredar di laman sosial. Bagi ‘menyedapkan’ cerita ada pula yang pandai-pandai berkata duyung ini ditemui terdampar di Pantai Kudat, Sabah.





Bagaimana pun selepas gigih melakukan carian di internet, didapati bangkai duyung ini sebenarnya cuma arca untuk penggambaran filem Pirates of the Caribbean On Stranger Tides (2011).

Ia dihasilkan oleh juru solek inovatif terkenal Hollywood, Joel Harlow.


Harlow telah diberi tanggung jawab menyolek banyak watak aneh dalam filem Hollywood termasuk How the Grinch stole Christmas, A.I. Artificial Intelligence, Planet of the Apes, Constantine dan Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.

Ramai yang berharap duyung adalah kisah benar namun sehingga ke hari ini terimalah hakikat bahawa kesemua bukti tentang duyung masih diragukan kesahihannya.

Begitu pun kewujudan duyung tidak boleh ditolak kerana mungkin kita yang masih belum menemuinya.

Monday, 11 August 2014

Gempar!!! Ceramah PKR Sekarang Tak Hentam BN, Najib Tapi Belasah Balun Khalid Ibrahim Plak???


Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu Menteri Besar Selangor ini dilihat seperti mahu melenyapkan terus karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim biarpun beliau sudah pun memimpin masuk penggal kedua.

Ini dilihat daripada kesungguhan para pemimpin parti itu, yang mengadakan sesi ceramah hanya beberapa jam selepas memecat Abdul Khalid dan dalam ceramah itu menghentamnya terus menerus.

Tiada satu pun unsur dalam ceramah itu yang mengkritik parti Barisan Nasional (BN) dan Umno mahu pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, mereka berceramah mengenai satu persatu kesalahan Abdul Khalid sepanjang pentadbiran Menteri Besar itu pada 2008 di hadapan kira-kira 400 orang hadirin di Seksyen 19, Shah Alam.

Para hadirin yang hadir kebanyakannya menunjukkan reaksi terkejut dengan masalah yang didedahkan dari masalah jalan berlubang dan sampah sehinggalah dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan UMNO untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

Ceramah yang dibaratkan ‘peluru’ untuk Abdul Khalid itu dihangatkan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dengan menyatakan Abdul Khalid gagal menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau.

Zuraida yang dijangka mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan parti itu yang belum pun selesai menyindir Abdul Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai jenis isu.

“Kita bukan pilih “acong” atau “ane” mana jadi presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan,” kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.

Thursday, 7 August 2014

Lebih Kurang Cam Nilah Apa Yang Sedang Berlaku Di Selangor…


Anwar nak bini dia jadi Menteri Besar… Tan Sri Khalid lak… apasal aku nak bagi jawatan best ni tak tentu pasal…aku keje ok aje selama ni kan… Wan Aizah memang tak faham apa-apa dan setuju jadi boneka… Azmin lak nak sangat jawatan tu tapi kena cover malu … suruh orang dia edar kenyataan berasingan pada satu sidang media hari ini agar pertimbangkan dia jugak untuk jawatan tu… pada masa yang sama - Janji Bukan Umno nampaknya Azmin dah tukar kepada Janji Bukan Khalid… apa hal sekali pun tak mau Khalid kekal MB… Rafizi seperti biasa tunjuk bodoh sombong… buat kenyataan tahap lembu… Saifuddin Nasution nak main saman menyaman dengan Khalid… pasal tak mau undur jawatan MB… Bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hassan sokong Khalid secara terbuka, tibai Guang Eng… ‘Pakatan Tak Bantai Guan Eng Isu Terowong RM4.63B’ – katanya… Mana boleh ditegur… Pejabat Guan Eng petang ni jugak keluar kenyataan Kecam Nasaruddin balik – antara tu malam tadi AKTIVIS pembangkang, Hishamuddin Rais boleh lak kata bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’…kau pun tak kahwin samdol…kau anak teruna kurang seks pulak ke? PKR gaduh sama PKR… PAS gaduh PKR… DAP gaduh sama PAS… PAS sama PAS pun gaduh… DAP tetap bersatu dalam parti sendiri… (Melayu buta sila ambil perhatian sikit) … sekarang gua yang tulis benda ni pun dah keliru… sape lawan sape kawan? Ini macam kalau perintah negara sah huru-hara dan hancur kot silap hari Malaysiaku tercinta ni! Satu negeri pun entah sape lawan sape tah sekarang ni… nasib baik Selangor tu bukan negeri aku… Akhir kata… apa yang gua nak cerita banyak kat ko orang orang kan… yang guau nampak.. sekumpulan ahli politik yang dahulunya dihormati kini sudah berubah gila kuasa…

Tahniah PM!!! Kemenangan Berterusan @NajibRazak???


Tidak ramai yang menyangkakan bahawa perkembangan politik tanah air akan berkembang seperti ini 15 bulan selepas pilihanraya umum yang diadakan pada tahun lepas.

Sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen, dan mengalami kekurangan 7 kerusi dari apa yang dimenangi pada tahun 2008. MCA pula hanya berjaya untuk memenangi 7 kerusi walaupun UMNO nampaknya telah berjaya menambah kerusi dari 79 kerusi (PRU-12) kepada 88 kerusi (PRU-13).

Ini adalah pertama kali Mohd Najib telah mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya sebagai presiden parti. Pakatan memenangi lebih banyak kerusi dari apa yang dimenangi 5 tahun yang lepas. BN pula gagal untuk menawan semula Negeri Selangor dan ini meletakkan tekanan yang hebat kepada presiden gabungan parti politik itu.

Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Najib akan menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya.
Para konservatif di dalam parti UMNO telah mempersoalkan kewibawaan Najib sekiranya beliau terus mengetuai parti tersebut di dalam pilihanraya akan datang.

Mengikut kata pujangga “Politik adalah seni dimana yang mustahil boleh jadi tidak mustahil”. Atas kebijaksanaan Datuk Seri Najib menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda, termasuk apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam parti beliau sendiri.

Najib bukan bernasib baik tetapi atas kesabaran dan kebijaksanaan beliau, nampaknya beliau berjaya mengubah nasib politiknya sendiri.

Selain dari bersikap diplomatik, kesabaran adalah salah satu karakter hebat yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia. Abdullah telah melepaskan jawatannya apabila kegagalan BN pada pilihanraya 2008, ia mempercepatkan Najib untuk memegang tampuk pemerintahan. Tetapi Naijb telah menunggu dengan sabar, dan berjaya menggantikan Abdullah tanpa menyakiti hati bekas Perdana Menteri tersebut.

Thursday, 17 July 2014

Video Raya TM Papar Kisah Budak Perempuan Nakal, Comel!!!


Sambutan hari raya Aidilfitri seakan tidak lengkap tanpa tayangan iklan raya daripada pelbagai syarikat gergasi Malaysia antaranya seperti Petronas, Bernas, TM dan Maxis.

Dan rasanya tahun ini, pihak Telekom Malaysia (TM) yang paling awal sekali menyiarkan iklan raya mereka.

Memang menghiburkan!

Dalam komedi iklan ini ada juga terselit mesej berguna yang boleh dijadikan tauladan buat adik-adik di luar sana.

Jangan suka menipu, tak baik tau!

Apa-apa pun, adik yang berlakon ni memang comel giler, natural je ‘acting’ dia.

Tak sabar nak tunggu iklan raya Petronas tahun ini, apalah kelainannya kali ini ya!

Tuesday, 15 July 2014

Apa Ada Dengan Razali Kulintangan???


Mungkin ramai yang tak tahu apa itu kulintangan?

Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang paling popular di Sabah terutama di kalangan kaum Bajau dan Kadazan-Dusun.

Alat muzik tersebut terdiri daripada lapan hingga sembilan atau lebih gong kecil dalam satu set.

Bila bercakap pasal kulintangan ini, orang yang paling tepat bercerita mengenainya adalah Razali Kulintangan atau Razali Abdul Rahman.

Anak muda lulusan Diploma Seni Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ini pernah menjuarai program Bakat TV peringkat akhir, menjuarai Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan di Festival Muzik Rainforest di Sarawak.

Lihat saja bagaimana Razali bermain kulintangan untuk lagu Gadis Melayu seperti dalam klip video di bawah, anda pasti terpesona dengan kehebatan bakatnya!







Monday, 14 July 2014

Panas!!! 3 ‘Budak Perempuan Pailang’ Akhirnya Dihantar Ke Sekolah Tunas Bakti...


Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.

Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan.



Friday, 11 July 2014

Subhanallah!!! Bayi Enggan Berpisah Dengan Ibu Selepas Bersalin???


Seperti diketahui, hubungan antara ibu dan anak amat istimewa dan bermula sejak dari dalam perut lagi.

Keistimewaan hubungan tersebut terserlah dalam video di bawah apabila seorang bayi yang baru lahir enggan dipisahkan daripada ibunya.

Bayi berkenaan yang dilahirkan melalui kaedah caesarian, pada mulanya ditunjukkan pada ibunya secara dekat seperti yang sering dilakukan oleh doktor.

Ia kemudiannya diambil semula untuk dibersihkan dan dibedung dengan sempurna.

Bagaimanapun, tangan comel bayi tersebut segera mendakap wajah ibunya dan tidak mahu dipisahkan lagi selepas itu.

Bila ditarik, bayi berkenaan menangis sekuat hati dan kembali diam selepas didekatkan kembali pada ibunya.

Memang manis sekali momen ini dan ia pasti menyentuh hati para ibu dan anak di luar sana.

Wednesday, 9 July 2014

Rosmah Hadir Majlis Tazkirah, Solat Sunat Tasbih


PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah serta menunaikan solat sunat Tasbih yang diadakan di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang diadakan sempena menghayati bulan Ramadan itu turut dihadiri isteri Ketua Setiausaha Negara Puan Sri Rohani Abdullah.

Pada majlis berkenaan, penceramah terkenal, Datuk Dr Fatma El-Zahra menyampaikan tazkirah yang berkisar kepada amalan dan perbuatan yang wajib dilakukan pada bulan Ramadan serta keberkatannya dan manfaat yang diperoleh dengan menunaikan solat sunat Tasbih.

Lebih 200 tetamu lain terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) menghadiri majlis itu.

Turut hadir penuntut dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). – MyNewsHub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers