Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Tun M : Anwar Tak Layak Jadi Menteri Besar Selangor!!! #PRKKajang


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Tuesday, 30 April 2013

Tun M : Siapa Husam Untuk Rampas Putrajaya!!!!... @TengkuAdnanReal


“Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.’

“Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.

“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.

“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’.

Monday, 29 April 2013

Thursday, 4 April 2013

Tun M : Lim Kit Siang Patut Tidak Tanding PRU13???...


Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang.

"Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon.

"Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.

Monday, 18 March 2013

@Abby_Abadi112 Teruk Kena Serang Bila Akaun Parody @Abby_Abadi211 Kutuk Tun M Pasal Lahad Datu???...



Penulis secara peribadi tak berapa gemar cara Abby Abadi berpolitik yang ada kalanya macam orang singkat akal dan main lepas cakap aje.

Namun, kalau satu hal tu Abby tak buat, tak elok juga nak belasah.

Ada tersebar di Facebook dan Twitter kononnya Abby mengutuk Tun Dr Mahathir melawat Lahad Datu sekadar untuk bergambar dan bukannya berperang.

Habis ramailah juga yang belasah Abby lepas tu.

Bendanya… Kalau melibatkan Tun M, baik penyokong kerajaan mahupun segelintir 'penyokong atas pagar' memang akan mengamuk betul-betul.

Hebat-hebat dan laser mulut Azwan Ali, pernah sekali terkutuk Tun M… Tak cukup tanah nak lari bila kena belasah balik... Sampai buat sidang media mohon maaf.

Jadi, petang semalam, sebaik tweet mengutuk Tun M tu keluar, Abby mula la diserang kiri dan kanan…

Namun hal ini penulis hendak katalah…Abby tak kutuk Tun M ok…

Yang keluarkan tweet tu adalah akaun parodi yang sekali imbas, memang sebijik macam akaun dia (gambar atas).

So… tak payah la nak maki hamun Abby dalam hal yang itu… Kat atas ni Mynewshub letakan kedua akaun itu sekali… Yang atas paraodi dan yang bawah tu asli.

Namun, penyokong Abby pun tak payah melonjok nak kutuk penyokong kerajaan ke apa… Tanya diri jugak kenapa orang cepat percaya Abby kutuk Tun M….

Sebab macam penulis cakap kat atas tadi… Abby memang ada rekod berpolitik cara main lepas cakap…. Sebab itu bila dia tak kutuk Tun M pun orang cepat percaya ayat-ayat tu datang dari mulut dia...
-MYNEWSHUB-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 7 February 2013

Pas Mengamuk Bila Tun M Kata Pas Takut Keluar Pakatan...


PAS tidak akan berani keluar daripada pakatan pembangkang kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP, kata bekas PM Tun Dr Mahathir.

Tun M kata PAS khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.

"Saya ingat PAS tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP).

"Dia (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) dah bercerai," katanya mengulas desakan Nasharudin supaya PAS bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 24 January 2013

Sedap Aje Sohai DAP Duk Maki Hamun Tun M!!!...











Print screen di atas adalah dari sebuah fan page pro DAP yang tidak habis-habis mengutuk dan menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang menyakitkan hati adalah sikap yang memandang rendah kepada bangsa mamak. Cara mereka meletakan ayat itu semacam mereka itu hebat sangat la kononnya.

Mungkin mereka tidak sedar, pemakan babi tegar pun bukanlah mulia sangat di mata orang lain.

Kang kalo gua maki hamun bangsa cha ya nun alif nanti kata aku rasis.

Mana cai2 Pas nie, takkan nak tengok jer. Habis orang dalam Pas takda mamak ker. Semua totok melayu ker.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 22 January 2013

Tun Siti Hasmah Bertudung Litup Kini???...


Sekeping gambar yang siarkan fanpage "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad" (http://www.facebook.com/ILOVETUNM) memperlihatkan keadaan terkini pasangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Apa yang menarik perhatian para pengunjung fanpage berkenaan ialah penampilan Dr Siti Hasmah yang kini kelihatan bertudung penuh.

Antara komen itu ialah;

- Alhamdulillah, gembira dengan perubahan datin.. Semoga berbahagia selamanya

- dah pakai tudung ? yay !

- Tun dm ngn bini dye ke tu?? laen la bini die pakai tudung..pape pon alhamdulillah dan terbaekkkk…. .

- mudah2an Tun Siti Hasmah kekal bertudung.. insyaallah

Itu adalah antara sebahagian komen yang diberikan para pengunjung.

Secara umum, semua mereka mendoakan yang terbaik untuk pasangan romantik berkenaan.

Semoga Tun Mahathir dan isteri sihat sentiasa dan dirahmati Allh SWT…Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 4 January 2013

Kata Terakhir TunM sebelum meninggalkan kerusi Presiden UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO Ke-54...


KATA-KATA TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sebelum meninggalkan kerusi PRESIDEN UMNO ketika PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 54

"Sesungguhnya musuh UMNO tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan UMNO. Tetapi UMNO boleh mengalahkan UMNO. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya UMNO yang kalah.

Sesungguhnya UMNO tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa UMNO kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita

Monday, 12 November 2012

Tun M : Nurul Izzah Tidak Melampau????...


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya.

Wednesday, 31 October 2012

Dr M Kata Masa Dah Sesuai Panggil PRU....


Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, pandangan dan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bila sesuai pilihanraya diadakan selalu curi tumpuan berbagai pihak.

Kata Dr Mahathir, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai.

Katanya, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," ujar beliau.

Menurutnya, BN boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

Sementara itu, Najib yang juga merupakan Pengerusi BN mahu semua jentera parti gabungan itu mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada PRU13 tidak lama lagi.

Tuesday, 9 October 2012

Tun M - Soros Using NGO's To Effect Regime Change...


WHEN I was away, Malaysiakini was busy trying to legitimise their receiving money from George Soros because I invited him to join the campaign to make war a crime.

Receiving money from Soros and an invitation to make war a crime are two different things. In no way can one justify the other.

I only wrote to Soros after he admitted that I was not wrong in my criticisms of currency trading. Some people may remember that he said I was a menace to my country. By saying that the currency control Malaysia imposed to counter the effects of currency trading was the right thing to do, he was clearly admitting that I was right and was, therefore, not a menace to my country. Obviously, I would not have anything to do with him if he had continued to regard me as a menace to my country.

My letter inviting him to join the campaign to make war a crime was prompted by his financing of the campaign to prevent president George W. Bush from winning a second term. Bush is a warmonger and is responsible for the deaths of hundreds of thousands of Iraqis and 6,000 American soldiers in the war against Iraq.

I thought Soros’ opposition to Bush was because he did not like war. But he replied to my invitation to work towards making war a crime by explaining that people had been fighting wars for 7,000 years and, therefore, war is a means of settling conflicts. Malaysiakini is quite right in surmising that his answer was in the negative.

I was not surprised. Obviously, he was not against killing people in war. Nor I presume did he care for the massive destruction and sufferings caused by war.

I did meet him when he came here, but we agreed to disagree. He still maintained that currency trading is right and proper. We did not bury any hatchet. I was being civil as I am a Malaysian — and nothing more. So digging up hatchets does not arise.

According to Richard Miniter writing in Forbes, Soros is conducting his own foreign policy which may or may not be identical with US foreign policy. Soros believes he can use his money to set up governments which are pro-Soros or his ideals. Impoverishing countries and peoples matters little to him. Famously, he was quoted as saying in reply to his role in the 1997 East Asian currency crash, “As a market participant, I don’t need to be concerned with the consequences of my actions”.

Wednesday, 11 July 2012

Tun M: Nik Aziz Tak Terjejas Walaupun Salah Guna Agama Kerana Politik...


Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada pilihan raya umum kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam entri terbaru bertajuk 'Asabiah' yang disiar dalam blognya, beliau berkata, demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

"Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

"Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi," kata Dr Mahathir dalam artikel itu.

Dr Mahathir berkata, ada orang yang berpandangan tidak ada gunanya ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz kerana orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga.

"Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa dahulu, kerjasama melibatkan Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi sekarang Pas di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan bukan Islam malah sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat Pas untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud, katanya.

"Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya (pusat pentadbiran kerajaan persekutuan), Nik Aziz mendakwa apabila Pas memerintah negara ini, kerajaan Pas akan lelong Putrajaya.

"Hari ini lain pula bunyinya. Pas berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah," kata Dr Mahathir.

Monday, 9 July 2012

Tun M : Asabiah Dan Taksub Dengan Pemimpin Politik....


KITA hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.

Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

Kemenangan Pas di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong Pas.

Dahulu kerjasama antara Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekarang Pas di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat Pas untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

Thursday, 5 July 2012

Tun M : Apa Hubungan Antara Islam Dan Melayu...


Tidak ada bangsa didunia ini yang meletakkan agama sebagai identiti bangsanya di dunia ini melainkan Melayu. Jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu (di Malaysia) itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Maka benarlah ungkapan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu melayu tidak dapat disangkal lagi. Dan mereka yang menyatakan memperjuangan nasib bangsa Melayu sebagai assobiah adalah satu kejahilan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Memperjuangkan bangsa Melayu dari segala segi adalah merupakan satu jihad. Tingginya martabat Melayu secara tidak langsung , meninggikan Syiar Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

Hubungan Melayu dan Islam adalah satu hubungan yang simbiotik, seperti aur dengan tebing , saling lengkap melengkapi, saling kukuh mengukuhkan satu sama lain.

Perlu diperjelaskan secara terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan bahawa:

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman."
[H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Tuesday, 5 June 2012

Tun M Tak Takut La Nak Ke Mahkamah!!!...

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama,  Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.
   
Semalam, dalam satu kenyataan, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.
   
Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.
  
"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.
   
"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.
   
"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya. 

Sumber : SinarHarian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 1 June 2012

Tun M Tetap Seorang Muslim Sama Seperti Nik Aziz...


Muslimin dan muslimat.....

Insan ini bukanlah seorang ulamak, namun beliau tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Beliau mengaku ilmu agamanya tidak sehebat Nik Aziz. Tapi beliaulah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serb.

Beliau pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni pernah digelar MahaFiraun, dan beliau jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam di mata dunia. Beliau tidak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Friday, 18 May 2012

Tun M Pertahankan Tindakan Polis Semasa Bersih 3.0...


Tun M mempertahan kekerasan pada 'samseng' BERSIH 

4:53 PM Mei 15, 2012 Polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghentikan hooliganisme atau tindakan buas peserta perhimpunan BERSIH untuk mencegah kemudaratan terhadap pegawai polis dan kerosakan harta benda, kata bekas perdana menteri.

"Apa yang sepatutnya polis buat? Biarkan hooligans (samseng) lakukan apa mereka mahu? Terima saja ditendang oleh samseng? Terima sahaja kereta peronda mereka dihentam dan diterbalikkan?" soal Dr Mahathir Mohamad. 

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir berkata, perkataan "kekejaman polis" digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya Majlis Peguam, walaupun kekerasan yang dibenarkan perlu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Mahathir menuduh peserta perhimpunan BERSIH sebagai "jelas ganas" dan polis hanya melakukan apa yang perlu untuk mengawal keadaan. 

"Jelas sekali daripada gambar dan klip video, peserta perhimpunan bukan hanya memecahkan penghadang tetapi menyerang, benar-benar menyerang polis yang ditugaskan menjaga mereka daripada memecahkan penghadang," katanya.

Thursday, 17 May 2012

Nik Aziz Tak Bersyukur Dilahirkan Sebagai Melayu???...


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat hal lagi! Kali ini Menteri Besar Kelantan yang hampir 30 tahun mentadbir negeri majoriti Melayu itu berkata, beliau tidak pernah meminta dilahirkan sebagai manusia berketurunan Melayu dan tidak perlu bersyukur dilahirkan sebagai Melayu.

” Lahir sebagai Orang Asli pun saya tak kisah. Kalau lahir sebagai orang Arab tetapi berjuang tolak Islam tak ada guna,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai pengkhianat orang Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata untuk kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz menyelar Dr. Mahathir kerana mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.

“Dr. Mahathir orang tua, boleh jadi dia lupa makan ubat hari ini,” katanya sinis ketika diminta mengulas kritikan Dr. Mahathir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers