Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Azalina Akhirnya Tarik Diri Jawatan Ketua Wanita???


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia.

Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sumber dalaman pasukan kempennya memberitahu, keputusan itu diambil selepas Azalina bertemu dan berbincang dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

"Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya," kata sumber dalaman itu.

Tuesday, 20 August 2013

Pasal Isu NFC, Kak Ijat Tak Takut La Nak Pertahankan Jawatan??? @ShahrizatJalil


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak gentar untuk berdepan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suaminya pada pertandingan merebut jawatan tertinggi Pergerakan Wanita Umno Oktober ini.

Ketua Wanita Umno itu tidak menolak isu itu akan dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak menyokongnya, dan menegaskan beliau tidak gentar dengan perkara itu.

"Yang hendak bertanding adalah saya, Shahrizat Abdul Jalil dan bukannya suami saya (pengerusi eksekutif NFC Datuk Dr) Mohamad Salleh Ismail.

"Suami saya walaupun menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah, beliau tidak dijatuhkan apa-apa hukuman...kita kena ingat dalam dunia ni termasuk Malaysia seseorang itu tidak dianggap bersalah sebelum hukuman dijatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pemilihan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

"Saya tak tahu ia (isu NFC) menjejaskan atau tidak (peluang untuk menang). Pada saya isu ini dah dua tahun dimainkan pembangkang, dan tak ada apa yang Wanita (Umno )tidak tahu. Mereka dah dengar semua, pada saya pilihlah sesiapa yang mereka mahu," katanya.

Monday, 27 February 2012

Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Kulaan sempat jalan-jalan di sekitar Bangsar hari ini lalu dipelawa seorang rakan untuk makan di Bangsar Shopping Complex di tingkat 4.

Sedang enak menjamah juadah yang dibelanja oleh sahabat Kulaan, Kulaan ditanya oleh sahabat Kulaan :

Sahabat : kau tau citer pasal lembu NFC?

Kulaan : tau gak skit-skit tapi detail tak ler berapa arif. Kenapa?

Sahabat : kau tau macam mana rupe nyer kondo lembu NFC.

Kulaan : dalam blog ada la tengok. Itu pun gambar jer.

Saturday, 11 February 2012

Benarkah Raja Nong Chik ‘Dalang’ Di Sebalik Pendedahan Isu NFC???... @RajaNongChik @rajanongchik_my


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

"Adakah ianya betul…you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak," kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam Jumaat.

Wednesday, 4 January 2012

Yang Kena Tibai Polis Anak Melayu... Yang Mengamuk Mak Bangsa Cina... Tak Ka Pelik???...




Kulaan : pelik bin ajaib????... yang kononnya kena pukul polis anak Melayu... yang mengamuk depan UPSI anak Melayu... yang buat laporan anak Melayu... yang datang Wanita UMNO Melayu... yang dok meroyan auntie Cina cakap melayu tak betoi... anak dia ka yang terlibat... ada ka anak cina yang masuk spital... ada ka anak cina yang kena pukul... iskh!!! auntie cina mana yang PKR dengan DAP bayaq dok melalut macam orang nyanyuk... 

"FRU datang pakai crash helmet... pakai perisai (shied)..." Auntie!!! takkan polis perusuh nak datang pakai baju pagoda dengan kain pelikat kot...  "saya dapat telefon pukul 3 pagi..." Eh!!! Auntie nie mak Adam Adli ka... mak Safwan Anang ka... hebat sangat ka auntie nie sampai ada orang call dia pagi-pagi buta... dah la auntie... auntie dah tua bangka duduk rumah jaga cucu lagi baik...

apa pun steady kakak baju merah yang 'cool' melayan kerenah auntie tua bangka tak sedar diri nyanyuk pulak tuh...

Thursday, 22 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Wanita, Pemuda & Puteri Umno Malaysia 2011

Gambar-gambar menarik sekitar Majlis Rumah Terbuka Wanita, Pemuda & Puteri Umno Malaysia 2011 di PWTC hari ini meriah dengan kehadiran hampir 20 ribu pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Hasrat pemimpin sayap Umno untuk mengadakan majlis yang yang melambangkan gagasan 1Malaysia dapat dilihat dengan kehadiran rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan agama, Kulaan rasakan amat berjaya. 
pakcik nie releks jer pakai kain pelikat...
rakyat berbangsa Singh jugak tidak
melepaskan peluang meraikan majlis...

apek... wa salute sama lu... lu langsi lu mati ooo...
orang ramai yang turut memenuhi gerai
makanan di luar dewan...
 

dalam dewan pun sama...
jam macam jalanraya kat KL...
apek nie mengambil angin di luar sambil
menikmati juadah yang disediakan...
anak-anak kecil juga tidak ketinggalan
meraikan majlis rumah terbuka...
1Malaysia maa...
anak sapa la yang tercicir nie...
mak bapak dia sibuk dok ambil makanan la nie...

pengunjung warga cina amat meminati
satey katanya...
patty sama tanggachi suka sama lontong...
alamak! ada kamera la... tak sempat makcik
nak betulkan tudung nak oooiii...
peeeweeeet!!! awek pun ada... ashieteru...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers