Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 8 September 2012

Puaka Niring : Awan Aneh Di Sandakan Sabah...



Lokasi - Kampung Bokara Sandakan. Sorry, orang sabah punya bahasa. Just ignore it. :)

Ustaz Zamihan al-Ghari - Ayat Al-Quran Yang Menyanggah Kata Nik Aziz...



Teguran Ustaz Zamihan al-Ghari kepada kenyataan Nik Aziz tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..

Betul Ker Safee Sali Dah Masuk PKR????


Korang kenal ke Safee Sali ni? Gua percaya majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia pasti mengenali penyerang bolasepak skuad kebangsaan Malaysia ini.

Khabarnya kelmarin bertempat di Batu Tiga Shah Alam, Safee Sali telah menghadiri program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail.

Dalam program ini Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda". Antara hadiah yang disumbangkan seperti T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.

Agenda ‘Republik Malaysia’ Semakin Ketara...


Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini. Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa ‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.

Nafkah Batin Sebab Kenapa Isteri Sham Kamikaze Menuntut Cerai???


Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.

"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.

Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.

"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.

Friday 7 September 2012

Puaka Niring : Wanita Disumpah Jadi Tanah Di Paloh...



Gua jumpa video nie kat Youtube... 
Terpulang la kepada korang nak percaya ker tidak... 
Gua tak paksa...

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3 Nak Masuk Parti Politik Ker????


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi semalam kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” menurut sumber dalaman.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Video Suami Yang Pukul Isteri Di Ipoh Masuk Berita...



Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan sikap Amanda Fong yang mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa polis tidak bersungguh-sungguh dalam menangani kesnya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan pihak PDRM berikutan sikap kurang sensitif wanita itu;

Pihak polis kesal dengan kenyataan Amanda Foo yang menyatakan pihak polis memandang ringan dan tidak menyiasat kesnya.

Siasatan kesnya telah selesai dan pihak polis sedang menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwaraya. Pihak polis berharap beliau akan memberi kerjasama dan bukan memberi kenyataan yang tidak benar kepada umum mengenai kesnya.

Polis Perak akan memberi kenyataan mengenai kes ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, beberapa komen pengguna Facebook nyata tidak senang dengan sikap Amanda.

Artis Indonesia Julia Perez Dah Gila – Tatu Seruan Azan Di Badan!!!


Apa punya tahap gila tak masuk akal la artis Indonesia bernama Julia Perez ni!

Ingat agama itu bahan bergurau senda ke?

Balik umrah, buat tarian tiang.

Paling terbaru….dan mungkin tindakan paling tak masuk akal, Julia buat tatu di badan.

Tatu itu dapat dilihat apabila Julia memakai baju fesyen ala-ala berkemban ketika menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Isnin lalu.

Bukan main-main, tatu rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan, yakni kalimat - “Hayya ‘alal Falaah”.

Thursday 6 September 2012

Quikie : How To "Gangnam Style" Dance Tutorial With PSY & Michelle Park



Korang dah pernah tengok video "Oppa Gangnam Style" kan tapi korang tak belajar lagi camner nak menari... So, gua bagi Sifu "Oppa Gangnam" ajar korang macam mana nak menari "Oppa Gangnam Style"...

Have fun...

10 Petanda Si "Dia" adalah Jodoh Kita...


Wahhhhh masuk tips cinta pulak. Kali ni nak berkongsi dengan korang manalah tahu rupanya yang selalu dengan korang tu laa sebenarnya jodoh yang selama ni korang mencari ye dak? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Wednesday 5 September 2012

Puaka Niring : Misteri Bilik Kosong Di Penjara Pudu...


Takut beb…patut la penjara tu cam menyeramkan…….huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja… Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil ‘Bilik Terakhir’. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan ‘BILIK TERAKHIR ‘ adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Tiada Lagi "MALAM MERDEKA" - Bila Binatang-binatang Peliharaan Anwar Ibrahim Mula Beraksi...


Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.

Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pembangkang tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.

Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.

Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan, kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.

Sementara itu, di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pembangkang sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam. Budak-budak motor pro pembangkang bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.

Inilah Pemimpin PKR Yang Mengaku Membuat Bendera Bodoh PR...


AKHIRNYA ADA JUGA ORANG YANG MENGAKU. ANWAR NAK PUSING APA PULA SELEPAS INI??? TAKKAN PEMIMPIN BUAT KEPUTUSAN SEORANG. TAK LOGIK???

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.

Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.

Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'

Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Jelasnya, corak tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang diguna pakai oleh negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.

Tuesday 4 September 2012

Puaka Niring : Awan Aneh di Moskow, Rusia Mirip UFO Alien

Sketsa : Lift Aneh Kelakar Giler



Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!  Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!  Kah! Kah!

Surat Terbuka Untuk Haron Din...


Tuan Guru Dato Dr Haron Din tiba-tiba muncul dari ‘pertapaannya’ dan mengulas di sebuah akhbar dengan lantang akan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu peribahasa Inggeris bermaksud ‘Lebih baik memilih ‘syaitan’ yang dikenali dari memilih ‘malaikat’ yang tidak dikenali’. Sekian lama kita mencari ke mana menghilangnya tokoh ulama PAS yang suatu ketika amat tersohor ini di kalangan umat Islam. Malah saya juga ketika itu sangat menghormati ketokohan ‘Tuan Guru’ ini. Dato Dr Haron Din mengulas kenyataan itu dengan meminta Tun Mahathir ‘bertaubat’ kerana dianggap menyeleweng dari akidah. Beliau juga mengulas bahawa tiada ayat Al Quran yang ‘menyokong’ kenyataan Tun Mahathir tanpa memahami atau bertanya sendiri dengan Tun Mahathir tentang ucapan tersebut.

Perkara ini juga turut pernah terjadi kepada YAB Perdana Menteri tidak beberapa lama dahulu apabila seorang Mufti mengambil kesempatan ‘membelasah’ Perdana Menteri melalui media kerana isu kehadiran beliau ke satu perayaan keagamaan kaum India. Perkara seperti ini seolah-olah dinanti-nanti oleh golongan ulama untuk mencari-cari salah umara dan kelihatannya seperti mahu mempopularkan diri dan membetulkan keadaan secara terbuka. Justeru saya pun ingin bertanya bagi membetulkan pandangan Dato Dr Haron Din secara terbuka.

Malah dalam isu kenyataan Tun Mahathir, ianya umpama ‘bola tanggung’ yang dinanti-nanti oleh Dato Haron Din untuk muncul dari ‘pertapaannya’ selama ini. Amat menghairankan kerana Haron Din membisu apabila Mursidul Am PAS pada suatu ketika secara terang-terangan menyatakan sanggup bersahabat dengan ‘syaitan’ asalkan ‘syaitan’ sanggup membantu kemenangan PAS. Kenyataan Nik Aziz itu mungkin merujuk kepada DAP, tetapi Haron Din dan penganut PAS bijak pula mentafsir kenyataan tersebut dalam konteks yang lebih terbuka. Sedangkan jika beliau seorang ulama yang adil dan saksama, maka kenyataan Nik Aziz ini jauh lebih dahsyat kerana sanggup memilih ‘syaitan’ sebagai sahabat dari memilih ‘manusia seagama’ sebagai rakan politik dalam memerintah negara. Malah setakat ini belum ada ‘peribahasa Inggeris’ yang ditemui berkaitan kenyataan Nik Aziz itu untuk mempertahankan kenyataan tersebut.

Apakah dalam isu ini Dato Haron Din tidak terjumpa begitu banyak Firman Allah di dalam Al Quran yang melarang manusia memilih dan bersekutu dengan syaitan?. Apakah ulama dan ahli PAS terlupa bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata ? Apakah Haron Din atau ulama PAS mempunyai ‘kekebalan’ dari hasutan syaitan sedangkan Nabi Adam AS pun mampu diperdaya oleh syaitan. Janganlah kita ujub dan takabur seolah-olah dengan ketinggian ilmu yang kita mililik maka kita beranggapan kita ‘berada di jalan yang lurus’. Bagi syaitan yang mempunyai pengalaman luas dan bekas ketua malaikat maka tentulah bukan menjadi masalah untuk meyesatkan keturunan Adam AS termasuklah ulama-ulama atau tok guru apatah lagi manusia marhain seperti kita. Malah perkataan ‘maksiat’ juga merujuk kepada ‘perpecahan dalam masyarakat’ yang secara terang telah dilakukan oleh PAS sejak 1951. Kesan ‘maksiat perpecahan’ adalah jauh lebih besar kepada masyarakat dan ianya boleh dilihat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

[Video] : Bukti Mat Sabu Penipu Wasiat Tun Ghaffar Baba...



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"

Bagaimanapun dakwaan Mat Sabu itu disahkan bohong oleh anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.

Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.

Monday 3 September 2012

Puaka Niring : Misteri Lombong Polo Iskandar Perak...


Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dengan the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.
Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. Kira penghujung jalan dan last punya lombong. Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)

Sampai jer terus semua ambil port memasing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. Wow! Sangat lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.

Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng....

2 orang kawan aku tengah pasal unggun api.. Nak bagi terang kawasan. Walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..

Aku plak duduk kat pancing sambil sembang-sembang dengan kawan aku yang duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan.

Bukti Gambar Pekerja Indon Diimport PR Untuk Ke Dataran Malam Merdeka...


Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

[Video] : Adakah Benar Sokong Parti Islam Adalah Benar???...



Korang dengar elok-elok kemudian fikir dengan berlapang dada...

Sunday 2 September 2012

Puaka Niring : Misteri Kipmai Masai Johor...


Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yang di katakan 'berpenghuni'

Tahukah korang bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak digunakan? Maka terjadilah tempat-tempat jin melepak.. Jangan disangka rumah kosong yang dibiarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..

Surau sepi ini berdekatan dengan pekan Masai.. Surau tu dibuat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma untuk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz untuk mengajar kuliah di surau berkenaan..

Yang anehnya setiap kali mengikuti kuliahnya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yang dihadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa-apa pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..

Ustaz ini amat daif kehidupannya dari segi harta. Semua kenderaan yang digunakan adalah sumbangan dari anak muridnya. Dia tinggal di rumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama. Masyallah hebatnya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kepadanya... Dia telah kembali ke rahmutullah pada tahun 1990an.

Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun dirobohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah didirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!

[Video] : Ustaz kazim Penjelas Bahaya Murtad Yang Berlaku Sekarang...



Penjelasan Ustaz Kazim tentang isu Murtad yang semakin berleluasa di Malaysia

Jawapan Bijak Mengenai Isu Air Selangor...


Dasar Air Percuma Tidak Bijak, Bukan Bersifat Lestari - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran bahawa Malaysia tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga.

"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya.

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Bawak Ferrari, Betul Ker Kereta Dia???...


NILAIKAN SENDIRI USTAZ PAS SORANG NI..!!

Hebat, bergaya dan mantop. Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada artis PAS sorang ni, sebabnya artis lain dan pelakon pun tak dapat nak merasa apa yang dirasai oleh penceramah bini 4 ni. Orang perempuan mesti suka nak tengok Ustaz Glamour ni, mengalahkan Ustaz Akhil..!!!

Hebatkan, mana ada artis ataupun pelakon kahwin sampai 4 bini, sedangkan penceramah yang terlalu diberi kebebasan bersuara dalam masjid ni lantang menghuraikan pendapatnya. Biarlah gambar di atas berbicara tentang kehidupan mewahnya.

Itu sebab penceramah ni sokong PAS, sebab masyuk banyak..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers