Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 9 March 2017

Kepakaran Anak Malaysia Dalam #DinarDirham #Bitcoin #BlockChain Diiktiraf Kerajaan Dubai!!!! @AraiEzzra @NajibRazak



Malaysia sebenarnya adalah negara contoh kepada kebanyakan negara lain di dunia terutamanya negara dunia ketiga seperti Afrika dan negara-negara baru membangun terutama dari segi pengurusan ekonomi. SILA KLIK SINI Antara negara Islam lain yang mula mengagumi sistem pengurusan ekonomi negara adalah Dubai. Ekonomi Dubai dicatatkan bernilai US$46 million sahaja pada tahun 2006. Kini nilai ekonomi Dubai berkembang pesat hingga mencecah billion dollar. Kenyataannya, ekonomi Dubai bukan hanya dibangunkan dengan latarbelakang industri minyak sahaja, Kota Dubai memiliki sebuah perdagangan bebas dalam bentuk emas dan hingga 1990 merupakan hub bagi "penyeludupan" emas.

Kali ini Dubai menterjemah pengiktirafan dalam sistem atau konsep kewangan baru iaitu Cryptocurrencies dan BlockChain dengan menjemput Arai Ezzra, Co Founder DinarDirham sebagai Advisor oleh kerajaan Dubai untuk berkongsi kepakaran dalam bidang teknologi blockchain di Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung di Burj Al-Arab, Dubai pada 6 Mac 2017. Kesungguhan Dubai terhadap konseo ekonomi baru ini jelas memperlihatkan keseriusan Dubai mahu menjadi peneraju dalam dunia kewangan baru BlockChain ini. SILA KLIK SINI 



Dalam forum ini bukan sahaja delegasi dari Dubai bahkan dari negara arab sekitarnya yang juga hadir bagi mendengar pembentangan berkenaan BlockChain, Bitcoin dan DinarDirham dari beliau. Bukan mudah bagi seseorang untuk memberi penerangan di hadapan hadirin terutama pemain kewangan dan ekonomi dari luar negara yang jauh lebih "advance". Namun, peluang dan ruang serta satu pengiktirafan buat anak Malaysia berjaya memukau para hadirin dengan penerangan dan penjelasan yang padat dan mudah difahami.


Keynote 2017, World Blockchain Forum turut dihadiri oleh Mohammed Shael Al Saadi, CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development dan Wesam Lootah, CEO at Smart Dubai Government.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers