Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 31 August 2013

Ketua Bahagian Batu Yang Masih Keras Kepala Batu??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Ni satu lagi cerita yang gua dengar di peringkat bahagian masa musim pemilihan kali ni. Kisah Ketua Bahagian Batu keras kepala berkepalakan batu kot, Datuk Yahya Mat Ghani a.k.a Tok Abas bawak calon MT main golf. Biasa yang gua tau kat padang golf ni la ahli korporat deal projek manakala ahli politik politik plak deal komisyen projek dengan ahli korporat.

Tapi bila Ketua Bahagian Batu dah mula main golf dengan calon MT tu yang menimbulkan sedikit kemushkilan dalam kepala ni. Apa udang disebalik batu "permainan" Tok Abas ni, apa muslihat yang dipersembunyikan, banyak benda tak kena ni.

Dengar cerita dari akar umbi di Bahagian Batu memang dah tak mahukan lagi khidmat Tok Abas menjadi ketua pucuk pimpinan Bahagian. Cara dan gaya kepimpinan Tok Abas nie dah tak sesuai lagi dengan masa sekarang. Elok sangat la kalo akar umbi pakat ramai-ramai dah tak bagi undi kat Tok Abas semasa pemilihan Bahagian Batu nanti. Bagi la kat muka-muka baru atau calon yang lebih berkaliber dari Tok Abas ini.

Gua rasa elok pemimpin tertinggi tengok skit perangai Tok Abas ni. Kalo dah tak boleh nak diubah, elok jer ganti ngan pemimpin lain memimpin Bahagian Batu, dah dua penggal bagi saja kat calon PKR lahanat menang. Dan dua penggal Batu kini tinggal jadi kawasan Parlimen batu nisan kepada BN dan UMNO. Biar orang lain plak bekerja untuk merampas kembali kubu kuat BN dan UMNO suatu ketika dulu.

Janganlah pemimpin tertinggi UMNO dan ahli UMNO Bahagian Batu terutama yang ada undi yang boleh mengubah senario ni memberi lagi undi dan memilih Ketua Bahagian yang keras kepala macam Batu ni.

p/s : cukup... cukup sudah... cukup sampai di sini saja... *entahlagusapaakulupa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 28 August 2013

Bangkang Dari Longkang V : Nak Bagi Ilmu Agama Ker Nak Hasut Rakyat???...

Tahniah!!! Parlimen Muar Kekal Milik BN... @razaliibrahim @Muar146


Muar 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Muar selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh calon PKR, Nor Hizwan Ahmad selaku pempetisyen adalah cacat dan tidak lengkap.

Katanya, pempetisyen gagal memberi butir-butir yang menyatakan ejennya tidak menerima salinan Borang 14 tanpa menyatakan nama Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Muar yang berkenaan dan juga bukti lengkap lain.

Begitu juga, ujar beliau, dakwaan yang menyatakan pengundi di kawasan Parlimen itu mengundi dua kali ketika hari mengundi disebabkan dakwat kekal mudah hilang tidak boleh diterima kerana tidak disertakan butir-butir lengkap pengundi terbabit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 27 August 2013

Gempar!!! Rahsia @Azwanbro Terbongkar??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @tunfaisal


Agak bergitu mengejutkan teman apabila Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

Setakat ini enam ahli pemuda tampil menawarkan diri untuk merebut kekosongan tersebut. Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran. Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini admin melihat Khairul Azwan Harun menepati pemimpin muda yang diperlukan ketika ini.

Pertama dari segi gerak-kerja di peringkat bahagian dan negeri, admin merasakan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak dilihat berjaya menarik minat anak muda Melayu di negeri tersebut.

Akademi Pemuda antara satu platform yang berjaya digerakkan Khairul Azwan Harun, melalui akademi yang mempunyai 15 pekerja sukarela banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim berjaya dilaksanakan di negeri Perak.

Selain itu aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO turut digerakkan dan ia sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Bukan sahaja gerak kerja di peringkat negeri berjaya digalas dengan baik, keberanian Khairul Azwan Harun mencabar beberapa tokoh pembangkang seperti Ngeh Ko Ham, Nizar Jamaluddin setiap kali timbul isu berbangkit di negeri Perak antara ciri-ciri yang dikehendaki dalam pemuda.

SETERUSNYA BACA DI SINI

Monday 26 August 2013

Presiden MBM Salahkan @MBKPutrajaya Sebab Nak Bodek Presiden Perbadanan Putrajaya!!! @NajibRazak @Khairykj @TengkuAdnanReal @PutrajayaCorps


Hari ni gua baru dapat satu cerita pasal Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), si Maliki ni. Dikhabarkan beliau ada ditanya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Seri Aseh tentang keadaan belia-belia dalam Putrajaya. Korang tau apa respon si Maliki ni, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) tak memberi sokongan kepada MBM.

Apa maksud dia dengan MBKPj tidak memberi sokongan kepada beliau. Sokongan macam mana yang beliau maksudkan. Sokongan undi ka sokongan dari segi program dan aktiviti. Gua bertanya atas kapasiti gua sebagai belia Putrajaya yang terlibat secara langsung dengan MBKPj sejak dari penubuhannya sehingga sekarang. Berpuluh program dan aktiviti gua "involved" tak kira sama ada besar atau kecik. Gua juga pernah pergi mesyuarat peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Dia kaitkan MBKPj dengan memberi contoh MBKPj yang tidak memberi sokongan ketika program PM turun melawat ke Pasar Ramadan anjuran MBM. Eh! Gua nak tanya lu sikit la Maliki, lu turun untuk program tu ada inform dengan MBKPj dulu tak pasal program tu. Ada tak wakil si Maliki ni bermesyuarat dengan barisan kepimpinan MBKPj untuk bersama-sama menjayakan program PM melawat Pasar Ramadan. Ada tak? Jawapannya : MANA ADA.

Dah la masuk kampung orang main terjah jer lepas tu kutuk plak orang kampung. Lu tak ada adap ker. Lu pandai-pandai buat "arrangement" ngan Perbadanan Putrajaya, bila tak berjaya nak salahkan orang lain pulak. Sejak dari penubuhan MBKPj dari awal hingga ke hari ini cuba lu senaraikan apa sumbangan MBM kepada MBKPj dalam membantu bagi menjalankan sesuatu program atau aktiviti.

Sunday 25 August 2013

Email PM @NajibRazak Minta Pandangan Rakyat Untuk #Bajet2014???


Salam 1Malaysia,
 
Masanya telah tiba untuk kita sekali lagi bertemu minda dan berkongsi idea, kali ini untuk Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25hb Oktober 2013.
 
Justeru itu, saya menjemput anda untuk menyalurkan idea dan saranan anda tentang Bajet 2014, secara langsung di www.1malaysia.com.my/bajet2014.
 
Sepanjang beberapa tahun lepas, saya dan pihak kementerian kewangan amat menghargai setiap maklum balas yang kami terima apabila bajet tahunan negara dibentangkan.
 
Pada tahun lepas sahaja, sebanyak lebih 2,500 cadangan telah kami terima untuk Bajet 2013. Terima kasih saya ucapkan.
 
Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, adalah penting untuk kita merangka bajet tahunan yang mapan dan seimbang. Hanya melalui bajet tahunan yang mapan dan seimbang, kita dapat memacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, insya-Allah.
 
Oleh itu, saya amat mengalu-alukan idea dan pandangan anda untuk Bajet 2014 ini.
 
Najib Razak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sketsa 18SX : Laporan Polis Kejadian Tembak Malam...


Balai Bestari Jaya, Selangor

Tuan,

Sinopsis kejadian tembak di Kg Batang Berjuntai@Bestari Jaya

Mangsa : umur 22 tahun
Jantina: Perempuan Melayu
Warganegara : Malaysia
Suspek : Lelaki Melayu
Umur: 30 an
Tarikh : 16 Ogos 2013(Jumaat)
Pelapor:L/Kpl Pornosami A/l S.Punita

Masa :
2000hrs - Jiran mangsa mendengar mangsa bercakap dengan suspek berkenaan 'tembak saya' malam ini

2045hrs - Sekali lagi jiran mangsa mendengar percakapan Mangsa dengan suspek 'kalau abang nak tembak, tembaklah sekarang, tak ada siapa boleh halang' kemudian jiran mangsa terdengar jeritan 'Aduh! Aduh! sakit bang!'

Oleh kerana berasa curiga, jiran tadi mengajak rakannya untuk mengintip di tepi rumah mangsa dan didapati lampu rumah dimalapkan dan kedengaran seperti beberapa kayu patah dari dalam dan pintu berkunci.

2125hrs - Terdengar sergahan kuat daripada suspek kepada mangsa di bilik tidur, 'masa aku nak tembak peluru terakhir ni patah pula! jangan ke mana-mana abang belum puas hati lagi ni!!!'

2145 hrs - Rumah tiba-tiba senyap sunyi. Jiran mangsa cuba mengumpil tingkap bilik tidur mangsa untuk mengetahui apa yang berlaku... dalam keadaan yang tidak dijangka jiran-jiran mangsa ditengking dengan kuat oleh suspek menyebabkan mereka melarikan diri.

"Hoi!!! korang takde keje lain ke??? aku nak tembak bini aku suka hati aku la, lagipun malam ni malam jumaat, sunat lagi tu, pegi la tembak masing-masing punya sendiri!!!"

2155hrs - Semua jiran terdekat menutup pintu dan tingkap serta memalapkan lampu setelah mendapat nasihat berkenaan dan termasuk dua anggota MPV yang memohon untuk balik ke rumah sepertimana saranan suspek.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers