Jadilah Sahabat Kulaan...

Saturday, 2 June 2012

Mesti Baca!!! Bukti Kezaliman UMNO Memerintah Sejak Merdeka Hingga Sekarang!!!...


BETAPA ZALIMNYA KERAJAAN MALAYSIA, SEJAK MERDEKA HINGGA KINI SUDAH BERPULUH-PULUH RIBU PENGIKUT PARTI PAS DIBUNUH DENGAN KEJAM.

SEMALAM 100 PENGIKUT PAS DITEMBAK.

DEMO BERSIH BERSAMA IMAM BESAR PAS AMBIGA BERPULUH-PULUH RIBU KENA TEMBAK...

MANA-MANA KULIAH YANG MENENTANG KERAJAAN AKAN DI BOM, RAMAI PENGIKUT PAS MATI APABILA KERAJAAN PIMPINAN UMNO MENGEBOM MASJID...

KERAJAAN TAK PERNAH MEMBINA MASJID... MASJID-MASJID DI MALAYSIA DI BINA OLEH PAS...

KERAJAAN UMNO TAK PERNAH BINA PUSAT ZAKAT, SAPA-SAPA NAK PERGI MEKAH, KERAJAAN AKAN HALANG....

SAPA NAK BERDAKWAH KERAJAAN AKAN TEMBAK, TAPI SAPA YANG HALANG DAKWAH KRISTIAN KERAJAAN AKAN PECAT MACAM HASSAN ALI...

RAMAI PENGIKUT PAS HIDUP DALAM KETAKUTAN...., TAKUT DIBUNUH OLEH PEMERINTAH ZALIM MALAYSIA...

ZALIM SUNGGUH UMNO......!!!!...

SEBAB TU PAS BERGABUNG DENGAN DAP DAN PKR UNTUK JATUHKAN UMNO...

INI CERITA BETUL NI.....!!!...TAK CAYA TANYA PENGIKUT PAS....., CUMA CERITA NI TAK BOLEH MASUK HARAKAH.... TAKUT KERAJAAN BOM IBU PEJABAT PAS....

BEGITULAH ZALIMNYA KERAJAAN MALAYSIA.

Harakah Penipu Stadium Kapasiti 40 Ribu Mana Boleh Muat 100 Ribu!!!... @hdaily09 @chegubard @amenoworld @addin77 @adukataruna @rejam

Sekali lagi lidah rasmi Pas, akhbar HarakahDaily penipu, pembohong pasal kehadiran penyokong Pas ke Program Himpunan Hijau ke Putrajaya bila kata berjaya menghimpunkan 100 ribu ahli Pas dalam Stadium Darul Aman malam tadi.

Wei! Nak menipu pun agak2 ler. Lu tunjuk gambar "super impose" boleh ler. Cuba korang fikir ngan akal yang waras bukan macam penyokong Pas yang buta hati tuli telinga benda depan mata pun boleh buat-buat tak nampak.

Stadium yang kapasitinya 40 ribu celah mana korang nak sumbat 2 1/2 kali ganda manusia. Macam mana 40 ribu nak sumbat jadi 100 ribu. Agak-agak la Harakah ngan blogger-blogger pakatan kalo nak menipu. Gua dah cakap kalo bab-bab menipu ngan "super impose" ni bagi ler kat puak pakatan memang depa terror macam depa dok gambar "super impose" Bersih kat Dataran Merdeka hari tuh.

Bukan gua yang kata tapi Mahfuz Omar yang kata sebagai Pengarah Program yang gua petik kat Harakah Daily "Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium" katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Wei! Malaysiakini pun kata yang datang ke stadium tu 50 ribu orang jer seperti yang dilaporkan wartawan Malaysiakini, Susan Loone "as if to challenge the big crowd at the recent 66th UMNO anniversary at Bukit Jalil 4tadium, PAS managed to attract more than 50,000 supporters at its gathering dubbed "Himpunan Hijau ke Putrajaya" tonight."

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Nak pecah rasanya perut aku ni dengan citer pembohongan dan penipuan Harakah serta blogger-blogger pembangkang. Kalo dengan penyokong tegar korang yang buta kayu tuh boleh la korang 'kencing' kata 100 ribu. Gua sendiri yang dok ada kat dalam stadium dicelah-celah penyokong korang. Ini gambar sebagai bukti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Nik Aziz Melawak "Kalau Nabi Muhammad s.a. w Hidup Balik....



MAKA berjenakalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim apabila beliau berkata : “Kalau Nabi Muhammad s.a.w. hidup balik dan datang ke Kelantan tentu dia suka hidup di Kelantan dan tidak suka hidup di negeri lain sebab Pas laksanakan Islam.” Jenaka seumpama ini merupakan suatu andaian yang amat melucukan kerana mustahil akan berlaku demikian. 

Seperti lazimnya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas amat gemar untuk menimbulkan isu-isu yang keliru dan celaru. Sebagai seorang pemimpin politik yang berimej agama, sandiwara lucu seumpama ini boleh memikat sebilangan penonton yang lemah imannya. Berasaskan kepada konsep cerita yang sama dengan menerima bahawa andaian itu kononnya akan berlaku, maka sudah tentu Kelantan bukan tempat untuk Nabi Muhammad s.a.w. bermastautin.

Tidak mungkin baginda gembira dengan kehadirannya ke negeri Kelantan dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Pas yang gemar bersandiwara itu. Soalan pertama yang dikemukakan pada episod pertama ialah berapa orangkah yang bertambah iman dan takwanya kerana berada di bawah pemerintahan Pas dan apakah orang Islam yang menyokong UMNO, iman dan takwa mereka lemah disebabkan kerana menyokong UMNO? Soalan ini timbul kerana Nabi di bawa ke majlis ceramah Pas. 

Ternyata akhlak penceramah-penceramah dan pensyarahnya amat buruk. Lidah mereka sewenang-wenangnya berdusta dengan caci maki dan fitnah terhadap pemimpin Islam yang lain. Paling dukacita, ada di kalangan penceramah mereka yang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran secara tidak betul dengan tujuan memperlekeh dan menghina pemimpin-pemimpin Islam UMNO. Penyokong-penyokong Pas pula bertakbir ketika mendengar ceramah seumpama itu. 

Friday, 1 June 2012

Wanita UMNO Mahu 3 Pemimpin PKR Memohon Maaf Isu Sharizat Dan NFC...


SHAH ALAM - Wanita Umno mahu Pakatan Rakyat khususnya tiga pemimpin kanan PKR memohon maaf kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sebarang salah laku rasuah berhubung kes projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman berkata, pengumuman SPRM hari ini juga membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC kerana bermotifkan politik.

"Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang kepada Shahrizat yang telah mencemarkan nama baik beliau serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang menteri dan Ketua Wanita Umno," kata beliau dalam satu kenyataan.

Hamidah yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak berkata, beliau merasakan Shahrizat telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang.

"Walau bagaimanapun, saya yakin keputusan SPRM ini pasti tidak akan diterima oleh pembangkang kerana itu sudah menjadi sikap mereka.

"Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan pasti membuat pelbagai tuduhan lain pula," katanya lagi.

Alunan Asma ul Husna 99 Nama Allah Yang Menenangkan Jiwa...

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini...



walaupun ada beberapa perkara dan pandangan beliau sebelum ini yang gua tidak bersetuju dengan Dr. Asri MAZA ini tapi untuk kali ini gua bersetuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh beliau...

sempena hari ini pengulu segala hari, Jumaat yang penuh barakah... marilah kita sama-sama renungi dan ambil iktibar dengan apa yang disampaikan oleh Dr. Asri MAZA ini...

jika ada yang menitiskan airmata kerana video ini, sesungguhnya intipati video ini menusuk ke dalan jiwa... namun, jika tidak sampai ke tahap itu cukuplah menjadi kesedaran buat diri kita...

"yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan kita sebagai hambaNya...."

Tun M Tetap Seorang Muslim Sama Seperti Nik Aziz...


Muslimin dan muslimat.....

Insan ini bukanlah seorang ulamak, namun beliau tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Beliau mengaku ilmu agamanya tidak sehebat Nik Aziz. Tapi beliaulah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serb.

Beliau pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni pernah digelar MahaFiraun, dan beliau jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam di mata dunia. Beliau tidak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Thursday, 31 May 2012

Mana #rafiziramli Dan Pemimpin UMNO Yang Suruh Sharizat Letak Jawatan Nak Letak Muka???... @NajibRazak


Gua ni tak la berapa ikut sangat isu NFC dengan Kak Ijat ni tapi kadang-kadang tu baca gak blog-blog lain yang main isu NFC nie. Kalo daripada blog-blog sebelah pembangkang termasuk pencetus isu ni si Rafizi Kaki Penipu memang depa gasak Kak Ijat dengan pelbagai fitnah mengaitkan beliau, suami beliau dengan isu NFC sampai la Kak Ijat terpaksa meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Itu belum lagi dicampur dengan "nasi tambah" daripada beberapa pemimpin UMNO yang begitu beria-ia meminta Kak Ijat turut juga meletakkan jawatan menterinya kononnya isu NFC ini merupakan LIABILITI kepada UMNO khususnya dan BN amnya.

Hari ini segala-galanya berubah dengan kehendak Allah s.w.t apabila SPRM membebaskan Kak Ijat daripada dakwaan mempunyai kaitan dengan masalah yang membelenggu NFCorp sebelum ini.

Persoalan gua kat Rafizi dan pemimpin UMNO yang mendesak Kak Ijat meletakkan jawatan menterinya sebelum ini :

1. Adakah mereka-mereka ini sanggup meminta maaf secara terbuka kepada Kak Ijat di atas kenyataan yang pada gua sudah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum dibicarakan secara adil?

2. Adakah mereka-mereka ini yang mempunyai jawatan sanggup pula meletakkan jawatan mereka macam yang Kak Ijat buat kerana "bertanggungjawab" di atas kenyataan mereka.

Jawapan gua sudah pasti takkan ada "sekor" pun pemimpin UMNO yang berani buat 2 perkara di atas. Semua yang "mulut laser" ni akan tutup mulut kerana takut. Si Rafizi ni lagi la, gua berani jamin takkan ada maruah berani buat 2 perkara di atas.

Inilah jenis manusia yang suka menjatuhkan hukuman sebelum perbicaraan adil dilaksanakan. Inikah jenis manusia yang PM, Datuk Seri Najib dan UMNO nak simpan lagi dalam parti. Kalo perkara ini terjadi kepada PM macam mana?

Elok la manusia macam ni dibuang jer daripada parti sebab mereka-mereka inilah sebenarnya "LIABILITI" dalam UMNO. Kepada Rafizi plak, elok ler Kak Ijat berkira-kira mengambil tindakan saman mahkamah kerana memfitnah. Jangan saman puluh juta atau ratus juta, saman jer ribu-ribu juta biar padan muka dia plak rasa macam mana dia buat kat orang.


Okey ler... Gua pun dah melalut panjang... Nanti boring plak korang baca panjang-panjang... Nanti kalo gua free lagi gua story pasal manusia HARAMJADAH yang suka fitnah orang tanpa bukti kukuh macam si RAFIZI dengan pemimpin UMNO yang suruh Kak Ijat letak jawatan. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Johan Ngan Azizan Pun Dah Nyanyi Lagu Anak Kampung Nyanyian Jimmy Palikat...



tahniah Jimmy Palikat... lagu lu anak kampung dah makin 'glamour' sampai ramai artis dah nyanyi lagu lu... 

lagu lu 'first time' gua dengar setahun yang lalu masa gua pegi Pesta Gawai kat Sibu Sarawak bila ramai orang Sarawak karaoke lagu sampai gua hafal lagu nie kat sana [KLIK SINI] [KLIK SINI]... kalo dah sampai Azizan dan Johan pun hafal lagu lu kira dahsyat la... 

lagu lu pun dah ramai yang upload kat youtube dengan prelbagai versi... good job braaa...

The Lim Dynasty from DAP is the most racist politician in Malaysian history



The Lim Dynasty from DAP is the most racist politician in Malaysian history, the father and son team use the language of hate to discredit the Prime Minister and UMNO and each talk is full of fabricated insult to the UMNO leaders, the police and the Malaysian Armed Forces. 





Can you still remember the events of Bersih 3.0 where a Chinese woman who acted rude to a foreign reporter, this shows the actual attitude of the DAP to the Malays. See the videos showing the attitude and rude behavior of those hooligan attitude and yet they cover up and blame it on the police and the government.


When the reporters carry news which they don't want it to be made known they even threaten them with legal action and this is what they claimed to be Freedom of the Press which the father and son team are fighting for. See what sorts of Justice they are fighting for... - Margaret Justice Chan

Jawapan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Isu Masuk Syurga Jika Undi Pas...


KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Wednesday, 30 May 2012

1Peluru Kata Gua Tak Hensem, Lu Pernah Tengok Muka Gua Ker!!!...



mula-mula gua tengok video nie gua teruja gak pasal video nie citer pasal kerja kosong [klik sini untuk cerita penuh]... mana la tau ada kerja kosong baeeeek punyer... tapi rupanya vlog politik... 

apa pun gua layan jer pasal blog gua pun blog politik... tapi bila masuk minit ke 4:37 tiba-tiba nama gua terpacul ngan satu mamat yang dikenali dengan nama Mat Kilau Penang yang gua pun tak kenal sapa dia... 


boleh tuan punya vlog nie kata muka gua tak hensem... apa! dia tu hensem sangat ker... nasib baik dia kaburkan muka dia... kalo tak "terserlah ketidakhenseman" dia...

apa pun gua terima dengan hati yang terbuka... nice job braa...

Akhirnya Kapal Terbang Terbesar Di Dunia, Airbus A380 Berjaya Mendarat Di KLIA, Malaysia...

Ini adalah gambar yang masih panas sepanas 'goreng pisang panas' yang dikirimkan oleh member gua yang kerja kat KLIA pasal kapal terbang terbesar di dunia Airbus A380 berjaya mendarat dengan selamatnya di KLIA jam 3.30 petang tadi (baru sejam jejak kaki kat bumi Malaysia beb).

Kapal terbang terbesar di dunia ni di beli oleh syarikat penerbangan negara iaitu MAS dan bakal membuat penerbangan komersial sulungnya pada 1hb Julai bagi penerbangan ke London.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar Kantoi Dengan Sultan Johor Bila Beli 16 Plat Kereta Camry Pakai Duit Rakyat...


Kepada yang sudah lupa... masihkah anda ingat bahawa Kerajaan Perak sewaktu pimpinan Nizar ada membeli 16 buah kenderaan Camry???

Masihkah anda ingat no. plat ini???

AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009...

Yang ni nizar pakai duit poket dia atau duit rakyat???...

Cermin dulu sebelum mengata DYMM Sultan Johor... 
cerita Sultan Johor sound Nizar [KLIK SINI]...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 29 May 2012

Ini Dalil Khas Buat Nik Aziz Bahawa Nabi Muhammad Bukan Macam Mamat Kampung...


Kepada 'ustaz-ustaz, tok guru-tok guru' yang berkenaan, ini jawapan dan dalil lengkap dari Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz kepada kenyataan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

1) Ada 'orang' yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Nabi, Baginda sama macam mamat-mamat dikampung, tiada keistimewaan. 

Ini jawabnya :

Sila rujuk kitab 'Kelebihan Rasulullah SAW' yang dikarang oleh As-Syeikh Izzudin Abdul Aziz, yang diterjemah oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman muka surat 8. Surah Al-Anbiyaa' ayat 107, "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." 

Dalil dari hadis hasan dan sahih, Hadith; “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi 

2) Ada yang mengatakan, ketika Nabi Muhammad SAW ingin dilahirkan, ibunya Aminah langsung tidak mengetahui bahawa yang dimengandungkan itu adalah bakal Nabi. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Kerasulan Nabi Muhammad SAW' intisari dari Sirah Nabawiyyah karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, m/s 24-25, m/s 52-53.

Dalil dari hadis Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”Apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi: "Sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"

Dalil dari Al-Quran iaitu dalam surah Toha ayat 38-40: iaitu kisah ibu Nabi Musa, "Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. "Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita. 

Juga dalil dari Surah As-Saff, ayat 6: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

3) Ada yang mengatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan bersunat, bersujud, diangkatkan jari, dan mendakwa kisah ini adalah kisah 'scoby-doo by-doo'. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Keistimewaan Rasulullah SAW' karangan Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki m/s 192-193, yang mengemukakan dalil hadis, Baginda bersabda: “Di antara kemuliaan yang diberikan ALLAH SWT kepadaku adalah, aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, kerana itu tidak ada orang yang melihat aurat (kemaluan) ku.” (HR At-Thabrani, Abu Nuaym, al-Khatib dan ibn Asakir). 

Amaran Sultan Johor Kepada Nizar, Jaga Mulut Tu...

Message from Crown Prince of Johor to YB Nizar :

"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.

The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and. Yayasan Ibrahim.

The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money.

So before You Open your mouth. Do your research!!!..."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 28 May 2012

Rugi Tak Baca!!! Sketsa Rumah Orang Tua Yang Nak Jual Anak...

JUAL ANAK :

Di pagi hari yang nyaman, dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm.

Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?

Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE….
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 27 May 2012

Lensa Niring 2 : Pemimpin Muda UMNO Di #HBN2012... @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring 1 : Gambar Candid #HBN2012 Yang Korang Mesti Tengok... @Shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit

Ini antara sebahagian daripada koleksi gambar yang sempat lensa gua rakamkan untuk dikongsi bersama korang sume yang tak berkesempatan untuk datang ke Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bertempat di sepanjang Bouelevard Putrajaya.

Hari merupakan hari yang terakhir namun masih banyak program dan aktiviti yang masih berlangsung dengan meriahnya. Korang masih belum berkesempatan untuk datang merasai kemeriahan suasana ini.

Ayuh! Anak muda... Apa tunggu lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers