Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 14 September 2013

Puaka Niring : Selimut Mayat Anak Selama 18 Tahun Dengan Alkohol...


GEORGIA – Seorang ibu yang kematian anak lelakinya sejak 18 tahun lalu, telah menyelimut mayat anaknya itu dengan selimut basah yang direndam dalam alkohol, semata-mata kerana mahu cucunya menyayangi bapa mereka.

Wanita itu, Tsiuri Kvaratskhelia menyimpan mayat anaknya itu,Joni Bakaradze di dalam keranda kayu di rumah mereka.

Joni meninggal dunia pada 1995 pada usia 22 tahun, namun penyakitnya tidak dikenal pasti.

Menurut Tsiuri, dia berbuat demikian selepas bermimpi mendengar satu suara yang meminta dia menyelimut anaknya dengan selimut basah yang direndam dalam alkohol.

"Sejak itu saya menggunakan selimut yang dibasahi alkohol untuk memelihara mayat berkenaan daripada reput.

"Saya tidak boleh membiarkan mayat berkenaan tanpa selimut basah selama semalaman kerana ia akan menyebabkan mayat itu menjadi hitam seperti arang,'' katanya.

Tsiuri berkata, setiap tahun pada hari lahir anaknya itu, dia akan menukar pakaian pada mayat tersebut.

Namun sejak empat tahun lalu dia gagal berbuat demikian akibat uzur.

"Joni mahu anaknya melihat dia dengan cara demikian. Saya percaya ia akan menyebabkan anak-anak mula menyayangi bapa mereka,'' katanya.

Bagaimanapun mayat Joni kini semakin rebut sejak ibunya uzur serta sakit dan tidak mampu menjaganya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Paderi Cuba Bakar Al-Quran Ditangkap Polis Di AS!!!


FLORIDA – Seorang paderi Amerika Syarikat, Terry Jones yang pernah bertindak membakar kitab suci al-Quran sehingga mencetuskan keganasan di seluruh dunia, sekali lagi cuba mencetuskan kontoversi dan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Kali ini dia bercadang membakar 2,998 buah kitab suci al- Quran sebagai memperingati ulang tahun ke-12 peristiwa serangan 11 September.

Namun belum sempat dia melaksanakan perbuatan kurang ajar itu, Jones telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersama dengan pembantunya, Marvin Sapp Jr, 44.

Friday 13 September 2013

Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda... @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @AzwanBro @tunfaisal




"Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO /BN Negeri Perak menyokong keputusan mesyuarat Jemaah Menteri sebentar tadi untuk tidak meneruskan cadangan bagi melaksanakan sistem CCRIS oleh PTPTN dan Bank Negara. Ternyata kepimpinan kerajaan sekarang tetap mendengar suara dan pendapat rakyat, khasnya orang muda." - Azwanbro

"Hari ini sayap Pergerakan Pemuda UMNO telah mencapai usia 64 tahun. Bermula dari era Kapten Hussein Onn, kini legasi Sayap Pergerakan Pemuda UMNO diteruskan pula oleh YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Telah banyak perubahan dan barisan kepimpinan yang lahir dari sayap Pergerakan Pemuda UMNO. Semoga Pergerakan Pemuda UMNO akan terus kritis serta progresif dalam menempuh peredaran zaman dan era politik tanah air." - Azwanbro

"Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, persediaan menjadi ibu bapa adalah sangat penting. Kebolehupayaan mengawal emosi dan kemampuan untuk mendidik anak-anak adalah antara elemen wajib bagi ibu bapa dalam membentuk persekitaran positif bagi membesarkan anak-anak. Seperti kes ibu mendera anak nya baru-baru ini, walau apa jua alasan nya sebagai ibu bapa kekerasan yang melampau bukan lah cara yang terbaik mendidik anak-anak inikan pula sebagai cara untuk meluahkan perasaan marah. Mereka ini seharusnya diberi didikan kaunseling dan bimbingan psikiatri." - Azwanbro

"Sikap melulu wakil rakyat pembangkang yang memuat naik soalan lisan di laman sosial kerana kononnya mereka tidak diberi peluang bersuara di dalam dewan adalah sangat bersikap kebudak-budakan. Tidak semua soalan lisan diajukan dan jika dilihat di negeri yang dikuasai pembangkang situasi yang sama juga berlaku kepada wakil rakyat BN. Mereka harus faham prosedur perjalanan sidang DUN sebelum bertindak melulu." - Azwanbro

Facebook Rejimen Anarki Label Sultan ‘Berhala’...


Satu akaun Facebook dengan nama Rejimen Anarki (RA) dikesan di laman sosial itu menghina Raja-Raja Melayu dengan memanggil mereka sembilan ekor berhala sultan.

Terdapat dua perbuatan melampau individu itu dikesan dengan menggunakan status Facebook dan menghasilkan poster untuk menyuarakan penghinaanya.

Dia menghina kesemua sembilan sultan di Malaysia tetapi penghinaan lebih lagi diberikan kepada Sultan Johor, penulis rasa individu yang tidak bertanggungjawab ini adalah orang Johor rasanya.

Dalam status Facebooknya, RA menghina melalui statusnya yang berbunyi :-

STATUS REJIMEN ANARKI
Bila harga minyak naik, harga barang pun ikut naik dan rakyat kena hadapi semua kesusahan ini. Dalam masa sama, Sultan dan menteri hidup kaya raya, semua benda free dan membazir duit rakyat, Adakah ini adil untuk rakyat? Perkara paling malang di Malaysia adalah memiliki sembilan 'ekor berhala'sultan yang kesemuanya tidak layak dipanggil pemimpin, hipokrit dan menyusahkan rakyat.

Gempar!!! Kalimah Allah Mula Diguna Sebelum Keputusan Mahkamah!!!

Seperti yang kita sedia maklum, keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Namun, terdapat ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digelar Penang Diocesan Migrant (DMM) dikesan mengambil kesempatan di atas isu itu dengan menggunakan kalimah Allah pada sebuah program anjuran mereka yang diadakan di Teluk Intan, baru-baru ini.

Gambar mengenai penyalahgunaan kalimah itu telah mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Perbuatan seumpama itu ternyata menunjukkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati undang-undang serta perasan masyarakat Islam di Malaysia.

Mungkin tindakan mereka itu sengaja mahu membakar hati atau bikin provokasi supaya isu tersebut menjadi lebih kontroversi dan hangat.

Thursday 12 September 2013

Puaka Niring : Rasukan ‘Bambu Gila’ Di Kepulauan Maluku...


Kepulauan Maluku – Percayakah anda sebatang buluh mempunyai kuasa untuk bergerak secara sendirinya seolah-olah dirasuk oleh kuasa tertentu?

Benar atau tidak, tetapi itulah yang dapat disaksikan dalam acara mistik yang dinamakan sebagai Bambu Gila di sebuah perkampungan di sini.

Buluh 'gila' ini dibawa khas dari Gunung Gamalama, sebuah gunung berapi di Ternate, Utara Maluku yang dikatakan mempunyai semangat mistik paling kuat.

Seterusnya, tujuh lelaki paling gagah di perkampungan tersebut akan dipilih untuk mengawal pergerakan buluh yang telah dibersihkan dan disapu dengan minyak kelapa.

Menariknya, upacara yang dikendalikan oleh pawang tempatan itu memperlihatkan seolah-olah buluh tersebut bergerak sendiri dalam pautan kumpulan lelaki itu sebelum ia menjadi lebih berat dan semakin sukar dikawal.

Video upacara ini dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk "Bambu Gila in Morella Village".

Walaupun sukar dipercayai kebenarannya, namun acara mistik ini berjaya menarik ribuan pelancong bukan sahaja dari seluruh Indonesia, malah juga negara lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Batu ‘Suci’ Pengikut Syiah Dirampas???


IPOH – Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.

Batu sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaipk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia merupakan rampasan pertama sejak Jaipk melancarkan beberapa siri serbuan di seluruh negeri sejak beberapa bulan lalu.

Wednesday 11 September 2013

Azalina Akhirnya Tarik Diri Jawatan Ketua Wanita???


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia.

Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sumber dalaman pasukan kempennya memberitahu, keputusan itu diambil selepas Azalina bertemu dan berbincang dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

"Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya," kata sumber dalaman itu.

@AbbyAbadi_112 : Ya! Saya Bernikah Di Thailand, Yang Penting Elak Dosa… Pulak Dah???


Pelakon Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

"Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.

"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa," katanya.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.

Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos lepas di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September lepas.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

p/s : pssssh!!! awak tu janda... apa yang susahnya nak kawin kat Malaysia... bukannya kes nak poligami atau nak kawin dua tiga empat...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Sekitar Perbicaraan #KalimahAllah di Mahkamah Putrajaya... @NajibRazak





Monday 9 September 2013

Puaka Niring : Makhluk Campuran Ketam Udang Kala Jengking

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah
di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman

MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Sunday 8 September 2013

Biar Betul!!! Budak Khairun Cari Blogger Balun Setpol PM @NajibRazak???? @TengkuAdnanReal


Biar betul??? Gua macam tak percaya jer bila baca tulisan dari blog sahabat gua Sangkakalajari9 bila tetiba nama gua terbabit sama dan tertulis dalam tulisan beliau. Sila klik sini :

@NajibRazak @tengkuadnanreal KETUA PEMUDA CAWANGAN KHAIRUN ASEH TOLAK PEMERHATI BAHAGIAN SAMPAI JATUH ???

Gua nak jawab skit beberapa dakwaan dari budak-budak Khairun. Pertama soal taraf pendidikan gua. Gua tak pasti setinggi mana taraf pendidikan lu tapi kalo sekadar lu duduk kuarters kerajaan taraf apartment bukan rumah teres gua dah boleh agak taraf pendidikan lu. Kalo setakat lu kerja kumpulan sokongan lagi menguatkan lagi keyakinan gua taraf pendidikan lu tak setaraf gua.

Untuk makluman lu budak-budak khairun, walaupun gua sekadar kerja sebagai drebar tapi gua tamat pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Arts) Major in English Minor in Communication dari Universiti Putra Malaysia (UPM). So, jangan pandang orang takda mata bro. Pekerjaan seseorang bukan melambangkan pendidikan seseorang.

Sketsa : Lawak Budak 5 Tahun Naik Bas Ke Ipoh...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers