Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 29 August 2014

Impak #MH370: Murid Gelar Najib "Bapa Kapal Terbang"??? @NajibRazak


Tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlaku pada tahun ini membawa impak yang amat besar terhadap negara.

Sudah pasti, insiden mengejutkan lagi luar biasa ini telah terpahat dalam sejarah sebagai peristiwa pahit untuk dikenang.

Begitu pun sepanjang proses menangani kedua-dua insiden tak terjangka ini terutama MH370 yang masih belum selesai sampai sekarang, individu paling terkesan tentulah Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan hakikat ini dimaklumi semua rakyat.


Selain itu, insiden pesawat ini nampaknya turut mempengaruhi pemikiran seorang murid sekolah rendah.

Bayangkan ketika menjawab soalan diberikan guru dalam buku latihannya berkaitan gelaran PM Malaysia; murid tersebut menjawab dengan betul bahawa Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan).

Namun bila sampai part PM sekarang, dia menjawab Najib adalah Bapa Kapal Terbang / Bapa MH 370!

Terang-terangan jawapan murid ini salah tapi jelaslah, insiden ‘kapal terbang’ adalah satu peristiwa besar yang akan sentiasa dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib apabila bercakap tentang sumbangannya ketika bergelar PM Malaysia baik sekarang mahu pun pada masa depan.

Thursday 28 August 2014

Puaka Niring : Misteri Pancaran Hijau Di Perairan Thailand Jadi Tanda Tanya???


BANGKOK – Pancaran cahaya hijau yang kelihatan dari perairan Bangkok telah membingungkan seorang angkasawan, Reid Wiseman, yang merakamkan gambar berkenaan semalam.

Beliau kemudian telah memuat naik dalam twitter dengan tajuk ` Bangkok adalah bandar yang bercahaya. Cahaya hijau di luar bandar? Tiada idea.

Wiseman berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISIS) merakamkan imej berkenaan lebih 320 kilometer dari bumi dengan pancaran cahaya hijau itu kelihatan dengan jelas dari angkasa lepas.

Pelbagai teori dikemuakan termasuk makhluk asing, sisa buangan nuklear dan rumpai laut namun NASA mendakwa ia lebih kepada bot nelayan.

Cahaya hijau dari lampu LED itu digunakan untuk menarik perhatian sotong dan hidupan laut lain ke darat.

Berdasarkan artikel Pemantauan Bumi NASA pada Oktober 2013 oleh Michael Carlowicz, nelayan dari Amerika Selatan dan Asia Tenggara menggunakan cahaya untuk menarik plakton, ikan dan sotong ke permukaan air.

“Bot mencandat sotong ini mempunyai beratus-ratus lampu yang menghasilkan 300 kilowatt bagi setiap bot,’’ kata Carlowicz.

Saintis mula mengesan cahaya berkenaan di laut pada penghujung 1970-an dan 1980-an ketika menggabungkan peta bumi pada waktu malam.

Panas!!! Surat Sulit Tersebar Wan Azizah Ditawar Jadi MB Melaka???


Di saat rakyat Selangor kian pening berdepan kemelut Menteri Besar, ‘Sultan Melaka’ didapati sempat masuk daun dalam isu ini.

Menerusi satu surat rasmi yang kini tersebar individu mendakwa dirinya Sultan Melaka menggunakan nama DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah (Tuanku Raja Noor Jan Shah) mengumumkan bahawa keluarga Dato’ Seri Anwar akan ditawarkan jawatan di negerinya.

Jawatan tersebut adalah Menteri Besar untuk Dr Wan Azizah, Pengerusi Persatuan Wanita kepada Anwar manakala Nurul Izzah pula dilamar menjadi permaisuri.

Dalam surat rasmi berkepala ‘Sultan Melaka Darul Islam’ itu, turut diluahkan adalah simpati ke atas nasib Wan Azizah yang disifatkan menjadi bahan ketawa puak UMNO kerana tidak mendapat sokongan PAS.


Sedangkan menurut ‘Sultan Melaka’ yang kemarukkan Nurul Izzah ini, mereka tidak mengetahui kelebihan Wan Azizah.

Kepada Anwar pula beliau dipesan usah bimbang kerana jika Nurul Izzah menjadi permaisuri Melaka maka impiannya untuk menawan Putrajaya akan semakin cerah.

Apa pun satu je gua nak komen tentang surat di atas, tak kira siapa pun yang melakukannya anda adalah pelaku parodi paling gigih, sinikal dan kelakar di negara ini – terima kasih kerana menghiburkan kami....

hahahahahahahahahahahahaha.............

Tuesday 26 August 2014

Nak Majlis Solat Hajat Sederhana Jer Tapi Dihadiri Lebih 5,000 Orang!!! @NohOmar


Satu program solat hajat yang diadakan untuk menyelamatkan negeri Selangor disasarkan untuk diadakan secara sederhana tetapi tiba-tiba dibanjiri ribuan rakyat Selangor yang masih sayangkan negeri mereka.

Negeri itu yang disifatkan yang paling kaya di Malaysia pada ketika ini sedang dirundung kemelut politik berkaitan kedudukan Menteri Besar yang kini cuba dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR mahu menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diletakkan sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Program berkenaan dihadiri lebih 5,000 jemaah dalam majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dan Menjunjung Titah Duli Tuanku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis itu dianjurkan oleh Ikatan Kebajikan Dakwah Selangor (IKDAS) yang turut mendapat kerjasama UMNO Selangor, bertujuan mendoakan negeri itu terus kekal aman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh rakyat Selangor.

“Walaupun ada sedikit kesulitan untuk mengadakan program yang berunsurkan keagamaan ini tetapi ia tetap berjalan dengan lancar.

“Dengan apa yang berlaku ini, kita semua perlu mengambil iktibar, bila berlakunya pecah belah disebabkan politik, nak adakan program keagamaan pun susah serta ada pihak yang membantah,” katanya.


Monday 25 August 2014

Lensa Niring : Sekitar Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Mersing


Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing.

Intipati ucapan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob -

1) Bangsa lain menyerang Melayu di Media Sosial kerana kita nampak lemah di mata mereka.

2) Hanya UMNO bermatian membela Melayu Islam dan Raja selama ini termasuk penghinaan di media sosial, pakatan rakyat tidak pernah.

3) Melayu diminta bersatu, jaga Islam dan raja, kalau bukan kita, siapa lagi?

4) Umno bahagian harus kerja keras dan mengkaji untuk menaikkan kepercayaan orang melayu kepada UMNO

5) Teguran Tun M ada sebabnya, kita wajib hormat Tun M dan wajib sokong pemimpin semasa.







[18SX] Subhanallah!!! Lesbian Islam Bangga Dikahwinkan Oleh Imam Lelaki Gay!!!


STOCKHOLM – Dua wanita beragama Islam ini menjalinkan hubungan terlarang. Tanpa mempedulikan tegahan agama, Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar yang berasal dari Iran ini telah berkahwin.

Menyedihkan apabila pasangan ini dinikahkan oleh seorang lelaki gay yang mendakwa sebagai Imam Zahed yang berasal dari Algeria.

Sarah dan Maryam yang amat gembira dengan perkahwinan itu dan menikmati kehidupan mereka sebagai pengantin. Jika mereka berada di negara asal Iran, sudah pasti hukuman yang menanti adalah hukuman mati dan 50 kali sebatan.

Maryam kini sedang mengandung anak sulung manakala Sahar pula mengalami pengakit tulang.

Sementara gay yang `menikahkan’ mereka ini pula kini berpengkalan di Afrika Selatan.

Entah bagaimana pernikahan haram itu dilaksanakan namun disebabkan mereka berada di Sweden, maka semuanya dihalalkan atas nama hak kebebasan manusia.

Sarah dan Maryam melarikan diri dari Iran, kerana mahu meneruskan hubungan terlarang itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers