Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 11 February 2012

Benarkah Raja Nong Chik ‘Dalang’ Di Sebalik Pendedahan Isu NFC???... @RajaNongChik @rajanongchik_my


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

"Adakah ianya betul…you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak," kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam Jumaat.


Baru-baru ini Raja Petra Kamaruddin melalui portal Malaysia Today menulis isu NFC telah didedah dan didalangi oleh Datuk Seri Raja Nong Chik sebagai 'hidden hand' semata-mata untuk 'discredit' Shahrizat.

Raja Nong Chik menyifatkan apa ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin dalam Portal Malaysia Today itu adalah usaha yang dikehendaki oleh pembangkang untuk melaga-lagakan orang BN.

"Mereka (pembangkang) suka melihat berlakunya 'perlagaan' antara satu sama lain, Shahrizat berada sebelah saya dalam kabinet dan kita bekerjasama, we work together very well,…apa yang pembangkang mahu adalah kita 'bergaduh' sama sendiri," tambahnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai memberitahu keadaan itu sengaja ditimbulkan kerana Shahrizat telah berkhidmat di Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal dan beliau mempunyai pengikutnya sendiri, jadi untuk berdepan dalam pilihan raya kali ini adalah melaga-lagakan antara kita dengan buat cerita yang bukan-bukan untuk pecahbelahkan penyokong.

Katanya, "tapi, untuk mengesahkan dakwaan ini benar adalah tanya pada Shahrizat dan suaminya Datuk Salleh samada ini benar atau tidak. Kita tidak tahu buat kerja 'spin' yang bukan-bukan tapi kita hanya tahu buat kerja untuk menjayakan parti."

"Siapa yang buat tuduhan itu jawab pada Allah dan paling penting tanyalah pada Datuk Salleh dan Shahrizat samada saya adalah 'the hidden hand' disebalik isu itu," ujarnya.

Sementara itu bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin ketika diminta menghurai lebih lanjut tentang isu NFC perlu diselesaikan, menjelaskan bahawa siasatan perlu diselesaikan dan sekiranya terdapat kesalahan serta ada pihak yang melakukan kesilapan, melanggar undang-undang dan terpulang pada Peguam Negara, ianya tidak perlu mengambil masa lama.
Ditanya samada wajar Shahrizat diberi peluang bertanding dalam PRU akan datang, Daim berkata, "terpulang pada PM…my view is not important…beri muka barulah…ramai lagi muka baru, beri peluang yang muda-muda…that my view…PM boleh putuskan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers