Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 20 October 2012

Pasangan Blog Seks Bercakap Di YouTube...

Tidak gelisah dengan kenyataan dan tindak balas bersifat penghinaan terhadap blog erotik mereka, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee memberitahu pengkritik mereka untuk berundur.
Dalam mesej video yang disiarkan pada Selasa, Tan dan Lee menjawab soalan yang sering ditanya tentang mereka sejak blog erotik mereka Sumptuous Erotica dipaparkan media Singapura.
Ditanya adakah mereka akan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, Tan menghamburkan perkataan pedas kepada pengkritiknya.
"(Membuat meminta maaf) tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya perlu meminta maaf untuk apa? Untuk menyakitkan perasaan lembut dan sensitif anda?
"Atau, saya tidak tahu, melanggar beberapa kod moral yang dipegang dan begitu bernilai kepada untuk anda sendiri, yang saya tidak memegangnya?
"Jadi, tidak, saya tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya, sambil Lee berkata: "No Way".
Pada masa yang sama, Tan seorang pemegang biasiswa Asean di University of Singapore, fakulti undang-undang berkata kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik sekarang selepas tampil secara terbuka.
"Kami benar-benar menghargai perhatian media. Sebelum ini, tidak banyak orang mengambil berat tentang apa yang kami lakukan atau kata, tetapi kini ramai orang seolah-olah mengambil berat tentang apa yang kami lakukan, atau sekurang-kurangnya buat sementara waktu, jadi ia sangat baik.
"Kami tidak mahu lari dari perhatian. Kita mahu selesa dengan kontroversi dan belajar bagaimana untuk menguruskan perhatian media. Jadi, saya tidak tahu bagaimana kehidupan kita boleh terjejas, "katanya.
Mereka juga berkata bahawa mereka akan terus melakukan apa yang telah mereka lakukan selama ini.
"Tetapi masa adalah persoalannya. Kita mungkin tidak akan meneruskan lagi begitu sahaja…(Atau) menyiarkan begitu cepat, kita akan mencari cara yang lebih sesuai untuk mengedarkan bahan pada masa depan," kata Tan.
Dalam video sembilan minit yang disiarkan di Youtube, pasangan itu, berpakaian sepenuhnya, ditanya jika mereka melakukan perbuatan seks luar biasa.
"Saya tidak tahu. Saya seorang lelaki yang berfikiran terbuka. Saya akan melakukan segala-galanya sekali. Ia terpulang kepada Vivian," katanya.
Lee, 23, baru sahaja tamat pengajian dalam jurusan perniagaan dan sedang mencari pekerjaan. -MyNewsHub-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Thursday 18 October 2012

Shahnon Ahmad Hilang Sabar Dengan Nik Aziz????...


Semasa isu pemecatan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri begitu hangat diperkatakan ramai pada akhir 1990-an dulu, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad telah menukilkan novel satira kontroversi SHIT bagi membela Anwar yang didakwa menjadi mangsa 'kezaliman' Perdana Menteri tika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Rentetan dari penerbitan novel satira itu, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah tampil mempertahankan hasil penulisan Shahnon yang waktu itu mendapat kritikan ramai berikutan isi kandungannya yang menjijikkan serta berbau lucah apabila istilah 'pukimak @ PM' digunapakai bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir.

Istilah 'pukimak' dalam erti kata orang Utara bermaksud 'kemaluan emak engkau' dan dalam novel itu, istilah tersebut diulang berkali-kali bertujuan menghina Perdana Menteri serta bermaksud menjatuhkan maruah ibu kepada Tun Dr Mahathir.

Bagaimanapun disebabkan tika itu Shahnon adalah ahli seumur hidup PAS dan dikira amat bernilai untuk memantapkan pengaruh dan imej PAS dikalangan orang Melayu Islam, maka Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan telah menghalalkan istilah lucah yang dinukilkan dalam novel satira karangan Sasterawan Negara itu.

Kata Nik Aziz, novel SHIT karangan Shahnon tiada salahnya kerana ia hanyalah simbolik naluri manusia dan mencarut itu pula adalah sebahagian dari naluri insan, ia tidak dapat dihalang dan tidak wajar diabaikan.

Menurutnya Mursyidul Am PAS itu lagi, karya SHIT itu tidak pun bertentangan dengan Al-Quran kerana Allah s.w.t itu sendiri turut mencarut dan memaki Abu Lahab.

Walhal hakikatnya dalam kitab suci Al-Quran tidak wujud walau satu pun huruf atau ayat yang berbunyi lucah mirip dengan istilah 'pukimak' dan fakta ini hingga sekarang tidak pernah disentuh oleh Nik Aziz.

Namun demikian, tika itu tentulah berkembang hati Shahnon melihat karya jeliknya itu mendapat pembelaan 'tok guru surat pekeliling' dari Pulau Melaka. Lagipun bagi ahli dan penyokong PAS, restu dari Nik Aziz amat bermakna hingga ada yang beranggapan ia seumpama restu sang paderi yang berupaya menghapus dosa.

Kini sudah lebih 13 tahun berlalu, Shahnon Ahmad yang juga adalah bekas Ahli Parlimen PAS Kawasan Sik, Kedah sekarang ini kelihatannya seperti sedang mengalami proses keinsafan atau sedang di hambat bayang-bayang kesilapan lampau barangkali.

Tak semena-mena Shahnon bangkit mempersoalkan kerjasama songsang parti kesayangannya dengan si harbi DAP. Pelik tapi benar, 13 tahun lampau sudah wujud kerjasama luar tabie antara PAS dan DAP melalui Barisan Alternatif, baru kini Shahnon membuka mulut mempertikaikan hubungan tersebut.

Wednesday 17 October 2012

Bodoh Betul La Pelajar Malaysia Tayang Gambar Bogel Dalam Blog...


Gua dah tak tau nak cakap apa dah pasal student menara gading ni yang belajarnya tinggi tapi bodohnya bertingkat-tingkat. Dah la buat benda tak senonoh yang menjatuhkan maruah diri sebagai pelajar menara gading, pi upload plak kat blog bagi satu dunia tengok.

Ambik jurusan undang-undang tapi undang-undang hidup sebagai manusia pun main langgar jer. Apa dia ingat dia tu binatang ka. Binatang pun tau malu la. Bodoh punya budak.

Kat bawah nie ada laporan penuh pasal cerita yang menggemparkan negara seketika.

PETALING JAYA- Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).

"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Audit 2011 Mengarut????....


SEKALI pandang laporan audit 2011 oleh Ketua Audit Negara ini nampak adil dan menyebelahi semua pihak. Begitu juga bila dilihat dari kelemahan pengurusan kewangan beberapa kementerian (terutama Kementerian Pertahanan) seperti dipetik Malaysiakini terutamanya semalam, semuanya menampakkan seolah-olah laporan ini adil dan tidak berat sebelah.

Tapi bila perhatian yang lebih teliti dibuat, terutama dalam laporan audit di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, penulis melihat seolah ada yang tidak kena dengan cara audit tersebut dibuat dan dibentangkan.

Seperti yang dijangka, Selangor mengambil tempat sebagai negeri yang paling banyak menerima komen yang tidak begitu baik daripada Audit berhubung beberapa dakwaan kerugian dan kemerosotan hasil agensi dibawah kendaliannya, antaranya Universiti Selangor (UNISEL).

UNISEL dalam laporan audit yang dibentangkan semalam dilaporkan mencatat kerugian sebanyak RM 37.68 juta, meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak RM 12.62 juta!!! Ini nampak tidak masuk akal.

Rugi itu satu hal, meningkat pula kerugiannya itu, satu hal yang lain….

Selanjutnya baca di sini :

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 16 October 2012

Lelaki 1 Inci Daripada Dilanggar Kereta Meletup Depan Mata...



Subhanallah... hanya itu yang mampu gua ucapkan bila tengok video nie... 

pertama : lelaki dekat motor tu hanya seinci daripada dilanggar kereta...
kedua : pemandu kereta tu tak dapat diselamatkan kerana kereta meletup...

macam mana kalo korang jumpa benda nie depan mata... subhanallah... nauzubillah...

Nik Aziz Takkan Letak Jawatan Mursyidul Am Pas Sampai Mati...


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut.

Katanya, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau,'' katanya.

Beliau yang juga Presiden Jati mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tetap akan bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.

Hasan berkata, Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas.

"Sama ada (kehadiran itu) benar-benar menguntung atau merugikan bukan sahaja kepada Pas tetapi yang lebih penting imej, kehebatan dan keagungan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa DAP tidak pernah mengganggu Pas dan merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam pilihan raya umum akan datang agak keterlaluan.

"Lupakah Nik Aziz dan orang-orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

"Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebut akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang didatangkan oleh DAP,'' tegasnya.

Hasan berkata, kedua-dua kenyataan terakhir Nik Aziz berhubung kerjasama dengan DAP mempunyai dua implikasi besar.

Nasharudin Mat Isa Lidah Panjang Kata Nik Aziz?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti.

Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan Nasharudin kerana tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan isu yang boleh melemahkan parti itu.

"Dia ini mengarut, mengapa timbul sekarang mengapa tak timbul dulu. Buat apa sekarang baru timbul, masa menjadi calon Pas di Bachok, kenapa tidak timbulkan masa itu. Dasar lidah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Mawaddah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nasharudin yang sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan parti itu sejak isu penubuhan kerajaan perpaduan timbul.

Sebaik sahaja menjawab soalan tersebut, Nik Abdul Aziz terus berlalu pergi malah sebelum 'diterjah' wartawan, seorang pegawai beliau beberapa kali mengingatkan sidang akhbar tidak akan diadakan.

Sejak kebelakangan ini, pegawai Nik Abdul Aziz sering menghalang wartawan daripada mendekati Nik Abdul Aziz dan sidang akhbar akan dipendekkan sekiranya ada soalan 'panas'.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana pemimpin Pas bimbang perkara tersebut dijadikan isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Monday 15 October 2012

Semua Blogger Meroyan Bila Pageview Blogspot Hilang Sekelip Mata!!!!


Awal-awal pagi buta gua dapat inbox PM facebook daripada sahabat blogger gua Keris7Lok bertanyakan tentang statistik pegeview blog. Gua tanya apa kes, dia kata dia punya pageview hilang jadi kosong start macam asal mula-mula berblogging. Bila gua check gua punya okey jer macam biasa, gua pun gelak besar la kat Keris7Lok. 


Pukul 9.30 bila gua refreash balik gua punya blog! Halamak!!!!! Gua pun sama macam Keris7Lok, pageview gua hilang... Kosong... Kosong... Kosong... (macam lagu Najwa Latif daaaa). Gua tak caya gua check dengan sahabat blogger YuseriYusoff. Gua tanya "bro, lu dah check pageview blog lu..." Dengan muka selamber jer dia jawab, "kosong... kosong... kosong...". Siot punya YY. 

Gua tak puas hati gua call terus Keris7Lok bagi tau gua pun kena sama. Berita yang gua sampaikan disambut dengan gelak besar Keris7Lok pulak, sial punya member. Balas dendam nampak. Kat sini gua syer artikel Keris7Lok KLIK SINI yang antara terawal keluarkan entri pasal kes yang bakal menggegarkan dunia blogesfera dalam masa terdekat.


Buat semua blogger-blogger kat luar sana yang terkena virus penyakit macam gua... Gua dedikasikan sebuah lagu kepada lu orang semua buat pengubat hati yang lara bila semua pageview "gone with the wind".... Hahahahahahahahahahahahahahahaha

Bodoh Punya Pegawai Kanan KPDNKK Tak Bagi Orang Semayang Jumaat!!!... @NajibRazak @IsmailSabri60 @AliHamsa55


Terkejut gua baca berita pasal insiden mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang sehingga ahli mesyuarat tak pergi sembahyang Jumaat pun. Apa dah hilang akal atau bodoh bertingkat-tingkat pegawai terbabit dok meeting masa umat Islam lain menunaikan solat Jumaat. Menurut maklumat, pegawai kanan nie berbangsa Melayu dan beragama Islam dan bergelar Datuk.

Apa guna kakitangan kerajaan diberikan perlepasan waktu berehat agak panjang pada setiap hari bekerja Jumaat iaitu waktu rehat bermula 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang. Sudah tentu masa rehat yang panjang selama 2 1/2 jam ini membolehkan terutama kakitangan lelaki Islam mempunyai ruang masa yang cukup selesa untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Diharapkan KSN baru nie ambik berat skit dengan tindak-tanduk dan tindakan serta keputusan pegawai-pegawai atasan serta pegawai kanan kementerian agar ia tidak menyebabkan kakitangan bawahan marah serta akhirnya mengakibatkan rakyat marah dengan kerajaan.

Maklumat lanjut sila baca di bawah : 

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Sunday 14 October 2012

Rossa Bertudung, Pas Mengintai Pengganti Abby Abadi???... @Abby_Abadi112


Manis rupanya bila Rossa bertudung. Gambar ini dirakamkan sebelum Rossa berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji buat kali pertama pada 12 Oktober 2012 yang lalu. 

Mudah-mudahan Rossa dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan dipermudahkan Allah sehingga memperolehi haji mabrur.


Tunai Haji 12 Oktober, Rossa Takut Tak Boleh Jadi Baik

Hari ini penyanyi popular Indonesia, Rossa akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji buat pertama kali dalam hidupnya.

Namun, pelantun Ayat-Ayat Cinta yang sedang mempersiapkan kekuatan dari segi mentalnya ini mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan takut terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam dirinya nanti. 

Apakah, adakah dia akan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas pulang mengerjakan haji atau sebaliknya.

“Persiapan mental amat penting sekarang ini, sebagai tamu Allah saya harap diberikan kelancaran dan kenikmatan dariNya. Malah saya hanya berfikiran positif sahaja. Rasa takutnya itu adalah ketika pulang dari sana, apakah saya bias jadi orang yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Rossa juga sedikit sedih kerana harus meninggalkan buah hatinya, Rizky Langit Ramadan.
“Sedih juga kerana saya meninggalkan keluarga. Tapi saya juga bersyukur kerana diberikan kesihatan dan kesempatan yang diidam-idamkan oleh seluruh umat Islam,” luahnya lagi.

Rossa yang baru sahaja menamatkan kelas pengajian Haji itu bakal berangkat ke tanah suci bersama ahli rombongannya yang lain pada 12 Oktober ini iaitu hari ini.

Celaka Punya Anak Maki Hamun Ibu Tepi Jalan...



Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. 

Politik Konflik Agama Bahaya Kepada Negara...



1. Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

2. Daripada mengkafirkan orang UMNO,solat dua imam, haram memakan sembelihan orang UMNO sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari UMNO. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

3. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor, Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

4. Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa UMNO meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

5. Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

6. Selain Pas, PKR juga tidak kurang peranannya dalam mencetuskan konflik agama. Melalui Hindraf, beberapa individu yang terbabit dengan PKR dilihat cuba mewujudkan konflik antara penganut Hindu dan Islam. Mereka menghasut kononnya BN menindas penganut agama Hindu dan orang India. Daripada peristiwa Kampung Medan sehinggalah tindakan meroboh kuil di Rimba Jaya, Kampung Jawa, dijadikan modal politik menghasut penganut agama Hindu membenci Barisan Nasional.

7. Isu kuil Rimba Jaya merupakan contoh klasik bagaimana agama digunakan untuk meniup sentimen kebencian bagi meraih keuntungan politik. Peranan, sumbangan dan bantuan BN dalam menjaga keharmonian penganut pelbagai agama dilupakan begitu sahaja melalui pemesongan fakta dan fitnah yang berleluasa.

8. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Mahkamah telah membuat keputusan mengarahkan kerajaan merobohkan kuil tersebut dan setinggan sekitarnya. Kerajaan negeri tiada pilihan kecuali akur dengan keputusan mahkamah.

9. Namun atas dasar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru. Malangnya, ini semua tidak diceritakan kepada para penganut agama Hindu. Terlampau ramai ahli politik yang mahu mengambil kesempatan menjadi hero agama dan juga meraih keuntungan politik kebencian ini.

10. Justeru kerana sentimen agama dimainkan secara berlebihan, segala jasa dan sumbangan kerajaan negeri termasuk menjadi kerajaan negeri pertama memberi bantuan khusus untuk agama Hindu dan agama-agama lain selain agama Islam langsung tidak diambil kira.

Kenapa Kelantan Tidak Layak Mendapat Royalti Minyak ???


Article 3 UNCLOS 1982 Breadth of territorial sea (Keluasan wilayah laut) Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention. (Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)

Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.

Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.

Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975. #Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers