Satu lagenda tempatan ada menceritakan perihal raksasa laut atau air pusar yang telah menenggelamkan banyak kapal dan mencampakkan tengkorak mangsanya ke pantai.
Menurut satu lagenda lagi, satu pertempuran yang hebat di antara burung Garuda dan lagenda Jentayu berlaku di pulau berhampiran bernama Pulau Tarutao (pulau sempadan Siam/Thailand) mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban telah banyak di temui di pantai ini.
Secara faktanya pula, pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan diri, ia sukar dilakukan kerana banyak jerung berkeliaran di perairan ini pada masa lampau. Yang gagal biasanya akan lemas atau dibaham jerung dan jasad mereka terdampar di sini.
Dari sini kita berdiri berhadapan dengan Pulau Tarutao di Thailand yang terletak lebih kurang 5 kilometer dari pantai ini.
Diakhir tahun 1930an, Pulau Tarutao ini telah digunakan sebagai penjara. Pada masa itu, kehadiran jerung dan buaya di kawasan laut dan pantai turut menghalang hasrat banduan melarikan diri hidup-hidup. Perairan pulau ini juga dahulunya amat digeruni kerana lanun-lanun yang sering merampas kapal perdagangan dan mencampak mangsa ke laut. Sesetengah mayat mangsa terdampar di pantai ini akibat dihanyut arus dan ini memberikan nama Pasir Tengkorak untuk pantai ini.
Menakutkan, ya?
sambungan artikal blogger waadat masuk PAS
ReplyDeletehttp://waadat.blogspot.com/2012/02/cheguman-masuk-pas-bahagian-kedua.html
terima kasih Cheguman kerana memberi sambungan artikel tersebut...
ReplyDeletemmg seram..baru2 ni kami satu family pergi ke sini nak dekat mgrib juga.dlm pjlanan mmg rasa xsdp ati juga..tp rasa tu hilang mcm 2 je apabila smp disana mlihat 2 3 family brada di sana..tp yg pelik smsa otw trun ke pantai kami tserempak ibu n ank pakaian basah lenjun myb br lpas mandi tp yg hairan kulit mereka pucat kelabu..n ada dua bradik ni pulak muka sedih je memandang laut kulit pucat plus badan n baju basah lenjun.. jugak masa tu mmg xpikir apa2 pon..then bila ari mkin gelap sy baru perasan 2 3 famiky yg kami nmpk tadi xbersuara senyap sahaja mmndang ke laut..bila disuluh susuk tubuh famiky iti umpama bayang hitam apa lagi kami masing2 cabut time2 jugK..naik2 atas anjing mnyalak sayu n tb2 pulak kami tnmpk bayang hitam sorang pempuan dok sorang2 dlm pondok..adik pulak mulut besar p tegur org ke hantu..mcm tau2 yg kami ckp pasal dua,trus pmpuan 2 tnjukkan batu nisan kat tgn dia .apalagi trus cabut naik van..dlm van pulak ank sedara umur 3 tahun tegur auntie aunti auntie kat tepi tgkap van yg tgh bgetak..huhu mmg ketaq xkata apa da kami..dlm pjalann baru2 kmi tpkir knp kulit2 depa pucat mcm org mati n knapa semua family kat situ bmuka sedih n suram mmndang laut tanpa2 bergerak2 n suara..huhu
ReplyDeleteYeke ni,tpu ja
ReplyDelete