Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 26 August 2011

Nik Aziz Sokong Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Pemimpin Pembangkang lain Pulak Macam Mana?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (Klik Sini) bagi memperkukuhkan sistem pilihan raya serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas penubuhan jawatankuasa itu.

Beliau berharap penubuhan jawatankuasa yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

Nik Aziz berkata, beliau yakin melalui penyertaan anggota yang melalui penyertaan anggota yang membabitkan pihak daripada pro kerajaan serta pro pembangkan, jawatankuasa itu mampu menghasilkan pilihan raya bersih, bebasdari kegiatan negatif.

Minggu lepas, Setiausaha Pas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas tidak berminat untuk turut serta dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh PM. Antara alasan Pas ialah jatankuasa ini tidak diketuai oleh wakil pembangkang dan jumlah wakil yang tidak menyebelahi pembangkang (Klik Sini).

Thursday 25 August 2011

Hishammuddin Tak Gentar Setakat Peluru dan Surat Ugutan...


Semalam Pejabat Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) gempar apabila menerima sepucuk surat mengandungi 2 butir peluru hidup dan sekeping nota ugutan kepada Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri. Surat tersebut diterima oleh Pegawai Khas dari Jabatan Polis Diraja Malaysia kira-kira jam 2 petang. Namun, kehadiran peluru dan nota ugutan tidak mendatangkan kesan kepada beliau. "Ia tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas serta terus bekerja seperti diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, melalui jawatan yang saya pikul" Jelas Datuk Seri Hishammuddin dalam akhbar tempatan hari ini.
Gambar Ilustrasi

Menurut maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, surat tersebut beralamatkan dari Melaka dengan menggunakan nama pengirim berbangsa cina. Surat tersebut dihantar melalui pengiriman Pos Laju dan menjadi satu kemusykilan bagaimana syarikat Pos Laju gagal mengesan kehadiran benda merbahaya seperti peluru yang dikirim di dalam surat tersebut.

Khalid Ibrahim Bengang Bila Sultan Selangor Tak Perkenan Majlis Syura!!!!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah memperkenankan penubuhan Majlis Syura atau majlis berbentuk dialog berkaitan agama dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani,"Apa yang berlaku ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum kepada Sultan Selangor berhubung hasrat beliau memanggil dan berjumpa dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan isu pemeriksaan JAIS di gereja itu."

"Beliau bercadang membawa bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Sultan Selangor pula tidak menghalang hasrat Menteri Besar memanggil pihak gereja bersama Mufti Selangor tetapi baginda menasihatkan Abdul Khalid menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor untuk memberi nasihat perkara berkaitan hukum-hakam syariah dan tidak meyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS"


Kulaan :  Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana berhubung dengan isu yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim apabila Khalid Ibrahim berhajat besar hendak menjadi hero  kepada penganut Kristian dengan mempertahankan pihak gereja bukannya mempertahankan tindakan JAIS dalam isu ini.

Berang dengan teguran Sultan Selangor, hari ini Khalid dan kerajaan pakatan bertindak menukarkan nama Majlis Syura dengan nama Jawatankuasa Pendengaran walhal konsepnya masih sama hanya nama sahaja yang berbeza.  Matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama.  Jadi, tindakan ini seolah-olah memperlihatkan perangai jahat Khalid dan kerajaan pakatan rakyat yang tetap hendak mengadakan jawatankuasa dengan sekadar menukar nama "Rebranding" atas desakan sebahagian besar ADUN Kristian yang berselindung disebalik jawatankuasa ini.

AC Di Mana??? AC Mizal Di Lorong Haji Taib...

Malam kelmarin telah berlangsung satu program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Pemuda Umno Malaysia bertemakan "Jom Singgah Sahur dan Pendampingan Ke Arah Kehidupan Positif" di CCSC Chow Kit bertempat di Lorong Haji Taib 3, Kuala Lumpur.

"Jom Singgah Sahur"
CCSC Lorong Haji Taib, Chow Kit, KL
Lebih mengejutkan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal tanah air dan pelawak tersohor AC Mizal yang turut sama turun padang menjayakan program ini. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan bila ramai penagih dadah tegar, orang gelandangan dan mereka yang mendiami Lorong Haji Taib dan sekitar Chow Kit keluar untuk menerima juadah bersahur.

kehadiran AC Mizal disambut meriah orang ramai...
sebahagian daripada orang ramai yang terkejut
melihat AC Mizal turun
Lorong Haji Taib
pagi-pagi buta... betul ker dia ni??
AC Mizal sedang beramah mesra dengan
sukarelawan-sukarelawan yang datang
membantu mengagihkan juadah bersahur...
Siapa yang tidak merasa teruja apabila artis atau selebriti datang ke tempat kita. Artis pujaan dan pelakon terkenal lain juga diharapkan dapat melakukan perkara yang sama. Kerja sukarela ini amat dituntut oleh Islam. Hadith :

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”

kesempatan yang diambil anak-anak Lorong Haji Taib bergambar dengan selebriti pujaan...
AC Mizal turut sama memberi juadah bersahur
kepada komuniti Lorong Haji Taib...
Kesempatan ini diambil oleh mereka untuk bergambar dan melihat selebriti ini secara "face to face" yang selama ini mungkin mereka hanya dapat melihat di kaca television sahaja.

penagih tegar, kanak-kakak, orang gelandangan,
golongan maknyah dan komuniti yang mendiami
Lorong Haji Taib diberikan juadah bersahur
kepada mereka...
sebahagian daripada Exco Pemuda
Umno Malaysia yang turut sama memberi
juadah bersahur bersama AC Mizal...
Inilah antara amalan yang mulia sempena dengan kehadiran ramadan kali ini. Amalan bersedekah dan memberi makan fakir miskin dan orang yang memerlukan bersesuaian dengan ayat Al-Quran.
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."(2)
 
bersantai setelah penat memberi juadah bersahur...
sambil berbincang program yang sesuai akan datang...
AC di mana? AC di sini...

Wednesday 24 August 2011

Anggota Wanita PSM Mendakwa Dibogelkan Polis????

Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Hah! Rasa nak pecah perut Kulaan bila terbaca cerita kat blog Pejuang-Rakyat pasal isu "Dakwa Dibogelkan" (Klik Sini). Kononnya tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diarahkan berbogel dan menukar pakaian di hadapan anggota polis semasa ditahan dalam lokap selepas diberkas Jun lalu sebelum perhimpunan Bersih. Mereka terdiri daripada G. Packialetchumy (40 tahun), P. Indra (53 tahun) dan P. Jody (51 tahun) yang telah membuat laporan polis di IPD Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Aduyai... kalo awek umur 20-30 tahun lojik gak kalo nak buat report polis pasal kononnya polis lelaki "kebulur" sangat nak tengok depa ni bukak baju. Ni umur pun dah setengah abad, habis kendur sume benda sapa la yang teringin sangat nak tengok tu. Kulaan rasa polis yang dok tengok tu pun termuntah daraah kalo tengok pun. Come'on la... 

"Layanan bruk, pencabulan kuasa dan gangguan seksual" hilang akal ker dia orang ni. Sapa la yang terkutuk sangat nak buat gangguan seksual kat depa yang dah layak bergelar nenek ni. Bukan niat Kulaan nak menghina atau mengeji mereka tapi "ukur baju badan sendiri" la...

Korang baca ler laporan kat bawah nie... Kulaan malas nak baca... nie pun dah ada rasa nak muntah hijau dah nie...

AMARAN!!! JANGAN BACA KALAU TAKUT MUNTAH HIJAU... BERHENTI SETAKAT INI SAHAJA...

Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu. G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini. NONEMereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis. Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang. Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita. “Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya. Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?”. NONE"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang. Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan. Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu. Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya. Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain. - malaysiakini

[Video] Pendedahan Eksklusif Pemeriksaan JAIS Ke Atas Gereja DUMC!!!!

Cuba korang perhatikan baik-baik video kat bawah nie... mana ada pegawai JAIS main serbu-serbu tak ketahuan... pecah-pecah pintu ka... rosakkan barang tak tentu pasal ka... tapi pembangkang memanipulasi itu sebagai "SERBUAN"... macam ganas jer bunyi dia... itulah pembangkang... cerita tu betul ka salah ka dah tak penting... yang penting bagi nampak kerajaan semuanya tak betul... bukan serbuan tetapi "Pemeriksaan" sahaja... itu perkataan yang sebenar...

Siri 1

Siri 2

Siri 3


Sumber informasi dari : screwkuat69 & 1peluru

Korang dah tengok kan dengan mata kepala korang sendiri... jadi gunakan akal yang Allah bagi untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk... Adios Amigos...

Tuesday 23 August 2011

Dr. Asri Minta Orang Agar Agensi Agama Terbuka... Beliau Sudah Terbuka Kah?...

Hari ini dalam The Malaysian Insider, Dr. Asri meminta agar agensi agama bersikap terbuka menerima pandangan pihak lain dan bukan hanya memaksa orang menerima pandangan satu hala mereka sahaja (Klik Sini). Kenyataan beliau merujuk kepada kes serbuan gereja di Damansara Utama. 


Kenyataan sinis ini mungkin kesan daripada peristiwa JAIS membuat tangkapan ke atas beliau atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah sedangkan menurut beliau, sijil-sijil beliau yang berjela-jela bukan setakat menara gading tetapi pernah menjadi mufti sebuah negeri sebagai bukti bahawa beliau sudah lebih daripada layak. Apa perlu lagi kebenaran tauliah mengajar daripada JAIS.

Sejak kebelakangan ini dapat di lihat beberapa kenyataan Dr. Asri ini yang bertentangan dengan pendapat ulama lain di Malaysia. Adakah kenyataan Dr. Asri sahaja yang betul dan benar tanpa ada kesilapan atau kekhilafan. Adakah kenyataan ulama lain yang bertentangan dengan apa yang dikatakan Dr. Asri adalah salah semata-mata. Dr. Asri juga manusia biasa yang mungkin ada melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana beliau bukanlah maksum seperti Rasullullah.

Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini The Malaysian Insider dan Malaysiakini seringkali memetik kenyataan Dr. Asri jika sesuatu isu tersebut berkaitan agama. Sudah semestinya kenyataan tersebut sama ada menyebelahi dua portal ini secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembangkang. Jika terdapat kenyataan yang tidak menyebelahi mereka, kenyataan Dr. Asri ini akan dibiarkan dan dipendam begitu sahaja. Jadi, berhati-hatilah jika membaca kenyataan Dr. Asri di portal-portal seperti ini. Jangan diterima bulat-bulat kerana Malaysia juag mempunyai ramai lagi ulama' lain yang boleh memberi pandangan dan fatwa yang tepat dan benar.

Dr. Asri juga manusia biasa yang juga melakukan kesalahan dan kesilapan...

Malaysiakini Meragui Permohonan Maaf Kompas????

Kulaan dah agak dah.... Kulaan memang dah agak... bila akhbar Kompas keluar kenyataan minta maaf kepada PM dan keluarga PM baru-baru ni... kenyataan maaf ini tak dapat diterima oleh Malaysiakini (Portal Penipu) dan penyokong pembangkang (Klik Sini)... tapi kalo PM mengaku la pulak, melompat sakan mengalahkan Beruk Makyea... itulah perangai sebenar pembangkang nie kalo korang nak tau... kalo video klip Anwar depa mintak sediakan 4 saksi ikut cara Islam jika nak tuduh mamat tu buat ehem eham sekalipun muka tu terang-terangan muka dia... siap pakar luar negara kata 99.999% sah muka dia... kalo video klip kekerasan polis habis satu melayu depa dok jaja sampai ke peringkat antarabangsa la... habis tak minta pun saksi 4 orang... itu la perangai hudoh pembangkang kalo korang nak tau... jika kena kat depa tak boleh... kalo kena kat orang lain semua boleh...

Berbalik dengan Malaysiakini yang skeptikal dengan permohonan maaf Kompas sampai tajuk artikel pun semacam jer... "Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas" by Kuek Ser Kuang Keng (wartawan Malaysiakini). Tajuk Malaysiakini memang pelik skit tapi jangan percaya sudah ler... hari tu pun Malaysiakini kuar tajuk lain isi lain... Klik Sini... tajuk artikel larangan azan tapi isi hanya sentuh bab larangan bacaan Al Quran sebelum subuh... kan jauh beza dia tuh...
Nie la muka mamat skeptikal tuh...
Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

NONEMenurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu. (Artikel penuh Klik Sini)

Nie pulak sebahagian daripada komen bangang rakyat Malaysia yang tak sedar diri... tak tau hujung pangkal cerita main menyampuk jer sesuka hati... kata orang buat fitnah, tapi sendiri buat fitnah tak sedar... dah sah ada pengakuan mohon maaf tapi nie la orang kata buta hati...
Korang nilai ler sendiri.....

Eksklusif : Siapa Kakitangan Kastam Yang Mengeluarkan Dokumen Mengenai Cincin Rosmah

Baru-baru ini akhbar utama Indonesia Akhbar Kompas memohon maaf secara terbuka mengenai laporan Kompas yang tidak tepat terutama mengenai isu cincin kononnya milik Datin Seri Rosmah Mansur bernilai US$24m (Klik Sini). Kesannya, isu ini telah dimanupulasi dengan buruknya oleh pembangkang terutama bekas calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan, Cikgu Bard yang secara terangnya menimbulkan fitnah dalam ceramahnya. Kali ini Kulaan tidak berminat untuk membincang isu fitnah Cikgu Bard tetapi kenyataan beliau dalam ceramahnya (rujuk minit ke 2.22) bagaimana beliau mengemukakan kenyataan bahawa berkaitan isu cincin Rosmah ini beliau mendapatkan salinan dokumen daripada rakan yang bertugas sebagai Kastam.

Inilah petikan kata-kata beliau di minit 2.22 "Tadi saya dapat sedara... tiba-tiba ada kawan daripada kastam datang bagi... dia print screen nak tunjuk bukti sedara... nak tunjuk bukti dia print skrin sistem maklumat kastam JKED sedara... barang masuk daripada KLIA, saya pun tengok apa barang ni yang dok kalut sangat print ... barang daripada... ada 4 helai dokumen..."


Ini dengan jelas sekali lagi membuktikan bahawa terdapatnya kakitangan Kastam yang membocorkan maklumat rahsia jabatan kepada pihak yang tidak berkenaan. Siapakah kakitangan Kastam tersebut hendaklah disiasat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jika perkara ini masih dibiarkan, Kulaan pasti perkara yang sama akan berlaku kembali apabila ada kakitangan kastam yang bersifat "Musang Berbulu Ayam" walaupun setelah menandatangani "Aku Janji". Beberapa minggu lalu timbul isu Mismah yang melibatkan kakitangan JPN yang membocorkan maklumat yang tidak benar kepada Malaysiakini sehingga isu tersebut menjadi isu nasional.

Kulaan berharap pihak berwajib dan jabatan yang berkaitan dengan perkara ini mengambil tindakan proaktif mengesan siapa sebenarnya "Kawan Kastam" Cikgu Bard ini. Jika individu tersebut dapat dikesan dan terbukti beliau bersalah, seharusnya tindakan tatatertib yang keras patut dijatuhkan.

Monday 22 August 2011

Akhbar Indonesia Mohon Maaf Kerana Memfitnah PM Dan Keluarga

Akhbar Kompas merupakan salah satu akhbar utama di Indonsia akhirnya memohon maaf di atas kesilapan mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berkenaan beberapa tuduhan yang telah dimanupulasi oleh pihak pembangkang di Malaysia dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti PM.

Akhbar Kompas pada 4hb Ogos lalu telah mengeluarkan laporan mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan laporan berkaitan dengan cincin berlian yang dipesan oleh Rosmah Mansur berharga AS$24 juta (RM 72 juta). Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan kononnya bakal besan PM mempunyai hubungan dengan Mafia Rusia.


"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu 20 Ogos Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga." Kata Rikard dalam akhbar Kompas Ahad. Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 dengan laporan "PM Najib Razak : Demokrasi Juga Terjadi Di Malaysia" tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Dengan keluarnya kenyataan rasmi akhbar Kompas ini sudah tentu memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya yang selama ini begitu ligat menabur fitnah terhadap keluarga PM terutama kepada Rosmah. Untuk menutup malu mereka setelah kebenaran isu cincin berlian ini diperjelas akhbar Kompas, sudah pasti mereka akan menggunakan taktik lama lagi kuno iaitu "Akhbar Kompas ini pasti sudah dibayar oleh Najib untuk mengeluarkan kenyataan tersebut..."

Sunday 21 August 2011

Gerakan Murtad Disebalik Kerja Amal...

Sejak kebelakangan ini berita arus perdana dan juga di alam siber sibuk membincangkan isu murtad rentetan serbuan atau lebih tepat lagi hanyalah pemeriksaan oleh JAIS ke atas DUMC baru-baru ini (Klik Sini). Antara cubaan terbaru pihak pihak tertentu cuba untuk memesongkan akidah dan menyebarkan dakyah ajaran ini adalah melalui kanak-kanak seawal tujuh tahun daripada kalangan keluarga miskin di bandaraya Kuala Lumpur. 

Gerakan memesong akidah umat Islam ini berselindung disebalik kelas tuisyen Matematik dan Bahsa Inggeris percuma ini didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Berita Harian baru-baru ini. Ibubapa yang menghantar anak-anak untuk belajar di kelas tambahan ini terkejut apabila mendapati anak-anak mereka fasih menyanyikan lagu berunsur Kristian dengan memuji tuhan Jesus yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris walaupun maknanya masih belum diketahui oleh anak-anak kecil ini (Klik Sini).

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Amidi Abd Rahman juga mengingatkan ibubapa agar berhati-hati jika menghantar anak belajar kelas tambahan di sekolah bukan Islam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran belajar secara percuma kerana itu mungkin hanya untuk mengaburi mata ibubapa pelajar. Saranan yang sama juga diutarakan oleh Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan yang mahukan tadika swasta yang dikendalikan oleh bukan Islam dipantau kerana dibimbangi melakukan perkara yang sama untuk memesong akidah anak orang Islam (Klik Sini).

Persoalannya, apakah umat Islam khasnya di Malaysia sedar dan insaf dengan perkembangan yang berlaku dalam negara terutama yang membabitkan agama mereka mutakhir ini. Jika dikaji, gerakan penyebaran dan pengembangan agama lain kepada umat Islam semakin rancak, hebat dan tersusun terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). Jawapan amat mudah dan jelas, semuanya adalah akibat perpecahan umat melayu itu sendiri walaupun sebagai bangsa majoriti dalam negara ini yang telah terpecah kepada tiga kumpulan iaitu UMNO, Pas dan PKR. Justeru, mudah bagi bukan Islam mengganggu gugat umat Islam yang tidak bersatu kerana taksub dengan politik masing-masing (Klik Sini).

[Video] Murtad : Lagi Anak Melayu Kita Menjadi Mangsa...

Laporan TV3 berkaitan pendedahan isu pusat tuisyen dijadikan tempat penyebaran dan pengembangan ajaran Kristian...

Pembangkang Takut Dengan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya????

Selepas kerajaan mengumumkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (Klik Sini) beberapa hari yang lepas, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang serta NGO-NGO. Pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Namun yang menarik perhatian adalah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin pembangkang terutama daripada pemimpin Pas yang kelihatan takut dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dengan memberikan pelbagai alasan yang mengarut. Dengan penubuhan jawatankuasa ini kelak, segala niat jahat Pakatan Rakyat dalam mengeksploitasi isu SPR terutama segala tohmahan bertujuan mengurang kepercayaan rakyat terhadap SPR dilihat tidak lagi berkesan.

Jika kita perhatikan semenjak kebelakangan ini Pakatan Rakyat sering kali dilihat mencari kesalahan SPR seperti isu Mismah dan isu daftar pemilih yang meragukan. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan SPR seterusnya jika mereka kalah teruk dalam PRU13 nanti, dan ini akan dijadikan modal oleh mereka untuk menghasut rakyat sebagaimana mereka menghasut rakyat dengan bertopengkan perhimpunan Bersih yang lalu.

Pakatan Rakyat menyedari sejak kebelakangan ini sokongan rakyat sudah beralih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan DS Najib dengan beberapa dasar yang diperkenalkan beliau mula diterima baik rakyat antaranya konsep 1Malaysia. Fakta ini disandarkan dengan beberapa keputusan PRK dan PRN baru-baru ini dengan kemenangan demi kemenangan calon BN. Ini juga dibuktikan dengan perkembangan sihat peti-peti undi saluran muda di mana dapat di lihat sokongan golongan muda yang mula menyebelahi BN. Ini sudah tentu menggusarkan Pakatan Rakyat jika momentum ini berterusan sehingga PRU13 yang akan datang.

Dengan penubuhan PSC ini sudah tentu isu SPR tidak lagi boleh dijadikan modal oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang cuba mencari helah antaranya tidak berminat untuk turut serta menjadi ahli PSC. Pas antara parti dalam Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi menyatakan pendirian tidak berminat untuk menyertai jawatankuasa ini. Sebenarnya Pas takut dengan bayang-bayang sendiri kerana Pas menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin pudar. Yang lebih membimbangkan Pas lagi adalah sokongan ahli-ahlinya yang dilihat mutakhir ini agak keliru dengan dasar perjuang parti itu daripada sebuah parti yang memperjuangkan penubuhan "Negara Islam" yang bertukar seperti sesumpah kepada penubuhan "Negara Berkebajikan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers