Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 17 February 2012

Puaka Niring : Hantu Pucong Di Bilik Karaoke...



Amacam kalau tengah baik punya tarik tetiba muncul pocong dalam bilik karaoke anda?

Mahu lari tak ingat dunia.

Klip video di bawah kalau tak silap berasal dari sebuah program realiti ala-ala Wakenabeb dan Bang Bang Boom. Dinamakan Super Trap.

Memang kreatif tapi zalim pun ada gak, tengok ada perempuan tu macam hilang semangat dikerjakan.

Namun yang lagi best, lelaki yang menjerit lagi kuat pada pasangan diaorang. Siap tinggalkan awek sendiri pun ada. Tak guna punya jantan.

Siri 1 : Peluang Rakyat Miskin dan Penduduk Setinggan Di Kuala Lumpur Memiliki Sekurang-kurangnya Satu Aset???... @RajaNongChik @NajibRazak


Kota metropolitan Kuala Lumpur memang sinonim dengan istilah "setinggan" yang merujuk kepada sekelompok masyarakat yang mendiami kawasan tanah milik kerajaan. Istilah setinggan ini sudah dikenali sejak tahun 70an lagi sehingga ke hari ini. Cuma bezanya jumlah kelompok masyarakat ini yang semakin kecil hasil usaha kerajaan membasmi kemiskinan dengan mengurang jumlah ini sehingga ke paras miskin sifar.

Langkah selanjutnya diambil pihak kerajaan dengan memindahkan penduduk setinggan ini ke suatu penempatan baru yang lebih baik dan tersusun setelah kawasan tersebut diambil semula dan dibangunkan dengan bangunan kediaman. Pada peringkat awalnya berlaku penentangan oleh penduduk setinggan ini dengan usaha baru yang cuba di bawa oleh kerajaan disamping termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang mempunyai kepentingan.

Kini semua masalah ini telah berlalu. Sebahagian besar penduduk setinggan telah berpindah kepenempatan baru yang lebih selesa sekalipun agak jauh daripada penempatan asal. Mereka ditawarkan untuk menyewa rumah yang dibangunkan oleh pihak DBKL dengan harga sewa RM124 sebulan termasuk dengan bayaran penyelenggaraan walaupun kos penyelenggaraan dikatakan melebihi daripada harga sewa.

Hadi Awang Terlupa Apa Amanat Yang Dia Suruh Pengikut Pas Buat???...




Kalo tak ingat, Kulaan ingatkan...

HAJI HADI YANG KATA


Sumber : AkuPeduliApa

Thursday 16 February 2012

Puaka Niring : Setiap Kali Ramsey Menjaringkan Gol, Pasti Ada Individu Terkenal Meninggal Dunia!


Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey kini berhadapan dengan dilema setiap kali menjaringkan gol.

Apa tidaknya, setiap kali dia berbuat demikian, pasti akan ada personaliti atau individu terkenal yang akan meninggal dunia…terbaru melibatkan penyanyi terkemuka, Whitney Houston.

Whitney meninggal dunia beberapa jam selepas pemain berusia 21 tahun itu berjaya menyumbatkan gol dalam perlawanan menentang Sunderland Sabtu lalu.

Anwar Terkedu Dicabar @mpkotabelud Soal Royalti Minyak???...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti mengemukakan butiran terperinci berkaitan janji beliau akan menaikkan royalti minyak Sabah dari lima hinga 20 peratus.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Anwar, setakat ini gagal menjelaskan sumber dana bagi kenaikan royalti yang dijanjikan kerana ia akan bermakna mengurangkan peruntukan atau bajet bagi bidang lain.

"Menaikkan royalti minyak adalah salah satu janji yang ditaburkan pembangkang (jika mereka berjaya membentuk kerajaan)."

BR1M Itu Rasuah???... Jadi Jangan Ambil...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012.

#AmanKampus 14 : Jelajah @AmanKampus Jadi Mata Dan Telinga Rakyat... @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin


Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

“Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik."

MB Perak @ZambryAbdKadir Harap Dapat Tambah Rumah Mesra Rakyat Untuk Rakyat Perak...

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap lebih banyak rumah mesra rakyat dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri ini, terutama untuk nelayan yang belum mempunyai rumah.

Zambry berkata, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa tapak di Teluk Senangin, Segari, dekat sini, bagi membolehkan SPNB membina rumah mesra rakyat.

Menurutnya, harapan beliau adalah untuk melihat lebih banyak rumah seumpama itu dibina supaya ia dapat menjadi satu perkampungan tersusun di daerah Manjung.

Wednesday 15 February 2012

Puaka Niring : Misteri Lata Kijang Di Perak... @ZambryAbdKadir @AzwanBro @promelayu


Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik . “Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.

KFC : Saya Mau Ayam Maa... Tak Mau Kena Pukul Maa!!!...



Rakaman video yang dimuat naik oleh MediaLah ini mendapat pujian ramai penonton yang menyifatkan usaha tersebut merupakan satu tindakan murni yang mampu menyatukan kembali rakyat negara ini ekoran insiden di restoran KFC I-City, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam video yang mencetuskan unsur provokasi perkauman sebelum ini, seorang lelaki Cina dikatakan telah memaki hamun pekerja KFC di cawangan itu sehingga ada di kalangan mereka yang kurang sabar dan bertindak memukul pelanggan itu.

#AmanKampus 13 : Lim Guan Eng Mengamuk Ingatkan Adam Adli Yang Datang Ke Parlimen Bagan...


Selepas Perak, Misi Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat kini di Pulau Pinang. Peserta Kembara Mahasiswa telah tiba di Pulau Pinang pada jam 3 petang tadi. Kami semua menginap di Kampus USM Transkrian.


Aktiviti bermula selepas solat Isyak dimana kali ini misi Aman Kampus melancarkan Progam Info Siswa dan Pentas Anak Muda.

Apa Kes Anwar Di"Sound" & Di"Warning" Pemuda Pas???...


Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pendirian majlis Syura Ulama PAS yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya juga bersetuju bahawa Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut wajar menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya laporan tentang kenyataannya itu tidak tepat.

"Pendirian yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di negara ini malah dari seluruh pelusuk dunia."

"Pendirian Majlis Syura Ulama yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membuktikan PAS tidak sekali-kali menggadai prinsip perjuangannya serta mengenepikan sentimen politik demi mencari keredhaan Allah," katanya melalui satu kenyataan media.

#AmanKampus 12 : Rakyat Perak Menghalang Konvoi @amankampus???... @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin @ZambryAbdKadir


Terasa reda sebentar kepenatan mahasiswa2 Kembara Aman Kampus dari Jeli ke Kubu Gajah, Perak bila mata disajikan dengan panorama indah & mengasyikan dari mercu Titiwangsa sepanjang perjalanan.


Hamparan rimba menghijau dihias gumpalan awan nano bagai sebuah mahakarya di atas kanvas kebesaran Yang Maha Agung... Keindahan Tasik Banding & kesegaran udara Hutan Belum satu hal yg harus seluruh rakyat Perak banggakan!

Tuesday 14 February 2012

#AmanKampus 11 : Mahasiswa Dah Pandai Pi Sempadan Siam La Plak!!! Apa Nak Jadi nie???... @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin @amankampus


banner sambutan geng jelajah 
Aman Kampus...


perlepasan dari Kuala Terengganu... 
macam pelepasan race rally jer... 


suasana indah di tepi pantai Kelantan
 menggamit kehadiran geng jelajah...

Nik Aziz Mahu Anwar Ibrahim Tarik Kenyataan Atau Saman Wall Street Journal


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” katanya.

#AmanKampus 10 : Peserta Jelajah @AmanKampus Di "Booooo" Pelajar Ketika Program???... @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin @amankampus



apa nak jadi dengan adik-adik pelajar kita nie... dah ikut perangai "huduh" dan buruk abang-abang yang suka "booo" orang,  pecahkan tingkap dan pintu, goncang pagar bagai nak runtuh...

paling teruk dah mula pandai baring-baring... sampai sahaja geng Jelajah Aman Kampus di "booo" oleh adik-adik pelajar sekolah menengah...

korang tengok ler sampai habis kalo nak tengok apa kesudahan citer nie...

Kuch Kuch Hota Hai Masih Mampu Tarik 3 Juta Penonton Di TV3 Sekalipun Sudah 14 Tahun Berlalu...


Siapa sangka filem komedi romantik gandingan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang mendapat gelaran Golden Couple in Bollywood menerusi filem berjudul Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood di negara ini.

Sambutan itu dapat dilihat apabila Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Panggung Sabtu pada 11 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta menurut sumber daripada Nielsen Audience Measurement.

Monday 13 February 2012

#AmanKampus 9 : Duduk... Duduk... Duduk Sini!!! Baring... Baring... Baring Sini!!! @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin @amankampus


Hari ini genap seminggu siri Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat, alhamdulillah sehingga hari ini masih belum ada seorang pun dari peserta Aman Kampus mengajar serta mendidik adik-adik di sekolah-sekolah bagaimana cara-cara untuk berbaring di atas jalanraya mahupun menurunkan bendera mana-mana pemimpin.

Apa Nak Jadi Dengan Nik Abduh Berani Dia Selar Karpal Singh Pasal Valentine's Day...



Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama."

Quikie : Tribute To Whitney Houston (August 9, 1963 - February 11, 2012)





#AmanKampus 8 : Tersentuh Hati Mahasiswa Mendengar Rintihan Hati Ibu Tua Di Rumah Kenangan... @NajibRazak @Saifuddin @khalednordin @amankampus



Kulaan sempat menjengah ke blog tersohor 1Peluru untuk mengikuti perkembangan Jelajah Aman Kampus yang sedang berlangsung memasuki hari ke 9. Tersentuh hati nurani Kulaan sebagai seorang anak apabila melihat rintihan hati penghuni Rumah Orang Tua Kenangan Cheng di Melaka.

Rintihan hati seorang tua bergelar ibu yang tinggal di rumah orang tua sedangkan sepatutnya mereka berada bersama keluarga terutama anak-anak tercinta yang dikandungkan selama 9 bulan dan dilahirkan serta dibesarkan dengan kasih sayang. Namun, pabila si anak sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri maka ibu bapa dibiarkan hidup sendirian tanpa perhatian dan kasih sayang seorang anak.

Sunday 12 February 2012

Ustaz Azhar Idrus : "Saya Bukan Ahli Pas"... Betul Ker???...


“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.

“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

Naluri Seorang Ibu Tersentuh Bila PM @NajibRazak Penuhi Impian Anak Autisme....


Seorang ibu kepada remaja lelaki yang menghidap autisme amat tersentuh dengan keprihatinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi impian anaknya untuk bertemu beliau.

S.Indrani, 43, berkata pertemuan selama 20 minit pada 7 petang Rabu lepas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu cukup menggembirakan anak sulungnya A.Rekneshwarkumar, 16.

Rekneshwarkumar atau nama timangannya Ricky turut ditemani ibunya, ayahnya B.Ananthkumar, 49, dan adiknya, Dinishvarkumar, 12.

Indrani, seorang pegawai di sebuah syarikat swasta, menganggap Najib sebagai “insan luar biasa” kerana di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, sanggup meluangkan masa untuk bertemu rakyat biasa seperti mereka.

Tubik Masuk Lagu Dangdut Lucah Wani Kelate???...



Kulaan nak tergelak pun ada sebaik saja menonton klip video lagu dangdut ni sebab Kulaan tak berapa faham sangat bahasa kelate nih.

Bukan sebab suara penyanyinya lari ‘pitching’ atau tariannya ke laut…kedua-duanya bagus sebenarnya.

Cuma liriknya bunyi ‘pelik’ sikit.

Tajuknya Tubik Masuk. Ia adalah lagu loghat Kelantan.

Maksudnya lebih kurang macam Keluar Masuk lah.

Rasanya dah lama ia dimuat naik dalam laman YouTube.

Sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya.

Lirik dia memang lucah habislah kalau kita amati, antaranya:

SEBARKAN: Dua Gadis Diburu Polis!!!...




Polis sedang memburu dua orang gadis Melayu kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian dan pengedaran dadah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers