Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 12 September 2012

Wahhabi = Salafi = Ahlus Sunnah wal Jamaah??? @realDrMAZA


Jawapannya biar kupetik dari fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang dibukukan dan diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam untuk renungan kita semua, buat pedoman dalam mengharungi kehidupan agama yang kian bercelaru, terpulanglah pada kalian untuk menerima atau menolaknya. Tapi bagiku, aku ada ikutan bertali-temali sehingga ke atas. Sekarang biar kupetik beberapa butiran fatwa tersebut yang terkandung pada mukasurat 155-156 di mana Pehin Mufti menulis:- Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat.

Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk. Fikiran Ibnu Taimiyah dan mazhab as-Salafiyah yang dibawanya itu dan yang diamalkan sekarang oleh al-Wahhabiyah di tanah Arab, telah diperangi oleh ulama Islam pada kurun keempat Hijriah, dan dilawan oleh ulama Islam sepanjang kurun Islam

Membodohkan orang-orang Islam dan ulama Islam serta umat Islam seluruhnya adalah perbuatan dan kelakuan orang-orang Khawarij yang sesat dalam iktikad itu. Ia diikuti oleh agensi-agensi Wahhabiyah dan orang-orang pak turut yang dikelirukan oleh fahaman Wahhabiyah daripada pelajar-pelajar dan orang-orang yang suka mengikut fikiran baru dan apa saja yang baru dengan tiada memikir apa tujuan diadakan dan dari mana sember perkara baharu tersebut

Pada mukasurat 161, Pehin Mufti berpesan:-.......Dari itu sayugia orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaga-jaga dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan pengikut-pengikutnya daripada Ibnu Qaiyeem dan lain-lain anak muridnya, sebagaimana telah dibentangkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah zaman ini dan sebelumnya, dari penyeru-penyeru Wahhabiyah dan orang-orang yang terpengaruh dengan fahaman dan kelakuan Wahhabiyah daripada setengah-setengah ahli ilmu dan daripada penuntut-penuntut keluaran sekolah-sekolah dan universiti Wahhabiyah itu memburuk-burukkan amal ibadat yang dibuat oleh orang-orang Islam di sebelah sini di dalam masjid-masjid, surau-surau dan majlis agama dan ilmu Islam.

APA ITU WAHABI?

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

“Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.[1]

Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab.[rujuk Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission oleh Jalal Abualrub]

Beliau berdakwah membasmi segala bid’ah dan syirik yang meluas ketika itu di tanah arab. Syeikh Ali Tantawi menyebut banyak jenis bid’ah berkembang sebelum kelahiran Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab sehinggalah kelahiran beliau:

“Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini”. [Petikan dari Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hal 22][2]

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid At-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir pada tahun 1115H, dibandar al-U’yainah sebelah sebelah utara bandar Riyadh, Saudi pada waktu pemerintahan Bani Uthman (Uthmaniah) semasa sultan Ahmad ketiga yang memerintah antara tahun 1115H hingga 1144H. Wafatnya Syaikh Muhammad pada bulan dzulkaedah 1206H dalam usia 86 tahun rahimahullah.

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

1 comment:

  1. Dikelantan gerakan ini menyusup dlm pentadbiran semua peringkat dan kita faham bila tokoh politiknya adalah wahabi,di perlis ia memang rasmi,dan sedang menyusup dalam umno melalui lobi2 pihak trtntu....ramai tokoh2 popular dlm bidang agama merupakan penggiat yg berstrategi untuk mngembangkan fahaman ini.Mereka tidak selari dgn aliran yg dipegang oleh goongan pondok dan majoriti umat islam.Perpecahan dunia islam juga berlaku disebabkan syiah dan wahabi yg mahu ahlussunnah mengikut manhaj mereka.Perpecahan hingga ke peringkat berbunuhan boleh berlaku sebagaimana berlaku dlm dunia Arab.Fahaman ini berkembang pesat sejak mekah dan madinah secara total dikuasai golongan ini sejak puluhan tahun yg lalu dgn bantuan british...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers