Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label MAZA. Show all posts
Showing posts with label MAZA. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

MAZA Menyokong Kenyataan Izzah Mengenai Kebebasan Murtad???...


Agak pelik bin ajaib bila membaca kenyataan MAZA yang seolah-olah menyokong dan mengiakan kenyataan gila Nurul Izzah mengenai isu kebebasan bagi seseorang untuk beragama. Seperti ada sesuatu disebalik kenyataan MAZA yang seakan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa mufti negeri mengenai isu ini.

Memang ramai sudah maklum mengetahui beberapa fatwa atau kenyataan MAZA mengenai hukum yang agak mengelirukan umat Islam di negara ini. Bahkan sehingga satu tahap beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi apabila kenyataan yang beliau keluarkan agak berbeza dengan Ahlul Sunnah.

Di bawah ini adalah kenyataan beliau yang dipetik daripada Sinar Harian mengenai sokongan MAZA ke atas kenyataan sesat Nurul Izzah.

Friday, 21 September 2012

Kenapa DrMAZA Tergamak Terima Biasiswa Daripada Amerika Syarikat????... @RealDrMAZA


Benar atau tidak dakwaan ini menyatakan Dr Maza menerima Biasiswa dari white House. Entri terkini dari AIDC. Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.

Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar.

Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran.

DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.

Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.

Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.

Wednesday, 12 September 2012

Wahhabi = Salafi = Ahlus Sunnah wal Jamaah??? @realDrMAZA


Jawapannya biar kupetik dari fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang dibukukan dan diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam untuk renungan kita semua, buat pedoman dalam mengharungi kehidupan agama yang kian bercelaru, terpulanglah pada kalian untuk menerima atau menolaknya. Tapi bagiku, aku ada ikutan bertali-temali sehingga ke atas. Sekarang biar kupetik beberapa butiran fatwa tersebut yang terkandung pada mukasurat 155-156 di mana Pehin Mufti menulis:- Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat.

Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk. Fikiran Ibnu Taimiyah dan mazhab as-Salafiyah yang dibawanya itu dan yang diamalkan sekarang oleh al-Wahhabiyah di tanah Arab, telah diperangi oleh ulama Islam pada kurun keempat Hijriah, dan dilawan oleh ulama Islam sepanjang kurun Islam

Membodohkan orang-orang Islam dan ulama Islam serta umat Islam seluruhnya adalah perbuatan dan kelakuan orang-orang Khawarij yang sesat dalam iktikad itu. Ia diikuti oleh agensi-agensi Wahhabiyah dan orang-orang pak turut yang dikelirukan oleh fahaman Wahhabiyah daripada pelajar-pelajar dan orang-orang yang suka mengikut fikiran baru dan apa saja yang baru dengan tiada memikir apa tujuan diadakan dan dari mana sember perkara baharu tersebut

Pada mukasurat 161, Pehin Mufti berpesan:-.......Dari itu sayugia orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaga-jaga dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan pengikut-pengikutnya daripada Ibnu Qaiyeem dan lain-lain anak muridnya, sebagaimana telah dibentangkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah zaman ini dan sebelumnya, dari penyeru-penyeru Wahhabiyah dan orang-orang yang terpengaruh dengan fahaman dan kelakuan Wahhabiyah daripada setengah-setengah ahli ilmu dan daripada penuntut-penuntut keluaran sekolah-sekolah dan universiti Wahhabiyah itu memburuk-burukkan amal ibadat yang dibuat oleh orang-orang Islam di sebelah sini di dalam masjid-masjid, surau-surau dan majlis agama dan ilmu Islam.

APA ITU WAHABI?

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

“Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.[1]

Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab.[rujuk Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission oleh Jalal Abualrub]

Sunday, 8 July 2012

MAZA : Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja...


‘Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja’ adalah perkataan sahabah Nabi s.a.w ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rome ataupun bangsa Eropah ini. Saya teringatkan perkataannya apabila tiga hari lepas (Selasa 3 Julai) saya terbaca dalam Akhbar Daily Mirror kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga DiRaja Britain. Dengan tajuk ‘Royal Family’s travel bill set rise higher’. Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang Negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang. Antaranya Daily Mirror laporkan: “July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights”.

Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga Diraja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. Laporan itu menyimpulkan “The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.

Walaupun kadangkala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga Diraja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka. Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara. Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju dan style British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.

Bangsa Eropah

Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w “Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim). Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya, kebijaksaan politik dalam menangani krisis. Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.

Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.



Agamawan Sengat

Malang sekali, muncul pula golongan agama yang samada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba ALLAH yang merdeka jiwanya. Lahir golongan literalist yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan sengat dari maksud keseluruhan agama ini sehingga mendiam kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas. Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan regim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk ‘berforum, berwacana, ataupun berseminar’ menghalang penguasa merakusi hak rakyat. Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu banteng kepada regim-regim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih. Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.

Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga ALLAH menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga ALLAH menghidupkannya”.

Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambang nilai Islam yang ada dalam dirinya. Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula. Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.

· Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford

Friday, 1 June 2012

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini...



walaupun ada beberapa perkara dan pandangan beliau sebelum ini yang gua tidak bersetuju dengan Dr. Asri MAZA ini tapi untuk kali ini gua bersetuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh beliau...

sempena hari ini pengulu segala hari, Jumaat yang penuh barakah... marilah kita sama-sama renungi dan ambil iktibar dengan apa yang disampaikan oleh Dr. Asri MAZA ini...

jika ada yang menitiskan airmata kerana video ini, sesungguhnya intipati video ini menusuk ke dalan jiwa... namun, jika tidak sampai ke tahap itu cukuplah menjadi kesedaran buat diri kita...

"yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan kita sebagai hambaNya...."

Sunday, 19 February 2012

MAZA Nasihat Blogger Jangan Menulis Hingga Lupa Dosa Pahala...


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai padangan mereka di blog masing-masing.

Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.

Friday, 30 December 2011

Dr. vs Dr. : Dr. Asri Bidas Dr Badrul Amin Isu "ANUar Imam Mahdi Yang Ditunggu-tunggu"...


Dr. Asri Zainul Abidin membidas penceramah bebas, Dr. Badrul Amin Baharon berhubung kenyataannya dalam satu ceramah yang membayangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Imam Mahdi’ yang ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia.

Memetik kenyataan Bekas Mufti Perlis itu di laman sosial Twitter miliknya, Asri menyifatkan dakwaan Badrul Amin itu sebagai satu bentuk ‘pemujaan’ yang merbahaya dan tidak sepatutnya diungkapkan.

“Sy rasa pmujaan Dr Badrul Amin kpd DSAI mlebihi batas yg patut. Ia sdh ke-1 prgkat yg bahaya. Hrp dibtulkan,” katanya. (Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin kepada DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke-1 peringkat yang merbahaya. Harap dibetulkan).

Wednesday, 16 November 2011

Lagi Mufti Perlis Buat Hal... Dulu Dr. Asri... La Ni Juanda... MB Perlis Tolong Tengok Skit...


Secara rasminya saya isytiharkan bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bukan lagi tergolong dalam kalangan ulama salaf atau golongan agamawan yang memperjuangkan prinsip-prinsip generasi salaf dalam kehidupan mereka. Juanda semakin hari semakin lari dan jauh daripada metodologi salaf dalam menasihati dan membuat teguran terhadap para pemimpin Islam. Perbuatan Juanda menjadikan MalaysiaKini sebagai platform untuk mengaibkan dan mewujudkan suasana fitnah terhadap Datuk Seri Najib dalam urusan hajinya yang lalu - bukanlah perbuatan seorang ulama salaf yang benar-benar faham bagaimana kaedah untuk menegur para pemimpin muslimin.

Kita diminta menegur dan menasihat pemimpin secara berhikmah dan mengelakkan fitnah - tetapi perbuatan Juanda yang menegur Najib secara terbuka melalui portal pemfitnah no 1 negara, Malaysiakini hanya mengundang buruk sangka, fitnah, kutuk-mengutuk serta caci memaki antara umat Islam. Ini bukanlah perbuatan seorang ulama salaf, tetapi ini ulama pemecahbelah!

Perdebatan dan tuduhan terkini beliau kepada Datuk Jamil Khir sebagai pengampu - juga, merupakan perbuatan buruk sangka yang bukan amalan para generasi salaf. Sekali pun Juanda begitu arif dan bijaksana dalam urusan mengerjakan haji - apakah hak beliau untuk merendah-rendahkan Najib dan rombongan hajinya dalam media elektronik secara terbuka? Mengapa mesti respon terhadap soalan MalaysiaKini yang jelas berniat mahu melaga-lagakan antara ulama dan umara' di negara ini?

Tidakkah Juanda tahu bahawa masih terlalu banyak cara dan kaedah untuk membetulkan kesilapan Najib, sekiranya benar Najib belum menyempurnakan hajinya? Mengapa mesti memilih MalaysiaKini untuk "menasihat" Najib? Sebagai mufti apakah terlalu sukarkan untuk beliau menghubungi Jamil Khir bagi bertanyakan status terkini haji Najib? Inikah cara generasi salaf menasihati pemimpin Islam? Elok gugurkan sahaja perjuangan mahu menegakkan masyarakat generasi salaf - kalau kita sendiri masih gagal menyempurnakan kesalafan kita sendiri. Untuk Juanda, semoga fikir-fikirkan apa yang saya tuliskan ini. Wallahualam.

Sumber : Azli Shukri Today


Kulaan : Perlis... Perlis... tak habis-habis dengan isu muftinya... negeri kecik jer sekangkang kera tapi isu peringkat nasional... dulu bekas muftinya Dr. Asri Zainal Abidin a.k.a MAZA... la nie Dr. Juanda Jaya a.k.a JJ jugak seorang doktor... rasanya lepas nie negari Perlis kena ambik mufti yang tak pakai title Dr. la kot... kalo ambik Tuan Guru, Kelantan dah pakai title tuh... aduss!!!! pening-penig memikirkan negeri yang berada nun jauh di utara...

Tuesday, 23 August 2011

Dr. Asri Minta Orang Agar Agensi Agama Terbuka... Beliau Sudah Terbuka Kah?...

Hari ini dalam The Malaysian Insider, Dr. Asri meminta agar agensi agama bersikap terbuka menerima pandangan pihak lain dan bukan hanya memaksa orang menerima pandangan satu hala mereka sahaja (Klik Sini). Kenyataan beliau merujuk kepada kes serbuan gereja di Damansara Utama. 


Kenyataan sinis ini mungkin kesan daripada peristiwa JAIS membuat tangkapan ke atas beliau atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah sedangkan menurut beliau, sijil-sijil beliau yang berjela-jela bukan setakat menara gading tetapi pernah menjadi mufti sebuah negeri sebagai bukti bahawa beliau sudah lebih daripada layak. Apa perlu lagi kebenaran tauliah mengajar daripada JAIS.

Sejak kebelakangan ini dapat di lihat beberapa kenyataan Dr. Asri ini yang bertentangan dengan pendapat ulama lain di Malaysia. Adakah kenyataan Dr. Asri sahaja yang betul dan benar tanpa ada kesilapan atau kekhilafan. Adakah kenyataan ulama lain yang bertentangan dengan apa yang dikatakan Dr. Asri adalah salah semata-mata. Dr. Asri juga manusia biasa yang mungkin ada melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana beliau bukanlah maksum seperti Rasullullah.

Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini The Malaysian Insider dan Malaysiakini seringkali memetik kenyataan Dr. Asri jika sesuatu isu tersebut berkaitan agama. Sudah semestinya kenyataan tersebut sama ada menyebelahi dua portal ini secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembangkang. Jika terdapat kenyataan yang tidak menyebelahi mereka, kenyataan Dr. Asri ini akan dibiarkan dan dipendam begitu sahaja. Jadi, berhati-hatilah jika membaca kenyataan Dr. Asri di portal-portal seperti ini. Jangan diterima bulat-bulat kerana Malaysia juag mempunyai ramai lagi ulama' lain yang boleh memberi pandangan dan fatwa yang tepat dan benar.

Dr. Asri juga manusia biasa yang juga melakukan kesalahan dan kesilapan...

Monday, 15 August 2011

Kenyataan MAZA Yang Memperlihatkan Sifat "Wahabi"nya.

Kalau benar seperti apa yang dinyatakan oleh Ustaz Asri Zainal Abidin dalam hal berkenaan isu azan ini atas alasan ia mungkin mengganggu hak orang lain, Kulaan mencadangkan beliau memberi pandangan yang sama berkenaan orang cina yang bermain mercun dan membuat bising ketika "Pesta Menghalau Hantu" dan "Sambutan Tahun Baru Cina" kerana ia juga mengganggu ketenteraan orang lain terutama orang Islam.

Kebiasaannya ketika sambutan perayaan ini, pembakaran mercun dan bunga api dibuat saban malam tanpa mengira sensitiviti masyarakat keliling. Tanyalah kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang majoritinya bangsa cina pasti mereka mengatakan hal yang sama. Kulaan sendiri pernah tinggal di kawasan Kepong, itulah yang berlaku ketika perayaan tersebut tiba. Bolehkah kerajaan Kelantan, Kedah terutama kerajaan Pulau Pinang laksanakan dahulu dasar tidak membenarkan perayaan tersebut dijalankan atas alasan ia mengganggu kah asasi orang lain terutama orang Islam yang juga tinggal dalam kawasan komuniti tersebut.

Apa yang cuba diperbesarkan di sini adalah isu laungan azan ini kerana ia hanyalah isu furu' atau cabang dan umum mengetahuinya hukum azan adalah sunat muakkad.

Asal usul azan dan qamat.

Dari Abdillah bin Zaid bin Abdi Rabbihi al-Ansari r.a., katanya; Ketika Rasulallah memerintahkan orang memperbuatkan loceng untuk dibunyikan bagi memanggil orang sembahyang tiba-tiba ketika aku sedang tidur datang seorang lelaki ( dalam mimpi ) membawa sebuah loceng dengan tangannya. Aku pun berkata kepadanya , “ Hai Abdullah, juallah loceng ini.” Orang tersebut berkata, “ Untuk kegunaan apa ? “ Aku pun menjawab, Kami hendak memanggil orang sembahyang dengannya.” Kata orang tersebut, “ Mahukah engkau aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu ? “ “ Ya, baik.” Lalu kata orang itu” Ucapkanlah Allahu Akbar….sampai habis.” Kemudian dia mengundur sedikit, lalu berkata lagi,” Kemudian apabila engkau hendak mendirikan sembahyang, ucapkan pula ; Allahu Akabr….sampai habis qamat.” Setelah pagi, aku pun pergi kepada Rasulallah SAW mengkhabarkan mimpi tersebut. Lalu baginda SAW bersabda; “ Itu mimpi yang benar, insya Allah. Pergilah kepada Bilal. Ajarkannya apa yang telah engkau terima supaya diazankannya dengan itu kerana suaranya lebih nyaring daripada engkau.” Aku pun berangkat bersama Bilal dan mengajarkannya kepada Bilal, lalu Bilal pun meneriakkan azan tersebut. Hal itu terdengar oleh Umar bin al-Khattab ketika beliau di rumahnya. Beliau pun keluar sambil menarik-narik kain rida’nya seraya berkata,” Demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran ya Rasulallah, aku telah melihat seperti apa yang dilihatnya ( dalam mimpi ). Sabda Rasulallah SAW.” Maka segala puji bagi Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu daud dengan sanad yang sahih. Demikian Tirmizi juga meriwayatkan setengahnya dengan jalan Abu daud dan mengatakan hadis ini hasan lagi sahih.

Hukum Azan dan qamat.

 Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.

Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya.

Rujukan berkenaan hukum azan ini secara terperinci boleh dilihat Di Sini.

Ini jauh berbeza dengan pendapat dan pandangan orang dalaman Pas itu sendiri iaitu Nasrudin Hj Hasan At-tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana pandangan beliau agak terbuka dan tepat Rujuk Sini dengan 14 isi @ "point" bagi menyokong pendapat dan pandangannya. "Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina."

Pemimpin pembangkang seringkali mempertahankan jika ada orang bukan Islam bercakap atau menggunakan ayat suci Al Quran atau Hadith dalam ucapan mereka dengan alasan kononnya adalah sebagai salah satu cara untuk berdakwah dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Malas rasanya Kulaan nak memberikan contoh yang berlaku sebab banyak sangat yang contoh pemimpin pembangkang bukan beragama Islam yang menghina kesucian ayat Al Quran dan Hadith Rasullullah demi kepentingan politik sempit mereka. Kenapa pemimpin pembangkang yang beragama Islam dan bertaraf Ulama' tidak menganggap isu bacaan Al Quran sebelum azan dan laungan Azan itu sekali sebagai salah satu bentuk dakwah kita kepada mereka yang tidak beragama Islam. Berapa ramai pemimpin dan mengikut pembangkang terutama daripada DAP dan PKR yang memeluk agama Islam setelah membaca ayat suci Al Quran dan hadith. Jawapannya "Kosong" "Sifar" "Zero" "Yellek" .

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar alunan Azan :

1. Tasya anak bungsu lapan beradik beragama asal Buddha Klik Sini.
2. Amir Hawkins Rapper USA terkenal Klik Sini.
3.Aisha Canlas penganut katolik Klik Sini.

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar bacaan Al Quran :

1. Saidina Umar Al Khattab Klik Sini Klik Sini.
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah Klik Sini.

Berdasarkan kepada fakta ini Kulaan rasa jika sesuatu perkara berkaitan agama itu memberi keuntungan dan kepentingan kepada pembangkang maka mereka akan terus menerus menyokong membabi buta tanpa melihat kesannya. Dan jika isu berkenaan agama itu tidak memihak mereka, mereka akan menggunakan kononnya Alim Ulama untuk mempertahan kenyataan tersebut.

Kulaan : "Qulli Haq Walau Kana Marra"... Berkatalah benar sekalipun ianya pahit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers