Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 10 February 2012

Perak Rampas Pendahulu Liga Super... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Zainibro

pasukan mantap Perak musim ini...
KEGAGALAN Kelantan dan Terengganu merakam kemenangan membantu Perak merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super buat julung kali apabila menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad Seladang bimbingan Norizan Bakar melonjak ke tangga teratas liga dengan 15 mata, satu mata mengatasi Kelantan yang sekadar seri 0-0 di Likas dan dua mata meninggalkan Terengganu yang gagal menggunakan kelebihan gelanggang sendiri apabila turut seri 1-1 dengan PKNS.
Tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong mula menunjukkan belang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Michael Kubala sebelum rakan sepasukan Fahrul Razi Kamaruddin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27.
Baca selanjutnya di :  PerakToday 

Teman rase bangge bebenor bile pasukan Perak berjaye menumbangkan 'Ngap Sayot" di Stadium Perak, Ipoh kelmarin... udah lame bebenor teman idok nengok pasukan 'Kejor Yop Kejor' mendahului carta Liga Super... 


Walaupun teman tingge jauh dari Perak, kampung halaman teman, tapi teman masih mengambil berat sedikit sebanyak perkembangan pasukan negeri asey teman... rase lame bebenor teman tidok ke stadium menonton perlawanan akhir Liga Super... teman rase udoh lame pasukan 'Seladang' tidak ke pentas akhie...

Ate... teman harap dan teman berdoa agey tahun ini ada sinar menanti di hujung terowong, pasukan Seladang dapat pergi ke peringkat perlawanan akhir Liga Super...

Teman perhatikan semenjak pengurusan baru pasukan Perak diambil-alih oleh Menteri Besor yang baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry, lain bebenor rentak deme bermain... gamaknya gaji dengan elaun dibayor ikut "time" kot itu pasei deme main sungguh-sungguh...

idok macam mase "MB Terkejut" Nizar jadi Menteri Besor... ape pasey asyik kaloh kene titek jer deme nie... udah jadi 'team' belasahan... nyaghis tak turun ke Liga Premier...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers