Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 6 February 2012

Palanivel Ambil Alih Jawatan Pengerusi MIC Perak... @ZambryAbdKadir


Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak, berkuat kuasa serta-merta.

Palanivel berkata keputusan itu diambil bagi memperkukuhkan lagi kedudukan MIC di negeri tersebut.

“MIC negeri perlu menumpukan kepada pengukuhan bukan saja peringkat parti tetapi juga pengundinya,” katanya dalam kenyataan.


“Perak merupakan negeri yang penting kepada MIC dan Barisan Nasional. Walaupun semua orang menganggap pengundi telah kembali menyokong kita, kita masih perlu meneruskan usaha memenangi hati dan minda rakyat,” jelasnya.

Beliau juga berkata langkah itu tidak dibuat secara mengejut tetapi telah difikirkannya buat sekian lama.

Katanya beliau akan berjumpa dengan semua ketua bahagian MIC di Perak dalam masa terdekat, dan menegaskan MIC Perak mesti menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya umum akan datang.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkata bahawa golongan muda dan kumpulan pertengahan akan menjadi pembuat keputusan paling penting pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers